Aku sebagai pekerja perpustakaan ingin mempersembahkan lagu tiga kupang, versi 2006.
lagu ini aku terima dari fwd dari member-member kat Yahoo Messenger...dan kini marilah kita nyanyi beramai-ramai... kredit to who ever yg menyongsangkan lagu ni..
Dengan kenaikan minyak sebanyak 30 sen ( tiga kupang).
Lagu tiga kupang yang menjadi hit zaman Pop Yeh Yeh
diramal menjuarai semua anugerah Juara Lagu Tahun
2006, atau mungkin lagu ini akan diharamkan terus.
Lagu Tiga Kupang
Naik tiga kupang
Saku penuh habuk
Enam ekor burung
Kena virus selsema
Bila sudah naik
Kita ikut saja
Tentu susah makan
Cari kerja luar
( korus )
Suami dalam pejabat
Buat kira-kira
Suri dalam rumah
Makan roti tak ada gula
Anak tepi kolam
Mahu tangkap ikan
Datang hujan lebat
Habis Shah Alam banjir
Amacam?? ada sedap..???
Cerita Najmi,
Hari ni aku angin tak berapa elok..biasalah pompuan...
AKu sakit dan senak-senak...lenguh-lenguh pinggang..
amik balm serai sapu-sapu kat perut dan baring...
Masak air panas, isi dlm bekas air najmi bawa bekal...dan tuam-tuam kat perut..
Dah call darling, tak larat nak masak, sila tapau makanan, darling seorang suami yg sporting, dia kata ok, so aku baring-baring depan tv, sambil tuam perut... bila darling balik, aku manja-manja ngan darling, mintak dia tuamkan dan urut-urut.. lega sedikit. Masa darling tengah solat maghrib, aku duduk kat meja makan, dan baca surat khabar, tudung saji aku letak atas lantai.
Datang anak bertuah aku dia terbalikkan tudung saji dan pijak, aku marah dan hangin..(ye lah.. dah le angin pus-pus...terus naik taraf jadi angin ribut...) dan budak bertuah ni ni cakap...
"amboi mama ni, sakit-sakit pun boleh marah-marah...macam tak sakit je.."
eeeiiii geramnya...aku jeling je dia..pas tu dia cakap lagi..
"orang sakit mana boleh marah-marah...kena sabar, kita orang islam," dasssss sebiji terkena...
hari khamis yang silam, aku dan dia pergi Serdang, aku nak beli laksa yang jurus kesedapan dia tahap merak kayangan...lepas beli laksa, darling pesan suruh beli burger kat padang depan food court yang jurus kesedapan dia tahap laksamana bentan... Masa tunggu-tunggu brader tu buat burger, si mulut murai ni dok baca nombor-nombor kat kalendar depan dia... one, two, three, four....lepas nineteen dia ckp two ten (20) 0 is refer to ten la kononnya...aku gelak dan cakap, bukan two ten, tp twenty...and he recounting balik...dan dia sebut betul bila twenty, then dia kira lagi... twenty one, twenty two...sampai thirty dia blur balik dan cakap three ten. aku tak perasan, abang burger tu perasan, dan ckp bukan three ten, tapi thirty...
dan budak bertuah ni selamba gi cakap kat brader tu...
"kita belum belajar lagi, nanti kalau kita six years old kita belajar la counting...sampai situ"
dan brader tu pun cakap..
"ye ke...abih tu adik ni umur berapa,"
dia jawab "kite five years old," gelak brader tu.. dan gelak seorang awek yang tgh tunggu burger gak...aku lak tak berapa perasan sangat sebab sebok melayan sms dgn kawan aku yang sesat di putrajaya, dok tanya jalan nak ke presint 2. Pandai anak aku kover malu dia tak reti counting sampai thirty...heheheheh..sebijik ikut babah dia yang pandai buat ayat cover...heheheh
Monday, March 13, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment