Kejadian minggu lepas..
Sabtu,GENG JURNAL pegi piknik kat Port Dickson, aku tak dapat pergi sebab darling kena masuk ofis, ade kerja penting. Hari Ahad, budak-budak PERSETANKAN buat gathering kat KLCC. Aku suka jugak, lepak-lepak kat site diaorg ni layan tengok gambar-gambar mereka yang kreatif.
So aku ckp kat darling, dah le aku tak dapat pegi Port Dickson, so aku nak pegi gathering kat KLCC,dan oleh kerana office babah ngan KLCC tu jalan kaki pun sampai, so, dia pun ok je, dia drop kami kat KLCC, then dia pegi office. First time jumpa geng budak-budak ni, enjoy, sempoi je la.. Walaupun aku dah usia lepas zohor, nak masuk asar dah... tapi disebabkan aku selalu feeling muda, maka aku ok je la ngan diaorg. Biasalah aku kan presiden poyo or kata tahrizi, aku ratu POYO. hahahaha
Gambar gathering, gambar dinner Najmi boleh layan kat SINI
Ini pulak kejadian semalam.
Babah balik lambat, sebab hujan semalam. So aku and Najmi lepak depan tv, sambil aku layan baca paper, budak Najmi pun pun dah boleh baca, so dia baca-baca le tajuk-tajuk dalam surat khabar, dia baca Pancaindera. Muka belakang ada story Siti dan Datuk K. Tiba-tiba dia cakap :
Najmi : "asyik-asyik siti dan datuk K, boring"
(aku toleh, dan pandang dia, terkejut...it was words from 5 years old child..hahahah budak 5 tahun baru belajar membaca sudah merungut boring baca kisah Siti dan Datuk K...heheheh mujur dia tak ckp asyik-asyik Mawi dan Ina)
Then aku pun provoke dia.
Mama : Apesal pulak, boring, biarlah dah Siti kawin ngan Datuk K
Najmi : Ye la tapi boring Siti Nurhaliza ni cantik,
Mama : datuk K hensem tak? Hensem kan?
Najmi : Mana ada, datuk k tak hensem,
Mama : Siti muda ke tua?
Najmi : Muda la,
Mama : Datuk K?
Najmi : tua lah, mestilah dia kan dah jadi atuk... ape la mama ni
Mama : ooo kalau datuk tua la??
Najmi : ye la...tua, macam atuk Wi tu.. (tok Wi, is atuk dia kat perak)
(hahahahhahah gelak golek-golek jap aku...) provoke lagi..
Mama : Tapi datuk K kaya, banyak duit. Kalau mama jadi Siti pun mama nak Datuk K.
Najmi : Mana boleh, mama dah ada suami, tu babah tu suami mama, dah kawin mana boleh..
hahahahah... moralnya.. budak 5 tahun pun bosan la dengan cerita tak der kesudahan Siti ni..dari cinta sorok-sorok, nak kawin buat sidang media, kawin grand-grand, sampai love bite siti pun masuk surat khabar, skrang honeymoon, esok-esok Siti mengandung, berdoyon pulak citer Siti mabuk, Siti mengidam, Siti shopping baju pregnant, butik tu taja baju pregnant, peh tu dah beranak, kisah anak pulak, kisah Siti dalam pantang, oh...it is never ending story.
Kejadian lain.
Hot.fm Masyuk.
This 5 years old boy tajam telinga, dia bukan dengar-dengar gitu-gitu cam kita. Tapi kadang-kadang dia dengar dan perhati. Masa dalam kereta aku bukan Hot.FM. dan ada sebut-sebut Hot.FM masyuk...
Najmi said " Mama, apesal dia cakap Hot.FM Masyuk, Masyuk tu ape?"
Mama : Masyuk tu masuk la..
Najmi : Kenapa dia cakap macam tu, kalau Masuk, eja dia M.A.S.U.K bukan bunyi Masyuk... Macam mana eja Masyuk mama?"
Mama : Erkk.. M.A.S.Y.U.K (Masyuk...)
Najmi : Oooo... boleh cakap masyuk ke?
Mama : Tak boleh, kita cakap masuk. Orang kat radio tu tu diaorang tak pandai eja... (hahahahh jangan marah cik-cik dan tuan-tuan di Hot.FM ye...)
tak der khidmat nasihat bahasa kota Hot.FM ni, dulu tagline dia "Lebih Hangat Dari Biasa"
Poyo, sah-sah ayat tu salah, Dari- digunakan untuk "saya baru balik dari Kedah"
Kalau nak ckp tagline yang betul ialah "Lebih Hangat Daripada biasa " baru betul, kitaorang cakap-cakap ni dengan encik editor, iaitu Tuan Mat Jan, and salah seorang dari ahli perbincangan menulis dia komen web Hot.FM, dan tak lama lepas tu, diaoarg tukar tagline dia.. barulah betul. Kalau dengar lintasan trafik di Hot.Fm, memang teruk and berterabur bahasa nya.
Ermm radio patut lebih ada tanggungjawab sosial, takkan nak harap RTM jer...sape nak dengar radio RTM, jarang bebeno la kan...? hahahhaha
Tuesday, September 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment