Monday, March 06, 2006
HAPPY BIRTHDAY NAJMI
Author: Pnut
|
|
pada
6.3.06
|
Hari ini Hari Jadi Najmi.
Happy Birthday to my 5 years old boy.
Moga jadi anak yang baik, soleh dan beriman kepada Allah, dan bijak. Mudah-mudahan Najmi jadilah anak yang sentiasa menggembirakan mama dan babah, dan pandai dunia dan akhirat.
5 tahun yang lepas, masa ni 10.30 pagi begini aku tgh dok berdebar-debar tunggu turn nak di operate di GH, asyik delay, sebab waktu pertama diperuntukkan untuk aku di tolak ke dewan bedah jam 8.30, telah diisi oleh kes kecemasan, kelahiran tidak cukup bulan juga dihantar dari Hospital Sabak Bernam. Selesai yang itu, aku dikabarkan masa aku ialah 11.30..kemudian delay lagi, doktor kata aku satu kes tumpah darah dari wad pulak, ok delay, dan lepas jam 12.30, doktor cakap, we are out of ventilator baby, we keep you a few days lagi la...huishhh delay lagi...frust sebab aku suka sebab hari itu ialah Hari Raya Aidil Adha, orang-orang dikampung semua beraya kunjung mengunjung makan ketupat lemang, aku ngan darling menghitung masa nak tunggu doktor nak keluarkan baby yang baru 30 minggu di dalam rahim. Dalam fail, dari HUKM doktor tulis - STANDBY FOR EARLY DELIVERY - dah masuk GH pun sama gak catatan doktor
Sepanjang malam duduk dalam labour room di wad itu, macam-macam bunyi orang beranak aku dgr...ada yang ayooo ma...ayoooo amma...(&(&( ada yang aiyaaaaa..aiyaaaaaaa...uwaaa...ada yang Allahu Akbar, ada yang menjerit juga...sakit..sakit...dan ada yang diam dan berzikir.
Aku?? berzikir dan berselewat sebab aku tak sakit, cuma menanti masa nak dipaksa beranak..hehehe..sampai pe pagi aku tak tido sayu je dengar takbir raya dari masjid kampung baru..Pukul 5 pagi, doktor masuk dan bagitau aku akan dibedah pagi esok..orang pertama! ERm perasan masa tu takut sangat...excited ada juga sebab dapat baby pada hari raya haji, doktor call darling, terkocoh-kocoh darling datang, lepas solat subuh tu. Takut pun ada sebab baby baru 30 minggu Doktor HUKM yang sangat tak prefesional kata peluang baby hidup 50/50..doktor Bashkaran, pakar O&G kat GH kata, peluang baby hidup is 80 percent. Dia kata dia sudah banyak sambut kelahiran tak cukup bulan, dia scan, dan dia estimate berat baby 1.2 kg, dan dia check denyutan jantung baby, dia cakap "very well, in a good condition, trust me, everything will fine, we try our best, the rest we leave it to God"
But esoknya pukul 8.30 tak jadi, doktor kata 11.30 pulak..11.30 tak jadi...doktor cuak bila ventilator yang di standby untuk aku sudah kehabisan. Doktor kata, kalau tekanan darah awak ok, kita delay la sehari dua lagi, kalau masih tinggi, kita hantar awak ke hospital lain, Klang or Kajang. OH nooo not again...aku risau dan berdoa..adalah miracle..Dan doa aku didengari Allah, dan doktor perempuan yang comel masuk dan beritau aku.."Ok Syafinaz, ada satu baby dah dikeluarkan dari ventilator, dah cukup berat, i book the ventilator for you, we'll proceed your operation at 2.00pm nanti,"
Syukur, jadi juga aku diberanakkan pada hari yang mulia ini, pukul 2.15 aku disorong ke bilik bedah, doktor bius..aku takut menggigil sampai bergegar tiang besi yang aku pegang, doktor kata rileks jangan takut...huhh senang je dia cakap, aku bergegar badan dan bibir sebab takut. last-last doktor kata kena bius habis, jadi aku terus lali dan tak sedar apa yang berlaku..sedar-sedar semua dah selesai...bila aku bukak je mata,
aku tanya doktor.."baby saya ok doktor," dan
doktor cakap.."yes...he is very strong, dia tak pakai ventilator pun, he can breath by his own, he is very strong boy, he is good too, because i have other case lepas ni, yang we need that ventilator to the pre-mature 26 weeks baby nak keluar,"
kemudian aku disorong ke bilik pemerhatian, dan duduk situ, darling pun datang tak lama lepas tu, dia cakap "abang dah azankan anak kita, keciknya, berat dia 1.215 kg je, kurus je, tapi dia kuat, doktor kata dia tak perlukan bantuan oksigen, jantung dan paru-paru kuat," syukur..aku legaaaa..dan teringat betul cakap doktor Bashkaran, dia akan lahir sekitar 1.2 kg dan akan selamat. Bermula saat manis aku jadi ibu..Dia duduk dalam Incubator je, dia duduk dalam incubator selama 38 hari, dan bila berat dia mencecah 1.5 kg, doktor kata ok, boleh keluar dari Incubator dan dijaga di luar. sehingga hari ke 48 dia dilahirkan beratnya sudah cecah 1.7kg, doktor check pagi tu, doktor tanya "awak nak balik?" laju je aku jawab.."nak..nakk..." doktor kata, kejap saya check rekod dulu..."oklah, rekod baby ok, tak pakai oksigen, tak der masalah apa, kita pegi scan kepala baby dulu, dan nanti saya bagi date, awak pegi bawa baby check mata," ok je aku cakap.
Dan selepas 42 hari dia berada di hospital, esoknya kami balik Kedah. dan kini dia sudah besar dan sihat..syukur pada Allah..
Dia sudah pandai tulis nama sendiri tanpa bantuan orang, dia jenis budaknya kalau dia rasa nak buat, dia buat, contohnya belajar, kalau dia ada mood nak belajar, dan dia ambil buku dan baca...ba bi bu... ca ci cu...da di du..sampai la za zi zu...aku impress tgk perkembangan dia, cuma jenisnya suka belajar sendiri dan tak suka diajar..kecuali cikgunya..kalau kami mengajar dia akan argue. SO kami biar dia belajar sendiri..but sangat happy, dia boleh saja membaca huruf-huruf dan plat nombor kereta, dalam both english and malay, means dia terima apa yang dia belajar di sekolah, sebab di rumah dia tak suka disuruh belajar, mungkin boring bagi budak usia 5 tahun belajar kat sekolah dan belajar kat rumah, dan cikgu dia pun cakap, tak pe kat rumah jgn paksa sangat, sebab dia rajin belajar di sekolah, dan dia cepat belajar apa yang diajar, tak perlu ulang banyak kali, dia tahu nak buat apa.. and he make me smile and proud.
Masa sessi diablog hari tu, dia boring dan dia amik pen dan conteng-conteng kat kertas, dan dia tulis nama dia sendiri, NAJMI-tanpa bantuan sapa-sapa, aku excited dan rasa macam nak menangis pun ada, perasaan itu hanya orang yang pernah mengalaminya je tau macam mana...Dulu aku selalu heran, kenapa ada parent yang over excited sangat bila anak dia dapat buat sesuatu, cth panggil mama, abah, dapat meniarap, merangkak, dan duduk, bila punya anak sendiri baru dapat rasa bagaimana rasa itu. Nantilah aku upload pic kek birthday dia, dan hand writing dia menulis namanya sendiri.
Insya-Allah harapa dia menggembirakan..aminnnn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment