~kami meraikan kejayaan Mawi di rumah pada malam 6 Ogos yang lalu, kehadiran gathering haram-Purbe dan Hana (all the way from Penang), Cik Daun, Yadziz, SayangMama(Ezham), Bean, NesloIce, Farihah dan Ep.
Masa kami semua melompat suka, Yadziz yang sedia tinggi tu panjat kusyen bulat Najmi dan shot gambar ni...kredit to Yadziz, semua gumbira...
Ok cerita hari ini..
Menjadi ibu yang bekerja amatlah mencabarPenat dan Mencabar rasanya..macam semalam, sudahler seharian, aku dan team yang lain duduk seharian dalam bilik meeting, kami baiki laman web jabatan aku ni. Mulai awal tahun ni aku dilantik jadi Pengerusi Laman Web Jabatan ni, so semalam, sejam lebih aku chair meeting dan kemudian sambung terus baiki/tukar layout lama web Jabatan dengan bantuan orang unit IT. Mujur aku dah pesan kat Setiausaha Jawatankuasa minta heavy breakfast, so semua team freshlah sikit masa kerja.
Budak IT prepare sediakan LCD Projector dan terus pancarkan website terus ke skrin semua orang boleh tengok/komen, edit, keluarkan info tak berkenaan, masukkan info baru. Petang sambung, terutama bab layout, betulkan banner dan lain-lain..penat sangat. Seharian, kejap berdiri, kejap sana sini, tak siap jugak, aku angkut laptop bawak balik rumah sambung kerja kat rumah lagik, sebab aku nak balik tepat pukul 5.
Keluar office, pergi pasar Presint 8 dulu, beli daging, ikan sikit, dan sayur. Sampai rumah, baju pun tak tanggal lagik, dan jalankan kerja, basuh daging, rebus..basuh ikan, prepare masak kari..Tengah basuh daging, di Najmi nak tukar seluar, berhenti kejap, kancingkan seluar dia, pakaikan tali pinggang. Baru dah dia nak tengok tv, bukak tv, dia kata nak tengok cerita keling..alahai lantak ler, aku bantai bukak Vanavil bagi dia tengok, ada video klip penyanyi, penari india bergelak..lantak ler janji anak aku diam.
Pergi dapur balik, kupas bawang, hiris tomato cadangkan nak buat daging rebus air asam jer, ikan cendaru dah ada dlm peti ais, sambal pun ada, aku sumbat jer dan goreng. Then goreng kuih frozen sikit (karipap dan cucur badak) Baru start nak masak, dah dia panggil nak tengok vcd pulak. Pergi naik tingkat atas pasang VCD pulak. bukan dia tak reti nak pasang sendiri tapi saja nak perhatian.
Lepas dia boring layan VCD sorang-sorang, dia turun bawah, aku tanya dia dah tutup semua tv dan cd kata dia tak, naik pulak off semua...turun balik, dah dia bukak peti ais, nampak ada sebungkus mee belum masak, dah nak makan mee, masak pulak mee segenggam buat dia, (air asam daging rebus belum jadi lagi..) dah masak mee disuruhnya tiup sampai sejuk...bermenet-menet aku meniupkan mee dia..tak main letak bawah kipas, kena mama jugak tiup.
dah sejuk dia suruh suap pulak dah..sambil tu masih layan citer kel*ng kat vanavil lagik ni..dah siap makan, nak sirap pulak. aduhhh (aduh saleha) setel bab dia, baru sambung masak balik. Dah setel baru nak rileks-rileks depan tv dah dia nak mandi pulak. Setel semua baru boleh rest, aku amik remote nak tukar siter indon kat cenel ria, langsung dia tak kasik, dia masih nak layan Vanavil jugak..sabar jer la..kalau hilang sabar boleh penampor pulak...Malas layan aku naik atas, mandi dan solat asar..
Darling pun balik, layan laki dulu, bancuh air dan jamu karipap dan cucur badak tadi, sembang kejao ngan darling, naik pulak solat maghrib, lepas solat, gosok pakaian kerja esok, turun semula, tengok tv, lepas isya' layan makan malam pulak, habis makan, kemas meja, basuh pinggan, kemas dapur, kemudian layan ulangan konsert akhir AF3 kat cenel 15. Dah budak kecik tu nak tengok citer Puteri pulak, naik pulak tingkat atas, pasang tv atas, kasi dia tengok tv3.
Kejap panggil mama..kejap panggil mama (ishhh mama nak layan mawi pun tak senang..ahaks..) Dah abis konsert, barulah panggil Najmi gosok gigi, kemudian masuk tidur...baru lah berehat sebenar-benarnya...
itu kejap-kejap terjaga batuk..batuk...batuk...penatla...Bila komplen kat darling, kata dia dia tak cerewet makan nasik ngan telur goreng pun tak per...dia tak kisah, jangan susah-susah masak..tapi ye lah..kita ni isteri dia, ibu anak dia...kalau main beli jer, tak best jugak, nak jugak diaorang makan air tangan isteri/ibu sendiri walau tak sesedap mana. Kecuali kalau busy sangat, dan letih sangat barulah main beli jer. Suka tengok depa puas makan, dan aku puas hati, hilang penat bila tengok depa makan dengan 'meriah'.
Macam mana ibu-ibu lain? letis kan??
0 Komen:
Post a Comment