Tuesday, May 08, 2007


Cerita Minggu Lepas
Dua hari berturut-turut ke PWTC (Khamis dan Jumaat), buat book selection kat Book Fair. Jumpa Mat Jan masa hari pertama, hari kedua tak nampak pulak. Beli buku-buku untuk diri sendiri, aku beli buku-buku dan buku mcm words picture untuk Najmi, suka dia dengan buku tu, untuk diri sendiri aku beli majalah, novel, dan majalah pastinya ialah Anjung Seri dan Impiana, tambah pulak dah semangat nak pindah rumah, Anjung Seri ni kira rujukan rasmi la..

Sabtu-pegi Bukit Jalil, ada perhimpunan Hari Pekerja. Boring je, tapi ada sorang blogger gak ND pegi sana gak, so boleh aku dengan dia layan sms hahaha, dia duduk level bawah, aku nampak dia, dia tak nampak aku mulanya, sampai last aku melambai dan bagi banyak clue baru dia nampak..cesss... tapi diaorg best dapat duit pegi sana...tak aci betul...

Cerita Najmi pulak..
Siku tajam
Dalam kereta dia suka letak tangan kiri kanan atas kusyen depan, selalu sikut dia akan menyucuk bahu aku, aku sound dia "Najmi, siku Najmi tajamlah, sakit bahu mama," anak bertuahku menjawab "Mama, semua orang siku dia tajam, mana ada sikut orang tak tajam, apa la mama ni," huhuhu darling tersengih-sengih gelak, geramnya...

Murai
Najmi ni suka sangatlah bercakap, masa kami nak balik kampung hari tu, bayangkan dari Putrajaya, sampai lepas nak masuk Perak, mulut bercakap tak henti-henti...non stop ouls...ada saja cerita dia, aku nak tido pun tak boleh, tapi ok jugak lah melayan babah tengah drive. Bila dah banyak sangat dia cakap aku panggil dia "CIk Rai..(CIk Murai) Cik Rai leh diam tak? boring lah asyik bercakap saja, tak lenguh mulut ke bercakap tak henti-henti?" dia menjawab.."Mama, kalau dah nama Murai, nama boleh diam, Murai kan suka bercakap, dia mana reti duduk diam, kalau diam bukanlah Murai," uwaaaa kena lagik.... darling gelak kuat..aku geram, aku cubit dia kuat-kuat..

Bomba
Masa kat Langkawi, kami lalu depan Balai Bomba, tertulis "Balai Bomba Langkawai, Bandararaya Pelancongan" Cik Rai ni nampak, dan baca, then dia cakap "Ooo mama kat Langkawi bomba kerja pelancongan jugak ye" aku jawab "mana ade, keja bomba la" dia tak puas hati dia jawab "Iyer tadi kita baca Balai Bomba Langkawi Bandaraya Pelancong, maknanya Bomba kerja pelancongan jugak la, kalau tak kenapa dia tak tulis je Balai Bomba Langkawi, kenapa dia tulis Pelancongan jugak, maknaya Bomba kat Langkawi buat kerja Pelancongan, kalau tak kerja pelancongan, tak payah la tulis Pelancongan," hahahaha susah betoi budak ni..prihatin betul.

Citer semalam
Semalam mood memasak sudah mari..sejak sekian lama dapur tak berasap..hehehe menu semalam, mashed potato dan pizza, chef di rujuk, Chef Sya menjadi jugak experiment aku smlm, satu pizza sos merah biasa tu siap, dan sebiji lagi pizza seafood, guna thousand island sos, dan crab meat, tuna, udang.. Darling memuji-muji sehingga aku kembang empat lima mangkuk... darling cakap "Najmi esok nak kawin cari isteri macam mama, pandai masak, nak cari isteri biar muka tak lawa, tapi pandai masak, kenyang kita," hahaha

Ampehnya...mentanglah bini dia tak lawa... lupa lak nak merajuk semalam darling cakap camtu. Selepas pizza pertama selesai menjadi santapan, pizza kedua, seafood pizza macam kami tak larat abeh, dan macam biasa yang untung jiran kami..ahaks, dapat semangkuk mashed potato (yang darling kata sedap lagi KFC punya..mueheheh perasan..perasan...perasan..) dan dapat 5 slice pizza seafood. Pizza kedua ni tebal sikit, sebab aku maleh mencanai nipis, lagipun dia lama sikit kembangnya.

So hari ni ada lagi balance gravy sauce untuk mashed potato, mozarela chesee pun ada lagi, balik kang aku edjust, tambah daging ayam kisar dalam white sauce tu, then buat red sauce dengan daging kisar, maka akan dibuat lasagna pulak, hari tu buat lasagna, macam keras sikit pastanya, so kali ni rebuskan lembut sikit..

Korang tengok gambar je la ek...here the pics of Pnut's Pizza...Yummy..

The Making of Mashed Potato dan daging ayam kisar, masak dengan red sauce untuk topping pizza, rebus kentang, then lecekkan kentang, taruk butter sikit, dan fresh milk sikit, dalam 2-3 sudu je...or less, then scoopkan (thanks to Chef Sya for the tips)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Uli tepung ouls..lenguh tangan mak menguli tepung tau.. dah uli, tutup dengan tuala lembab yang bersih, tunggu sejam untuk doh naik dua kali ganda
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yeah...presenting..Pnut's Pizza..dan Mashed Potato, lembut best, resepi kak Sya, taruk butter dan susu sedikit... yummy tau..
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nak resepi?? Resepi ni aku ambil dari internet je...dan aku adjust, resepi tu kata letak minyak masak dalam doh pizza tu, aku hentam letak minyak dan mentega sikit ahaks..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino