Tuesday, July 24, 2007

BASF cuppies and Najmi learn to use dictionary


Weekend yang busy dan Penat.
Weekend dengan aktiviti buat 600 pcs of cupcakes untuk Sykt BASF Family Day. Mujur ada dua bibik import dan volunteer bibik menolong kat rumah, iaitu Bibik FIEBIE dan bibik Archmal. Dua 'adik-adik' yang tekun lagi gigih berkerja demi menyara kehidupan yang semakin mencabar. Trimas kepada dua Diva yang sudi menolong mak... Mak terharu ouls... kan... buat kerja dengan adik-adik, maka mulut tak berhenti bercakap dan bergossip katanya, kami kerja sambil dengan radio, makanya bila keluar lagu feeling, mrasalah ada yang menjadi Diva, menyanyi-nyanyi manja..hiks...lariiiiiii...

So ni antara pic yang sempat di amek pada hari kejadian.
Ni baru siap tak sampai seratus lagi..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni baru nak cecah dua ratus
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dua diva gigih bekerja..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Diva yang tarafnya duduk di lantai...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Then buat lagi cuppies esoknya..tadaa...welcome encik semut dan Bob The Builder to the family...new deco for Pnut Cuppies..untuk view lebih pic sensasi sila ke
PNUT CUPPIES

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bak kata Diva FIEBIE, makin the cupcakes is the combination of art, so Syukur aku la ciput-ciput seni art yang saki-baki sekolah-sekolah dulu suka menconteng.

Sabtu pagi-pagi kami dah ke The Curve untuk deliver all the cuppies for Family Day. Then pegi Tesco Damansara, minum-minum, menantikan sampai IKEA bukak, dan bershopping di IKEA, erkk tader soping sangat sen nya tadak..hehehe, just beli rak-rak, yang DIY ada la 2-3, pehtu beli alat-alat untuk sangkut menyangkut... mujurlah aku belim gaji kalau tak, ada je nak dibeli, tak per, tunggu sebelum pindah ni akan di buat kunjung balas kehormat ke IKEA semula. geram sungguh, terutama arm chair dia, dan almari english style tu..cuma Wing Chair je tader. Mane ek ada jual Wing Chair lagi? selain kat Fella...masalah betul, kat kedai-kedai Ah Kau, Ah Chong furniture ni tak jual Wing Chair, kalau ada sure murah sikit.

Citer rumah
Semalam pegi tengok umah lagi, harapnya dapatlah umah tu siap sebelum puasa ni, semalam depa dah pasang bumbung, dinding hall depan dah pecah, dinding dapur dah plaster, cuma lepas ni nak licinkan, then pasang tiles. tembok untuk pagar dah runtuh, mak aiii peningnya tengok umah berselerak gitu, dan semoga semua siap sempurna dengan elok...

Najmi
Dah lama tak cerita pasal Najmi, sebab takder cerita menarik, or mama lupa nak catat cerita menarik dia. Cuma sekarang dia teruja sangat nak berpindah, kalau boleh setiap hari balik sekolah dia nak pegi jenguk rumah, semalam dia tengok dah ada bumbung, dia cakap, dah boleh la tido dan ada bumbung..hehehe, dia skrang dah grow slowly nak jadi big boy dah. Dah mula kenal Harry Porter, Transformer, Optimus Prime, kenal James Bond, dan memang suka tengok Movie channel, tapi bagus jugak dia rajin bertanya makna perkataan apa dia tak tau..and as usual..learning is fun, So aku ajar dia cari maknya perkataan dalam kamus, susah jugak nak ajar dia camner nak go word by word tu..tak pe la..biar dia biasakan dulu, nanti-nanti dia mahir la, harapnya...

so bila dia tanya...mama apa maknya 'dentist' contohnya bila dia dengan dalam tv, aku suruh dia tulis atas yellow sticker tu, then suruh dia browse kat huruf DE- dan bila dia jumpa punya la happy heheh lepas tu abeh semua words dia nak tau..Transformer, Power Rangers, sampai perkataan Ultraman pun nak cari..heheh pehtu terangkanlah Ultraman tu nama, macam nama Najmi, mana ada dalam kamus, pehtu dia tak puas hati sebab perkataan transformer dan power rangers ada. alahai... sabo je la..
Najmi tengah mentelaah kamus mencari makna dentist
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino