Lama tak berupdate... Cuti seminggu tak baking dan tak sentuh pc. Sebelum balik kampung, ingat nak update dari rumah, tapi plug-plug sambungan ke pc dah kong... Balik dari kampung CPU pulak buat hal.. tak berkualiti betul pc skrang. Dulu tahun 1997, aku beli PC, murah je, bertahan sampai aku abeh belajar, tak pernah rosak. ni baru beli pc tahun lepas, dah berapa kali kong. Mungkin sebab ada internet so banyak virus menyerang, dah pasang anti virus konon power pun macam tak berapa power je pon.. ampeh..
Cuti balik kampung heheh idakle kampung sangat, sebab mak aku duk umah taman dalam pekan, mueheheh, tak banyak benda dapat dibuat, limited sangat masa, tapi sempat balik kampung mak di Penaga, (Butterworth) jenguk mak-mak sedara, dan bawa Najmi jadi anak kampung, tengok bendang, selut, memancing di sungai, meniti titi-titi kecil. Amboi bukan main suka. Masa pegi umah Pak Lang aku, kami just lepak kat kedai kopi Pak Lang je, best jugak duduk melepak kat kedai kopi kampung, mengadap sungai yang airnya mengalir ke laut, tengok nelayan balik dari laut, dan betul-betul seronok berada di kelompok nelayan dan orang kampung yang ramah mesra, dan suka melawak, sampai aku asyik gelak je.
Najmi pulak suka ke hulu ke hilir dengan pakcik dia yang darjah tiga, bawa pancing dan pegi memancing, bila dapat ikan puyu..punyalah suka. Kat kampung musim ikan darat. Sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik umur 4-10 tahun punyalah lasak, depa tangkap ikan haruan, ikan puyu dalam bendang guna tangan je, diaorang bukak baju, bersila kepung ikan dalam bendang dan kaut ikan masuk dalam baju, then usung balik umah. Dalam kolah kat umah Mak Su aku ada beratus ikan puyu, ikan haruan. puaslah aku meratah ikan sungai. Buat gulai rempah campur ubi keledek. Perrghh kalau ada ubi kemili lagi best.
Dulu masa aku kecik-kecik selalu bila cuti balik kampung, selalu ikut arwah tok mengail ikan. guna batang buluh, ikan tali tangsi dan ikat mata kail. Best giler memancing tepi tali air, dalam paya...dapat ikan tergedik-gedik.. Najmi pun suka sangat lalui pengalaman camtu, walau kami pegi umah Pak Lang aku dah dekat senja, tapi Najmi enjoy ke hulu ke hilir dengan tali pancing dan selamba meniti tepi sungai atas titi kecil, aku pulak risau. hehehe.
Sempat juga jumpa Yuka, blogger kat SP-thanks to your hubby belanja Key's Char Keow Teow yang famous di SP ni, 4 hari di Kedah kemudian kami balik Sauk, heheh Sauk kejap je, sebab itu hari masa bulan 5 my adik ipar bertunang banyak hari juga kami balik dan tak balik Kedah, heheh sebagai lelaki yang adil dan tidak zalim, my darling kasi can kali ni lebih sikit kat Kedah. Kat Sauk aktiviti tidak lain tidak bukan memasak. Seronok makan ramai-ramai.
Hari Sabtu petang kami ke Ipoh rumah kakak-kakak ipar, aku masakkan mee kuah, makan beramai-ramai kat sana. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai. Riuh rendah. Kakak ipar paling tua, dah jadi caterer anak beranak. best dengar, diaorang dah bisnes. heheh kami pun bisnes cupcakes jugak.. kakak ipar kedua memang dari dulu bisnes.. So sesiapa area Ipoh, nak buat makan-makan, open house ke, sila contact aku ye..aku leh rekemen kakak ipar aku. Nak kuih-muih ke.. nasi lauk pauk ke..boleh ajer... Sesiapa nak kenduri nak order cupcakes untuk wedding boleh la pakej katering dan cupcakes sebagai gift. hehehe bisnes beb..
Ok...cukup sampai sini...
0 Komen:
Post a Comment