Nota :
Ini entry yang sepatutnya di publish pada 24 Januari 2004 (Isnin) tapi disebabkan server kami down, maka ianya aku simpan offline sehingga lah ke hari ini baru boleh publish.
Aidil Adha sudah berlalu, dan Mior Adha Najmi juga secara perkiraan Islam sudah pun berusia 4 tahun, tetapi dari segi kiraan Masihi, 6 Mac ni barulah 4 tahun.
Pagi raya, darling, pergi solat sunat Aidil Adha di Masjid Putra, Putrajay*. Dua anak perantau, Yadziz dan Rosh pun turut bersama sekali pergi solat dengan darling. Di rumah aku menyiapkan anak teruna aku, mandikan dia, pakaikan baju melayu, dan dia sangat hensem. Dia pun excited sebab hari jadi dia katanya. Lepas anak teruna dah siap, segak dan tampan, aku pun macam biasa bukak je channel 62, cartoon network supaya dia leka, layan kartun, kartun dan kartun, jadi dia tak derlah sepahkan barang mainan, merengek-rengek. Jadi aku siapkan meja makan, pinggan mangkuk, panaskan rendang, kuah kacang, potong ketupat dan nasi impit. Terasa hebat pula aku menyiapkan segala juadah pagi raya tu secara solo. Selalu balik kampung dibantu ‘team’ yang lain. Ha..ha..perasan pulak..
Lepas jejaka-jejaka balik dari Solat Sunat Aidil Adha, mereka terus menjamu selera, dan beberapa member office pun datang bertandang. Syukur, tetamu datang membawa rezeki. Lepas tetamu balik, kami pun bersiap-siap keluar beraya ke rumah saudara mara, dan ke kediaman lama kami di Cheras, ke rumah x-baby sitter Najmi dulu. Dalam perjalanan, aku asyik ber-sms mengajak kawan-kawan datang beraya ke rumah kami esoknya, sebab kami bercadang hendak memasak dan menjamu kawan-kawan.
Malangnya ada antara teman-teman aku, mereka menerima sms aku, tapi langsung tidak membalas, sekurang-kurangnya bgtau lah dapat datang atau tidak, menghargai jemputan orang. Terima kasih kepada yang membalas, walau tidak dapat datang tetapi mereka mengucap terima kasih kerana sudi menjemput dan mereka tidak dapat hadir kerana berada di kampung masing-masing. Aku hargai nilai persahabatan sebegitu.
Sampai petang, Ep call hendak memberi daging korban, dari Cheras kami terus bergerak ke Subang Jaya, menerima sedekah daging korban dari EP. Bila dapat daging korban bercampur tulang, darling kata esok selain buat lontong buatlah sup juga, dan celur bihun sekali, so balik dari rumah EP kami singgah GIANT dan beli perkakas untuk masak sup. Lepas maghrib aku pun mula operasi memasak sambal bilis untuk di makan bersama lontong, merebus nasi impit 10 paket, dan siapkan segala bawang dan rencah untuk masak esoknya.
Esoknya seawall pagi, aku menyiapkan sup dahulu, kemudian masakkan kuah lontong, selesai ngam-ngam jam 11.30, Mak Andeh hantar msg, dia dalam perjalanan. Jiran sebelah rumah pun datang, dan x-baby sitter Najmi dari Cheras pun datang juga, belum sempat aku bertukar baju, kelam kabut minta darling ambilkan tudung, dan aku siapkan hidangan, dan minta diri terus naik atas tukar baju dulu,
Meriah rumah dengan tetamu-tetamu, kemudian, Salina pun sampai, tidak lama kemudian Yadziz dan Basri tiba, kemudian Mak Andeh and the Brood sampai diikuti Rosh.. Suka betul aku dengan one happy family ni, anak-anak Mak Andeh memang “user friendly” semua boleh ajer, sukalah sikap anak-anak dia very independent, nak makan ambil sendiri, nak minum ambil sendiri, tak harapkan semua mama buatkan. Nak tambah ker selamba jer, kita pun rasa suka tengok tetamu berselera makan juadah yang kita sediakan, rasa berbaloi kita memasak.
Riuh rendah rumah aku, bila Mak Andeh pulang, Ep dan anak bujangnya sampai, kemudian Op dan Mulan tiba, diikuti Rudi dan Dayah. Bila dah berkumpul gamatnya usik mengusik, terutama gossip menyuruh EP mencari room mate. Menjelang petang tetamu pun minta diri hendak berangkat. Salina, Yadziz dan Basri melayan boling kat Alamanda, kami pun bercadang, lepas kemas-kemas rumah sikit dan lepas mandi hendak join diaorg, tetapi belum sempat aku mandi, datang pula 2-3 biji kereta, saudara mara darling. Kami melayan tetamu sampai senja.
Akhirnya malam tu terus aku terasa macam nak demam, cari panadol, lepas mandi terus tidur. Pengsan sampai pagi.
Terima kasih kepada yang sudi hadir, dan terima kasih kepada EP yang sponsor daging korban, Mak Andeh sponsor kek harijadi Najmi dan hadiahkan kereta untuk Najmi, sayang betul Najmi dengan kereta Auntie Andehnya….
Insya-Allah kepada teman-teman yang tidak dapat hadir, lain kali kami akan buat lagi makan-makan…Insya-Allah…
PAKAI TONGKAT DAH
1 day ago
0 Komen:
Post a Comment