Tuesday, October 13, 2009

Taj Mahal kami


Pssttt..gue geram la kan kat photobucket ni..busuk betul... busuk cam kambeng la.. (huii cam le haku pernah gomol kambeng peluk cium lak..) tapi serius..busuk tah hapa, kedekut cam kambeng la.. tak pasal acik kena edit letak pic melalui blogger yang sangat ciput gambonya ni.. cap ayam betul upload pakai blogger..tak suke aaaa..ok lah boleh la korang tengok dah pic hok hilang ni, dan sambung tekaaan korang...

Semalam kan..idak le sempat acik nak update balik lepas tu, faktor masa menjadi penghalang antara kita.. fuyoo ayat... ketua pengarah DPB pun tabik ni.. Saya sebok ooo semalam, sekarang tengah buat survey, dan collect data, nanti kena present benda tu kat Datuk **** (saja je tulis kasi nampak acik sapinat cam hebat giler.. kekonon cam penting beno le haku kat opis ni..tapi yang sebenarnya propa je lebey..kan.. )

Oklah..bagi yang tunggu pic Baby Q tu..nah amek ni, penat acik edit-edit gambo tau.. berlambak lak tu, gambo open house raya la..dan byk lagi la... tengah-tengah dok upload pic, laptop lak heng.. ehh suka hati dia betul.. hangen je acik.

Budak ni kan, sekarang ni ada la juga merangkak ciput-ciput.. atau boleh kategori tak merangkak kot, eh merangkak juga, tapi kejap tak merangkak..(erkk ayat..kalau tadi KP BDP leh tabik, sekarang dia boleh pitam baca ) ada la dia kayuh dua tiga tapak, pastu dia meniarap balik dan merayap ala-ala tentera gitu. Banding si Najmi dulu ada gak le merangkak, tapi kejap sangat merangkak dia pastu terus jalan dah. Yang ni tak tau..tengok dan lihat..

ni pic aksi dia nak berdiri, dia akan merayap cam tentera, pastu akan berpaut kat kaki orang, then berdiri, bila dia dah berdiri, dia akan pegang tangan orang tu..dannn amekla kooo kena bawa dia berjalan-jalan..haru betoi.. dalam rumah sendiri pun jadilah..naseb la rumah tu kategori luas gak, jadi perjalanan dari ruang tamu ke dapur puas la sikit, haru sungguh. dia pulak akan heret tangan kita ke sana ke sini, bukan kita heret dia.

keterangan gambo
No.1 dia merayap ke kaki babah...
No.2 dia dah boleh berdiri dan jenuh pak dia bawak jalan keliling rumah
NO.3 Bibik lak take over
No.4 Budak riang ria boleh berjalan keliling rumah.

Acik?? acik sebok ye anak-anak..siapkan tempahan cupcakes..nampak tu icing beg dengan cream ada tu...kat pic no.1 tu..tu bahan bukti acik gigih siapkan tempahan beratus-ratus untuk satu kompeni ni sempena open house kompeni dia.. Kepada ouls nak tempah cupcakes untuk family day ke hapa.. sila contact acik ye..harga special punya boleh kasi untuk pembaca blog ni.

Oklah ni dia budak kecik yang tengah gian nak berjalan, tapi belum mahir, kena gak pegang tangan dia.

hebat budak kecik ni, dia ada dua bibik suka melayan dia, bibik my jiran tu, bibik Kak Zah, tader budak kecik untk dijaga, selain jaga kucing-kucing je, jadi pepagi bibik berdua akan berjalan-jalan bawa Alesya jalan-jalan depan lorong rumah kami. suke bebeno le budak ni..sampai bibik kata kekadang tak mau masuk rumah, punya nak berjalan.

Eh tau dak, itu hari pegi Shah Alam masa berhenti makan, jenuh acik pegang dia, sebab dia meronta tak mau dipegang, duduk atas pangku, budak kecik ni nak berjalan, maknya nak mamam pun tak leh, last dia dah hangen, dia jemput sayur taugeh dalam pinggan omaknya, dia humban ke lantai..bertuah sungguh la kan.. anak sapa la tu...

OK remember last week acik kabo pasai Taj Mahal kami kan?? sebenonya Taj Mahal tu ialah Central Market ouls.. itulah tempat dating kami tau.. disitulah cinta bersemi, bercambak membiak, dan seterus cinta disemai tu sudah kelaur dua budak. hiks..

Sungguh nostalgia, setelah bertahun-tahun tak jejak kaki ke sana, rasanya sejak pindah ni belum lagi pergi semula ke sana..

Jadi mengimbau nostalgia kami, kami naik ke food court atas bumbung tu.. wahhhh udah baru ropanya tempat ni, laaa cik lupe amek gambo... kedudukan gerai dan berubah, acik tak confuse mana kedai maha best yang kitaorang selalu makan, last-last nampak gak akak bertubuh sehat cam acik kat gerai kat tengah-tengah, tu diaa sudah mariii, kebetulan kami pegi time lunch, so depa dan siap-siap prepare masak letak susun atas meja, customer pilih je nanti,

Kami order nasi goreng ikan masin (memang dari dulu itulah menu kami) dan ayam+sotong masak pedas, dan tomyam, FYI ayam+sotong masak pedas kat sini memang superb, kalau tempat lain ko order rasanya cam paprik je dia kasi kan..kat sini sorry.. sedap sangat occay. tomyam pun mariii wahh kagum seh, kualiti dan kuantiti nasi goreng dia tetap sama, rasa cam dulu gak..tader bezanya.. cuma satu je beza yang ada... sape leh teka acik kasi hadiah cupcakes 16 biji..sila teka apa beza nasi goreng ikan masin tu dulu dan sekarang (klu-rasa tetap sama, kuantiti nasi, sebumbun penuh gak, tukang masak bertukar rasanya) sile teka apa bezanya...teka cepat..

Ok..tinggalkan korang berteka-teki..cepat hadiahnya sekotak cupcakes 16pcs, boleh rekues nak lukis apa pun.. hiks...

ok iklan promosi..
ni le cupcakes hok beratus-ratus acik siapkan..ni sikit je ni... hok lain dah siap packing..


Hok ni pulak omaknya rekues nak cucpakes kereta-kereta...punya leka acik melukis kereta, lupa bahawa ada benda nak kena tulis..huwaaa first time acik cuai gini..ampunkan akak ye... Siapa ye yang order ni? pembaca blog ni kan?? sebab masa pick up cupcakes ni, bibik kata, orang itu sebut Alesya yang dalam blog..saya tader kat umah masa ni, ke pasar membeli ayam dan santan nak buat ketupat palas.. tunggukan entry maha hebat ketupat palas acik ye..

Nak order jangan lupe..isi je borang order kat tepi blog ni..sile..sile..jangan memalu...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino