Tuesday, October 17, 2006

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA


Aku suka kedua-dua kad ni... So aci dak letak dua-dua kat sini...hehehhe


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Cerita Najmi

Tadi lepas berbuka, mama dan babah kalut nak solat maghrib, tiba-tiba dia jerit-jerit dari tingkat bawah berlari naik ke tingkat atas. Aku pun cuak jugak, dah le budak tu demam, naik atas di tekup mulut dia, kemudian dia takut dia ckp gigi dia goyang, gigi nak patah... hahahah aku pun gelak, rupanya anak bujang aku dah nak tanggal dah gigi susu. Tiba-tiba aku pulak teruja dan seronok anak dah makin besar, dan mula nak tanggal gigi susu.

Aku excited, dok cakap kat dia "anak mama dah besar, nanti hensem tau, bila gigi ni tanggal, nanti dia tumbuh gigi baru, cantik macam gigi mama," psiko beb!! dia pun sengih2. Aku tak berani nak cabut gigi tu, aku suruh dia tunggu babah abeh solat. Kami pi tunggu dalam bilik babah solat, tiba-tiba dia tunjuk seluar dia kotak betul-betul kat 'bird' heheheh siap 'bird' terjengol keluar...hahahah aku dan dia gelak-gelak, tiba-tiba orang tu lps bagi salam pun gelak jugak..ehhehehe

Then bermulalah sessi mencabut gigi yang longgar. Mujur dia tak meragam sangat, cuma dia rasa seriau-seriau je... Lepas dah sabut, kami gelakkan dia..dia pun gelak-gelak, peh tu dia pegi kumur, aku basahkan kapas dan suruh dia kepit kat celah gigi tu...heheheh dah rongak dah gigi anak aku. Tapi masih hensem la, sebab yang dah tanggal tu gigi bawah.

Malam ni dua hero tu kuasai tv. Boring betul layan cerita orang lelaki. Baik aku update blog...

ok ni last enrty sebelum raya... Jumpa lagi selepas raya, kami akan balik hari Khamis ni InsyaAllah...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino