ok...semua cerita eksyen-eksyen berlagak nak mampos dah tamat...
Kini kembali ke pangkal jalan..insaf...insaf...
===================================================
Nak cerita pasal satu cerita ni...
Masa menonton cerita Kiamat dah Dekat itu hari, aku teringatkan kisah kawan aku gak
Nama dia Nura (bukan nama sebenar), Nura ni mmg aku berkenan dgn sikap dia, baik sangat
kira tipikal wanita melayu terakhir yang sesuai di buat calon menantu dan isteri la.
Orangnya lembut hati, mudah menangis, solat tepat masa, dan jaga batas pergaulan dia.
Dia bukan jenis huhahuha... Family dia kira berada gak le, tp dia simple je, bapa dia
mmg tegas dlm bab agama dan diaorang jenis jaga pergaulan ni.
Kisah ni bermula ala-ala filem hindustan gitu... Nura pegi melawat kawan dia yang sakit,
di hospital berjumpa dengan Mr.H, yg juga kawan kepada mamat yang masuk spital eksiden ni.
Masa kat spital, Nura melayan anak-anak sedara mamat eksiden ni dengan santun, maka
si Mr. H ni sudah jatuh cinta pandang pertama. Tapi masih kontrol hensem. Bila Nura balik,
Mr. H mula tanya kawan dia ni pasal si Nura. Kemudian-kemudiannya, bila mamat eksiden ni
dah keluar spital, Mr. H beriya ckp kat mamat ni, dia nak kenal ngan Nura. Mamat ni kata
nanti dia tanya dulu sebab Nura bukan jenis perempuan yang mudah nak layan lelaki yang
dia tak kenal. Very the pemalu gitu.
Bila mamat ni tanyakan Nura, macma biasa, dia segan dan tak nak...tapi bila di tanya mamat
ni kalau dia kasi no tel Nura kat mamat ni boleh tak? dan Nura kata tak boleh, tp boleh
kasi ID YM dia, maka bermulalah episod chatting di YM, berlarutan berminggu-minggu..
Kemudian bila Nura agak selesa baru dia kasi no tel. Dan episod seterusnya bermula sms-sms
lah pulak. dan calling-calling.
Mr. H memang target nak serius dgn Nura, tapi dia sedar dia mamat rugged, manakan sorang
perempuan melayu terakhir nak. tapi dia terus cuba berubah. Dari dressing rugged, dia
dah mula dressing biasa je, dulu siap pakai subang, skrng dah tanggal, dulu kaki masuk
kelab, karaoke, disko dan pub, la ni dah slow tinggal. Nura dok pesan, kalau nak berubah
mesti dari diri sendiri jangan berubah kerana orang. But aku kira mamat ni memang betul
nak berubah, dia mula completekan solat 5 waktu (menurut spy yg dilantik Nura).
dah berbulan ni chatting dan sms je, tak pernah jumpa lps 'cinta pandang pertama' Mr. H
kat Spital. Nura rasa selesa sebab Mr. H pun tak desak nak dating...cool jerk. Suatu hari,
kereta Nura pancit di tengah jalan, area sekitar Bangi, bayangkan Mr. H dari Malawati,
sanggup datang menjadi hero...kui..kui...terharu dengan kesudian Mr. H, Nura dah tak boleh
tipu diri dah. Maka, terbitlah rasa dari hati...jeng..jeng...
Ermm tp byk halangannya...Mr.H mesti kena totally berubah..Family Nura ni kira ahli surau
punya family, so takkan senang-senang mak bapak Nura nak terima Mr. H yang belum tentu
arah tuju, tambahan mmg family Mr. H porak peranda sikit, family bercerai, sorang kakak dia
bercerai hidup cara marba sikit. Sampai skrang belum ada kesudahan...but macam dalam filem
aku harap it will be happy ending la...
Kalau dalam pilem Usop Selam mesti heroin Era Fazira dan hero Norman Hakim le tu...
kalau Razak Mohaiden pulak, heroin Era gak, hero Yusry atau Farid Kamil...huhuhuu....
Tapi aku kiranya tempat Nura minta apa-apa pendapat gak pasal mereka, so far aku rasa semua
orang ada kisah silam, semua orang ada buat silap, kita tak boleh hidup dengan kesilapan kita
kita kena bangkit dari kesilapan dan bina kebahagiaan. Dan harap Mr. H akan ikhlas berubah...
tu le bila aku tonton filem Indon Kiamat Dah Dekat, aku rasa macam kisah Nura dan Mr. H gak..
sekian drama minggu ini...kembali ke sri pentas...
============================================================
Wednesday, January 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment