Friday, August 06, 2010

Chef Koboi kembali, dengan resepi baru..


psssttt nak kabo neh...
Hari ni saya pakai baju yang sepatutnya saya dakwa ia adalah baju raya,
tapiii acik dulik ape... bukan orang kampung tau baju raya nak present time raya nanti dah acik pakai pegi opis...

Ndak-ndak pulak tahun ni raya kat Sauk, ermmm belum tentu dapat menikmati erti hari raya sebenar. Kalau ikut track rekod lepas-lepas, acik pakai baju kaftan sekerat hari raya dah, ada sekali tu sebok masak mee kari, pastu sebok bancuh air, sebok aje la kiranya kat dapor tu. Rumah sana tu sedara mara ramai bebeno.. elok je lepas solat sunat raya tu dah berdoyoooon orang mai. Tak der maknanya baju raya beb.

Jadi ade sapa kesah pakai baju raya sebelum ramadhan dak?? bantai je la.. setidak-tidaknya kalau tak sempat melaram di hari raya, tak le kempunan sangat. Tahun ni raya tatau cemana, ayah mertua dah takder, adik ipar saya pulak, mungkin beraya kat kampung suami dia, sebab ayah mertua dia uzur. rumah kat Sauk tu pun tak berpenghuni sekarang, sesekali je adik ipar jenguk-jenguk.. tak dapat bayangkan cemana raya nanti suasananya. suram je kot.. so babah ape kata kita raya kat kedah je?? statement cam derhaka sikit..eheheh dah la tahun lepas raya kat SP dah, ini tahun lagi mau raya sana?? kang tak pasal perang dunia ketiga meletus ye la..raya kat sauk.. raya kat sauk, tapi konsep raya kita tukar sikit ek.. kalau saban tahun rumah kita je kena serbu..ape kata tahun ni lepas je solat raya, kita lak menyerbu rumah orang.. bereh??? cantek la... i likeeee...

okeh tuan-tuan dan puan-puan...

Mulai hari ini.. pada setiap hari Jumaat, Chef Koboi Jimen akan bertugas di blog makcik sapinat.. okeh, hari ni chef konoi jimen nak ajo korang semua feeling chef hebat ok..buat pufff katanya.. tapi macam biasa.. chef hanya tau buat ala koboi...

Pernahkah anda melihat puff-puff segojes ini di dunia yang fana ini?? sure pernah kan?? tetapi terfikirkah anda semua bahawa anda juga boleh buat puff sogojes ini hanya dengan menggunakan roti canai segera? roti canai frozen?? tak pernah fikir?? tak per tak payah, bab fikir tu biar chef koboi je fikir.. korang cuma tengok dan tiru je nanti boleh??

Nampak...hebat kan??

Amacam hebat tak puff Chef Koboi?? nak tau rahsianya??? ehheeh jangan risau, korang tak berpeluh ketiak nak uli tepung bagai... anda cuma perlukan... ini saje..

1. Roti Prata
(jenama Kawan ni best sikit, beli yang lembik, dan bukan half goreng tu tau)
2. Sosej
3. Sardin campur bawang sikit
(masak koboi juga, taruk bawang je, pastu feeling hebat sikit, letak serbuk lada hitam dan lada sulah, masak koboi ni means, campak semua ni dalam kuali, sardin dan bawang, nehi tumis-tumis

Ni bahan dia


Pastu cara dia..
1. sekeping roti canai tu bahagai 4,
(buat kecik la kalau pelahap, boleh bahagi 2 je, tapi letak le sosej lebih..)
Chef buat 1 keping bahagi 4, dan sosej tu potong dua,
tengok gambar ye puan-puan.. ambik seketui sosej, pastu letak tengah, dan gulung kiri dan kanan, pastu balikkan dan letak atas tray,(sapu mentega sikit)


2. pastu kelar sikit, then sapu kuning telur.


3. Pastu kalau boring makan ngan sosej ke, leh sumbat inti sardin
kalo nak boh sardin, roti canai tu potong jua je, pastu tutup kiri dan kanan, jadi segi tiga, pastu tekan hujung bucu tajam tu, supaya isi tak terburai dan meleleh, pastu kat hujung satu lagi, tekan-tekan nak garfu.. pastu kejam-kejam sikit, cucuk-cucuk badan puff yang gemuk ngan inti tu ngan garfu supaya udara panas leh masuk bakar dalam-dalam juga..



Pastu sapau kuning telur, bakar le dalam oven.. berapa lama dan berapa suhu nak kean bako, sendiri mau ingat le..

Oven CVhef koboi beso, industrial oven, sebab chef kan bisnes kek, tak main le oven kecik..so untuk oven ni, chef nak cepat, bako 200 celcius, selama lebey kurang 15-20 menet..



pastu dapatlah makan seisi keluarga. makan panas-panas..sedap... pastu feeling hebat.. ala-ala chef gitu baut puff katanya.. nak lagi hebat, sile hantar sepiring kat jiran kompem jiran kagum... dia bukan tau kita pakai roti canai segera je... kat supermarket, ada jual yang pack 25pcs tu, lagi jimat, beli je buat stok.. baut bekal sekolah anak pun boleh, memalam siap gulung bagai, pastu letak dalam peti ais, esok tinggal bakar je.. atau bakar dulu separuh jalan, esok sambung bakar kasi betul masak.. kompem kawan-kawan anak pun kagum beb...

Amacam??? Berani cobaaa?? sile...

ape lagi.. cuba la... tapi kalau rumah korang tak der oven, takat tengok je la resepi ni..pi la beli oven dulu, yang rega RM99 jual kat tesco ka giant ka..boleh dah tunjuk hebat ni...

11 Komen:

mRs. JujUE on 2:48 PM said...

fuhh..sedapnye...senang betul ek nk wat? x pyh nk uli² tepung..huhu..kene try ni, bole bagi org lain kagum..hihi..tenkiu kak..☺☺☺

Siti Noor Aminah on 4:19 PM said...

apa lagi, pujuk la pakcik gebu balik beraya kat kedah je. hehe.pujuk, jangan tak pujuk. ;p


sentap tgk puff2 yang gebu cam org yg buat ni. sangat lazattt.. nak terai pun, oven pun tak dak. tunggu balik kampung, terai kat kampung. hihih.

ladybird_201 said...

sy suke resepi ni sbb semua benda ade di rumah..roti prata jenama kawan tu dh lama terperuk dlm peti ais..sbb dh x lalu mkn cicah sardin..tuna..best2 mlm ni nk buat..tq kak pnut

Mummy Rizq on 5:58 PM said...

ko memang gojes...!

zareda said...

waaa dah diskuss balik raya.. che kiah juga yang dok terkebil kebil lagi.. keputusan balik raya akan diumumkan pada malam menengok anak bulan.. ehhehe

tapi chef koboi memang otak geliga.. idea susah mari..

Pnut on 12:05 AM said...

JUjue-cubelah senang dan sedap, dan pantas, paling penting tak mengotorkan dapur, dan jimat besen, mangkuk bagai..eeehe

GC-jangan lupa terai dan kagum kat blog ek..

Ladybird-ape lagi.pantassss buat segera..ehehe

Zar-resepi koboi katakan...eehehe

Hayati on 6:13 PM said...

kak yati suka guna kraft punya roti prata. rasanya lebih gebu cuma dia nipis sikit dari kawan. Cuba pnut guna kraft pulak.

Hayati on 6:13 PM said...

kak yati suka guna kraft punya roti prata. rasanya lebih gebu cuma dia nipis sikit dari kawan. Cuba pnut guna kraft pulak.

Hayati on 6:13 PM said...
This comment has been removed by the author.
farae al-farafisya on 10:03 PM said...

salam kak pnut..
tak sangka la pulak leh guna roti prata segera tu...
nampak cantik je bila dah siap bakar..
terima kaseh ye sebab share resepi ni..pasni leh try..hehe

Nida Shaari on 1:36 PM said...

wow tq chef koboi.. kebetulan ai dah ada oven letrik.. jadi boleh lah mencuba resipi ini sebagai tanda merasmikan oven ai..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino