Tuesday, November 17, 2009

Ke Rumah Warga Prihatin


Pada hari Ahad, kami anak beranak ke Rumah Warga Prihatin di Kajang. Tujuan utama kami ke sini ialah untuk memanjangan amanah orang. Sorang anak buah saya kat UKM, baru-baru diaorag telah kumpulkan pakaian terpakai yang masih elok-elok, asalnya untuk dibawa ke study tour ke Padang, tetapi apabila berlaku gempa bumi di Padang, hajat mereka tak kesampaian. Jadinya banyak sangat pakaian terkumpul yang mereka tak pasti hendak di bawa ke mana. Lepas si Tasha ni baca blog saya yang mohon sumbangan derma pakaian terpakai tu, maka dia cadangkan pada kawan-kawan dia agar baju-baju diserahkan kepada saya untuk disedekahkan.

Banyak, penuh bonet Mr. Grey. Erkk bayangkan depa boh dalam keter proton bonet penuh, ditambah juga diletakkan di seat tempat duduk penumpang. Sepatutnya saya dah Hazwah bersama-sama membawa hajat ni ke rumah Warga Prihatin, tetapi malangnya Hazwah tidak dapat bersama, sorry dik, akak pegi dulu, Insya-Allah soon kita pegi lagi. Sebabnya bonet keter yang dah sarat bebeno tu kena kami kosongkan kerana kami hendak beli barang dapur ke Tesco, jadi saya cadangkan pada pakcik gebu, daripada kita dok angkat bawa masuk rumah, pastu angkat balik masuk kereta, alang-alang kita nak ke Tesco Kajang, lalu Sg. Ramal, kita terus hantar je la. SO callin ustaz Hamzah, selepas menerima direction, kami pun gerak.

Sampai di sana kami disambut oleh Kak Long, orang kuat rumah Warga Prihatin, sungguh ramah mesra sangat penghuni di sana. Terharu sebenarya. Selepas proses akad menyerahkan sumbangan, kami di jamu minum, malah Kak Long beriya-iya jemput kami makan tengahari di sana. Tapi maaf kak long, kami ada byk urusan lain. Ingatkan kami sekadar singgah dan hantar, tetapi layanan yang diterima lebih dari tu. Banyak perkara kami bualkan, Insya-Allah saya akan bantu Kak Long dapatkan sumbangan buku-buku untuk kami wakafkan kepada anak-anak asnaf ini.

Di sana juga tak disangka-sangka Alesya dapat jumpa
ORKED anak CEO Candid Syndrome tu, Saiful Nang ngan Dr. Intan. Tak sanga Alesya jumpa rakan sebaya dia. Saya ngan Intan lak ada le dok ber-sms, tapi tak pernah jumpa lagi.akhirnya tak der plan, jumpa lak kat sana, tapi saya memang tau SN dan Intan memang 'org kuat' rumah warga prihatin, sumbangan dan kebajikan mereka kat situ memang banyak. Bagus, patut murah rezeki SN tu.. banyak duit masuk, banyak le habuah anak-anak asnaf di sana. Insya-ALlah saya pun ada usahakan sesuatu nanti untuk rumah ini. Nanti saya buat entry lain mengenai ini setelah saya membuat tinjauan balas ke rumah ini kelak.

Ini kanak-kanak kecil ni sedang buat aktiviti kraf, diaorang tengah buat frame gambar dari kotak-kotak.. sempit tempat ni, kesian mereka berasak-asak.. korang kalau ada rezeki lebih hulurkan sumbangan ek..




Ni lak pertemuan Alesya dan Orked, Alesya ngan Orked patut lahir lebih kurang tarikh yang sama iaitu pertengahan Ogos 2008, tapi Alesya lahir awal dari Orked, biasalah dia rock.. ehehehe



Nanti saya buat entry khas mengenai rumah prihatin ni, and projek kumpul buku yang saya nak buat.

Masa pegi sini, saya segan nak amek gambo..eheheh maklumlah SN tu tukang amek gambo.. ai malu youuuu...hiks.. tapi walaupun first time jumpa Intan dan SN live gitu, terasa senang hati, sebab diaorang peramah tamah.. kenalah ngan acik dan pakcik gebu yang suka bercakap tu..hiks..pak cik gebu lagi lah, byk beno topik dia borak, sampai acik kena sound direct "babah jom gerak, dah lewat" hahahaha abeh aci dk teleng-teleng kepala dia dok borak gak lagik..heheheh.. tu yang kes alesya tido dalam troli barang tesco.. eheheh sebab dah melepasi time tido dia, sebab emak bapak dia seronok bersembang kat Rumah Prihatin. Insya-ALlah nanti pegi lagi.. Hazwah nanti kita pegi sesama ek.. korang kalau ada buku-buku plisss contact me, saya nak kumpul buku-buku untuk diberi sumbangan kepada anak-anak asnaf ni, agar library yang meraka idamkan akan menjadi kenyataan. Sesapa nak sumbangkan rak buku pun dialu-alukan..

Plisss kasi la ai buku, kempen sorang sebuah buku bermula sekarang, tunggu maklumat lanjut nanti..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino