Monday, July 10, 2006

Geramnya..patut aku cuti..


Cerita kat Kuching, hari tu masa kat Kuching, masa kitaorg tengah tunggu transport kat depan hotel Holiday Inn tu, aku jumpa dengan dua lagi peserta kursus dari US*, salam-salam, bila aku sebut saya Syaf*naz, dari Wism* Putr* terus this girl, ckp, "Pnut ye.." Huh...terkejut akak dik... peh aku cakap "haah ye, camne kenal yek," sebab aku yakin she is not my junior or senior masa kat UITM dulu, hehehe pehtu dia cakap "saya tau pasal blog-blog dan baca blog awak, melalui kawan-kawan office," dan setelah diselidik, rupanya Kak Ayu US* pun baca blog ni..ooo Kak Ayu..dendiam baca blog saya, dendiam kawin, nak produce anak kedua dah.. Tahniah...

What a small world, berjumpa 'kawan' yang tanpa dikenali tapi sebenarnya sudah kenal secara maya..sembang punya sembang lagi, dia pun kenal ngan Helmi dari US* gak, hehehe Helmi siap dapat ikan terubuk masin lagi, ole-ole dari Sarawak, Salam Ukhwah untuk semua, yang kawan-kawan lain pembaca blog yang tak pernah bersua, Insya-Allah teringin nak jumpa kawna-kawan yang belum berjumpa.

Bisnes Bio-Sireh dan produk DCL aku berjalan lancar, ramai silent reader aku e-mail dan nak cuba, sungguh tak sangka, sambutan menggalakkan, seminggu lepas promote produk2 ni, aku dapat jual 6 kotak kopi red guara, 3 botol Bio-Flush, dua botol Bio-Barakah, ermm dua set Venergy, 2 botol Bidadari dan Alhamdulillah, semua kata ok mereka puas hati..(terutama pembeli Venergy dan Bidadari heheeh jangan terbabas subuh dah le...ahaks..) Mungkin betul kata orang rezeki Allah tu pelbagai cara, sebab aku cuba barang-barang asalnya untuk kegunaan diri sendiri, bila serasi aku cerita pada orang lain, dan mereka ingin mencuba, dan Alhamdulillah bila dah cuba ada perubahan, mereka promote pulak kar kawan-kawan, so disamping aku beli untuk guna diri sendiri, dapat jual utk orang lain, untung pun bukan besar sangat, tapi setakat cover kos untuk aku beli barang-barang untuk kegunaan sendiri tu lepas la. Lagipun produk-produk ni semua keluaran orang Islam, jadi secara tak langsung kita membantu ekonomi sesama Islam. Insya-Allah. Ingin mencuba? emailkan kepada saya ye...

Ermm Alhamdulillah, rumah yang kami beli kat Desa Pinggiran Putra, hampir 80% sudah siap, dinding sudah dicat, kalet kuning dan coklat lembut...suka sangat...lantai sudah dipasang tiles, dari hall, bilik sampai dapur, cuma pagar pintu, tingkap, sinki, jamban je belum pasang lagi. Insya-Allah buat sementara kami bercadang nak sewakan dulu rumah tu, sebab nak merasa lagi duduk kuarters ni, nak beli rumah macam kuarters ni tak mampu, jadi nak le marasa duduk sampai boring, dan dah cukup modal nak pindah rumah sendiri..hehehe rumah tu rumah SEMI-D setingkat jer, saiz rumah kecik je, so kalau nak dikira dengan perabot yang kami ada skrang adeh...sempit la jugak, sebab tu kena sewakan dulu, kumpul modal, dan kami kena buat major renovation sebelum pindah, nak besarkan hall, luaskan dapur, dan tambah satu bilik lagi. Baru selesa dan puas, yang penting aku nak dapur luas sebab aku suka masak-masak, dan ruang dapur yang luas sangat menyeronokkan. kan..kan...

Untuk tengok gambar-gambar rumah tu korang boleh KLIK SINI kalau sape nak book untuk sewa tahun hadapan heheh boleh pree book skrang, harga kami pun tak tau lagi, sebab ada kawan kata sewanya ialah RM500, itu harga 2-3 tahun lepas...Insya-ALlah, lebih kurang tu jer la kot kalau kami nak sewakan pun, sesuai bagi orang suka berkebun, dan bercucuk tanam, sebab ada tanah luas depan, belakang dan tepi rumah untuk berkebun...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino