Wednesday, September 01, 2010

Alesya Anak Manja Babah


Soalan yang perlu orang-orang keja gomen jawab kalau tau..
Siapa pencipta sistem cuti HRMIS tu? awat sistem dia lembab cam nak mamp*s?? kalau kita katakan orang yang sakit tenat itu tahap lemah dan tak bermaya begitulah keadaan sistem itu, sakit tenat lain dengan sakit kuat.. sakit kuat ialah walau sakit tapi kena kuat, ialah sakit beranak, kalau tengah sakit tu tapi tak kuat nak push.. tak keluar la sorang budak kan?? ok itu cerita lain.

Ni musim orang pakat apply cuti raya, hape tah selow beno nak uruskan cuti pun, nak luluskan cuti 4 orang staff pun ambek masa berapa lama tah. slowwww tak suka... sedap lagi guna sistem e-cuti kami dulu, cepat dan pantas. reminder masuk ke email, ni kena log in ke peti simpanan bagai semua, kalau staff kita tak inform kita dia apply cuti, merasalah kita pun tak tau.. apekah sistem cenggini?? tolong habaq mai sat, saya sorang je ke bermasalah sistem ni lembab? atau korang pun sama.. tolong jawab, saya memaksa dengan bersungguh-sungguh, saper tak jawab kentut dia busuk.

Oklah citer anak dara kecik. Anak dara ni very the anak bapak.. over sekalissss ouls... kalau time bukak posa, mesti kena dok celah ketiak pak dia, time tengok tv, dok celah ketiak pak dia juga, kalau golek-golek depan tv, bawah ketiak pak dia juga dia cari sikit-sikit babah..sikit-sikit babah.

Tapi bagus juga, aman bahagia, sebab setiap kali bukak posa, dia kacau babah dia, tak kacau saya. Walaupun saya makan, makanan yang sama, tapi dia tak mau saya suapkan dia, dia mau yang dari babah dia. Air pun sama, mau air dari babah juga. dan babah pun over juga, dengan anak ni, lemah gemalai..romantik le pulak.. ingat lemari putih saya?? wahh sekarang sudah ada hasil 'karya' anak dara tu kat situ, pak dia tak marah. kalau saya marah dia akan peluk-peluk cakap tak pe.tak pe...

Semalam kita pegi Nilai, saja nak cari baju raya untuk bibik, ingat nak cari samping untuk si abang, dan nak cari tudung, tapi hanya beli baju raya bibik je. Pastu si adik nampak beg Barbie. Wahhh bijak lak tu, nampak je beg-beg gantung, dia tala pi pegang-pegang beg barbie, tanya dia beg sape ni?? dia cakap "adik..adik" nak le tu, pastu buat lak muka sayu pandang je beg tu, dengan muka kesian. terussssssssssss pak dia tanpa fikir panjang bukak wallet, "nah mama, pi bayar, kesian adik nak?" apekahhhhh?????? malam sebelum tu si abang nak beli Yoyo Rm9.90, pun babah ceramah pok-pek...pok pek... ngan adik.. cair je dia... ngada la pakcik gebu ni. over ok!!! esok-esok kalau saya malas masak, nak ajak dia makan kat luar, kompem gunakan anak dara ni suruh ajak babah dia makan kat luaq... kompem dapat punya. tunggu sikit hari lagi..

Dan balik je rumah, ke hulu ke hilir dia usung beg barbie dia, bila tanya adik nak gi mana? dia jawab "colah" eheheh sekolah le tu..
Ni la buah hati pakcik gebu dan kami semua..

Baru pandai nak bercakap-cakap, dan membebel.. Biasalah anak prem, lambat sikit, tunggu sikit hari, becoklah mulut dia.. Sekarang pun kalau kita panggil dia abang ke.. dia pun sebok datang sekali pastu buat muka serius "ape...apeee..apee" pastu kelakar tu, baru ni adik ipar saya datang rumah dengan anaknya Anis, Anis ni muda 6 bulan je dari Alesya, tapi dah tahun lain, jadinya esok depa tak la sekolah sekali. Kelakar bila kita cakap, dia kak Alesya, member marah, cakap.. "adik..adik...adik" sambil tunjuk diri dia..hiks, seolah tak leh terima hakikat dia kakak, dan ada adik lain. hahahaha bila tanya ni nama sapa? "adik" kalau orang panggil dia Alesya, nanti dia cakap "adik..adik.." semua orang pun dia kata dia adik.. eheheeh jangan terlebih manja sudahlah, dah semua orang beri lebih perhatian kat dia dalam rumah ni.

Tapi dia memang fragile dan femimin gitu, kalau pakaikan gaun, sepit-sepit rambut, terus duk diam-diam, tak lasak, sebab nak menten vouge gitu.. dah tu sensitif lak. Anak-anak saya, walaupun emak dia rock, tapi alunan tidur mereka ialah zikir dan ayat-ayat simple, macam 4 qul, selawat, takder nyanyi-nyanyi, atau bed time story. Dalam banyak2 zikir, dia paling syahdu kalau zikir La Illa, ha illallah.. la illah ha illalllah...laaaa illlaa ha illlaalllahhh.. Nabi MUhammad Ya Rasullullah. kalau dengan zikir ni dia boleh menangis teresak-esak.. tak tau kenapa, memang dari kecil lagi. dari baby-baby dulu. zikir lain ok, tapi kalau selawat dan zikir tu kompem dia sebak dan siap boleh nangis teresak-esak. Selalu gak saya menyakat, kalau time dia melasak, panjat sana, panjat sini, atau terlebih ceria, saya 'tangkap' dia dan alunkan zikir tu, kompem member terus insaf, dan diam. Nanti saya videokan dia emosi dengan zikir tu. Saya masih tak tau kenapa dia jadi camtu. Mungkin jiwa dia halus walau rock macam emak dia???

9 Komen:

GaDis CoMeL on 10:05 AM said...

lalalaa.. comel betui noh anak dara kak pnut. putih gebu, rambut kerinting.pakai sepit rambut gitu. hehe.sgt feminin gitu. mgkin mewarisi sisi gelap kak pnut yg rock kapak tu. haha.

Angah on 10:07 AM said...

bila alesya dah besar sket nanti hang ngan dia akan jadi kawan bergaduh, org kata 'belaga angin' ...tapi pecaya la anak yang ni la selalu akan sayang lebih kat mak dia sampai bila-bila...

Zareda Norman on 10:14 AM said...

pinut

gitulah anak dara memang manje over dengan bapak dia. Anak dara zar pun gitu.. nyampah tau.. bukan dengan abah aje.. dengan atuk, dengan paksu..wah wah.. mintak je sure dapat..

Apapun, selamat hari raya pinut.. hati hati di jalanraya ok

Zareda Norman on 10:14 AM said...
This comment has been removed by the author.
nuni on 11:51 AM said...

hahaha kak kentut saya kadang2 je busuk hehehe..tul la kak lembab tahap siput berlari ..saya ni dah 10 kali cuba nak print cuti raya ni (opis sini kena print pulok cuti yg dah apply dalam hrmis..heee apa kes la,ada sistem, manual kena buat jugak)...hrmis ni papar skrin kosong je!!!!haihhh nak jer...upsss puasa kena sabo

Nurul on 12:25 PM said...

aiyak..anak dara saya asik nak dok kepit ngan saya jer..huhuhu..bila kita makan, dier suh pangku. Bila merajuk lari kat kita. Bila nampak along atau walidnya dok gesel2 kat kita, kompem kena tolak kepala...ahahaha..

p/s: sungguh ayu si alesya yer...pandai control2 ayu gitu

Pnut on 12:37 PM said...

GC-rock-rock juga, tp vouge kena mentennn..

Angah-tu le, tunggu sikit hari, sure ada je benda kita nak marah dia..eheheh

Zar-dah anak manja gitu le... semua pakat manjakan dia..

Nuni-jadi terbuktilah sistem tu memang slow kan?? bukan salah kita la kann..kan...

Nurul-wahh terbalik pulak awak, anak dara rapat ngan awak, biasa anak pompuan dengan pak depa...

Amy Z! on 9:53 PM said...

hah! hrmis ni. mmg membencikan. nak carik pelulus dan penyokong cuti pun makan masa 10 menet. mencik sgt!


alololo.. pjng dah rambut alesya. comel la dia ni. mcm anak cina. hihi.

Angah on 11:33 AM said...

opis angah tak pakai lagi..EG.net nan ado kekdahnya.

oh kak..adneen pun buah hati ayahnya. semua ayah. sampai nak selimut pun jerit "ayah kakak sejuk, nak simut" padahal ibu ada terconggok kat tepi dia, ayah tengah mop lantai kat tingkat bawah..apakah!!

tapi bagus gak dikala sarat bawak perut nih hehe

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino