Last week dari 21-23hb aku aku kursus kat PD, then Ahad 24 tu ada family day, sekali semua opis aku buat kat PD, malam 23 tu kami ada Majlis Makan Malam dan anugerah Cemerlang, persembahan kakitangan, group aku buat persembahan macam ampeh jer...aku tak kecewa sebab kami tak banyak practice dan perancangan berterabur.
So malam tu tak dapatlah aku nengok konsert AF, cehhh time aku tak dpt tengok ni ler berpusu-pusu member saja kasi dengki kat aku dok bgtau Mawi perform best...taks abo nak nengok ulangan nanti. Cayalah dik Mawi...World gitu...Kawan kita Sultan Muzaffar pun jadi tetamu masa imbasan...cayalah fren.
Aku pergi PD tu tumpang member opis jer, kami naik satu kereta 3 org, ye lah kitaorg ada satu keter jer. Hari jumaat petang tu baru lah my darling dan Najmi datang, sampai je kat bilik, si Najmi dah nampak swimming pool. kebetulan bilik aku memang mengadap swimming pool dan pantai...terus dia ajak turun mandi kolam. Masa tu dah lebih 6.30, aku karang pukul 8.30 kena masuk kelas semula. Bawak jugak ler turun kejap, baru turun tangga swimming pool tu, dia tergelincir dan jatuh tersembam. panik pulak dia, dah tak boleh bangun balik, terpaksa ler aku terjun menyelamatkan...habis lenjun seluar aku..peh tu dia terus macam tak mau mandi, tp ajak balik tak mau pulak, dia nak aku pegang dia, kemudian aku paksa balik. Ingatkan lama le phobia dia...tak juga, hari Ahad tu kemain dia berkubang dalam kolam, jenuh aku ajak naik. babah pun tak bawak pelampung pulak...nak tinggal kejap pun risau jugak. Dah balik sini pun dok ajak pergi hotel lagi nak mandi kolam lagik...haru...nantilah bawa pergi berendam kat Persin* 16 tu, mujurlah kat sini memang ada kolam untuk penduduk sini, bayar dua ringgit jer...
hari ni masuk office, alahai kerja banyak, tak tau nak mulakan mana dulu, letih mak..
Nak update blog pun macam malas, tapi update gak ler, kang ada orang kata aku lupa aku ada blog pulak.
Ada perkara menarik aku nak story, last week aku bertugas di tapak pameran kat PWTC, masa aku boring-boring aku pun lah meround ke booth-booth org lain sambil merasa makanan dan minuman yang depa dok promote aku singgah satu booth publisher ni, sorang staff dia tegur aku "erkk macam kenal akak ni, tapi kat mana yer.." aku tanya dia, "dulu belajar kat UiTM ke?" dia kata tak, aku cakap aku librarian, so kalau dia pernah visit ke library tmpt aku kerja dulu ? dia kata tak...then dia cakap, "tak sure, but you look very familiar," aku cakap, "ye ke" siapa ye...then kami berpisah sambil masing-masing konpius, aku memang tak pernah nampak muka dia.
Sehari kemudian tu, dia datang ke booth aku dan tanya "Akak ni orang Putrajaya ke?" aku jawab ye. then dia cakap "kak Pnut yek?" ha...ha...bila dia tanya macam tu, aku mesti agak, ni mesti budak GEJU jugak...tapi dia kata tak...dia pembaca blog jer, dia baca blog Mat Jan, blog Cikgu Midad, blog Zaza, blog Mie, Meer Taro, dan beberapa blogger la...tp most blogger org lama kata dia, dia start membaca blog Mat jan, dia kunjung blog aku dari blog Mat Jan, dia kata dia suka tulisan aku masa dulu-dulu, merapu merepek, (ha..ha..skrang dah tua tak merepek lagi...)
Seronok jumpa pembaca blog kita, dia sembang ngan kita macam dia kenal sunguh-sungguh dengan kita, memang aku percaya dia baca blog aku betul-betul, kata dia, dia ingat dulu aku selalu tension kerja dengan MISAI, aku pergi kerja naik motor, dia tau dulu Najmi rapat ngan Cik Yam, aku pindah Putrajaya, abah aku sakit, adik aku kawin, so sweet, aku rasa dekat. Magic dunia blogger ni. Kemesraan terjalin cukup mudah. Dia kata dia teringin nak tengok Najmi, sebab dia baca cerita Najmi dari baby, sampai Najmi dah pandai nyanyi lagu "circle bulat" ha...ha...again aku respect pembaca ni, dia ingat aku pernah tulis Najmi nyanyi lagu circle bulat, aku pun lupa aku pernah tulis.
Cuma kata dia, semalam dia mcm blank, dia rasa dia macam kenal aku, macam kenal sangat, tapi macam tak sure kat mana, buat i really know kata dia...bila balik dia tengok balik picture-picture aku kat fotopages, kat sini baru dia yakin dan tahu dia memang kenal aku, tapi aku tak kenal dia, dan dia tak pernah tengok muka aku betul-betul....
Aku sukakan pertemuan itu. Moga kita akan terus bersahabat...Mudah kan menjalinkan persahabatan zaman sekarang? Thanks Ira...
Monday, July 25, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment