Friday, October 23, 2009

YAKIN BOLEH!!!


Ingat dak lirik lagu ni..tak ingat sapa penyanyi dia..

"Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikir ragu-ragu
usahamu tidak menentu

Engkau la apa engkau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Jika kau fikir kau boleh
Kau boleh!!!"

Betulkan lirik tu..semua bergantung atas diri dan usaha sendiri. Dua hari lepas kot, saya dengar radio, FBI ada sebut "Orang yang takut untuk gagal ialah orang tak tak berani untuk berjaya" lebih kurang gitu le bunyinya. Memang betul sesangat.. pepatah jepun ke ada kata KIASU-Dare to Failed kan.. cehh confident je cakap, entah-entah salah..wakakkaka

Masa saya nak mulakan bisnes cupcakes, saya dengan confident dan berlagak sikit tau.. hahaha lorr macam tak biasa, saya kan memang ada genetik dan semulajadi eksyen tak bertempat cemana tah.. Punca sebenarnya ialah, saya pernah order cupcakes untuk birthday Najmi tau, masa tu umur dia 6 tahun, punyalah tinggi harapan bila nak dapat cucpakes tu. masa order dah rekues, nak kaler ceria-ceria..happy-happy and menarik... Expectation saya ialah bila bukak kotak kek tu terus satu feeling "wahhhhh cantiknya...sukeeee" but the feeling saya terima ialah sebaliknya..oklah itu citer lama. Lepas tu terus saya cakap kat darling ai, "babah, mama boleh buat lawa lagi dari ni..tunggulah, darling ai gelak-gelak kan ai tauuu bareee je.. Pastu saya buktikan kat dia sikit demi sedikit. Alhamdulillah, bukan takat buat untuk birthday anak sendiri, birthday anak orang, anak sedara orang, pun dah buat. Kena yakin dengan diri sendiri. Insya-ALlah.

Ok..tu baru intro beb.. Intro 4-5 perenggan..biasalah kan..

Motif utama penceritaan kali ini ialah, nak tunjuk usaha anak buah teman ni.. Tadi chat kat YM ngan BUDAK ZAKWAN NI dok tanya perkembangan diet depa. Budak kacak ni anak kepada sepupu saya, Kak Idah. Zakwan, Najib (Abang dia) mmg tembam giler.. maklumlah mak depa ni cikgu Akaun yang bukan terrer mengajar Akaun dan Matematik je, tapi terer masak oooo ape makanan hok Kak Idah masak tak sedap?? semua sedap belaka, itulah budak berdua, eh bertiga, Nabila ni tembam-tembam belaka.

Tapi itu dulu..sekarang Najib dan Zakwan dah selim tau... amazing ooo dari budak lelaki tengah membesar, suka makan, berazam nak turunkan berat, jadi seorang suka bersenam (berbasikal, pegi gym)kontrol makan...tadaaa nengok le hasilnya.. Kak Idah bila lak turn Nabila? Najib pun katanya dah selim tapi tader lak picnya, ni pi Zakwan ni cilok dari blog dia dan blog mak dia.. dah ensem dah... ramai aweks suka dah niiii. Jadi makcik-makcik semua yang baca blog ni, tak motivasi ke?? ehehehe jom kita cabar diri sendiri jommm tercabar haku ngan usaha bebudak ni tau...



So motivaasi diri sendiri amat perlu occay, bebudak ni peringkat awal ambil Jus Diet Mate 5 tu, beberapa bulan je, then stop, depa kawal makan sendiri dan bersenam.. Tahniah buat mereka... Acik juga belum pegi Gym lagi... maklumlah Gym tu bukan tepi rumah.. Jadi acik kan sokmo sibuk nak pegi GYm pun tak sempat. hahah alasan.. taper tak pegi gym tapi petang-petang saya tolak budak kecik ni dengan stroller keliling perumahan. SIap bawa belak susu lagik, kot dia ngamuk, tapi tadernya dapat berjalan keliling perumahan, suke lagi ada la..kalau tolak slow siap nak bangun berdiri lagi, kena tolak laju-laju..eheheh


Dapat la jugak berjalan laju-laju, sekeli tolak sambil berlari-lari sambil memain ngan dia. Berpeluh kotiak den gak, merembes-rembes peluh keluaq.. pi balik..pi balik, lebih kurang 2km gak dapat berjalan sehari.. Jadilah.. Bersenam dapat, main dengan anak pun dapat.. orait hapa..kualiti time beb...


Ni part tambahan ni, udah ku post entry, tapi budak kacak tu tak pueh hati, kata pic dia tak berapa ensem, dia suruh letak pic dia yang ni pulak..ishkkk budak ni... dia kata pic ni lagi encem, kacak, rambut bersikat rapi..

Huh!!! mujur dah mention sikit tadi, penyakit eksen dan perasan-perasan saya ni adalah genetik kan..jadi tak salah le..anak-anak buah pun kenan gak sikit-sikit bab-bab tu.. bukan salah kami...ini genetik..ahhahahah


Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino