Thursday, June 30, 2005

Malas Update blog sendiri...


Ha..ha...Sejak AF3 mula, aku jadi penjejak blog orang jer blog sendiri terbiar...

Semalam taska Najmi ada aktiviti luar, cikgu hantar surat maklumkan diaoarg akan bawka budak-budak buat aktiviti alam sekitar, diaoarang pergi taman Botani, so cikgu mintak bekalkan air dan topi, jadi anak aku pun semangat betul, bangun pagi, bersiap-siap, mandi sendiri, tak menangis langsung, siap topi semua, dan air sirap sebotol, aku letak dalam botal mineral jer, supaya tak meleleh-lelh tumpah, hantar Najmi, dan pesan berderet-deret, dengar cakap cikgu, jangan nakal kat Taman Botani tu nanti.

Baliknya seboklah dia cerita, ada puppet show kat taman Botani, ada buat painting, biat colouring dan taman, kutip daun dan color-color kemudian tekapkan kat kertas lukisan. Nampak dia enjoy dan seronok dengan aktviti tu.

OK aku just nak kongsi idea boring aku masa aku MC duduk rumah dua minggu hari tu, bosan giler, sakit mata, kena duduk rumah jer. Ye lah nak keluar mata rasa perit dan pedih, jadi aku punggah bunga-bunga basuh dan gubah semula, beli kain organza berbunga pergi jahit tepi dan buatkan scallop, amik kain pua kumbu pun aku bantai buat scallop, dan masa hari jadi aku pada 4/6 hari tu, aku hadiahkan pokok-pokok bunga taman untuk diri sendiri....

so inilah hasil-hasilnya, korang pun boleh tiru, sebab aku dpt idea dari majalah anjung seri gak...
Image hosted by Photobucket.com
Hari pertama boring duduk rumah, kerjakan pua kumbu dulu...

Image hosted by Photobucket.com
Beberapa hari selepas itu, beli kain organza dan buat scallop atas pintu bilik bawah, tak yah jahit, main ikat-ikat jer..

Image hosted by Photobucket.com
Cabut bunga lama, basuh, dan bersih, gubah semula, ubah kedudukan letak tepi sudut hall menonton..

Image hosted by Photobucket.com
Bunga belen-belen dari jualan dulu, aku gubahkan semula dan letak atas meja konsul..hentam je la...bunga kristal atas tu sebelum alihkan ke tepi TV, moga selamat bunag kristal disitu...

Image hosted by Photobucket.com
Hadiah harijadi sendiri..sakit-sakit sempat gak pergi tapak semaian dan beli pokok sikit, untuk buat taman mini dalam rumah..

Image hosted by Photobucket.com
Ikan laga berenang di dalam balang...comel jer ikan ni..

Image hosted by Photobucket.com
Mama asyik amik gambar pokok jer, kita nak amik gambar jugak - Najmi jadi askar..

Image hosted by Photobucket.com
Punyalah banyak tempat nak berposing, susah payah panjat tepi tangga, dia nak jugak amik gambar kat situ..."askar panjat tembok"- Najmi...

itu pun ada hati lagi aku nak cat la...nak itu lah, nak ini..tapi sen jer tak der, bila tak der sen, duduk diam-diam...(erkkk ada orang janji nak bagi benih serai, manalah benihnya??)

P/s -Iklan, nanti ada cerita NEON kat Astro Ria, Faizal Yusof yang hensem tu berlakon, memang best banget, citer dia ala-ala filem Iran, so selamat menonton nanti, tarikh lupa daaaa...siapa ada astro tgk ler buku astro tu. kami dah tgk VCD memang best...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino