For more story dan pictures, sila ke BLOG CAKE dan pesanan untuk mereka yang nak order, uwaaa tolonglah jangan last minute order, aku ni jenis tak sampai hati tau...orang mintak tolong jugak-jugak aku cair.. dan untuk Father's Day punya order, sila la confirm order sekarang dengan segera... Father's Day special yang di offer skrang ialah
Cerita Rumah.
Dah dapat dua kontraktor datang mai ukur dan bagi anggaran kos. Kontraktor A, bagi harga agak berpatutan, dlm 30-35K, yang kontraktor B labih teliti, dia nak kira dulu, dan cara dia mengukur dan bercakap pasal renovation aku lebih confident, dan kerja lebih sistematik, dia kontraktor besar jugak, tapi aku rasa harga dia sure mahal punya, tapi kami akan nego lagi dan drop mana tak perlu.
Banyak benda nak kena fikir, nak dapatkan kelulusan Majlis Daerah lagi, (siapa org Majlis Daerah Sepang*?? bantuan anda amat diperlukan..) nak kena teliti quotation kontraktor bagi, nak tengok material apa dia guna, bukan sikit duit nak keluar nanti, takut-takut pun ada, kontraktor Cina* mmg la orang kata bagus, tapi dengan bajet 30-40, aku rasa aku hanya boleh expand dapur dengan kaum nan satu ini.
Harapnya siapa pun kontraktor yang di pilih nanti, dia akan buat kerja dengan betul dan ikut masa. Thanks kepada kengkawan yang email, yang komen bagi info pasal nak renovation rumah, ada yang siap bagi contoh agreement dengan kontraktor lagi. Thanks a lots.. Memang takder pengalaman langsung nak handle benda ni. Nasib kami baik jugak, kerana tak banyak masalah masa pembelian rumah ni ni. cuma hajat nak rumah yang last sekali tak dapat, terlewat sehari je, tapi ok jugak lah, dapat rumah yang kedua dari hujung, malah yang penting dapat rumah yang banyak tanah lapang di belakang, dan tak der umah orang, privacy sangat.
Aku mula berangan nak tanam pokok pisang dan segala neka pokok, malah dah siap ada semaian pokok daun palas lagi. Geram sangat susah nak dapat daun palas kat KL ni, so balik kampung hari tu, dah siap mintak kawan adik semaikan anak pokok palas. Dan sekarang dah elok tumbuh dalam bekas poli beg kaler hitam tu, tunggu bila dah dekat nak pindah nak alihkan tanam terus kat tanah, dan harap pokok tu tumbuhkan... Heheh jadilah aku orang pertama dalam Putrajaya or Desa Pinggiran Putra tu tanam pokok palas agaknya. Harap sesuailah tanah tu untuk tanam pokok palas...
Home sweet Home InsyaAllah, ni lah rumah yang akan kami pindah nanti...
Ni kawasan belakang, ada banyak tanah luas kat belakang aku akan tanam pokok pelam, rambutan, limau purut..malah silap-silap kat depan punya tanah pun aku tanam pokok gak.heheh tu mamat kontraktor tengah amek gambar untuk dia buat kerja nanti..
0 Komen:
Post a Comment