Monday, July 02, 2007

Busy sampai tak sempat nak update


Update lagik...maleh nak wat entry baru..menyelit kat sini je la..
Remember Malaysian Team bawah 12 tahun yang mewakili Malaysia untuk Danone Nation Cup kat Lyon (Peranchis) and my cousin Amirul one of the player...well... I am a proud kak long...Malaysia dapat no.17 dari 40 negara yang bertanding, and Malaysia kedua terbaik dari Asia, selepas Jepun, dalam kejohahanan ni mereka hanya kalah sekali je dengan England, 5 kali menang, dua kali seri. read more BERITA HARIAN and UTUSAN and dalam star pun ada, nst pun ada...Tahniah anak-anak kampung kita... Malaysia Boleh!! tak la koman sangat lawan dengan anak orang putih kan...dan kalau tengok pic, kecik je Syafiq tu cilok celah-celah anak orang putih tu..

And more...update on projek semalam...sosej bun yummy...thanks HANIE LIZA for the recipe, ini pun memenuhi janji dengan kak liza nak upload pic sosej bun yang telah dibuat.

Mama making the sosej bun... pic taken by handsome Najmi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

thanks kak Liza, gebu roti ni macam saya jugak..hahahahah, hari ni nak buat lagi..tadi bawa datang office, ada pulak budak-budak dan kakak-kakak kat office ni order...ada yg nak nak 8 biji, ada nak 5 biji...yeay...boleh practice buat bun pulak...home made ni best...darling semalam, baru je keluar dari oven, masih panas, dan makan dua biji... puas hati hubby dan anak makan roti kita buat sendiri...


Busy lah..tak sempat update...dengan cupcakes, dengan kerja ofis..tak sempat la...

dah lama tak story pasal my dua orang hero...Mior beso dan Mior kecik..hehehe nasib baik ada dua je hero...kadang-kadang kerenah berdua hero ni, menggugat kesabaran betul, kadang-kadang melucukan dan paling geram dua-dua sentiasa bertentang pendapat, dan ada angin kus-kus...hehehe, tapi sedar tak sedar gelagar dua hero selalu mencuri perhatian aku, tanpa mereka sedar. Ada banyak pic diaorg aku selalu curi tangkap tanpa diaorg sedar.

ni salah satu contoh aku candid masa diaorg lepak tengok tv...keseksian darlingku terpaksa di cover heheheh biasaklah kau umah, pakai kain pelikat jek.. Sila lihat aksi spontan ni, yang best tu kadang-kadang dia berebut kerusi, berebut bantal.. hemmm lelaki tu lelaki jugak la..hahah ada je benda nak direbutkan..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

yang ni dalam keter, masa kami berjalan raya
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

saje letak pic tu kat sini, buat kenang-kenangan dua hero tu nanti...

Citer weekend..
Macam biasa busy la..menyiapkan tempahan cupcakes...
sila jamu kata ye...
Ini hantaran untuk majlis pertunangan Cik Daun dan Neslo..dua adik-adik aku dari dunia cyber ni..anyone nak order untuk hantaran, please visit HERE
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

then ada a few lagi..
antaranya
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And please visit ke CUPPIES BLOG kalau nak order. Aku ni buat part time je, so kalau berminat silalah booking awal ye...

Citer semalam
Semalam kami pegi tengok Transformer, dalam busy-busy pon sempat jugak melayan permintaan hero kecil nak tengok Transformers. Aku menjangkakan, akan boring, oh rupanya tidak...best..kami 3 beranak enjoy the movie. Bukan Najmi je happy, aku pun turut happy. Thanks darling belanja us. And Najmi sekarang berangan, dia la Optimus Prime..hahaha mama pun teruja dengan gadjet-gadjet transformers ni..best.. baik dari tengok wayang kami pi makan, then Najmi amek tisu dan lipat, dia kata, "bila lipat Tisu ni jadi mcm logo transformer" haha kreatif..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Masa tengok wayang, tu adalah disebut E-bay dalam filem tu, dia tanya mama E-Bay tu apa?? aku cakap la "E-bay tu jual-jual barang kat internet, kita tangkap gambar, pehtu kita letak gambar tu kat internet, orang boleh tengok, dan beli," hehehe pehtu dia cakap "Oooo macam mama letak kat blog tu...," cisss

Rumah
Rumah dah mula proses renovation, pening jugak nak memilih design grill dan pagar, dua-tiga hari kontraktor tu bagi buku catalog suruh pilih design grill, last aku pilih yang simple dan tak berkerawang sangat...maleh la pilih berkerawang macam mak cik-mak cik punya taste kata Feibie.hehehehe, amek kaler-kaler, macam tadika pulak, so aku pilih simple je, with sedikit kerawang dan kaler aper tah nama dia..tp ala-ala tembaga klasik tu le..camni je
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tembok, separuh bata, dan separuh kayu, dan pagar, separuh wrought iron dan separuh kayu, mulanya nak semua kayu, tapi tiba-tiba belek-belek anjung seri jumpa pagar camni, terus aku amek gambar, dan print bagi kontraktor tu, dia cakap ok, boleh..lega..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

hehehe saja tulis kat blog ni, kot-kot aku sendiri lupa camner aku pilih grill tu..nanti kalau dia salah buat, aku ada bukti..ahaks..

Weekend sentiasa busy dengan cupcakes, bila nak nak meround cari lampu, cari dapur, hood dapur, dan survey-survey langsir, dan segala macam barang..adeh pening...dan pening ngan duit gak..

and kami nak let go a few barang, nanti aku amek pic dan lelong kat sini..
contohnya sofa, almari baju, kabinet dapur..and saper tau mana kedai lampu, kedai jual dapur dan hood dapur yang harga murah la sikit...need help..

hari ni:-
malam pegi deliver cupcakes, then kalau jadi plan nak buat roti sosej..Insya-Allah..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino