Semalam baca BERITA HARIAN pasal kenakalan budak sekarang, hari ni kat radio Era ada topik pagi soal kenakalan remaja.
Sabtu lepas aku tengok Edisi Siasat, memaparkan gelagat remaja kita menyambut merdeka. Menitis air aku menonton aksi mereka. Dalam edisi tu jugak, mereka tunjukkan klip Tunku Abdul Rahman bersusah payah dengan rakyat Tanah Melayu masa itu untuk mencapai kemerdekaan. Kemudian ditunjukkan klip budak-budak punk, skin head, budak-budak pompuan sekolah pakai seksi-seksi dok tunggang arak masa malam merdeka. Aku menitis air mata, bila Wan Kamarudin kata "inikah cara remaja kita membalas jasa pejuang kemerdekaan kita?" aku rasa pilu sangat. Aku rasa remaja itu memang kurang ajar, mereka dengan bangga tunjuk botol-botol arak yang sedang ditunggang kepada kamera.
Paling sedih bila wartawan interview beberapa anak gadis bawah umur yang ditahan kerana berpeleseran selepas lewat malam. Dan semalam terbaca di internet, tapi tak sure kat mana, mengenai gelagat remaja melayu yang kurang ajar, merakamkan aksi seks mereka, aku korek-korek tapi lupa kat mana aku baca tetapi memang kurang ajar mereka. Siapa ada baca boleh share kat sini. Semuanya remaja, belasan tahun.
Itulah yang dikatakan oleh 'Seroja' dalam telemovie "Surat Untuk Bulan" negara kita ada semua, menara tertinggi, bangunan tertinggi, shopping complex tercanggih, tetapi orang kita makin rosak akhlak, ada rasuah, ada kes rogol, itulah harga yang perlu kita bayar atas pembangunan kita.
Aku percaya, kalau kita berfantasi, dan membayangkan Tunku 'bangkit' dan berada di dataran merdeka, malam itu, tentunya Tunku kecewa, kalau pahlawan Hang Tuah pulak 'muncul' ditengah-tengah Bukit Bintang mesti dia termangu-mangu melihat 'makhluk' berambut tercacak-cacak, bertindik hidung, bibir, lidah, mesti dia hairan dinosour wujud lagi ke? tapi dalam saiz kecil pulak. Bayangkan kalau pahlawan Mat Kilau pulak berada di Central Market pulak, mesti dia heran tengok anak-anak muda kita jalan terhoyong hayang sambil memegang botol berwarna gelap ditangan, atau kalau Datuk Bahaman 'muncul' di Chow Kit, takjub seketika beliau melihat 'ramai' doktor di sana, bergelimpangan, malah kalau mereka semua muncul di Chow Kit tahun depan, boleh pulak lihat, orang-orang kementerian kesihatan mengedarkan jarum suntikan dan kondom percuma.
Fikir sendirilah kan? Betapa nilai moral diaorang memang keji. Bangsaku menjadi bangsat dinegara sendiri. Tak guna kita bermegah dengan seorang Nor Amalina sedangkan ramai mat dan minah skin head tunggang langgang di merata ceruk KL malah disemua bandar-bandar utama di bumi Malaysia. Kita bangga dengan Qabil, dengan Mubin dengan Nicol, dengan Shalin, tetapi kita tak pernah jejak kaki tengok gig, tengok underground budak-budak skin head dan punk. Kita tak tengok aksi-aksi mereka di gig-gig dan mabuk mereka disitu. Aku selalu baca zine (betul ke zine kalau silap betulkan lah, it is something macam geng jurnal buat Gangguan tekstual tu...sebijik) zine ni memaparkan aktiviti Skin Head seluruh Malaysia, bila gig terbaru dan group baru muncul, aktif mereka ini rupanya, mungkin menteri belia kita tak pernah tengok kot majalah haram diaorang ni kot. Aku tengok majalah haram tu banyak kali dan banyak keluaran. AKu dapat dari anak jiran aku kat Kedah, dia seorang follower group cenggini.
Aku bimbang bayangkan 20 tahun Najmi berumur 24 tahun, mintaklah anak aku dijauhkan dari segala benda begitu, aminnnn, mudah-mudahan dia jadi anak yang baik. Kalau pun dia tak mampu berikan semua A dalam setiap peperiksaannya, tetapi dia bahagiakan kami dengan tingkah laku yang baik sudah memadaikan bagi kami emak bapaknya. Namun tentulah kami bangga kembang lobang idung kalau dia boleh berikan banyak A dalam semua examnya pada masa akan datang. Aminnn..doa itu sentiasa ada untuk semua anak dia.
Kadang-kadang rasa punca masalah dari ibu bapa jugak, tengok lah, ibu bapa yang sanggup usung anak-anak bersesak kat Dataran Merdeka, KLCC untuk tengok konsert Merdeka, konsert Tahun Baru. Esok dah budak tu besar dia dah faham selok belok malam-malam sambutan ni, salah siapa pulak? Dah besar sikit kalau lelaki dah pandai usung anak dara orang ke hulu ke hilir dan kalau yang pompuan ikut jer memana jantan.
Apa korang rasa yek???
PAKAI TONGKAT DAH
5 hours ago
0 Komen:
Post a Comment