Friday, November 21, 2008

Pizza Nut


Ehhh saya rajin la pulak kan... selang sehari pulak update... cumanya kekadang tu bukanlah saya update setiap hari pun, kadang tu dah siap taip kat rumah,...ehehe macam entry ni, saya dah tulis hari tu, pastu letak date ke depan sikit, pastu auto publish la kan... sebenarnya dah dua tiga hari tulis..hiks.. kira nampaklah macam gigih sikit berbanding dulu kan..

ok, kali ini entry makanan le pulak kan..lama dah tak letak pic makanan.. Kak Noni, my senior kat u dulu and sama se-kerja sekarang siap perli saya lagi tau masa saya jumpa dia last week "kata dia, eh pnut tak bawa ke makanan datang sini? asyik tengok eltak pic makanan kat blog je," hahahah gilo ke saya kak noni nak bawa makanan pegi P*M tu, kalau ada booth leh gak berniaga kan..hiks.. hahah nampak tak, otak saya otak bisnes je.. saya sekarang ke arah menjadi usahawan ni, sila beri sokongan.

ok, ni menu yang dibuat pada hari Isnin lepas, sebabkan saya malas lauk, so plan buat pizza je, ini sebab hari Ahad tu ada masak nasi lemak, masih elok tak basi..nasi lemak kukus tau..haruslah sedap dan tak basi walau dah dua hari, so Isnin tu Mak Su dan Najmi makan tengahari nasi lemak dan samba sotong je, so malamnya saya maleh nak masak lauk, so buat pizza je la.. Eheheh saya diet maaa..so memang tak heran nak makan nasi, makan pizza ni pun amek topping je sikit, roti tu makan satu slice je, tu pun tak abeh..diet maaa., and cheese pun saya parut sikit je, supaya sehat la sikit kan, jamu ahli keluarga makan.

Dan meh kita lihat gambarnya..gambar-gambar ini diambil oleh Encik Najmi, yang dah tau guna setting kamera, dah tau mana letak flash, mana nak close up (pakai micro fucntion) camner nak letak backlight, hahahaha babah pun tak reti nih, kannnnn..

Saya buat dua jenis pizza seafood pizza (pakai thousand island sauce) and peperoni pizaa (pakai pizza sos cap melayu) tak berapa enak, sedap lagi pakai sos prego utk spagethi tu. Pic peperoni pizza tu tak amek sbb tukang amek pic kena halau pegi solat maghrib, sebok amek pic sampai maghrib dah nak hujung.
Photobucket

Photobucket

Photobucket
hahaha jimat ooo buat pizza sendiri, topping mewah gitu, kalau pegi Pizz* H*t tu, topping ciput je, pastu harga mahal, ni buat semua ni modal tak sampai RM20.00, malah bahan-bahan masih berbaki lagi, mushroom masih ada setengah tin lagi, peperoni masih ada separuh paket lagi, sosej banyak lagi, sos semua masih ada lagi, ayam kisar guna suku je.. means dengan modal dalam 20-30 ringgit tu boleh buat tiga empat round pizza.

Kak Noni sila terliur tau...

Dan mengenai mee kari itu hari, alamak..sorilah memang terlupa amek gambar.. so kepada yg ber-ym tanya resepi dan pic tu soon la ek.. next week rakan-rakan gossip saya kat u dulu nak datang bertandang, kita wat mee kari lagi, saya amek pic dan letak resepi merapu saya sekali...

untuk resepi pizza ni, malas tau nak letak sebab dah pernah letak dulu..eheheh pepandai le korang cari... alaah asek mintak resepi je. pastu tak buat pun kan... ahhaha sapa tak tau..sila terasa ye.. lariiiii.... hiks..

Malam ni kitaorang nak balik kampung, my cousin kenduri kawen pada 23hb ni kat Penaga, P.Pinang, kak Zetty..jom lah jumpa itu hari kita sms akak tau ingat nak pi beraya tp tader respon..ke akak dah tukar nombor tipon, nak gak pegi tengok rumah yang vouge tu.. tapi tak balik lama ke kampung, cuti tinggal ciput je.. so jimatkan cuti..uhuhuhu dah la si along ni kenduri time gomen belum bergaji.. sesak napas den nak balik kampung tau..


update tambahan..
alaa khas untuk ibu hamil VIRUSPADU saya letak la resepi pizza versi saya untuk dia..kang meleleh lak air liur.. "mah harus buat tau..kang orang kata mah tak reti masak lak..kan.kan..kan.. jadi buktikan..hikss"

Resepi pizza versi sapinat

500 g tepung roti (kat kedai bakeri ada jual, kalau tader boleh je pakai tepund gandum)
1 sudu kecil garam (paras rata) (bancuh dengan air suam kat bawah tu)
11 g (1 paket) yis kering segera (mauripan tu le)
300 ml air suam (actually depends pada kelembutan doh tu nanti-maybe kurang, maybe lebih)
1 sudu minyak masak
1 sudu besar majerin (tak boh pun tak per ni, kalau tak boh add minyak masak tadi dua sudu)

Cara dia
1. mula-mula gaul yis dengan tepung kasi sebati (gaul kering-kering tau)

2. kemudian masukkan minyak masak, mejerin, gaul lagik,

3. masukkan air suam yang dibancuh ngan garam tadi, masuk sikit-sikit tau.. ulis sampai lembut, dan bila kita tekan kar jari tu tepung tak melekat, (mah..ni suruh laloque uli, eheheh akak dulu tader mixer beso, suruh hubby ulikan)

4. kemudian rehatkan doh kejap, dalam sejam or kurang or lebih bila dah naik sekali ganda tu.. uli sikit lagi, sambil tumbuk-tumbuk kasi keluar angin (tutup bekas uli tu dengan kain lembab, or tutup je ngan tutup periuk ke hapa)

5. then canai besar mana nak letak la dalam pan (tudung periuk pun boleh)

6. dah canai tu biar dia rest dalam pan tu kejap, dalam 20 minit ke..kasi dia naik sikit,

7. Ambik garfu, cucuk-cucuk sikit keluarkan angin-angin.. pastu bakar kejap dalam oven 200c dalam 10 minit (tengok jenis oven korang la gak kan..) (kira separuh bakar ni)

8. pastu baru keluarkan, tabur segala neka topping, parut cheese dan bakar lagi sampai chees tu cair dan ikut tekak la nak garing ke separuh garing...

siap...

untuk topping
Beli je sos spagethi prego tu, satu tin or botol
beli sosej, ayam kisar paperoni, sabai hijau beso tu, bawang kuning (holand), tomato ke, mushroom, pastu letak apa suka atas pizza

(*untuk ayam kisar saya buat macam ni, ketuk-ketuk sebiji bawnag putih, tumis, kemudian masukkan ayam kisar, air sikit, letka lada sulah, kiub ayam sikit, lada hitam sikit, garam sikit, masak sampai kering air( sedappp)

untuk topping seafood,
beli thousand island sos/mayonis
tuna, udang, sotong (udang sotong rebus separuh masak)
kemudian tabur je atas pizza, and campur bahan lain bawang, capsicum dll..

dah tabur semua tu baru parut cheese, (cheese parut ni lagik sedap dari mozarela cheese yang dah siap jual kat supermarket, bertali dan lembut, harga pun jauh lebih murah dari cheese siap parut tu,mahal bebeno)

kat area putrajaya, bangi, serdang, boleh beli bahan ni semua kat kedai bakeri Yummie, mah suruh laloque singgah beli petang karang..hiks... lokasinya sebelah kedai Al-Ikhsan dekat-dekat hospital Az-Zahrah.

sekian terima kasih, selamat mencoba, siapa dah try sila kasi feedback

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino