Thursday, June 07, 2007

Busy yang terlampau...


Busynya seminggu ni, dengan baking cuppies yang dah cecah ratus-ratus biji le jugak, and hampri setiap hari buat cuppies, dan tido lambat jugak setiap hari. Dengan si Najmi yang jadi ruam-ruam kat kulit, kesian dia, dah jumpa Dr. Nathan tu, dan pakar dah sahkan bukan demam campak. Dan mak tok di Sungai Petani pulak, pantang la dengar cucu dia nan sorang macam tu, laju je offer nak mai amek bawa cucu dia balik, dan kebetulan pulak cuti sekolah, so kami pun setuju je la mak amek cucu dia bawak balik, dan si Najmi pulak memang la lagi lajuuuuu dengar nak balik kampung, so diaorg balik kampung naik bas.

Disebabkan busy dengan tempahan cupcakes, aku terlupa wedding anniversary kami, pada 1 Jun yang lalu...uwaaaa first time aku lupa, dan darling biasalah lagi dia lupa... Birthday sendiri nasib baik tak lupa, heheeh tu pun ada member aku sms pukul 12 tgh malam isnin hari tu. Busy sangat. And aku rasa macam dah nak close order utk Father's Day offer nih. Dah banyak dah..so kalau sesapa masih berhajat nak order untuk Father's Day, boleh la order sehingga hujung minggu ini, lps ni nak close order dah. So far, pick up point available untuk deliver Father's Day cuppies ni, ialah di Tesco Ampang, (jam 2.30 ptg) Sri Kembangan (10.00-11.00 pagi) Bangi (Sheel Bangi kat Pasar Malam tu 11.30-12.30 tgh)

Aku dah plan nak buat sendiri birthday cake aku, tapi tak kesampaian pulak, sebab busy siapkan order orang lain. barulah aku tau camner seorang tukang jahit yang tak sempat siapkan baju raya nya sendiri, kerana siapkan tempahan untuk orang lain. Hehehe..

Hal rumah pulak, so far dah panggil 3 kontraktor untuk kerja-kerja renovation, satu dah reject, dari cara kerja untuk perbincangan dan sediakan quatation tu ampeh je, bagi quotation tulis tangan, aku pun tak faham apa dia tulis, kemudian tak brp jelas, satu lagi kontraktor Chinese, yang ni masih belum dapat lagi harganya, dan sorang lagi macam hampir pasti, kerana, harganya boleh tahan, tak der lah murah, tp kira harga logik dan kami yakin, kerana dia tau apa dia akan buat, dan dia tau apa kita nak, contoh macam aku cakap nak camni, dia akan cakap, tak boleh kak, sini ada tiang, tak leh itu ini, aku cakap nak gitu, dia akan bagi pandangan dan cadangan dia. Bila aku sebut nak island table untuk dapur, dia bagi jenis, bagi cadangan, aku cakap nak kaunter table, dia cakap dia leh baut camni, camtu.. dan dia berpengalaman buat kerja renovation dan projek dia banyak projek besar.

Jadi kalau kami amek dia Insya-Allah harap tak der masalah pekerja, dan yang pasti aku yakin dia tau citarasa aku camni camtu, takder la bila cakap nak camni, dia blur...nak gitu dia blur... pehtu bila ditanya kalau saya nak camni, anggaran berapa, dia boleh bagi anggaran on the spot, contoh aku tanya, kalau cornice syiling brp dia akan bagi tau sekaki harganya gini, jenis ni harganya gini. Dan dengan harga yang dia bagi tu, dia akan bagi free grill, satu rumah, untuk hall depan rod iron, dan mungkin pagar sekali, dan island table for kitchen kabinet for free. Cuma masa je busy sgt skrang, nak sit down dan discuss balik mana part nak drop, mana material nak tukar. hehehe itu solid nyatoh kitchen kabinet banyak mahal...budget sudah lari banyak kalau mau angkat itu solid nyatoh...maka akan diganti dengan material seakan solid nyatoh sahaja.

Darling jenisnya tak kisah sangat dan banyak serahkan pada aku untuk pilih material dan interior renovation tu, cuma plan asal nak buat wet kitchen tangguh dulu, sebab kalau nak buat wet kithcen jugak, kami kurang dlm 9K, darling kata tunggu saham naik harga sikit, pehtu jualhehehe..nak korek tabung pun tabung nak lama bocor..hahahaha, pening jugak nak buat renovation ni, dapur tu kalau extend memang la luas, tapi kami dah bahagikan untuk buat satu bilik kat dapur tu, dan buat bilik mandi, so ruang yang tinggal tidak la luas mana,

Ok i like this pictures, Dell my uitm friend dulu surprise kan officemate dia dengan cute cuppies, and my hello kitty dan garfield. Want to see more??? sila ke PNUT CUPPIES
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino