Dalam hidup aku ni, aku sangat-sangat kagum dengan beberapa kategori wanita.
1. Wanita yang sanggup memperjudikan nasib dia mengahwini lelaki yang dia belum pasti kenal hati budai dan latar belakang hidup dia. Kahwin walau tanpa restu mak bapak. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam.
2. Wanita yang teraniaya, wanita yang sering dipukul suami, suami kaki judi, suami kaki betina, suami 'doktor' (inject diri sendiri got what i mean?) dia teraniaya, tapi dia masih tetap bersama suami dia. Masih sanggup hidup dengan lelaki keparat tu. Setia pada suami. Masih melahirkan anak benih suami dia, susah payah untuk laki bodoh dia. Kagum..
3. Ibu tunggal membesarkan anak-anak berderet, kes laki tinggalkan anak-anak tanpa nafkah, suami meninggal dikala anak-anak masih kecil. Wanita cekal ini terus bersusah payah membesarkan anak-anak dia. Terutamanya wanita yang tidak ada pendidikan tinggi, kerja jadi pencuci, kerja apa saja untuk menyara anak-anak dia. Aku kagum.
4. Wanita yang membuat keputusan berkahwin dengan lelaki dari luar negara, tak kira lah orang putih ker, orang Jepun ker, Korea ker, mana-manalah, dan sanggup berkorban rasa meninggalkan sanak saudara, sahabat di bumi Malaysia dan membina hidup baru bersama suami di negara asing dan melahirkan anak-anaknya diluar negara.
5. Wanita yang asalnya miskin, melarat, kemudian kerja keras dan berjaya kemudiannya. Tegas, berdisiplin, dan sangat-sangat tabah.
Kenapa aku kagum dengan 5 kategori wanita begitu?
Sebab...
Aku sendiri tidak mampu jadi begitu. Aku tidak sanggup membuat keputusan berkahwin dengan lelaki yang aku tak tau asal usul, mak bapak tak restu. Oh memang aku tidak boleh macam tu.
Aku tak mampu bersabar dengan lelaki bagi jantan di kategori nombor 2 di atas. Aku bukan boleh sabar sampai tahap macam tu, setia sampai tahap macam tu. Sanggup jadi bahan sepak terajang dan sanggup hidup melarat.
Kategori nombor 3 pulak, membuatkan aku kagum kerana dalam kedaaan diri seorang wanita tak berpelajaran, apalah sangat kerja yang dia mampu buat bagi menyara anak-anak dia. Dengan gaji 5-6 ratus tu la dia aturkan hidup dia. makan minum, sewa rumah, belanja anak-anak. Tabahkan wanita macam tu?
Bagi wanita kategori 4 pula, aku kagum kerana aku memang tidak boleh jadi macam tu, jangankan kata hendak tinggal di luar negara, kalau ke Sabah or Serawak pun aku fikir 2-3 kali. Aku memang tak boleh nak berpisah dengan mak abah sejauh itu. Ye lah memang teknologi sekarang canggih, tapi mak bapak aku tidaklah canggih. Duduk kat Lembah Klang ni pun dah rasa macam jauuuuhhhh sangat dah. Tapi masih ok lagik, kalau ada apa-apa kecemasan sekurang-kurang pack barang start kereta boleh terus bertoalk balik, or beli tiket bas, keretapi pun ada. Jadi aku rasa kagum dengan mereka yang mempunyai kekuatan emosi begitu.
Kategori 5 pulak memang tidak dipertikaikan lagi, mereka memang patut dikagumi. Aku pernah baca mengenai kisah Pn Ro*ita tokei Senday* Tinggi tu. Ceritanya dia dulu ditinggalkan suami, anak-anak kecil lagi, dia susah sangat, sampai tahap dia tak mampu belikan susu untuk anak, dia hanya beri anak dia minum air sirap, tetapi dia kuatkan semangat ceburi bidang kecantikan, dia mula berniaga kecil-kecil, hasil gadaian barang-barang kemas dia, dan kini dia sudah berjaya.
Antara wanita yang paling aku kagumi ialah emak aku sendiri, lepas abah sakit, tidak boleh berjalan, emaklah menjadi ketua rumah, walau anak-anak dah besar, tapi aku kagum dengan mak, dia ke hulu ke hilir, naik bas turun bas pergi pekan, bayar bil air, api, duit rumah, bawa abah ke hospital, sewa teksi, dan menempuh segala macam dugaan dengan pelbagai masalah yang terlalu peribadi untuk diceritakan di sini.
Sebab itu dengan mak aku kalau tak ada duit macam mana pun sanggup aku berbelanja untuk mak walau menggunakan kad kredit. Atau sanggup aku keluarkan duit tabung haji kalau mak perlukan duit. Sebab itu saja mak yang aku ada. Kalau mak aku dah mati, aku sudah tidak punya mak lagi untuk aku berbakti. Sebab itu 2-3 bulan sekali kalau kami balik, kami pastikan mak cukup segala stok makanan. Aku mesti call mak selang sehari, atau adakalanya sehari sekali, malah kadang-kadang sehari 2-3 kali. Aku heran dengan orang menelefon mak dia seminggu sekali or malah ada yang sebulan sekali. Alasan berjimat bil telefon, tapi bab melaram tak jimat pulak, beli gincu, beli hand bag, beli kasut, beli minyak wangi..heran la...
Friday, April 29, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment