Wednesday, January 19, 2005

Raya Haji 4 tahun lepas...


Hari Jumaat ni umat Islam akan menyambut Aidil Adha, 4 tahun lepas, aku menyambut Aidil Adha, bermula malam lepas orang mula bertakbir, sayup-sayup kedengaran dari Masjid Kampung Baru, aku berada dalam wad bersalin di Hospital Besar. Kononnya esok tu hendak minta cuti dengan doktor separuh hari, nak keluar wad nak pergi beraya, belum sempat pagi, nurse datang check tekanan darah, katanya tinggi. Aku pun cuak, kemudian doktor datang dan terus suruh aku ke labour room.

Aku mmg suspen, sampai kat labour room, aku ditempatkan dalam satu bilik khas, (kira untuk orang kritikal je kat situ) bilik kecil jer muat satu katil, dan aku disuruh baring situ, doktor sudah masukkan tiub kencing, masuk air, masuk ubat apa tah namanya untuk turunkan tekanan darah, aku tidak boleh ke mana-mana, mujurlah aku tak terasa nak berak sepanjang malam. Setiap lima belas minit nurse akan datang check tekanan darah. Nurse suruh aku tidur, macam nak maki nurse tu, macam mana aku nak tidur kalau setiap lima belas minit dia datang check tekanan darah aku.

Sudahnya sampai ke pagi aku tidak lena sikit pun, dari pukul 8.30 malam sampai ke subuh tu, sudah berapa orang keluar masuk beranak, aku masih terbaring mendengar orang menjerit meraung beranak, terutamanya kaum yang bukan sebangsa dengan aku. Masa tu terfikir aku, bezanya umat Islam dengan bangsa yang lain, paling-paling sakit, kita akan mengeluh...Ya ALlah, sakitnya, kita selawat dan zikir...yang lain tu semua dia jerit...Ayooomaaa.....aiyaaa.....uwaaaaaaaa....aku rasa macam nak bangun pi terajang jer. jerit macam nak mati pun bukannya hilang sakit tu..Sepanjang malam aku berdoa, Ya Allah selamatkan kandungan aku, biarlah dia dilahirkan hidup, aku doa sungguh. ye lah masa tu usia kandungan aku baru nak masuk 31 minggu, kira baru 7 bulan lebih. Baby akan lahir tidak cukup bulan. Aku doa, andai ditakdirkan hari ni bayi ni lahir, biarlah dia hidup dan hari ni hari umat Islam bergembira, biarlah kami juga gembira.

Pagi subuh tu doktor bgtau pukul 8.30 aku nak kena operate, start dari tu aku menggeletar, aku dengar doktor telefon darling, mesti tengah mamai laki aku, ye lah masa tu belum pun masuk waktu subuh. (kata darling, lepas doktor call dia bangun dan terasa mamai, dan terfikir, betul ker, kemudian dia solat subuh, dan doa banyak-banyak terus ke hospital) Darling sampai lebih kurang jam 7.00 lebih cam tu, ada lagi sorang member sebelah katil aku masa kat wad suami dia siap pakai baju melayu lengkap lagi awal pagi tu, darling sempoi je pakai t-shirt dan selipar jer.

Masa darling sampai doktor kata aku punya operation tu delay may be dalam pukul 10.30 pulak. Sebab ada kes emergency baru masuk OT. Ermm tunggu lagi, darlign pun boleh masuk, kami borak-borak sambil darling menenangkan aku, pukul 11.00 lebih doktor kata, aku punya operation delay lagi sebab hospital tidak cukup ventilator baby, sebab baby aku akan lahir tidak cukup bulan. Huh...delay?? kemudian doktor kata, seem condition aku ok, may be aku kena transfer ke hospital lain dor early delivery aduhhh kemana pulak. kemudian aku dengar doktor call hospital kelang, hospital selayang, aku gabar, mak aiii jauhnya, camner darling nak jenguk aku.

Kemudian dalam pukul 1.30 cam tu, doktor masuk dan cakap,

"Ok Syafinaz! good news ada one baby using ventilator sudah keluar, tak guna ventilator lagi, so we book that for you, pukul 2.30 you akan masuk OT ok, tenang dan selawat banyak-banyak,"

Terus aku seram sejuk menggigil seluruh badan. Siapa pernah rasa jer tahu macam mana takutnya. 2.30 aku ditolak ke OT, doktor bius, tapi aku macam masih sedar, doktor tunggu lagi, lepas 20 minit, doktor ambil pisau, (i can see from the lampu kat kat syling dan dari besi-besi kat lampu tu) aku nampak doktor toreh perut aku dan aku menjerit, aku menggigil sampai begegar katil, kemudian doktor kata bius habis, dah tu aku tak sedar apa-apa.Sedar-sedar doktor kejutkan aku, sudah siap, aku tanya doktor, baby saya macam mana? doktor kata "very well, sangat kuat, he don't need the ventilator, just dalam incubator, the pediatrician taking care of him now," Najmi dilahirkan jam 3.54 ptg. Pada petang Aidil Adha yang damai. Menitis air mata aku.

Semalaman aku duduk situ, tapi asyik tidur jer la..dah doktor kasi ubat tidur, lali semacam jer. Esoknya aku dihantar balik ke wad, aku rasa macam melayang-layang kuat sangat dadah kot. duduk atas katil tapi terasa macam terawang-awang. Esoknya aku tunggu darling, nak pergi tengok baby, tak tengok baby lagi, ye lah baru lepas kena bedah mana nak jalannya. Bila darling sampai, aku pun terus ajak darling tengok baby. First time tengok aku menitis air mata, kasihan tengok anak aku kurus kedeing, ada tulang dan kulit jer isi sikit jer, ye lah berat dia masa lahir hanya 1.215kg. lebih 215 gram je dari gula sekampit yang 1kg tu.

Aku sedih tengok tangan dia kena lekat-lekat wayar, kemudian ada alat apa tah dipasang kat dada. Kurus melidi, seminggu kat situ berat dia makin turun pulak, masuk minggu kedua, semua alat-alat kat dada dia ditanggalkan, dia hanya ada tiub yang dimasukkan glokus dalam badan dia. dan doktor kata baby you ok, jantung semua ok, pernafasan teratur, no problem, cuma kita nak gain weight dia saja. Cukup berat boleh balik. Dia pun dah boleh menyusu tidak perlu tiub lagi, seronoknya dapat menyusukan bayi sendiri. kalau tak kena perah susu dan dia minum cuma cawan kecil yang comel sikit-sikit.

38 hari anak aku duduk dalam balang tu, hari ke 38 tu dia dikeluarkan dan letak diberi penjagaan diluar. hari ke 42, berat Najmi sudah mencecah 1.7 kg. Doktor tanya, "nak balik," eeiii mestilah nak balik, aku laju je cakap "nak..nak,"

doktor kata, "ok, tengok history, baby you tak ada apa problem, lepas ni pergi buat scan kepala, nak tengok perkembangan otak dia, kalau ok boleh balik," Aku pun siap-siap pakaikan Najmi baju, pakaikan topi macam nak pergi main snow pulak, he..he.. ikut nurse pergi scan. Semua ok, dan doktor kata boleh balik.

Kini Aidil Adha muncul lagi, aku tetap tidak akan lupa pengalaman Aidil Adha 10 Zulhijjah 4 tahun yang lepas. Kini Najmi bukan lagi baby...kami sedang 'mengusahakan' next pnut junior (aminn...amin...we have mior junior already hopefully dapat "mama punya kawan pulak")

Oh Ya...lupa pulak, kepada teman-teman yang tidak pulang ke kampung Aidil Adha ni, jemputlah ke rumah kitaorg yer...beraya, tapi datang pada hari Sabtu ye, sebabnya Jumaat tu kami akan beraya ke rumah sedara mara sekitar KL ni.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino