Wednesday, May 21, 2008

Happy Birthday to My Blog - 7 years old


Hari ni hari jadi blog ini. Sudah 7 tahun, seusia dengan Najmi. Happy Birthday to my blog. Dari menulis blog aku punya ramaiiiii kawan-kawan yang hebat-hebat. Kawan-kawan yang ala-ala korporat, profesional, ada juga kawan-kawan sempoi lepak kedai mamak pun masyuk, ada kaum ibu yang suri rumah, semua kawan-kawan yang best. Ada adik-adik yang ku anggap macam adik beradik sendiri, ada kakak-kakak yang sudi memberi semangat kala aku sedih, pilu. Ada yang memberi bantuan kala kebuntuan. Itulah manisnya menulis blog.

Banyak manis dari pahitnya menulis blog. Dan walaupun aku jarang update blog, tapi aku still akan menulis, kerana blog ni kesayangan. Dari blog ini aku ada banyak kenalan. Ke Langkawi ada teman blogger membawa berjalan, ke Sarawak, ada yang sudi menjadi supirku di sana, itu pun kawan blog. Ke Pahang, ada teman pembaca blog dan kawan dikenali melalui blog menanti di sana. Ke Johor, juga ada teman blogger membawa kami meronda.

Love my blog...

Sebenarnya sepanjang minggu lepas banyak kisah hendak di tulis, ada kisah sedih, kawan darling meninggal dunia keseorangan di rumahnya pada usia yang muda, iaitu 35 tahun. Al-Fatihah buat arwah Shahrul. Masa sebenarnya arwah meninggal tidak dapat dipastikan. Kisahnya pada pagi Isnin 12/5, sepatutnya arwah masuk kerja jam 8 pagi, tapi dia tak masuk office, then member-member office call hp, call phone rumah tak berangkat, sampai ke petang. Arwah tak pernah kalau tak datang kerja tak maklumkan, atau kalau orang call tak berangkat. Sampai ke Malam Isnin tu, salah seorang kawan diaorang call darling minta tolong pegi tengok dia kat rumah, sebab kami tinggal paling dekat dengan rumah arwah.

Jam 9 malam lebih kurang kami ke rumah arwah, darling ketuk, tak bersahut, tp grill tak berkunci, lampu cerah. kami turun bawah round cari kereta arwah, ada pulak kat tempat parking, darling mula tak sedap hati. Then aku cakap kat darling, pegi je la report polis, sebab kali terakhir dapat contact dia ialah pada Sabtu. Wife dia kebetulan satu pejabat dengan aku, tapi baru je pegi posting ke Taiwan, camner nak call dia kat sana bertanya kot-kot arwah ada maklumkan apa-apa. Kami report polis, dan polis ni amatlah lembab, hendak membuat keputusan untuk pecah pintu pun lebih dua jam tak der kesudahan. Nak tunggu bahagian pengurusan hartanah (BPH) la (sebab diaorang duduk kuarters) dah datang budak BPH tu, tunggu pulak budak maintenance, sampai budak maintenance, peralatan pecah pintu tak cukup. Soooo +*)_&)%&$*$*^*&$%*(&%(& sangatlah kan, lebih dua jam membazir masa, kerana polis tidak mau ambil keputusan dia pecahkan pintu tu.

Sampai satu tahap, kengkawan office darling dah fed up, and kebetulan jiran pintu sebelah buka pintu, dan sorang kawan diaorang minta masuk nak tinjau dari rumah sebelah, and akhirnya kawan diaorang ambil tindakan nekad, panjat dari balkoni rumah sebelah ke rumah arwah, gila punya berani, tingkat 9 tu, dah tu tanpa peralatan. Dapat jejak kaki ke balkoni rumah arwah, mujur sliding door tak berkunci, dapat masuk dalam rumah arwah. Dia bukak pintu semua, dan diaorang menemui arwah sudah meninggal, dan dijangka sudah meninggal lebih dari 10 jam, berdasarkan keadaan mayat yang telah kaku. Al-Fatihah.

Darling call aku, dan aku call my boss maklumkan, agar my boss boleh hubungi kedutaan Taiwan maklumkan berita sedih ini kepada isteri arwah, dan office uruskan penerbangan balik isteri arwah dengan segera. Sungguh sedih, kerana isteri arwah tiba dan sempat bersama 'arwah' yang telah di kafankan, di solatkan, hanya beberapa minit sebelum dibalutkan seluruh muka dan diusung ke tanah perkuburan. Moga arwah dicucuri rahmat Allah.

Perkembangan aku pulak..
Semalam pegi check up, bp ok la sikit, tp masih tinggi, urine yang minggu lepas ada protein sampai 2+, dah menurun ke 1+, so tidaklah aku kena masuk wad lagi, and doktor bagi appointment lagi 3 minggu, tapi doktor kata kalau check bp kat rumah naik, kena terus ke labour room, mungkin akan di bersalinkan. Now dah masuk 7 bulan, Insya-Allah kalau baby kena lahir awal, aku yakin baby akan kuat macam abang Najmi dia. Aku cari maklumat kat internet pun, banyak yang positif, kalau baby dilahirkan dalam tempoh ni, akan survive. Allah punya kuasa kan. Dia yang menentukan segalanya. Aku doakan yang terbaik, dan doa korang aku aminkan dengan tulus ikhlas, moga diperkenankan Allah, terima kasih ye atas doa kalian.

Last scan memang nampak baby boy or girl..eheheh tapi biarlah rahsia dulu, yang penting baby ni selamat dilahirkan, dan sahih barulah diumumkan, eheheh. This week mc lagi, minggu depan kena masuk kerja la nampaknya.

Sabar ye dik...kuatkan semangat, kita lalui bersama ye adik... last week mama dah kena inject dexa, injection untuk kuatkan paru-paru adik, moga itu antara jalan yang Allah beri untuk bantu adik lahir dengan kuat nanti. sakit tau mama kena inject, rasa lenguh dari punggung tu sampai kaki, malam nak tido pun tak selesa, kiri kanan kena inject. Tapi tak apa, demi untuk adik, mama tahankan sakit tu semua, adik kuat ek..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino