Thursday, January 28, 2010

Kenapa Lelaki Menangis???


Semalam kat HotFM, Fafau dan FBI bukak topik pasal lelaki menangis, ada sorang pompuan ni call bagitau bekas tunang dia suka beno jadi King drama, nanges je, seminggu 2-3 kali menangis, sebab beriya-iya kabo dia sayang bekas tunang tu, tader pompuan lain konon, tapi kata pompuan tu, kat belakang siap keluar deting ngan awek lain..ahaks, murahnya air mata jantan itu.

Lelaki ni, kalau dia kena belasah, jatuh motor, patah riuk pun sakit cemana pun jarang dia nanges, tapi kalau hati dia tersentuh, leleh juga air mata dia. Tau la kan semalam i mention pakcik gebu ai baran, tegas, dan tak main le jiwang dan leleh kan?? kalau saya tengok drama, filem, atau baca novel nanges leleh, pasti seminggu belum abeh wa kena kutuk beb. Sengal je ngutuk bini dia.

Tapiiii ada satu novel kisah benar ni membuatkan pak cik gebu punya air mata menitis jua... Nak tau novel apa?? ni hah novelnya..



Actually banyak novel-novel kat rumah saya (ingat dak? saya minta sumbangan buku/novel untuk kami bangunkan library kat rumah anak-anak asnaf? Alhamdulillah ada yang prihatin hantar novel kepada saya untuk sumbangan, anda bila lagi???)

So ada lah banyak novel saya dah kumpul, dan akan dihantar nantu, dan salah satunya novel ini (ini dari beg yang disumbangkan olah Izza rasanya) Novel ni kisah benar ouls.. Mungkin korang ingat kisah keluarga malang dari Kelantan yang 5 anaknya mengidap MLD, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan sel otaknya semakin hari rosak, dan akhir anak-anak jadi cacat otak, hilang keupayaan diri, dan berakhir dengan maut, keluarga ini mencatatkan rekod dunia, kerana satu-satunya keluarga terbesar dalam dunia yang semua anaknya mengidap MLD. Kes-kes lain, hanya satu atau dua anak akan mewarisi penyakit ini. Tetapi bagi keluarga ini 5 anaknya menghidap penyakit ni yang memang kata doktor tiada harapan sembuh bila positif, hanya menanti masa untuk 'pergi'

Pelbagai dugaan la mereka hadapi, 3 anaknya sudah terlewat untuk menghalang penyakit ini, tetapi dua yang dibawah masih berpeluang sembuh, dengan melalui pemindahan tulang sum-sum, yang rawatan ini hanya ada di luar negara. Segala usaha dilakukan doktor di Malaysia (HUSM) untuk membantu anak-anak ini, dengan sumbangan dan sokongan kerajaan berangkat juga 4 beranak (dua anak yang bawah dan ibu bapa mereka) ke US untuk rawatan, pemindahan air tulang sum-sum tu berjaya ke atas dua beradik ni, tetapi si abang meninggal jua akibat jangkitan dan pelbagai komplikasi. Takdir menentukan.. Sedih tau.. satu persatu anak dia meninggal, dari yang sulung, kemudian yang ke 4, diikuti yang ke2 dan akhir sekali yang no.2 sehingga novel tu ditulis, hanya yang bongsu yang buat pemindahan tulang sum-sum berjaya, tetapi itu pun bergantung pada ubat-ubatan seumur hidup. Dalam keadaan anak dia sakit begitu, ibu mereka pula didapati kena kanser, kena operate, kena kimo..aduhaiii berat sungguh dugaan mereka.

Sedih tau, bila saat-saat dia nak hadapi kematian anak-anak dia, saat-saat dia menatap anak dia kejang (sawan) nafas tercungap-cungap, mata ke atas, dan akhirnya meninggal di pangkuan.(kecuali anak no.4 meinggal dalam koma) halaaaa weiiii kalau korang kental cemana pun, pasti korang sedih.. Kalau tak menitis air mata, tak tau le jenis manusia cemana korang kental sungguh la..Tau dak, anak buah hubby along siap gelakkan hubby lagi bila dia ckp dia bergenang air mata baca novel tu, siap gelak kutuk, pastu kami suruh dia baca sendiri,.. nah ambek ko, dari pukul 12 malam, dia langut, sampai dekat 4 pagi baru tido sebab layan novel tu, esoknya saya tanya cemana kata Along "huh wencooo bergenang juga air mata, dua tiga kali juga menitis" hah.. baru ko tauuuu

Serius memang saya rekemen korang baca novel ni, novel ni dah lama, tapi dulu saya tak sanggup nak beli dan baca, sebab saya tau mesti sedih. Tapi bila hubby sendiri baca pun nanges, saya kuatkan semangat baca juga. Ermm bagai dikata, cuma tak banjir ke kot. Sedih giler weiii..

Hubby saya nanges sebab kata dia, dia seorang suami dan bapa dia kagum lelaki dalam cerita itu, kalau dia sendiri belum tentu dia sekuat itu hadapi dugaan. Bayangkan anak lahir sihat, bijak, bila cecah umur 8-9 tahun mula menjadi lupa, dan fungsi otak hilang sedikit demi sedikit, dari anak-anak yang bebas berlari ke sana sini, jadi anak-anak yang terlantar, makan minum pun orang suap. Dan dia sebagai bapa pasti tertekan, nak cari duit, sampai akhirnya tebalkan muka mintak sumbangan, sudah ada sumbangan masyarakat pula tuduh mereke salah guna wang sumbangan. Memacam dugaan.

Penulis novel ni CHEF NORZAILINA buku ni terbitan Karangkraf

Soo kalau rajin pegilah beli dan baca, kompemmmmm korang nanges.. rasanya 29-1 feb ada karnival kat karangkraf tu, boleh usha novel-novel.. kak sri, akak ada ke? kita rasa cam nak pegi je...

12 Komen:

oren said...

kalo tau tang mana ada juai, habaq la noo..kami tak turun la kl sbb jauh..kami kat belah2 penang nih...

oren said...

eh, mntak details nama pengarang, terbitan tahun bila dan siapa penerbitnya..nk try search dlm opac nih haa...

Pnut on 10:37 AM said...

Oren-novel karangkraf, tulisan Norzailina, saya dah edit entry saya tu...ada info

Cikja on 10:45 AM said...

kak saya dah baca dah memang sedih..suami saya baca pun 2-3 hari tak lalu makan..huhuhu....
kat novel tu siap ada gambar kan?..

Nurul on 12:19 PM said...

beberapa kali dah ternampak novel tuh, tergerak nak beli tp tau sure meratap meraung nnt. Sama masa baca buku tentang Bukit Kepong.

Anonymous said...

kak pnut,

anak sulung pasangan ini adalah kawan persekolahan saya.maslina namanya. masa sekolah rendah, dia budak pintar.. lama-lama prestasi menurun. dari kelas pertama turun ke kelas akhir. masuk sekolah menengah, dia lagi teruk. dimarah guru, dibenci guru.diperlekeh kawan2. takde org nak kawan dgn dia. dia hidup dalam dunia dia sendiri. bulan posa makan depan orang ramai(masa nih mana la kami tau dia ader penyakit ni).

My Life My Journey.. on 2:07 PM said...

Pnut,
Panggil saya Fa, lepas ni nk suruh abg gebu saya baca la novel ni, kat mana boleh order yer, biar tangkap leleh sikit dia, teringin gak nak gelakkan abg gebuku itu meleleh hehehe

Orked on 6:11 PM said...

ish, sedihnya. baca kak pnut punya sinopsis pun dah terasa sedih. tak nak le baca... bila ada anak ni jadi terlebih sensitif bab anak. macam dulu masa takde anak, dgr berita anak orang hilang takde perasaan, tapi skrg ni rasa sediiiihhh sangat sebab terbayang camne la kalau anak sendiri yg hilang. bab sakit-sakit pastu meninggal macam dalam buku ni lagi lah tak boleh. huhu...

mummy

Anonymous said...

Waaa..meraung dulu..Pnut..awatla hang pi dok tulih lagu niii...Akak belum baca dan gerenti takmau baca..mau demam ni.Pnut,baru 2 minggu lepas akak menangis kerana amat simpati pada kawan akak sendiri yang menghadapi keadaan serupa,dia punya 5 anak dan 3 darinya mengalami keadaan itu..tapi Allah Maha mengetahui hambanya yang tabah dan diberikan ujian begini..tinggi derajat depa tu nanti di sana..syarat redho.Dan yang sulung meninggal minggu lepas..sedihnya. Tu pasai akak tak tega nak baca..boleh demam teruk menahan perasaan

Anonymous said...

Sedih sedih..nak cari aaa novel ni.. Kena baca mlm hari tak keje..Kot tak kompom terbabas nak bangun gi keje...

p/s: teringat basah lencun dgn air mata dlm panggung Talentime...

Hayati on 9:38 PM said...

acik pnut, acik yati cari ini buku merata-rata hari ni dek terpengaruh dengan cerita acik pnut, depa kata buku ni dah lama, tak order dah. Kak yati frust ni. Teringin sangat nak baca. Macam mana nak dapatnya?

Pnut on 3:44 PM said...

Ijah-wahh lagi leweh hubby awak, siap tak lalu makan eheheh

Nurul-nanges taper, bermakna hati kita normal..ehehe

Anon-kesian maslina kan.. dia bijak dulu kan..akak sedih betul..

Fa-hubby saya dulu selalu gelakkan saya baca novel nanges, sekalikk dia pun nanges..ehehe

Intan-sedihhhh oo baca la...

rospawan-siap demam tu..lagi powerr..ehehe

Mushroom-hahahah bab telentime tu cam senasib je kita..ahaks..

Kak Yati-ape kata akak order direct ngan karangkraf-alaf 21

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino