BUDAK ADA MAGIC MENANG JUGAK AKHIRNYA...
Masa Aznil umumkan AFvokal dan AFBaik, aku cuak ler...rasanya memang kalah le kot mamat botak ni...
Tapi sedapkan hati...
sebab petang tu, kami pergi ke stadium, saja jer tengok-tengok karnival, dan tengok sambutan pengunjung yang boleh aku katakan 95% peminat mawi dan meriah dengan barangan mawi, maka aku rasa macam mustahil dia tak menang, tapi kalau astro jahat, mana tau kan...
Tapi akhirnya anak Pak Ani ni menang jugak, dan seluruh hidup dia akan berubah jugak. Kita semua mesti rasa satu benda kecil berlaku dalam hidup kita tapi akan membawa perubahan yang besar ke atas seluruh hidup kita...
Contohnya aku sendiri, suatu hari di tahun 1998, masa tu internet kira masih baru, dan chatting di IRC sangatlah pemes....dan seorang kawan aku yang buta it, mengajak dan sponsor aku ke Cyber Kafe di Seksyen 2 Shah Alam untuk aku ajar dia macam mana nak chatting, so aku chatting ngan sorang yang guna nick 'bengkang' berlarutan sejam berchatting, and this mamat kasi no phone, dan sebagai anak muda yang miang masa tu aku pun call ler mamat ni...call. sekali dua, kemudian secara tak dirancang...member aku semua nak pow mamat ni, dan kami 5 orang sahabat, pergi pow mamat ni kat Kenny Roger Bangsar, bukan takat pow makan, malahan pow tambang teksi dari Bangsar ke Shah Alam lagik...cisss pengikis sungguh aku masa tu..
kerana sessi ajar member chatting itulah perubahan yang berlaku, hanya kerana aku nak ajar member aku chatting, aku kenal mamat tu, dan akhirnya kawan-kawan, chenta-chenta terus mamat tu skrang dah jadi bapak kepada anak aku...aku cari kerja kat KL, kemudian dapat kerja gomen, dapat tinggal di Putrajaya, itulah takdir...
Macam Mawi, dia suka-suka je pergi uji bakat AF, kemudian dapat, tak berjaya masuk jadi pelajar AF awalnya, tapi atas tuntutan peminat, Mawi masuk semula, dan terus unggul sampai jadi juara. Dan aku yakin kini seluruh hidupnya berubah, tidak lagi lepak tepi simpang, tak lagi duduk di sudut restoran Bongsu Corner, tak lagi bawak motor kapcai, dah dapat suzuki swift pulak...itulah takdir dia...
Darling kata aman AF dah habih..aku pulak boring nye kena layan bola pulak..chehhhh...baik layan vcd Madagascar lagi best...
0 Komen:
Post a Comment