Friday, August 28, 2009

TOLONG JANGAN KEDEKUT EKKK..


Ishkkk teman nak nunjuk gambo kebun bibik teman yang udah lame teman idak nunjuk ye.. tapi photobucket lak buat hal, iissshkkk udah upload semua gambo ke situ, alih-alih idak pulak dapat bukak websitenya, sikit ada bengang di situ. Tah hapa tah selekom berukband ni, ada certain website tak leh bukak, kedekut ke hapa, bulih ke, tetiba blog sendiri tak boleh bukak, kot IE ke..kot Mozilla ke.. tapi bila taip kat google ke yahoo ke blog sendiri, pastu klik dari situ, terus boleh katanya.. Ape kah?? very the sesuatu sangat occay, meks tak suker. Bukan blog meks je, blog orang lain pun sama. Ape nak buek, taraf-taraf berukband Malaysia ni takat manalah sangat canggihnye kan.. Jadi korang kalau tetiba tak leh bukak blog ni sedangkan website lain boleh bukak, sile taip kat google atau yahoo Pnut Online, terus boleh..Argghh maleh le acik nak mikior.. Jadi kita cerita bab lain sajork.

Jadii sempena mengubat kekecewaan marilah kita bertazkirah..sempena Ramadhan, dan sempena Jumaat nan berkat ni..Kita cerita bab sedekah ye anak-anak.. ni ditujukan jugak kat selekom tu.. kedekut bebeno, kasi 5 gig je nak guna sebulan, ni acik dah abeh lenjan 4 gig, bil tarikh 8 ogos, nak nunggu 8 september baru dapat balik 5 gig tu, jadinya harap tak leh cecah 5 gig sehingga 8 september, naseb baik dah donlod lagu raya.. ape daaaa.. erkk meks pun tatau benda alah ni, semalam call selekom berukband band baru tau.

oklah tazkirah kita hari ni judulnya....

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood. (ustazah cakar rimau ni.)

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegiturupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?"

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.


Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Jadinya rajin-rajin sedekah ek... sekarang ni banyak beno org mintak sedekahkan..sekolah agama guna bebudak sekolah dia suruh kutip derma bagai..cian bebudak ni..tapi saya kesian, saya tak beli brg depa jual tu, selalunya saya akan bagi 5 rggt kat budak jual tu, kata saya, ni duit utk adik sendiri. Belikan makanan ke apa..

Pastu pernah sekali saya pegi lawat sedara sakit kat HUKM, ada orang kutip derma untuk rumah anak yatim.. Harap depa tak tipu la.. kesian cikgu dan anak-anak yatim tu, dari berpuluh orang lalu lalang (masa saya kat situ la) boleh kira ngan jari je berapa org hulur derma, saya masa tu takder duit kecil, abeh takkan acik nak derma RM50, sebab acik bukan orang yang jenuh dengan duit, maka acik terus jalan menuju ke kereta, because my darling udah jauh ke depan dan dah masuk kereta.

Mesti depa ingat saya pun tak hingin derma, tapi idakler, saya terus pegi ke kereta, dan minta duit kecil dari encik suami, dan berpatah balik dalam hujan renyai semata-mata nak kasi sedikit derma untuk mereka. saya mmg tak gamak nengok..koman-koman pun kalau wallet saya yang tak berapa jenuh duit tetap juga saya hulur seringgit. Betul, saya jenis tak bawa duit banyak-banyak bahaya sebab saya cuai, IC saya ada ni entah yang ke 3 atau ke 4 entah, dah berapa kali tercicir wallet, jadinya saya kurang nak bawa cash dalam tangan banyak-banyak..kekadang kalau saya tader nak beli apa, saya bawa RM10-20 ringgit je pegi keja.

Jadi marilah kita sesama jangan jadi orang kedekut. Kita rugi kalau kita kedekut, dan tidak rugi kalau kita tak kedekut. tak gitu...

sekian tazkirah hari ini...

renung-renungkan dan selamat beramal...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino