Ramadhan dah berakhir...
Masih dalam mood raya. Hari ni masuk office, smlm masih bercuti, letih dan penat, travel balik dari Kuale Kangsar jam 9 mlm, sengaja keluar lewat sebab nak elakkan sesak yang teruk, my adik ipar keluar dari rumah jam 5 ptg, jam 6.30 ptg, masih belum lepas terowong nak ke tol Jelapang lagi, dekat dua jam nak melepasi jarak perjalanan yang biasanya setengah jam je. So kami decide nak balik lewat sikit, iaitu lepas Isya'. Alhamdulillah, kalau masa petang, jalan sesak teruk kat Tol Kuale Kangsar, tapi masa kami tiba lebih kurang jam 9.20, lancar.Cuma jam perjalanan tidak lancar macam biasa sepanjang highway, tersekat-sekat...darling dah lenguh kaki...tiba di Putrajaya jam 2.10 pagi. Perjalanan biasanya dalam dua jam setengah, melampau sampai 5 jam, petang tu. Bayangkan lagi 10 tahun, kereta makin bertambah. Encik Samy Vell patut kasi itu diskaun la tol, masuk highway pun jalam jammmm jugakkk...
Kami bertolak balik ke kampung (balik Perak dulu) pada hari Khamis, cadangnya nak balik hari Rabu malam sebab kami dah mula bercuti start hari Khamis, malangnya ada urusan sikit nak dibereskan, so kami gerak lepas solat asar dari Putrajaya. Singgah Alamanda beli apa patut, dan terus gerak ke ikut highway belakang, so tak perlu kami bersesak masuk KL, nak tempuh Jln Duta, berbuka puasa dalam kereta je, minum air kotak, makan kerepek-kerepek. Bila ada hentian, kami berhenti kejap, makan burger yang ditapau dari McD. Kemudian teruskan perjalanan.
Berhenti semula kat Tapah, jama' solat Maghrib dan Isya'. Sambung mamam burger lagik, mana kenyang makan sebiji burger. Tiba di Kuale Kangsar lebih kurang jam 10.30 lebih kurang, kami berhenti di makan dulu. Sampai kat rumah darling dah dekat pukul 12. Sahur pagi tu aku dah tak boleh bangun sakit kepala berdenyut-denyut. Esoknya bertahan, dan dapatlah juga berpuasa.
Aku ngan Nurul, adik darling, buat kuih raya malam tu, harum semerbak rumah dengan bau kuih. Esoknya buat kuih lagi, kat rumah darling dapatlah tiga jenis kuih. Aku seboleh-boleh hari raya nak buat kuih sendiri, sebab nostalgia beraya kecik-kecik dulu akan menerjah bila buat kuih. Dulu kami masa semua bujang-bujang dan tinggal dengan mak, lagi sepuluh hari nak raya, kami dah mula buat kuih raya, masa tu buat kuih raya simple-simple dan berbajet rendah. Samprit, kuih bakar, mazola, kuih loyang, tempeyek, biskut cornflakes.
So bila dah kawin dan walau orang zaman sekarang main kuih tunjuk, tapi aku tetap nak buat sendiri biskut raya, itulah keseronokan nak beraya, biar anak-anak tengok kemeriahan buat kuih anak beranak, bergurau senda, dan bila ada kuih yang hangit, pakat-pakat gelak. Biar memori ini jadi nostalgia manis untuk dikenang anak-anak nanti. Kalau semua main beli, sampaikan ketupat, rendang pun beli, mana ada kenangan anak dengan kita yang akan melekat kuat di ingatan dia. Memang rimas buat kuih dengan anak kecil 'sibuk' hendak membantu, nak letakkan ceri, nak susun kuih, tapi itulah kenangan yang akan kita simpan dalam hati kita dan dia. Tak ke seronok minta tlg suami susun kuih dalam balang, tolong letakkan ceri, anak-anak sedara tolong jengukkan kuih dalam oven, masing-masing ada jer kerjanya.
Hari Ahad, meriah rumah mak ayah kat Kuale, anak cucu pakat balik, penuh dapur. berasak-asak nak berbuka puasa. Lepas Isya' kami balik Kedah, terkejut mak bila kami tiba, ye lah tak dapat nak call sebab hp adik bawa ke asrama. Esoknya aku dan darling pergi jemput adik aku yang sekolah kat langkawi tu balik, dia naik feri pukul 3.30 dari Jeti Kuah, so kami agak dalam pukul 5 sampailah dia kat Jeti Kuala Kedah. Kami tak ikut highway, kami ikut jalam kampung. Ikut Semeling, Merbok, Yan, dan akan keluar kat Jalan Kuala Kedah. Seronoknya lalu jalan kampung meriah tengok orang kampung sibuk menyediakan juadah berbuka, ada pemandangan makcik-makcik tengah ambil serai, pandan, daun kunyit di halaman rumah. Menempuh Tanjung yang cantik dengan laut yang terbentang luas. Sesekali rasa seronok bila melihat rumah kampung bertiang kayu, bertangga batu, megah di halaman rumah ayah bonda menjalar BMW, Mercedes, Honda. Bertuah ayah bonda.
Lepas jemput adik kat Jeti, kami meronda pasar ramadhan depan Jeti Kuala Kedah, aduhai...murahnya makanan, aku rasa macam nak borong banyak makanan, tapi tidak ada siapa jenis pemakan yang hebat kat rumah aku. Bayangkan Laksa seringgit, sama banyak mcm laksa dibeli RM2.50 kat KL. Bihun sup seringgit. air tebu seringgit, kalau beli dua ringgit, sama dengan beli RM3.50 kat KL. Ikan Bakar?? ermmm ikan kembung besar dengan ikan terubuk sekerat dua jenis ikan RM5 je. Kuih 5 seringgit....mulah...mulahhhhh...murtabak pun singgit dik..sedap lak tu. Lepas memborong, kami gerak balik SP, terus je ikut highway, nak cepat, kami tiba kat rumah mak lagi 20 minit nak berbuka. kelam kabutlah prepare meja makan.
Puas makan malam tu, yang seronok mak abah lah, selalu berdua je mereka berbuka. kali ni meriah sikit, tambah dengan cucu depa yang mulutnya makin becok. Hari terakhir berpuasa, awal pagi kami dah keluar, mencarikan daging, dan segala macam bahan nak masak rendang. Balik je dari pasar, lebih kurang jam 11 pagi kami dah mulakan operasi, memasaklah kami 3 beranak. Buat rendang ayam, sate daging goreng, ketupat, kuah kacang. Memandangakan aku dah terror balut ketupat, maka mak serahkan tugas tu kat aku, hentam sajala.
Pagi raya, macam biasa, kami beraya anak beranak dulu, kemudian baru ke rumah jiran-jiran. Petang kami ke Penaga rumah mak-mak sedara, maklumlah tok dan tok abah dah lama tak ada, jadi kami ziarah rumah mak-mak sedara je la. Esoknya kami ajak mereka semua berkumpul kat rumah kami pula. Aku nak try buat nasi briyani. Tanya dengan Pak Ngah macam mana nak sedapkan nasi briyani, (Pak Ngah aku terror masak, dia selalu tender masak untuk kenduri kawin) Pak Ngah pun pesan, beras basmathi rendam dulu, blender itu-ini...rempah banyak ni, susu cair banyak ni. Dalam hati aku, ok ni, senang je.
So esoknya pagi-pagi kami keluar ke market (orang kedah sebut market, tak der nya sebut pasar) beli ayam 2 ekor setengah, nak buat soto ayam dan ayam masak merah. Beli itu ini...kemudian aku dan mak menebeng kedai kopi, sambil tunggu roti canai dimasak, aku sempat hayun nasi lemak sebungkus 5 kupang kat gerai tu. minum air teh ais kongsi ngan mak. Sebenarnya kami tunggu kedai mamak tepi gerai tu bukak, nak beli beras basmathi dan rempah briyani, lama gak tunggu kemudian tanya budak gerai tu, mamak ceti ni bukak kedai pukul berapa, kata budak tu, hari ni Hari Jumaat ceti bukak kedai pukui 10 kak. Aduh, tengok jam baru pukul 8.30 pagi, so kami balik dulu. Nanti aku keluar semula ngan darling.
Balik aku prepare masakka soto dulu, goreng ayam, prepare ayam masak merah. Kemudian keluar semula pi kedai ceti, beli rempah briyani, papedam, beli itu ini...bla..bla.. kemudian darling tanya, beli ayam berapa ekor, aku ckp dua ekor setengah, darling kata tak cukup, so kami pi beli lagi sekor. Mujur kami beli lagi sekor, memang tak cukup pon. So hari tu kiranya misi masak nasi briyani aku jadi....dengan perasan aku rasa macam hebat, tiba bila Pak Ngah nak makan, aku rasa seriau, "alamak mesti komplen orang tua ni nanti," he..he..Pak Ngah kata "nasi hang ni tak cukup ayaq, hang bubuh susu cayaq berapa tin?" aku jawab dua "boh setin pun cukup, ayaq banyak tak pa, beras ni bukan kembang lembik," ha..ha..ok pak ngah lain kali kami menten ayaq banyak, sebenarnya memang dah boh air lebih tapi aku cedok buang sebab nampak macam banyak sangat air.
Malam tu Mat Jan dan Purbe mai, rupanya depa dah mai petang tu, tapi tengok ramai sangat org depa patah balik. Lepas makan depa keluar pi ambik Ajid. Lepas tu, depa call ajak keluar, aku tak larat dah, so darling keluar dengan depa dan pi tengok wayang, cerita Salon, dengar kata best.
Kesimpulannya, seronok raya kat Kedah...he..he....
Kenangan dengan public phone
7 hours ago
0 Komen:
Post a Comment