Tuesday, May 03, 2005

Ibuku berkahwin lagi


Pagi tadi masa dalam perjalanan hendak ke office dalam kereta aku dengar radio era. (selalunya aku layan radio era pagi jer, dari zaman Halim dan Jamal dulu sehingga sekarang Khairi* dan K*ran) sebab kadang-kadang topik pagi era best-best jugak. Habis topik pagi tu aku pun malas layan era sangat sebab merapu-raban dan banyak iklan.

Pagi tadi ada topik Ibuku Kahwin Lagi. Kata 2 DJ tu, minggu ini adalah tema pasal Ibu sahaja. Hari ini mereka meminta pendengar menelefon dan menceritakan pengalaman mereka apabila Ibu mereka yang berpisah mati/bercerai dengan ayah mereka dan berkahwin lagi. Ada seorang caller ni, perempuan, call dan ceritakan pengalaman dia. Katanya mak dan ayah dia berpisah, selepas beberapa tahun mak dan ayahnya bercerai, maknya membuat keputusan berkahwin dengan seorang lelaki, tetapi tidak memberitahu kepada anak-anak dia perkahwinan kali keduanya. Kata perempuan ini, mereka mendapat tahu apabila mereka terjumpa sijil nikah emaknya dengan bapa tiri mereka.

Jadi dia dan adik beradik yang lain sangat sedih tambah pulak mereka tahu ayah tiri mereka masih ada isteri. Kiranya emaknya jadi isteri kedua. Berbulan-bulan mereka boikot, tidak bercakap dengan emaknya. Sehinggalah suatu hari, mereka adik beradik terjumpa emaknya dengan ayah tiri mereka sedang dating. (maknya tidak pernah bawa ayah tiri balik ke rumah, selalu dating kat luar jer) Masa mereka lihat tu, mereka nampak mak dan ayah tiri dia sangat bahagia, dan emaknya ceria dan gembira bersama ayah tiri mereka.

So this girl and the siblings semua terfikir, mereka tidak patut bermasam muka dengan plihan emaknya, mereka sedar bahawa, walaupun emaknya ada anak-anak, bahagia dengan anak-anak, tetapi ada kebahagian dan kegembiraan yang tidak mampu diberikan oleh anak-anak kepada emaknya, iaitu kasih sayang seorang suami. Perhatian anak-anak dan perhatian suami jauh berbeza. So perempuan ini dan adik beradiknya mula menerima hakikat bahawa emaknya perlukan suami. Tapi kata pemanggil ini dia masih belum dapat berbual-bual dengan bapa tirinya dengan mesra. Janggal mungkin.

Aku tersentuh hati dengan cerita ini. Aku sendiri sebagai wanita, isteri, ibu dan seorang anak aku berpendapat ibu/ayah yang kehilangan suami/isteri berhak untuk mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi. Bagi seorang wanita seperti aku, berkahwin semula bukanlah atas fitrah untuk 'gitu-gitu' tetapi lebih kepada memerlukan seorang insan bergelar suami untuk tempat bergantung, berkongsi rasa, teman serumah dan sebilik. Mungkin semasa anak-anak masih bersekolah seorang wanita tidak terasa untuk berteman kerana dia sibuk dengan aktiviti hariannya, dan sibuk menguruskan keluarga. Tetapi bila anak-anak dah besar, sudah berpisah, masuk universiti, seterusnya berkahwin tak mustahil dia akan tinggal seorang diri.

Aku ada mak saudara yang kematian suami masa anak-anak belum berkahwin, kini bila anak-anak dia semua berkahwin dan bawa haluan masing-masing dan hanya sesekali balik menjenguk dia. Dia tinggal seorang di rumah besar. Kalau sakit tengah malam pun tidak ada siapa yang tahu. Simpati juga. Dan aku pun ada seorang mak saudara yang bujang terlajak, umur 40++ lebih masih belum berkahwin. Tetapi 5-6 tahun lepas dia telah berkahwin dengan duda berusia 55++ yang sudah bercucu. Dia dipinang sendiri oleh anak perempuan sulung suaminya. Anak-anak suaminya prihatin kesunyian ayahnya dan mereka carikan teman untuk ayah mereka.

Jadi Mak sedara aku ni pun dapat anak-anak dan cucu-cucu instant dan aku tengok dia sangat bahagia. Anak-anak tiri dia layan dia macam emak sendiri walau beza umur mereka tidak jauh. Dan mak sedara aku pun sayang dengan cucu-cucu tiri dia. Suami dia walaupun dah agak berumur, tapi masih kuat ke sana sini. Anak-anak menantunya siap menaja 'honeymoon' ayah dan mak baru mereka buat umrah lagi. Mungkin itulah hikmahnya bila mak sedara aku lewat berkahwin, rezeki dia nak dapat anak-anak tiri yang baik-baik.

Jadi dalam hal ini aku rasa setiap orang punya persepsi yang berbeza, ada yang sangat selesa hidup sendiri tanpa memerlukan suami/isteri lain selepas kematian/berpisah dengan pasangan mereka. Mereka tumpukan kasih sayang sepenuhnya untuk anak-anak yang berada di depan mata dan meminggirkan kehendak diri sendiri, bagi mereka ini, segala-galanya untuk anak-anak. Dan sebab itulah anak-anak yang dibesarkan oleh single parent ni lebih-lebih menghargai ibu/bapa mereka atas pengorbanan yang ibu/bapa mereka lakukan.

Sebab itulah aku sentiasa kagum kepada single parent. Sebab aku rasa mereka ini memang orang yang kuat semangat, kuat emosi.

Anybody ada pengalaman sebegini? Jom kongsi rasa...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino