Friday, May 04, 2007

Nurul Bertunang dan Jumpa Ujang


Minggu lepas cuti, balik kampung hari Sabtu, Hari Selasa my adik ipar bertunang. So aku diminta tolong buatkan hantaran untuk majlis pertunangan tu, dan sememangnya aku minat dan suka sangat buat benda-benda kraf-kraf ni..maka aku dengan suka hati tolong dia buatkan bekas-bekas untuk hantaran, menggubah dua pasu bunga, dan menggubah sireh junjung. (or actually bukan sireh junjung, tp just sireh yang digubah dengan fresh flowers je)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ni hantaran yang telah siap dideco, decoration by me la, tapi tuala punya gubahan tu, Yusma, wife anak buah kami tolong buatkan. seronok betul buat-buat benda ni..dan darling bergurau.."Najmi, senang babah esok kalau nak kawin lagi, mama pandai menggubah hantaran, boleh mama tolong buat," cisssss

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang kaler kuning ialah hantaran dari pihak lelaki, kuning di raja lagi, kami pulak hijau...so jadilah hijau kuning macam jersi kedah lak..ahaks..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Wah, berbakat dah nak jadi ibu ni...ni lah cucu pertama kami, cucu sulung, dari anak sulung, dan anak saudara paling sulung, kiranya cucu ni taraf dia sama aku, cucu sulung dari anak sulung..hehehe. dan macam Najmi jugak la...cucu dari nenek sulung, cicit sulung dari cucu sulung hahaha.

Semalam masuk ofis kejap je, then bawa staff pegi book fair, ada book selection untuk kami punya Library, hari ni pegi lagi, hari ni aktiviti library la, bawa staff yang berminat nak pergi book fair, ramai jugak yang nak pergi. Semalam singgah booth Creative Enterprise, jumpa kartunis UJANG, beli dua novel dia, beli koleksi Aca dan Atuk, then mintak otograf, bestnya masa Ujang nak tulis nama kat dalam buku tu, dia tanya nama aku saper, aku cakap Pnut, then dia cakap, macam kenal je Pnut, familiar je nama tu kata dia..hehehe then aku cakap, suka baca blog tak? then dia cakap, "haah, Pnut blogger tu, pernah baca blog awak," wahhh.. pehtu kami pun borak pasal blog jugak, citer pasal blog-blog yang wujud skrang, dan dia cakap nanti time preview filem Jibam, nak ajak blogger, so nanti leh join ye Encik Ujang. count me in ye...saya memang lah peminat Jibam.

So ni pic Ujang tengah sain buku aku beli, dia cakap "nanti letak link blog Jibam kat blog awak ye..." heheh ye encik Ujang, nanti saya letak..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ok guys, see u soon, Sabtu ni dengan paksa rela kena pegi Perhimpunan Hari Pekerja, so masa korang tengok tv Sabtu ni, carilah kot-kot ada muka aku..hehehe







0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino