Wednesday, June 29, 2011

GILA, LUPA, MIANG dan TAMAT


1.GILA
Transformers 3 : Dark Of The Moon sudah menyerang!!!!!  Autobots, transform and roll-out!

Autobottttt readyyyyy let's gooooo

Yang gilanya peminat Transformers ni.. Gue baru ingat tadi mau beli tiket untuk tengok hari Sabtu atau Ahad ni. Tapiiii apekahhh?? sumer tiket sudah sold out... diulangiiiii abehhhhhh ok..ok.. tak la abeh sepenuhnya, kalau ada pun, cuma 1-2 seat saja tinggal. Ada show pukul 1.00am dan 1.15am, pun penuh, yang ada tinggal kena melangut kat depan sekali.  Ini gilaaaa... Akhir sekali setelah terai menerai.. bincang dan bincang dengan my Optimus Prime, maka beli juga tiket untuk hari Isnin, 9.30 malam. Uhuhu si abang Najmi tido lambat la hari tu nampaknya.
Kepada peminat Transformer yang lain.. Yang belum ada tiket, jangan jelessss silaa tunggu minggu depan ya... hehehe, nampak yang tanda anak panah tu.. tu tempat duduk kami.. boleh dikatakan area situ je pilihan kami anak beranak kalau tengok wayang, hujung dan tepi.. sepatutnya tepi dari kanan tp polisi bangang GSC, tak boleh left satu seat kosong hujung tu, bengong cemana tah. Ni pun kejap lagi abeh le tu.. Tak sabar nak tengok Optimus Prime. Walaupun hanya seekor, sebuah robot, tapi ianya amat menarik, dan macho beb.. i liiikeee..

2. LUPA
Semalam sebelum tidur saya teringat satu perkara dan set dalam kepala otak hari ni nak tulis kat blog. Tapi saya berjaya lupa mengenai apa saya nak tulis itu dengan sangat cemerlang, sehingga saat saya menaip ini saya amat-amat terlupa apa benda menarik yang saya nak tulis ok, macam lah saya banyak tulis benda yang menarik pun kan? ahahah Sungguh sangat-sangat lupa apakah itu, jadi saya sifatkan saya sangat berjaya menjadi seorang pelupa yang sungguh bergaya. Macam nak hantuk kepala je sebagai hadiah untuk diri sendiri. Kena buat kajian spesifik, benar ke makan kepala ikan menyumbangkan kepada faktor lupa? Sebab saya suka makan kepala ikan, kepala itik, kepala ayam belum pernah. Ok ini adalah percubaan menyalahkan makhluk lain sebagai punca kenapa saya lupa.

Oh ya tak lupa, semut. tak saya tak makan semut, belum lagi saya berminat menjadikan semut sebagai menu sajian, tapi saya syak, dulu-dulu mak selalu bancuh air teh satu jug, letak atas meja, kadang-kadang emak tak perasan ada semut, saya masa tu ambil penapis kecil dan tapis air teh yang dan minum. Masa dahulu teh-teh uncang ni belum berleluasa ye adik-adik, jadi serbuk teh dan semut kalau bercampur maka kita tau bezakan ye tak? Jadi saya menyalahkan makhluk bernama ikan dan semut sebagai antara punca kenapa saya lupa. Diri saya sendiri tak salah ok.

3. MIANG
Baca surat khabar baru-baru ni.. terbaca kisah si MEMEK, Memey tunangnya Normiang Hakim tu, bawa anak dia ke satu majlis. (Ya baca gossip memang best) Majlis hapa tak tau, tapi katanya majlis tu tak sesuai la untuk budak-budak.. mula-mula ada satu wartawan kepochi ni tulis puji-puji la konon Memek ni penyayang, ada tokoh jadi ibu tiri yang baik..bla..bla.. dan kagum sangatlah cara Memek tu. Suratkhabar lain pulak, mengeji, katanya tak sesuai bawa budak-budak la.. pastu kata nak menunjuk la.. tah hapa je la.. Cam desperate je haku nengok Memek ni, cari publisiti. tah hapa-hapa.

Dan wartawan hiburan pulak keja depa, bongkar-bongkar, dan tulis la kesah rumah tangga dan kejadah kisah artis ni. Kadang-kadang tu tak faham, mengutuk artis kemain, tak peduli la artis tu nak buat apa.. nak apa... tak der kena mengena ngan dia la.. tak der menyumbang kepada negara la.. bla..bla.. pastu tulis la.. artis suam-suam kuku la.. lagu pun tak pernah dengar, drama tontonan artis si polan-polan ni pun tak pernah tengok.. oitt kamu wartawan la.. kamu tulis gitu nampak ngok kamu. Dah nama wartawan hiburan, segala neka berkaitan hiburan kena amek tau la.. artis ni berlakon drama apa.. kisah apa.. watak apa, baru la ko tulis berita dengan mantop.  ni tah hapa-hapa..

4. TAMAT
Ok entry ini ditamatkan dengan tidak semena-mena. Eh suka hati je ek. Hahahahahaha

Tuesday, June 28, 2011

Meluat, Gentleman dan Exercise


1.Meluat
Dengan lelaki berlagak dan ego nak mampos. Minggu lepas, balik kerja, ada sorang lelaki main cucuk-cucuk masa saya tengah drive, jalam tak begitu clear, jadi bawa kereta di highway Seremban-Sg. Besi pada kelajuan 80-90-100km/j ikut situasi adalah amat memadai, dah itu pun had laju dia kasi, ko dah cecah 110, itu dah nama langgar undang-undang bongok. Jadi ko tak perlu nak cucuk kereta aku bila aku ikut kelajuan betul, dan keadaan tidak begitu membolehkan kita bawa lebih dari itu kerana kereta banyak, dan tak semua orang bawa kereta memikirkan org lain, ada main sebat ja nak masuk sana, sini, nak celah, jadi jarak kereta aku dengan kereta depan adalah sesuai untuk aku brek ketika kecemasan.

Ko buli-buli pompuan bacul la. This mamat dayus, sudahlah cucuk, siap pakej poyo dia dengan high-high lampu tinggi dia, serupa dia sorang ada benda alah tu. Untuk gue beralah?? sorry bebeh.. aku wat derk je.. kalau ko gentleman sangat.. ko akan fikir aku rasional, kerana berada di kelajuan sepatutnya dan ko tak perlu cucuk, kalau ko nak mampos cepat, dan perlu bawak kereta 140-160km/j ko boleh cilok dan pergi mampos sorang-sorang. duduk depan aku la kalo berani. Hahahah

Dan yaaa akibat ketidak sabaran beliau, dia telah memotong kereta saya siap pakej jelingan dan bunyian hon. Lu boleh blah la mamat.. dengan pompuan pun nak tunjuk taiko.. kemonn kalo berani ko hon abang lori la... atau ko hon mamat samseng ala kl gangster tu..hiks. ni ngan awek comei cam aku pun ada hati nak kerek. Tapi doa orang teraniaya ni makbul kan.. lepas dia dah potong, saya cakap "elllleh berlagak, ko cucuk la lori kalo berani, tengok sape kemek kalau ko sondol" tetiba dalam masa lebih kurang 3-4 minit selepas dia potong, tetiba kat depan, jalan jammed.. ah sudah. haru, lambat la sampai ni.. rungut hatiku (ala novel pulak) so terenjut-enjut la slow, adalah dalam 3-4 kilometer gak le.. ohh rupanya eksiden...

dannnnn bila dah sampai dekat kawasan kejadiannnn.. jeng..jeng.. ya tak payah suspen, ni bukan drama... kita terus anti klimaks.. ya.. kereta waja yang dipandu mangkuk ayun tu sudah kontot.. kenapa kontot?? sebab bonet depan dia terperosok, kerana sudah menyondol toyot hilux. wahhh hukum karma, macam dalam drama Indon je, yang jahat dapat balasan serta merta. Sekian cerita mamat poyo yang menerima balasan setimpalnya. Gue rasa macam tu, macam nak berhenti tepi jalan tu, dan pegi cakap kat dia, orang buat undang-undang, untuk dipatuhi, kalau tak mau ikut, terimalah balasannya.. wakakakakak kejam dak kalo buat camtu.

2. Gentleman.
Tadi kisah jantan bacul tak gentleman kan? sekarang kita memuji lelaki gentleman pulak ye. Lelaki tidak perlu romantik dan sopan-sopan macam Seth Tan (erkk tetiba rindu anak Pak Ajis.. ) saya rasa lelaki yang macho, gentleman ialah lelaki yang mempunyai sikap melindungi seorang wanita, tak kira la walau wanita tu tiada kaitan langsung dengan hidup dia. Bukan sekadar dia lindungi, isteri, anak, kakak, adik atau yang berkait dengan diri, malah sesiapa sahaja dia akan rasa bertanggungjawab. Saya respect lelaki begitu. Dia layak untuk dihormati dan dikagumi walau muka tak ensem mana macam Seth Tan?? again??>/s>

Contoh, abang lori yang akan slowkan lorinya dan akan himpit ke kiri bagi memberi laluan kepada pemandu wanita yang takut untuk memotong, atau abang lori yang akan berhenti, dan menyuruh pemandu wanita lintaslah bila keadaan clear. Kawan saya pernah cerita, pertama kali dia memandu balik ke kampungnya dair KL ke Kelantan, ada lori besar depan dia, dia punya takut nak potong, ye la laluan ke Kelantan bukan highway sepenuhnya, kata dia abang lori besar ni dah banyak kali ke tepi bagi dia potong, tapi dia takut juga nak potong, last-last brader ni terus terhenti tepi jalan, dan suruh kawan saya ni potong. Itu gentleman nama dia walau dia cuma drebar lori.

Baru ni saya pegi jogging, tengah jalan tetiba ada 3-4 ekor anjing secara berjemaah jogging juga gamaknya, dan sebagai seorang yang takut dengan ajing, saya berhenti jogging dan kutip beberapa ketul batu tepi jalan untuk protect diri sekiranya anjing menghampiri. Tiba-tiba lalu sebuah kereta, dan pemandu kereta itu lelaki, dia berhentikan keretanya dan hon-hon anjing-anjing tu agar lari. dan dia keluar dari kereta, dan bagi isyarat tangan suruh saya cepat berlalu dari situ. Saya ucap angkat tangan balik dan sebut terima kasih.

See, dia tidak saya kenal pun, tetapi dia menjalankan tanggungjawab sosial dengan bagus. (eh kenapa ayat-ayat semua seperti mahu menulis surat kepada Ketua Pengarah DBP) dalam hati saya berdoa, moga Allah lapangkan segala urusan orang itu bila-bila masa, dan dimurahkan rezeki dia, dan andai beliau ada kesukaran, akan ada orang lain akan bantu dia.

Kalau kita naik lrt, komuter bagai, ada lelaki yang akan bangun dan bagi tempat duduk dia kepada wanita hamil, kanak-kanak atau orang tua, atauuu kalau takder semua kategori itu di dalam lrt, dia akan offer kepada wanita yang berdiri dan pegang beg-beg shopping yang banyak, walaupun dia tau wanita tadi larat dan gagah bershopping, tapi pasti dia larat berdiri dalam lrt atau komuter, tetapi ada lelaki yang akan rasa malu bila dia duduk sedap sedangkan ada wanita yang dia perlu dahulukan. Oh sifat ini banyak dalam pakcik gebu, dan sifat ini amat membuatkan saya jatuh hati walau dia tak seencem dan seromantik Seth Tan sekali lagi saya bagi perumpaan Seth Tan boleh lempang saya bertubi-tubi dengan penuh dramatik ya. Pakcik gebu pernah temankan saya check up time pregnant, dan dia akan segan untuk duduk sebelah saya sekiranya ada ibu hamil lain yang berdiri, dia takkan duduk dengan saya, dia akan berdiri atau pegi mengorat misi ke tempat lain.

3.Exercise.
Mari kita berjoget sambil buang lemak dan bakar kalori, don't tell me tak der masa noks. ni boleh buat dalam bilik sebelum tido kalo mahu.. satu video 10 minit, repeat 3 kali, dpt setengah jam-you burn 200-300 kalori beb.



Kalau dapat buat sejam- you will burn sepinggan nasi... sepinggan bihun goreng, seketul peha ayam.. muahhahaha.. jadi jgn rasa berdosa sangat kalau terlebih makan, all you need to do is.. burn it backkkkkk!!!!

Monday, June 27, 2011

Sambung Isu pendidikan lagi?


Entry point-point supaya senang nak baca. eheheh

1. Terima kasih
Nak cakap terima kasih kepada Ibu Nabila kerana sudi bagi Alesya sepit-sepit comel hasil tangannya. Cantik.. Alesya mmg suka pakai sepit. Serius!!! kalau lepas mandi, dia rimas rambut dia 'leleh-leleh' sana sini, dia akan cari bibik atau saya cakap "nak epit ambut" nak sepit la tu. dan dia tahan pakai sepit tu sepanjang hari. Cantik dan kemas buatan tangan ni, boleh ke blog Ina untuk order kalau berminat, dan saya dah tentu nak order juga, sedang mencari dan me-request design yang cun.. ehehehe over kan?? Thanks again Ina.

Comel kan? ni dia sendiri pakai, lepas saya bukak sampul kiriman Ina, dan dia nampak je terus jerit "cepit adik..cepit adik.. adik punya.." girl is always girl kan..

2. Isu Pendidikan.
Ini komen dari seorang pembaca Anonymous. Apesal komen bagus tapi tak letak nama? ermm whatever.. prinsip saya, "pedulikan siapa berkata, tapi ambil peduli apa yang dikatakan". Saya setuju hampir 80% apa yang beliau sampaikan dalam komen ni, NAMUN!! Pnut is always Pnut, akan selalu ada 'tidak setuju' in her. People around me sure tau sangat peel saya. Ok saya ulas one by one apa setuju apa tak setuju.. hiks

Komen Anon-
Banyak orang selalu silap bila memperkatakan tentang saya masa dulu.....kita sebenarnya tak boleh lagi nak compare system kita masa dulu dan system pelajarang zaman sekarang.

Saya pulak
Betul, kita tak boleh compare sistem kita dulu dan kita sekarang, itu sebab, sistem PENTING LULUS PERIKSA, dan siapa lulus periksa terjamin hidup dan masa depan. Kalau zaman kita dulu, pandai bijak, masuk universiti-dapat keja bagus. Tapi zaman sekarang, tak semua budak masuk universiti-dapat keja bagus, senang hidup. Sistem kita dulu kata mesti pandai Matematik, mesti pandai Sains, mesti pandai Bahasa Inggeris baru kita dianggap cemerlang, bijak. Betul kan? Budak-budak yang tidak pandai matematik, tidak pandai Sains, pun boleh berjaya, kalau kita beri mereka peluang. Kalau satu ketika dahulu, siapa aktif sukan tak ke mana pun, dok la hang bersukan, tapi bila periksa gagal-lingkup-gelap masa depan. Tetapi sekarang, besukan pun boleh jadi satu kerjaya. Dan orang kata, nak bersukan sampai bila? dah tua mana larat nak bersukan, tak der kerjaya. Itu silap. Bersukan-dapat gaji, imbuhan, sponsor. Kumpul duit, dah tua, bukak le gym, bukak kedai peralatan sukan, jadi jurulatih. etc. Yang ini peranan kita ibu dan guru, bukak mata minda anak-anak kita arah tuju mereka dari kecil. (hehehe kebetulan kat parlimen ni YB-YB dok bincang isu sukan lak)

Itu contoh kecil bidang sukan, saya pernah tulis panjang dalam ENTRY-ISU PENDIDIKAN dan SERIUS INI boleh refer kalau berminat. Tapi saper belum baca, sila baca, itu penjelasan sebenarnya terhadap isu komen di atas.

Kata Anon lagik:
kalau anak orang lain boleh dapat 95 kenapa anak kita tak boleh?

Komen saya.
Yang ni saya kurang setuju, sebab kalau anak kita bijak, tapi pemalas, dan kita takder effort mmg saya setuju la, tapi kalau kita dikurniakan anak yang tahap kemampuan dia tidak boleh kita nak samakan dengan kenapa orang lain boleh dapat 95, kenapa awak tak boleh? kasihan kita bebankan dia lebih dari dia boleh lakukan mungkin. saya tak tau orang lain, tapi saya tak suka compare anak saya begitu. Mungkin dia tak boleh dapat 95 markah dalam periksa, tapi dia solat cukup 5 hari, mengaji dengan betul bacaanya walau tak seratus peratus tajwidnya betul, dia selalu tersentuh hati melihat org susah, murah hati kalau pegi pasar malam dan minta saya RM5 untuk sedekah pada org minta derma rumah anak yatim, etc. dan bagi saya kelebihan yang ada pada dia itu telah sedikit sebanyak mengubati kesedihan saya kenapa dia tak boleh dapat 95%.

Tetapi ayat Anon ni seterusnya amat saya setuju banget.

Anon :-
Dan takkan nak biarkan anak kita terkebelakan daripada anak orang lain?Kita tak boleh beralah dengan kekurangan pada anak kita, sebolehnya berusahalah sebagaimana orang lain berusaha sehingga berjaya menempatkan anak mereka ditangga teratas

Saya :-
Yup, jangan kita biarkan anak-anak kita terkebelakang dari anak-anak orang lain, kalau dia lemah, bagilah pegi tuisyen, tengok latihan dia, jangan kita diam dan pasrah tak tentu pasal. Itu bukan budak yang lembab, tapi emak bapak yang lembab. Kalau kita dah usaha, hantar tuisyen, beli buku latihan, monitor dia, tetapi dia tetap tak boleh dapat 95% yang kita mahukan. Ini masa untuk bertindak. Cari dan gali potensi diri dia, apa kesukaan dia? apa minat dia? Mungkin dalam akademik dia kebelakang, tapi tengok kalau dalam sukan macam mana? seni lukis macam mana? muzik? memasak? berkebun? banyak potensi dalam diri dia kita boleh cari dan kenal pasti, tidak semestinya kita nak dia mesti dapat A saja kan untuk dia berjaya?

Kalau dia minat tengok rancangan masakan.. cabar dan kata kat dia, kalau dia minat dan suka, satu hari nanti dia pun boleh ada rancangan masakan sendiri, dia pun boleh masuk tv macam chef ni. Hey, Chef Liza Zainol tu dulu cikgu sekolah rendah saya, ajar BM tau, tapi tengok Chef Liza sekarang? kat mana kedudukan dia dalam bidang chef?  Begitulah, kalau dia minat bertukang, kata kat dia, kalau betul dia suka bertukang, kita kena usaha jadi seorang tukang yang baik, mungkin boleh bukak bengkel perabot, kilang perabot?? tak mustahil kan? Kalau kita tau macam mana nak salurkan potensi anak kita, tiada istilah anak kita terkebelakang dari anak orang.

Kata Anon lagi:-
Dengarlah, yang kita ini bukannya anak orang 'mega kaya' atau 'berpengaruh' yang boleh menempatkan anak-anak kita di University yang mashyur dan ternama, jadi berusahalah dan jangan segan nak keluarkan belanja untuk membantu anak kita berjaya didalam perlajaran mereka...sampai bila kita nak berharap pada kerajaan (SBP) dan juga MARA untuk meletakkan anak Melayu antara 10 penuntut tebaik Malaysia? Sedangkan bangsa asing yang bersekolah harian berlambak-lambak mendapat results yang terbaik setiap kali keputusan pepeiksaan dikeluarkan...

Komen saya:-
setuju dan tak setuju.
Setuju, sampai bila kita nak harapkan bantuan kerajaan kan?? dan betul, bangsa lain ramai dapat keputusan cemerlang berlambak-lambak. dan jangan segan bantu anak kita berjaya, betul.. berusahalah wahai ibu bapa, jangan beralah. Kalau kita dah berusaha, tapi tidak berjaya, jangan putus asa. Kan?

Tak setuju, erkkk tak tau nak ekpress tidak setuju saya untuk part ni macam mana. Mungkin saya kurang cerdik apabila berfikiran begini, tetapi this is me, saya yang sering tertanya-tanya sebenarnya, dan jawapan itu tiada pada saya, banyak saya persoalkan sebenarnya, ermmm tapi biarlah persoalan saya tergantung dalam kepala otak saya, sebab kalau keluarkan kat sini, jadi isu pulak. ehehehe. Tapi ini hanya pendapat saya saja, mungkin ramai tak setuju, tetapi setidak-tidaknya saya bentang fakta kes saya berdasarkan kajian dan pemerhatian saya yang arif... eheheh jadi apa pun sebagai ibu bapa, jangan berhenti berharap macam lagu Shiela on Seben tu. dan sentiasa Hadapi dengan senyuman, macam lagu kumpulan Dewa.

Eh sekarang dah kureng layan lagu Indon, banyak band malaysia dan artis malaysia hebat dan berbakat. Sokonglah artis tempatan. Macam Aizat, Yuna, Sofaz (uh Nora Elena punya lagu) mereka bagus-bagus.. ermm seee macam Aizat tu, dia terkeluar awal masa dalam AF, tapi look at him now, dia ada 'brand' dia sendiri, sebab apa? sebab dia bertuah kerana dilahirkan di dalam keluarga dia sekarang iaitu, memahami dan hormati minat dia, dan tambah mudah, keluarga mampu realisasikan impian dia, dan dia juga buktikan dia boleh buat terbaiikkkkk.. kagum seh.

Thursday, June 23, 2011

Abang Najmi pun dah susut nilai..


Saya dok baca blog-blog ulasan filem-filem ni. Yep saya suka baca kerana suka baca pandangan orang lain terhadap sesuatu filem tu, pandangan dia mungkin tak sama dengan kita, itu perlu, supaya adil buat kita, so kita tak la limit pandangan kita dari sudut 'kepala otak' kita je.

Dan terbaru saya baca ulasan-ulasan mengenai filem KL Gangter tu. dan inilah ayat paling saya suka dalam banyak-banyak blog saya jelajah, susunan ayat-ayat yang tepat, bagi menggambarkan Anak Pak Ajis whattttt!!!!!!!!! tak abeh lagi si pinat ni???? ehehe tak abeh lagi. Anak Pak Ajis jadi Irfan Ikmal pulak weii dalam Stanza Cinta, lepas tu jadi Hariz pulak dalam filem Ombak Rindu. Kira paling laris la... ehehehe tahun depan boleh la dapat anugerah artis paling popular gayanya ni.

Ok ni part saya suka dalam tulisan di TONTON FILEM

"Akhirnya, Aaron Aziz. Ya Tuhan... Kini, barulah aku bertemu dengan seorang pelakon aksi Malaysia! Beliau bukan sahaja boleh beraksi dengan baik, tetapi boleh berlakon. Wataknya yang paling mengujakan aku. Seorang watak yang "cool", memukul bila kena pada tempat, dan bila dia memukul, bang! Wataknya amat berdimensi, kuat, keras tetapi juga lembut dan penyayang, merasai "sakit" kerana perbuatannya, melihat keluarga kandungnya "porak peranda". Anda lihatlah, dalam babak-babak melodrama pun, Aaron tidak menangis, menunjukkan watak kejantanannya. Dia seperti seekor naga yang tidur. Dan ini disampaikan, dengan pelbagai emosi yang cukup berkesan dan tidak pernah berlebih-lebihan. "Kawalan" aktor ini dalam drama, aksi dan melodrama, mengujakan"

Kata-kata yang sama dibenak saya, cuma saya tak reti nak tulis begitu, bila baca baru saya tau.. Ya inilah yang saya nak katakan. Itu la dia, Anak Pak Ajis selalu 'just nice' not over doing it. tak over acting. Kenapa saya "jatuh tangga hati" denagn "Seth Tan" dalam Nora Elena? pasai karakter Seth tu simple, tak lebey-lebey. Romantik-romantik dia ciptakan tu biasak. Tak perlu babak buat muka-muka sengal tunjuk muka romantik.. tak payah cakap lembut lembik-lembik feel romantik.. macam anak kat Noq si Rosyam tu buat, Rosyam selalu gagal berikan watak lelaki romantik di mata saya, selalu berlebihan. Saya suka "Seth Tan" pasai dalam romantik dia tetap nakal dan mengusik..

Dalam KL Gangster, dia bekas samseng, tapi dia cool, hanya balas bila di'sentuh'. Memendam hasrat nak belasah tibai orang sampai patah riuk. Just nice dia bawak. Hahahaha oi pinat.. dah suka kentut pun wangi..blah la.. tp betui la.. tak muhung (bohong) aiiiihhh.

Ada sorang teman pembaca blog ni baik hati tau... Anak Pak Ajis shoting drama kat tempat dia.. dia siap minta anak Pak Ajis sign ni untuk saya, dan gigih dia scan emailkan saya.. uhuks.. mak terharu nakkkkkk
get well soon katanya, pasai kata depa saya demam Seth Tan.. ahahahaha


dah la  cukup... cukup-cukup la tu

ok nak share pic si abang Najmi, taddaaaa dah selim sikit anak teruna teman ni.. Hasil teman kontrol makan dia, dan tiap-tiap petang dia akan main bola, atau main rollerblade.. Saya anggarkan setiap hari saya akan kira dia makan lebih kurang 1,500 -2000 kalori sehari. (budak-budak aktif, jadi kalori depa byk sikit..eheheh) then main bola tiap petang abeh burn dalam 300-500 kalori sehari.. so total kalori in dia tolak kalori out, sekitar tak sampai 1700 kalori la lebih kurang... penting ni agar diet untuk budak-budak berkesan.. ahaks.. macam baguih ja makcik ni.. hiks..

Dah kuruih sikit dah kan.. Gambaq kiri sekali tu terbaru, har dua kanan tu pic lama. Maksu, Abang Najmi dah kuruih...ehehehe dulu muka bulat ke main.. la ni dagu panjang dah... tak payah cucuk-cucuk dagu.... baguih la.. lagipun dia makin tinggi, tu nampak dia macam kuruih sikit, tp mmg hat gendut-gendut semua tak dak dah.. leper dah perut dia..

Tekanan
Baca dak surat khabar hari ni pasai budak lelaki umur 16 tahun cuba bunuh diri terjun tingkat 2 bangunan sekolah dia. Dia tertekan sebab gagal dalam 6 mata pelajaran. Kasihan budak tu, tertekan untuk lulus peperiksaan, itu mentaltiti yang disogokkan oleh sistem pendidikan kita. Budak lulus periksa adalah budak cemerlang. Boleh jalan la.. saya orang yang bangkang sesangat sistem lapuk ni. Sorang kawan saya, ada anak yang lemah dalam pelajaran, dia memang slow learner, tapi bukan dia bodoh, cuma dia lambat dapat apa yang cikgu sampaikan. (akak, kita share kisah akak ek? u know who u are) kebetulan akak ni anak dia satu sekolah dengan abang najmi, dan tahun ni anak akak ni akan amek UPSR, Guru Besar (GB) sekolah ni panggil akak ni suruh bawa anak dia ke sekolah Khas. What??? reason dia macam ampeh sgt.. tp dalam erti akta mudah, u keluarkan anak u dari sekolah i boleh? nanti prestasi peratus kelulusan UPSR tahun ni menurun kerana anak u.

Tak rasa cam nak lempang tak GB macam tu.. Siapa kau nak nafikan hak budak belajar dengan rakan-rakan dia yg lain, akak ni pun pegi tengok sekolah yang GB tu suruh pegi, memang betul untuk anak-anak yang CP, down syndrome, dan anak dia bukan kategori tu, cuma anak dia slow.. bukan tak tau apa-apa. WTF (what the funny ek) GB tu. ni satu contoh dari beribu GB yang ada dalam Malaysia gila jaga prestasi sekolah, mana tanggungjawab sosial dia nak 'bentuk' budak yang lemah macam ni?

Patut tanggungjawab dia kemukakan cadangan ke peringkat kementerian, kena bantu budak-budak ni dari segi lain, bukan hanya bergantung akademik semata-mata. Gerammm tau.. kita perjudikan nasib anak-anak kita dengan sistem pendidikan kita nak sangat budak-budak dapat banyak A.

Baru ni juga sorang pembaca blog saya tanya Najmi tuisyen tak? macam mana sekolah dia, Najmi biasa-biasa saja, bila duduk kelas no.1 dia akan dapat result corot-corot.. bila turun kelas ke2 dia akan dapat result bagus-bagus... walaupun markah masa dia duduk di kelas pertama dulu lebih tinggi dari masa dia duduk di kelas pertama, tapi jurang perbezaan ketara kelas pertama dan kedua menjadikan dia boleh menjadi top3 dalam kelas kedua. For me, tak perlu la nak gred-gred kan budak dengan sistem-sistem nombor ni, buang karan... sekolah rendah je pun, bagi gred sudah la.. atau cgpa.. Masa dia duduk kelas pertama dulu, dapat no.corot, tapi markah-markah tak koman juga, banyak 80-90, ada la satu dua subjek bawah 80, tapi dia tetap dapat nombor corot, sebab sistem kita susun budak ikut markah depa dapat sebegitu. Budak yang dapat nombor 1-10 tu markah semua 95 ke atas.. gila pandai..

Saya rileks juga dalam soal pelajaran budak ni, sebab hasil perbincangan dengan cikgu dia time amek report card, cikgu dia kata, dari pengalaman dia, budak lelaki ni lambat 'panas' tapi diaorang cepat tangkap, cuma tahap mereka nak bersaing, tahap mereka nak ke depan tu lambat sampai. umur 10 tahun depa prefer main ikut suka hati berbanding budak perempuan duduk main kaler-kaler... baca buku.. Itu normal kata dia. Adoiii bab main-main tak tau nak kata apa tah.. buku latihan beli.. beli je la.. ada la suku buku dia buat, pastu kalau tak dikerah dok lagu tu la... sabaaaaqqq saja.. takpe.. tahun depan darjah 5, terpaksa jadi mak tiri dah.. better late than naver kata orang kampung saya

Wednesday, June 22, 2011

baca surah Yassin versi Alesya


Baca Yassin versi Nur Alesya Qhaisara, 3 tahun. hiks... tah hapa-hapa jek.. yang paling betoi, tang amminnnnnn.... Insya-Allah moga adik terang hati..


Khas buat Auntie Wana... pic Alesya yang ketiduran dengan beg Minnie mosss birthday present Auntie Wana bagi.. kalo tanya siapa kasi beg ni, nanti dia jawab, Antiiii agiii (auntie bagi) pastu dia akan sendiri, acihh aantieeee... hehehe macam la org tu dengar.. ini sebab bibik dan saya dah biasakan dia, akan cakap tima kasih kalau org bagi apa-apa.. tiap kali kita tanya,
Ni tiap kali nak tido. dia akan cari bantal-bantal minni moooosss... patung minni moss dia.. ni semua yang mesti ada sekitar dia masa dia nak tido.. dan terbaru, tambah lagi beg minni moss tu, sebab dia mmg peminat minni moss sejati.. asal nampak je barangan Minni moss dia akan buat lembik-lembik tengkuk... manih-manih muka.. lentok-lentok kat pak dia suruh beli, walau cuma seketul key chain. Hiks.

Oh ya tima kasih juga kat Auntie Wana kasi saya beg holder tu.. atau penyangkut beg.. macam tau-tau je acik tengah survey benda alah tu.. maklumlah dah belajar kursus protokol makan beradab... tak boleh letak beg atas meja.. ahaks.. mana tau lepas ni Agung jemput majlis minum teh acik leh sangkut beg ni.. ehehehe untung keja sini, selalu dapat invitation majlis-majlis rasmi. Ni yang 2 hari saya kena kursus adab protokol itu hari. Eheheh sampai adab koyak dan tuang gula paket dalam kopi pun kena belajar.. hehehe

Ok saya nak tulis serius sikit. Pernah tak kita terfikir kadang-kadang menyinggung perasaan orang tanpa sedar? very not good kan? Kadang-kadang kita tak der niat, tapi sedikit sebanyak, kita menyinggung perasaan orang lain? so adalah lebih enak, kita berhati-hati ek.

Contoh percakapan orang lain yang mungkin menyinggung perasaan orang ialah kita tau orang tu dah lama kawen, tapi belum ada anak, kita dok bercerita pasal anak...anak..anak.. anak kita depan orang tu tiap hari, sikit-sikit anak i kan... gitu.. gini... anak i kan, itu ini... sampailah orang yang tersinggung kata, sedihnya i tak der anak lagi, asyik dengar citer u yang ada anak je... paling teruk, kalau luahan kecik ati dia diluahkan pada org lain. padahal mungkin kita tader niat pun kan. Atau awak seorang lelaki, dan teruja giler citer pasal wife awak yang dah pregnant, mabuk, peel gitu gini, dan bercerita  pulak kepada seorang suami yang sudah bertahun-tahun kahwin tapi wife nya belum pregnant lagi. sedar tak sedar, kita mungkin dah membuat dia rasa sedih dan tersinggung maybe.

Atau, kalau kita beli dan duduk rumah teres. teruja ni. excited. Tapi dalam masa yang sama kita cakap, saya respect la orang boleh duduk kat aparment ni. bumbung kita, lantai orang, lantai kita bumbung orang. Budak-budak nak main pun tak der space. Eii kalau ai la mmg tak boleh la duduk apartment, susah, perit sikit bayor hutang bulan-bulan tak per, janji duduk rumah teres. Woowweeeee.. mungkin kita saja nak kabor kita tak selesa duduk apartment, itu kita rasa, tapi bagi orang yang duduk apartment, mungkin akan terasa, mentang la mampu beli rumah teres, perlekeh pulak orang duduk apartment. biasa kan situasi camni.

 Benda simple-simple bagi kita, tapi kadang-kadang sensitif bagi orang lain kan?

Kadang-kadang memang kita takder niat pun kan, tapi tanpa kita sedar kita terlepas cakap, dan orang lain pula tersinggung. kan?

P/s Tahniah Pak Usop dan anak dia Sol.... 11 juta and still counting ek.. ada duit saya RM22 kat dalam tu..ahaks..

Monday, June 20, 2011

KL Gangster yang ada anak Pak Ajis.


Sebelum tu nak tanya KL GANGSTER? ATAU GENGSTAR? mana satu ek? Ok sile jawab.



Dah tengok citer ni??? Hahahaha.. Anak Pak Usop ni sebenor-benor, patut berterima kasih kat anak Pak Ajis tu, sebab drama Nora Elena yang buat emak-emak budak cam saya ni 'angau' kat Seth Tan tu, dan kemudian tengah-tengah drama ni hot, filem dia pulak ditayangkan, maka emak-emak budak yang tak keruan cam saya sanggup belanja dan muncung-muncung ngan laki ajak pi tengok filem ni. Penangan anak Pak Ajis.

Nak ulas pasai filem ni pun, maleh la.. bersepah-sepah wartawan puji melambung-lambung ini pilem, mentang la anak Pak Usop buat, gigih wartawan memuji secara berjemaah. Saya rasa biasa-biasa je filem, malah tah hapa-hapa la boleh dikatakan. Aksi-aksi lawan ganas tu tak dinafikan, ganas.. samseng abeh, tapi kamoonnnn la.. takat mana sangat samseng malaysia ni... terang-terang bergaduh berbunuhan kejar mengejar kat tengah-tengah petaling street tu?? apekah?? polis tak kejar pulak. Opsss nama pun filem dak, babak-babak tak rasional mesti kena ada, tambah pulak filem-filem ala pak Usop. Mesti ada babak yang kita kena terima hakikat bahawa itu hanya dalam filem. Macam saya kata minggu lepas la.. awek keja kilang dalam duduk rumah teres 2 tingkat. Tapi anak pak Usop realistik sikit la.. rumah-rumah org tak berapa kaya digambarkan seadanya.

OK balik pada ini pilem. Saya sekadar boleh kata, kekuatan filem ni ialah aksi sepenuhnya dan dibuat dengan real keadaannya. Jalan cerita banyak keliru, sebab ye la dalam masa tak sampai 2 jam takkan nak cerita semua ye dak. Watak, Anak pak Usop-Shark, Redzuan Hashim-King, Corie-Dragon, Malek bekas banduan, yang kena belot saya kira, watak-watak ni kira taiko la.. Jai-adik Malik, dendam dan benci abang sendiri? No komen, pun tak tau apesal...Shark anak tiri King, tak jugak tau pasai pa emak dia tak dak.. mati kah.. apekah?? Saya rasa KL evolusi drift lagi kemas dari segi jalan cerita dia.

Shark-gambaran samseng gila la.. ganas abeh. psiko pun ya.  

Banyak benda samar-samar dan kelam, wa tak tau apa punca dendam Shark dan Malek, nak kata berebut 'kawasan' nak jadi taiko, dak.. dendam lama?? dendam apa pun tak tau.. tak jelas langsung, pastu patutnya Malek yang dendam, pasal Shark, Malek masuk penjara. Tak faham apa yang motif-motif depa pakat gaduhkan, hang pukui aku.. aku pukui hang, sat gi konco-konco pi balas dendam, ishkk tak bulih ka depa kasi spesifik reason sikit?? Malek pi keja kat Pasar Borong, konco Shark mai kacau, tak der motif sangat-sangat. ala-ala terlanggar bakul yang ditolak Malek, gadohhhh.. cikai sangat reason tu.

Kot-kot anak Pak Usop boleh relate depa ni taiko dadah ke.. taiko bapak ayam ka.. dan motif depa dok gaduh tu pasai Taiko ni caras taiko ni.. taiko ni potong jalan ke.. syok sikit kita layan depa gaduh, ni hal kecik-kecik lambat hantar air yang diorder kat kedai makan pun gaduh, samseng specis apa ni??? cari pasal tak kira tempat. (dalam filem Budak Kelantan, lagi 'real' samseng digambarkan, gaduh ada sebab)

Betul-betul filem ni bersandarkan kekuatan lakonan para pelakon dia (anak Pak Ajis of kossss) Sofi Jikan memang berbakat la. gua tabik bebeh. Dalam filem ni memang gue respek Malek, bukan takat boleh jadi hero kacak-kaya-romantik je, tapi dia boleh juga jadi bekas samseng yang menahan marah, menahan dari nak belasah orang. Pendam, cuma kalau orang provok dia baru dia akan membalas. Tapi watak Jai-Ady Putra, ape ke hae nya mamat ni asyik la kepit rokok kat bibir, tapi tak der pun sekali gua tengok dia hisap rokok. Ini nama dia Samseng menjaga kesihatan paru-paru.

Watak anak makcik Nah, (anak Aznah Hamid) si Sheera tu, bagi saya watak tempelan yang membuang masa, watak tu tak berkembang langsung malah terus 'mati' lepas keluar dari rumah. Tak ker membazir tu. Tak perlu hoccay. Kot-kot la ada babak dia kena cekup ke.. insaf ke.. nan hado.. jadi apa perlu ada watak tu, kalau takat nak habaq dia jadi liar pasai musuh-musuh abang dia tiap hari mai kacau dia dengan emak dia masa abang dia masuk penjara. Dah serupa ceti haram Along dan konco-konconya pulak nak kutip hutang dari keluarga.

Filem ni takat nak santai, feeling Hong Kong, feeling ganas-ganas boleh la.. tapi kalau nak angkat sebagai satu karya seni yang kita kena banggakan kureng la.. Tapi satu hakikat yang saya akui, Syamsul anak Pak Usop ni kreatif, berani, dan boleh menjadi pengarah yang bagus di masa datang, dia teliti, dan dia tau apa dia nak buat. Respect. berani itu penting, tanpa tema cintan cintun... tanpa aksi drama air mata, dia angkat filem ini membuatkan orang ingin tengok, walaupun gua yakin 90% awek-awek atau emak-emak cam saya ni pegi tengok filem ni semata-mata nak tengok anak Pak Ajis versi menatap muka dia di skrin besar lebih puas. ahahah

Confrim weiiii, ramai kawan-kawan saya, pi tengok filem ni samadad rombongan geng forumer, rombongan geng opis, geng FB.. tengok filem ni berjemaah pasai nak tengok anak Pak Ajis, jadi anak Pak Usop, jangan syiok sangat orang tengok filem ni pasai nak tengok jalan cerita filem ni, nehhiii bebeh.. gua tonton pasai nak tengok anak Pak Ajis. Hehehe sampai laki kata, haru dia ni.. udah-udah le... tapi laki mak tetap sporting dan layan sewel bini dia.

Tapiiii watak yang paling syiok ialah, emak Malek, Ku Faridah. best betul jadi makcik ni, pasai anak Pak Ajis peluk dia.. Ishkk masa ni saya bisik kat 'pakwe' sebelah saya yang sedap punya kunyah pop corn dan makan twisties tu.. "syokkknya jadi makcik ni," geleng kepala saja pakcik sebelah saya ni..ahaks...

Sungguh meninggalkan kesan 'Seth Tan' ni, elok abeh Nora Elena, ni, abeh minggu lepas, semalam dah start drama baru Stanza Cinta, weiii berapa org punya dok sms saya bagitau suruh tengok tv3 ada anak pak ajis. kalian memang prihatin. Acik hapal dah time tu..ahaks.. ada sms 'kak pnut, saya tgk stanza cinta ni ingat terus kak akak' wahh betapa kuatnya saya pulak diingatan korang ek.. eheh kat FB pun ada kabor, kak pnut saya tengok drama tu teringat akak terus.. hahaha bukan sorang weiii berbelas orang. ahahah komen seorang kawan FB, Anak Pak Ajis patut berterima kasih kat saya pasai promote dia.. ahaks.. so Anak Pak Ajis, bile kita nak lunch date? hiks

Ada orang komen, alaa Seth Tan tu dalam drama je, mana ada in real life orang romantik sabar gitu? hahah ya pasai dalam drama la kira melayan, feeling love-love... bertaburan. Pasai kita pun berangan, dan terbuai-buai.. kalau in real life ada jantan betul macam tu, gila hapa nak 'angau' kat laki orang, kat pakwe orang. Paling-paling pun takat cakap, eeeii bestnya makwe/isteri dia, romantik betul di polan-polan tu.. kalau in real life, ramai la pompuan menjanda dah. Hahaha tapi takat feeling angau dari kejauhan ni biasalah.. laki orang lain tak tau le.. tapi kalau acik sapinat, depan laki dia pun dia gedix. tepuk-tepuk tangan dan hentak-hentak kaki bila gedix tu biasa, dan pakcik ni pun tau bini dia gedix cemana, bukan sampai tahap tampal poster kat dinding bilik pun.

Ahahahah, malah dia pulak rajin menyakat, eeeiii nak muntah... uweeeekk geliiii, nyampah.. poyo.. ahaks.. tak der usik-usik manja gituk..

Ok terlanjur citer pakcik gebus ni.. nak kabor, acik sekarang berbahagia sangat-sangat, pasai pakcik ni dah tukar ke Astro Beyond. Jadi tv depan ni, dengan tv kat dining hall, tidak lagi sehati sejiwa. Iaitu berkongsi dekoder yang sama, kalau dulu kami connect tv belakang ke dekoder astro kan, so kalau tv depan tengok 104, tv belakang pun sama... oh no, dah tukar Astro Beyond, tak der dah connection tu... makaaaaaaa...
Lentok la dia sensorang tengok cenel sukan, Movie-movie dia tu sampai lebam. Tak nak kawan dia.


Acik sapinat gigih sangat, beli indoor antena.. nampak acik buat anak panah tu.. Pastu suruh pakcik gebu cari cenel-cenel tv percuma ni, maka taadaaaa kami dapat menikmati RTM, TV3, NTV7, 8TV, dan TV Al-Hijrah, yeayyyy tak payah lagi acik muncung muka nak tengok drama tak dapat,


Jadi mulai semalam, acik sapinat kini bukan seperti acik sapinat dulu.. acik kini boleh menonton cerekarama.. boleh menonton drama bersiri tanpa perlu merajuk-rajuk dan muncung muka seperti kelazimannya. Maka bahagia sangat menonton Stanza Cinta semalam tanpa halangan, sampai time iklan pun tak tukar cenel pun tau.. Jadi, korang cakap drama apa yang best... name it.. name it.. acik akan dapat menonton... ahaks.. Kalau dulu orang citer Nur Kasih la... Adam Maya la.. apa ke.. sorry la acik tak tengok pun.. pakcik ni je pemegang Remote Kontrol secara mutlak.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa!!


Semalam antara hari yang penting dalam hidup saya, kerana bakal menjadikan saya akan melangkah satu tapak di hadapan. Insya-Allah. Mudah-mudahan, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin...

Kadang-kadang kita sering ragu-ragu kan nak lakukan sesuatu, tetapi akan ada perkara yang berlaku dalam hidup kita menyebabkan kita terus buat keputusan, ok aku mesti buat.

Contoh, selama ni kita tak pernah mahu belajar memandu kereta, tetapi ada kejadian yang menyebabkan oh susahnya tak pandai memandu, dan rasa perlu belajar memandu. kan..kan..kan...

Kala dalam novel, drama atau filem, rentak 'hidup' yang berlaku itu ditangan penulis dan pengarah kan? senang kita boleh cipta watak kita nak, jadikan satu cerita, samaada sedih atau gembira, semua ditangan kita.

Tapi dalam 'drama kehidupan' sebenarnya-benarnya siapa pencipta watak-watak kita??? ya benar anak-anak.. Allah SWT. Suka atau tidak, kenyaataannya jalan kehidupan kita ni sudah ditentukan Allah sejak hari pertama 'kejadian' kita di dinding rahim ibu kita kan? Kita berjaya atau tidak menjadi dari setitis mani itu menjadi seketul darah, dan seterus menjadi seketul daging, menjadi janin dan kemudiannya ditiupkan roh ke janin itu, itu semua Allah sudah rencanakan. Mulai saat dan detik itu, suratan kehidupan kita sudah ditentukan. Maka kita hanya memainkan watak kita dimuka bumi, tanpa mengetahui what next?? what next?? Orang kata hidup penuh persoalan.

Dan tersurat dalam hidup saya akan akan hidup bersama lelaki yang menjadi babah kepada anak-anak saya ini. Saya akan bersama-sama dia susah dan senang, harap dia juga begitu, Hidup saya dan dia saling melengkapi, kekurangan saya akan diatasi kelebihan dia, kelebihan saya pula ada kala menjadi pelengkap kepada kekurangan dia.

Darling, Happy Father's Day.. (erkk bila hari bapa pun saya tak tau, tapi tengok orang sebok wish-wish father's day saya pun tumpang sekaki)


Kami sayang babah....

Friday, June 17, 2011

Nora Elena episod akhir


Ok, ini virus sudah berakhir..  Anak Pak Ajis, good bye as Seth Tan, we gonna miss you bebeh. Rindu pulak menonton Seth Tan, sambil berSMS dengan rakan sebaya yang over. Ada je babak best, pakat lawan sms.. sampai laki cakap "dah tengok, sms lagi.. haru emak-emak budak ni" hahaha.


Oh anak pak Ajis, ganteng sekalik kamuk ya...

Romantik maaa..

Dalam semua episod.  Ini babak dan episod paling berkesan dan menyentuh hati, cari part yang masa Seth penuh sesalan, dan dapat tahu Nora pregnant tu, tu kat youtube takdak pulak.. woohooooo ini babak paling berjaya pada semua babak dalam drama ni.



Kat facebook saya ada letak babak ni, dan ada orang tanya, "Kak Pnut, agak-agak pakcik gebu buat lagu ni dak kalau akak merajuk" saya jawab "kalau laki awak, akak tak sure, tapi kalau laki hakak ribut taufan la" hahaha pastu kata orang tu, kalau pakcik gebu buat jangan lupa amek video, nak tengok, dia bilang "kalau itu berlaku, tak sempat amek video, akak dah pitam terkejut" ahahahaha, tu le realiti.. dalam drama angau le kat seth tan tu.. hiks..

Cian anak pak ajis sedih...

Ok here the point, ulasan Nora Elena episod akhir, hiks, tak pernah buat ulasan tetiba episod akhir buat. Kenapa??

Sebab episod akhir ni sangat AMPEHHHHHHHHHHHH.

Ok fine, happy ending, tipikal drama.. tak kesah la drama melayu ka, omputih korea ka... standard la happy ending.

Cuma saya geram sangat, editing drama ni kaput sangat-sangat. Banyak babak meleret dan tak perlu di awal-awal drama, then meleret-leret tu sehingga menjadikan 3 episod akhir kelam kabut, kacau dan macam nak cepat abeh. Apekah???? paling kemuncak spoilt kepada kesedapan drama ini episod akhir, kelam kabut gila. to much things happened in one episode?? hasilnya celaru. Emosi tak sampai kepada penonton. Baru nak feeling geram, tetiba masuk part sedih, baru nak sedih,  tetiba masuk babak suspen, baru nak suspen, timbul babak anti klimaks. Ape ni?? tak sempat feel orang kampung saya kata.

Patut episod akhir minggu ni, start dari Isnin tu pengarah ni kena bijak aturkan sebaiknya babak, babak pada minggu pertama dan kedua banyak meleret dan buang masa. Pertengahan ok la cantek, tapi minggu akhir sangat ampeh. Sayang betul.

Ok tu je, sekarang anak-anak kita masuk point-point yang tak best dalam ini drama, yang best tak payah, yang tak best perlu supaya production team boleh baiki kelemahan. (macam la depa baca, ahaks)

1. Emak Elena
Apekah Kuna sesuai?? jawapan tanpa keraguan TIDAKKKKKKKKKKKKKKK tak dak ka pompuan lebih berumur hagak-hagak sesuai jadi emak Elena?? dah baya abang Long Elena kayaknya. Kemudian kelembutan yang dibuat-buat itu tak payah la.. lembik nampak, plastik sangat.

2. Ruma sewa Elena dan Adilla, Eid dan Malek
Ni ada unsur Usop Selam sikit, keja kilang duduk rumas teres fully furnish. Ni adik beradik la.. Adila tu kalau ikut drama keja kedai buku, keja biasa-biasa. Kalau ikut novel, sama belajar dengan Elena, keja mesti best la kan.. tapi berapa sangat gaji Adila dan Elena sehingga mampu sewa rumah teres yang koman-koman tu 7-8 ratus sewa sebulan. Rumah complete pulak tu, banyak duit depa beli perabot ek, bilik Elena terutamanya, complete bebeh.

Rumah Malek dan Eid pulak?? ermmm boleh la terima akal sedikit. eheheh

3. Watak Jybone Yvonne.
Terlebih serbuk perisa kadang-kadang. Babak dia marah Seth depan rumah masa Seth marah dia tak beli bunga untuk Elena, to much. Pompuan cantik bergaya begitu takkan terjerit-jerit depan rumah macam orang gila, eh dia memang gila.. opss lupa. Tapi babak itu dibuat over acting.

4. Lin-pengganti Azira, dan Nilawati
Kayu, plastik, getah semua la.. tak dak orang lain boleh berlakon lebih bagus?

5. Jybone pakai baju nurse kat spital?
Nurse mana punya baju? pandai dia noooo sempat lagi pi tempah... ke dia belasah nurse dan cilok baju nurse tu?

6. Ending kat hospital, patut Adila ada sekali. BFF katakan.. Adila watak tambahan yang penting, bagi saya Adila perlu berada di sana. (sama dengan Amir.. eheeh) oppssss lupa Adila keje kedai buku...

7. Erkkk dah lupa...

esok ada interbiu la.. ishkk suspen dan takut lak... harap semuanya ok..



Thursday, June 16, 2011

Ok kes tutup


OK, kes semalam setel, pengarah Osman Ali sudah secara peribadi menerangkan dan memohon maaf kes semalam. Saya pun malas panjang cerita, dan anggap itulah risiko bila saya letak pic kat blog potensi ia dicilok amat tinggi. Walaupun masih ada keraguan juga, tapi sudahlah bukan perkara besar pun, gambar itu digunakan tak sampai 10 saat pun dalam filem tu. Ehehehe.. cool la..

Apa pun orang putih kata 'things happen for a reason' atau kita kata, Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Secara tak langsung saya berhubung dengan pengarah yang memang saya minat karya beliau dari dulu, paling saya suka karya beliau Surat Untuk Bulan, saya pernah ulas pasal telemovie ni kat blog lama dulu. Dan dari perkenalan yang tidak sengaja ini, secara tak langsung membuka ruang persahabatan. Insya-Allah, saya mendapat inspirasi dari beliau. Thanks saudara Osman Ali. Saya doakan beliau akan berjaya dalam bidang beliau. Dan emosi saya over semalam sudah cool dengan sifat rendah diri dan dorongan yang beliau berikan.

Ok tamat cerita.

Hari ni layan Nora Elena episod akhir.. oh akan merindu seth selepas ini...

Wednesday, June 15, 2011

Apesal pengarah Osman Ali gunakan pic saya tanpa kebenaran?


Ini gambar nostalgia saya, budak pompuan comel dalam pic tu ialah saya, dan lelaki itu ialah arwah abah saya, dan perempuan cantik sebelah saya tu ialah emak saya. Ingat lagi saya pernah letak pic ni kat Entry ni : Jangan Takut Jadi Gemuk

dan tadi saya tengok filem CUN kat youtube, tetiba, saya terkejut tengok pic ni digunakan??? WHATTTTTTT????????? apekah??? pic ni sepupu saya, abang sham yang snap balik,
itu gambar family saya... apesal jadi props filem itu?? dari mana dapat? kenapa guna tanpa kebenaran?? tak beretika!!! arwah abah saya sudah tiada bebeh, apesal lu guna wa punya pic tanpa kebenaran, hang bikin pilem pulak. Saman kang!!!! eheheh tak la nak saman. Saya respect pengarah Osman Ali ni, suka karya dia. Kalau ya pun props disediakan oleh props manager, awat hang tak tanya tak pic ni dia amek dari mana? siapa tuan punya gambar? mentang kita orang kedah, buat leceeeeyyyy...

Filem CUN, tengok masa ke satu jam 1.01 min kalau tak silap. Sejak bila emak pak aku jadi emak bapak Remy Bangla tu?? uhuhu dalam pilem tu la... udah le saya tak berapa gemor Remy Bangla tu? tetiba pulak.. Adakah production team tu pembaca blog ni?? atau Osman Ali sendiri????????? saya tak tau macam mana? Kot ye main search je kat internet, dan jumpa pic ni dah tentu dari blog ni kan??? tak reti ke email minta kebenaran??????



Agak-agak kalau saman ni boleh dak??? eheheehh dak la sampai nak saman, tapi tak patut la kan... tak kisah pun, cuma biarlah beretika.. kot ye dia guna pic ni dan inform, dah tentu awal-awal saya promote kan filem dia secara percuma.. tak gitu encik Osman anak Pak Ali????????????
Moskil ni cemana pic ni boleh depa gunakan??? dari mana diaorang dapat....

Tuesday, June 14, 2011

Pengakuan kisah benar.


Semalam, saya mencari maklumat sikit kat internet tentang kehamilan. heeppp jangan speku, saya tak pregnant, tapi maklumat ni untuk sorang kawan bertanya mengenai something pasal risiko kehamilan, dan saya adalah wanita terpilih yang mengandung dengan risiko tinggi kan? maka saya tempat refer pulak jadinya. Dalam dok cari, tetiba entah cemana, terbawa saya ke sesuatu yang sudah saya lupakan.. Hiks.. baru semalam kan saya cerita saya pernah berkarya, saya pernah bercita-cita menjadi penulis hehehehe.. Saya jumpa cerpen lama saya yang saya hasilkan tahun 2001. Beberapa bulan selepas saya melahirkan abang Najmi.

Tajuk cerpen itu "Rindunya Nura Pada Abang" haha saya cuba google, dan meng'yahoo' cari mengenai cerpen ni.. ayooo rupanya banyak blog/forum/email yang foward dan letak cerpen ni kat blog mereka. Ada yang mengaku cerpen mereka sendiri.. :-(  yang ini --> cerpen-sesuatu-yang-hilang/ mengaku ini cerpen pertama dia? What?? setelah 10 tahun?? bersepah dah orang lain baca, dia kata dia punya, sangat berani.. ehehehe, biarlah mungkin dia excited.

Yang ini katanya author cepen ni serindit. Eheheeh tak pe biarkan la.. ada banyak lagi la... maleh saya nak letak link, boleh digoogle sendiri.

Tapi hari ini saya nak buat pengakuan, cerpen RINDUNYA NURA PADA ABANG tu, sumpah ditulis oleh saya. Hahaha siap sumpah ko.. Actually saya buat cerpen tu berdasarkan sedikit cerita benar, masa saya pregnantkan Najmi, kan lama saya duduk wad, so ada satu kakak ni, dia pregnant, tapi berisiko, rahimnya bukan dikedudukan yang betul, doktor kata peluang dia pregnant cuma 5% sahaja, tetapi Allah berkuasa ke atas segalanya kan, Kun Fa Ya Kun. Maka kehamilan itu terjadi, tetapi dengan risiko yang tinggi. Akak ni anak yatim, tiada emak bapak, selalu saya borak ngan dia. Lepas bersalin, saya suka melepak kat forum Melayu.com (MDC)yang sungguh femes tahun-tahun itu. Saya suka lepak di Pusat Karya kat MDC, daripada suka membaca cerpen, saya pun terfikir nak bikin satu. Maka terhasilnya Rindunya Nura Pada Abang, ikutkan saya buatkan ia dua cerpen, episod 1 "Rindunya Nura Pada Abang" kisah Nura yang rindukan suaminya, episod ke2 "Rindunya Abang Pada Nura" cerita kisah kerinduan Hilmi pada arwah Nura.

Hahaha tapi cerpen ini mendapat sambutan menggalakkan bila publish yang pertama itu, maka kemudian itu yang terhasil yang kedua, sambungan selepas Nura meninggal. Saya karang cerpen ni di microsoft words, kemudian pindahkan ke forum MDC, ehehe yang garis-garis putus-putus tak tau nak ejas cemana, bila masuk forum maleh nak ejas dah. Kini setelah 10 tahun baru saya teringat dan berjumpa kembali cerpen ni.. ahaks, saya karang cerpen ni masa keja di ICOM yang bosan itu dahulu, banyak masa, maka mengarang cerpen. Saya gunakan nama pena NAZMI hiks, gabungan dari nama saya S****NAZ dan MIor.. ahaks... tah hapa je masa tu..

Satu cerpen saya buat ialah semuanya kerana WEN 5994, pun sama saya postkan ke MDC juga, yang ini pun banyak sambutan, heheh tapi tiada sambungan. Cerpen ni saya guna nama Afie sebagai salah satu watak dalam cerpen ni yang nakal, sempena sorang sahabat saya masa kat UiTM dulu yang memang nakal dan suka menyakat, tapi mempunyai aura membuatkan awek-awek cair kerana renungan mata dia yang cute.ahahah dan no kereta ni ialah WEN no keter lama kami, dan plat tu je tukar eheheh. Dan ada lagi beberapa cerpen saya post, tetapi nak cari balik pun tak der dah, sebab kat MDC yang ada sekarang paling lama pun karya tahun 2005. Sedangkan saya aktif sekitar tahun 2000-2002 saja.

Nostalgia. Bila imbau balik semangat untuk saya menulis kembali berkobar-kobar. Hahaha tambah pulak pengaruh Nora Elena ni, terus berangan nak tulis skrip drama ala cerpen Rindunya Nura Pada Abang. Wahhhh berangan ko... ampeh sangat.
Pada yang belum pernah baca... boleh baca disini ek... ahahah ada kat bawah entry ni je.. tp sajer letak link.. senang nak refer nanti. Kalau ada orang lain claim ni hak dia, meh sini tampor sedas... hahaha, benda lamaaaa la... bukti-bukti pun takder simpan, eheheh ada la print dulu, tp entah kat mana letak tah.. forum MDC pun byk kali tukar admin, so post lama-lama semua ke laut sudah. eheheh takper kita simpan sebagai kenangan...




Kalau ada sesiapa dah pernah terbaca cerpen yang difoward-fowardkan tu.. ehehehe tahulah kalian penulisnya yang asli ialah saya. Kelakor la beb.. nak gelak haku sekarang kalo baca balik.. jiwang siot wa dulu...

Monday, June 13, 2011

Semuanya kerana WEN 5994


Aku benci, benci dengan hantu jembalang tu! Benci betul ". bentak Zatul.
"Siapa? kau ni balik bilik terus jer angin semacam kenapa ni, sabarler kak oi... .", Fiza cuba menenangkan keadaan.
"Hantu jembalang si Afie tu lah, nantilah kalau aku jumpa dia, aku lekuk-lekuk kepala dia," gerutu Zatul.
"Cuba kau ceritakan pada aku, kakak oi... ni kau bebel sampai pengsan pun, kalau aku tak tahu hujung pangkal pun tak guna, baik kau pergi bilik air ceritakan dengan kepala paip tu, sama juga," Fiza cuba berlawak.
"Kau tahu tak si Jembalang tu, ada ke patut, aku tahuler kereta aku ni belum basuh lagi, berdebu, dan kurang ajar punya budak, ada ke patut dia conteng kat cermin belakang kereta aku tu, kau tahu dia tulis apa? Dia tulis "Gadis kesepian, perlukan teman, lepas tu dia letak nama aku, dan nombor telefon aku dan siap dengan e-mail lagi", kurang ajarkan? dan dari tadi telefon aku dah 5 kali berbunyi, dan ada saja jantan kemaruk nak berkenalan, tak guna punya hantu, dan kau tahu, kereta tu aku parking betul-betul depan kafetaria bangunan HEP, " jelas Zatul.
"He... he... he... oklah tu Zatul, promosi percuma apa, bernas idea Afie tu, kalau kau tak larat nak layan, pas-pas ler kat kawan-kawan, kami boleh tolong layankan. He.. he... jahat betullah si Afie ni ye, lepas tu kau tak layan ker jantan-jantan yang telefon kau tu? tanya Fiza.
"Sorryler, mula-mula aku heran jugak, tetiba ada lelaki telefon aku, kemudian bila aku tanya, dia kata dia dapat nombor dari cermin kereta aku, apa lagi terkejutlah aku dan aku bagitau aku kena aniaya, tu pun ada jugak yang mengajak aku pergi dating, hishhh tak kuasa aku", adu Zatul.
"Kesian kau... tak pe lah sekurang-kurang glamour kejap kau yer... bayangkan betapa ramainya orang pergi lunch kat kafe tu dan baca tulisan tu, dan he... he... mesti diaorang ingat kau terdesak sangat tu." saja Fiza menghangatkan lagi keadaan.
"Kau ni memangler, hah... tengok tu bunyi lagi, benciler... nak offkan malas pulak takut ada urgent incoming call, " marah Zatul sambil mencapai telefonnya yang baru berbunyi.
"Hello... . tak der-tak der kenal-kenal, saya kena aniaya, minta maaf bukan saya conteng kereta saya tu, ada orang sabotaj saya, minta maaf, tolong jangan telefon saya lagi." marah Zatul.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hello, gadis kesepian boleh saya berkenalan?" perli Afie disambut ketawa nakal teman-teman sekuliah yang lain.
"Oi... . hantu kau ni Afie memang tak guna betul... kurang ajar, kenapa kau buat macam tu hah? ingat aku ni cheap sale?" marah Zatul.
"He.. he.. kira oklah tu, yang dulu kau lekatkan note dekat motor aku tu, lagi teruk sehari berpuluh call aku dapat tanya pasal motor tu, tak cukup dengan tu, dekat bus stop pun kau letak iklan tu... . apa dah lupa ? Balas Afie.
"Ala itu dulu, tapi ni lain, kau buat malu aku terukler kau ni," Zatul membela diri.
"Ooooo macam tu pulak, dulu kau letak iklan motor untuk dijual, siap letak harga murah lagi, lepas tu jenuh aku tepis segala call yang tanya pasal tu, banyak cantik muka kau... . kira oklah tu, seri 0-0, " Afie mengungkit.
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... "
"Waalaikumsalam puan", jawab mereka beramai-ramai. Dan segala perbualan semua terhenti dan masing mula mengeluarkan buku nota masing-masing. Kuliah bermula.
"Tok ! Tok !, maaf Puan, saya terlambat, " Salina mengetuk pintu dan mula duduk ditempat dibelakang.
"Huh ini Perempuan Melayu Terakhir ni... selalu lambat, dia ni memang macam ni puan, sebelum datang kelas, kena siapkan susu anak, tukar lampin tidurkan anak dulu ni... " laung Afie, dan seisi kelas ketawa. Salina menjeling dan mengetap bibir, marah dan malu.
"Ala nak buat macam mana Puan, ada bapaknya pemalas, semua kerja maknya nak buat, tu baju kotal-kotak tu pun suruh isteri seterikakan, tahu nak bergaya saja, "balas Salina berani.
"Hah padan muka kena balik... " Puan Noraini menyampuk sambil tergelak, dia pun sedia maklum dengan gelagat nakal siswa siswi kelas ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Alamak ! mampus aku, oi Fiza jomler pergi settle, kita kena garang sikit ni, Ishhh, macam mana boleh tersondol pulak ni... " Zatul dah menggelabah.

"Rileks.. rileks kontrol gabra, alihkan kereta dulu, ko jangan buat muka takut, kita kena berani ni." Fiza cuba berlagak berani.
"Ello, brader, macam mana bawak kereta ni, kenapa tiba-tiba brek terkejut ni. Tak tahu bawa kereta ke hah? marah Zatul.
"Sorrylah, tiba-tiba saja ada kucing tu melintas, terpaksalah saya brek, kalau tak matilah kucing tu." bela lelaki itu.
"Oooo habis tu, ni remuk redam kereta saya ni siapa nak bayar? Nak suruh kucing tu bayar? Yang awak bawa laju-laju tu kenapa, kalau dah tahu kucing tu nak melintas, awak ingat ni jalan bapak beli ker? awak sorang nak guna, orang lain pun nak guna, kucing tu, walaupun tak bayar 'road tax' tapi dia pun boleh guna tau, nak bawak laju-laju pergilah Sepang, " bebel Zatul campur geram.
"Ala kan ker saya dah mintak maaf, anyway, yang awak tu ikut saya dekat sangat tu kenapa? Lain kali ikutler jauh sikit, senang nak brek ini tak ikut macam nak cium bontot kereta saya, apa pun awak bersalah, sebab awak yang langgar saya, so awak kena bayar kos baiki bumper kereta ni, " lelaki itu tak mahu mengalah.
"Oooiii cik abang, tak kuasa saya nak bayar, awak tu patut bayar untuk saya," marah Zatul.
"Hai cik adik, awak tu dahler ada cop P kat kereta, kalau saya pergi report sah-sah awak salah, dan tak pasal-pasal ada pulak orang kena buat 'test' kat JPJ lagi sekali," ugut lelaki itu.
Gurlp! gabra pulak Zatul. "Eh, betul tu Zatul, kalau report kau yang salah" Fiza berbisik pada Zatul.
"So awak nak macam mana?", tanya lelaki itu.
"Oklah bak nombor telefon nanti saya call awak," Zatul mula berlembut.
"Nope ! bagi nombor telefon awak, saya akan call awak, perempuan macam awak ni bukan boleh percaya " lelaki itu bersuara tegas. Dan Zatul tidak punya pilihan, biarlah dia membayar kepada lelaki itu walaupun secara ansuran, daripada dia terpaksa buat ujian sekali lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Dia tak call pun, dah sebulan dah ni," Zatul berkata pada Fiza.
"Ye ker? ala kira settle le tu, mesti dia kesian kat kau, maklumlah kita ni kan ker student, ala orang amcam dia tu, duit banyak, setakat betulkan bumper kemek tu, tak luak pun duit dia, aku rasa," Fiza bersuara.
"Mintak-mintak ler nombor telefon aku tu hilang ker apa ker, selamat aku, " Zatul berharap.
Malam tu, Zatul rasa bersalah terhadap lelaki itu, malu dan bersalah kerana kekasaran dengan lelaki itu, dia ingin minta maaf, tapi macam mana? lelaki tu tak hubungi dia. Arrghh lantaklah, dan dia rasa rindu pada seseorang, tapi cepat-cepat dia hapuskan perasaan itu, aarhh tak mau lah rindu pada hantu jembalang, tak mau, bentak hati dia.
"Issshh kenapalah muka jembalang ni ada kat mana-mana ni... . ishhh tak mau ler... . ishh mata oi, lelaplah kau, lelaplah... ishh tak mau ingat dia," Zatul bercakap sendiri. Entah sejak akhir-akhir ni dia rasa berlainan pada Afie. Dia mula sedar betapa istemewa Afie, nakal, bijak, bertanggung jawab, dan ermmm dia punyai mata yang cantik, redup, cair hati setiap wanita. Tapi dia tak mahu Afie tahu jadi dia berlagak ego depan Afie.
Malam tu jugak dia rindukan suara pemanggil misteri yang menelefon dia dua tiga kali. Aarggghh kenapa aku malam ni. Dia masih ingat kali terakhir pemanggil misteri itu menghubungi dia ialah empat hari yang lepas. Sebelum itu dia ada menelefon sekali, tapi tidak lama, cuma masa panggilan kedua, hampir satu jam mereka berborak dan Zatul menyenangi lelaki itu. Merendah diri, peramah, kelakar, serius kadang-kadang. Ishhh rindu pulak aku pada mamat tu. Dia bukan kenal pun, kenal pun melalui telefon saja, dan dia pasti mamat tu, antara orang yang mengambil nombor telefon dia dari cermin keretanya yang diconteng oleh Afie hari tu. Dia yakin sebab mamat tu tahu, nombor plat kereta dia, tahu jenis kereta dia, tahu dia belajar di mana. Aarghhh sudahlah mata, tidurlah kau... .. dan akhirnya, Zatul tertidur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Alamak jembalang tu lah, tak maulah tengok dia, kang lama-lama jatuh cinta pulak" bisik hati Zatul dan terus mengusung makanan dan duduk di tempat agak tersorok. Ishhh perempuan ni tak nampak ke aku kat sini, marah Zatul bila Fiza tercari-cari dirinya yang hilang selepas dia pergi mengambil minuman.
"Oi apahal ni jauh ke ulu kau duduk ni, jomler duduk kat sana tu, boleh nyelam sekali.. he.. he.." marah Fiza.
"Kau jangan nak nyelam-nyelam kang kau lemas kang baru tau, sudah jangan mengada duduk saja sini, tu kau tak nampak jembalang tu, kang dia buat niaya kat kita kat sini malu satu kafe ni tengok," Zatul mengingat Fiza.
"Ooooo patutlah, tapikan sebenarnya aku rasa Afie tu, handsome jugak kan? tapi cuma dia tu nakal sebab tu hilang segala handsome mamat tu," Fiza berkata.
"Sudahlah, handsome aper, baik tayar kereta aku lagi lawa, hitam-hitam pun mahal apa.." Zatul cuba melarikan tajuk. Ya betul tu Fiza, handsome mamat tu, aku suka dia, walaupun nakal tapi bijak, kata hati Zatul.
"Oi Cik Zatul, kau ni apa hal, marah aku lagi ker pasal cermin kereta tu? ala sorrylah, kan ker dulu kita dah janji, No Hard Feeling, mana aci, time kau kenakan aku, aku tak boleh marah, tapi time kau sikit jer dah merajuk, tak bestler," pujuk Afie.
"Sorrylah nak merajuk dengan kau baik aku merajuk dengan meja dan kerusi ni lagi ada faedah, sekurang-kurang kalau aku geram boleh jugak aku hempas-hempas kerusi tapi kau... huh, tak hingin aku." Zatul cuba mengawal perasaannya. Ishh aku tak boleh tipu diri sendiri. Dia cuba ingatkan betapa romantiknya pemanggil misteri itu, dan cuba menyukai lelaki itu. Aarghh gilakah dia cuba alihkan perasaan pada orang yang dia tak pernah kenal. Tak apalah sekurang-kurang tidak pada mamat sorang ni. Dan Afie nampak agak kecil hati dengan keadaan itu. Zatul suka, dia berjaya membuatkan Afie kurang bercakap dengan dia. Dia tak sanggup jatuh hati dengan Afie, dia tahu Mira pun sukakan Afie, dan Afie pun nampak rapat dengan Mira.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hello sayang, " hampir luruh jantung Zatul mendengar kata-kata itu, hati perempuanlah katakan. Seumur hidup dia, tak pernah mana-mana lelaki ucapkan kata-kata begitu kecuali abah dan datuk dia.
"Erm... sayang?? siapa sayang awak? tak ingin saya sayang dengan orang pengecut macam awak ni." lancar mulut dia berkata.
"Bukan pengecut sayang, belum masa lagi kita nak bertemu cik adik oi, nantilah bila saya benar-benar bersedia kita akan berjumpa ye... ala janganlah marah cayang bucuk abang... "pujuk si pemanggil. "Cantiklah hari ni sayang pergi kelas pakai baju kurung, manis sangat, rasanya macam nak jer pergi cakap depan-depan dan nak tengok merah muka putih dia tu, malu, he.. he.. selalu asyik tengok dok pakai seluar ngan t-shirt saja hari ni cun melecun cik adik buah hati abang ni... " nakal si pemanggil mengusik. Dia tahu Zatul suka melawan dan akhirnya merajuk manja.
"Ishh, awak ni siapa ni, apa sayang-sayang ni, tak maluler, orang tak sayang dia pun, mana awak tahu saya pakai baju kurung, awak ni siapa ni, ala jangan lah macam ni, cakapler awak ni siapa?" Zatul terus mendesak.
"Ala nanti awak tahulah, dan jangan desak-desak lagi, nanti saya tak mau telefon awak lagi, biar awak rindu ngan cik abang awak ni... " lelaki tu mengusik lagi.
Argghh lelaki ni betul-betul buat aku aku cair, bisik hati Fiza. "Elehhh rindu... . tak kuasa saya nak rindu ngan lelaki perasan macam awak ni, dahlah perasan, penakut pulak tu, " Zatul sengaja menyakitkan hati lelaki itu.
"Ok, lupakan hal itu, so macam mana kelas hari ni, OK ker? tanya lelaki itu, dan mereka terus berbual, dari hal pelajaran sampai ke hal keluarga dan segala macam hal. Zatul sungguh gembira dan merasakan si misteri itu sungguh istemewa.. siapalah mamat ni... takkan Afie kot, ishh suara Afie besar dan kasar, tapi mamat ni... ermmm merdunya suara dia.
Esoknya dia menceritakan pada Fiza, dia mula angau dengan lelaki misteri itu, dan Fiza menuduh dia gila kerana menyukai lelaki yang entah betul entah tidak. Tapi Zatul yakin lelaki itu ikhlas, cuma mungkin dia segan untuk bertemu secara berdepan. Arrghh dia mula melupakan Afie, dia berjaya menjauhkan dirinya dari Afie, dia memang tak mahu jatuh hati dengan Afie, dia tak mahu, dia terlalu ego.
Balik dari kuliah hari tu, dia dipanggil ke pejabat pengurusan kolej kediaman, hati dia berdebar-bedar melihat pesanan di pintu bilik tadi. Debaran makin kuat apabila kerani pejabat itu, menyuruh dia menunggu sebentar apabila dia bertanya kenapa dia dipanggil ke pejabat. Ya Allah kenapa ni... hati kecil berdebar.
"Nah, ini untuk awak. Wah, pak we ye... romantiknya," kata kerani tu. Zatul keluar dari pejabat kolej dengan hati yang lapang, malu bercampur seronok. Seumur hidup dia inilah kali pertama, dia menerima kiriman bunga dari seorang lelaki, bersama ucapan manis tertera dikad ucapan yang sunggu cantik itu.
"Buat sayang abang, Semoga ada jodoh antara kita, I Miss You, wow jiwangnya mamat ni," bila Fiza membaca kad itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sorry, tak sengaja, " Zatul meminta maaf, malu dia kerana terlanggar seorang lelaki ketika dia sibuk mencari kunci kereta dalam begnya.
"Oh awak, agaknya memang hobi awak langgar orang kot," sinis lelaki itu mengusik.
"Eh... . saya tak sengajalah, awak ingat saya suka-suka nak langgar orang, sorrylah, tapi errr, encik ni siapa? tanya Zatul.
"Wah... . pelanduk mudah lupakan jerat tapi tidak bagi jerat, ermmm awak bernasib baik, nombor telefon awak hilang, kalau tak dah lama awak papa kedana saya tuntut bayaran ganti rugi repair bumper kereta saya," lelaki itu cuba mengingatkan Zatul.
"Alamak, awak rupanya, patutlah macam kenal, ooo patutlah dah dua bulan lebih awak tak call saya pun ingatkan dah dihalalkan, errr, kena bayar jugak ker?" Zatul buat muka kasihan.
"Aiii awak ingat saya pi bayar kat bengkel tu, pakai daun getah, tak pun duit photostat, pakai duit tau cik adik oi, semuanya tujuh ratus ringgit cik, hah bila awak nak bayar?" tanya lelaki itu.
"Errr... tujuh ratus? ermmm boleh bayar ansur-ansur tak? Saya bukan ada duit sangat maklumlah student" lagi sekali Zatul buat muka kasihan.
"Ansur-ansur? apa ingat saya ceti ker kerja nak kutip hutang tiap-tiap bulan, marah lelaki itu.
"Kalau macam tu biar saya bank in saja setiap bulan," Janji Zatul.
"Eleh boleh percaya ke awak ni? Ok, saya bagi peluang, esok tunggu saya dekat sini tepat jam 2.00 petang faham, saya bagi nombor akaun, eh bagi sekali lagi nombor telefon, takut awak tipu pulak" bagai budak kecil Zatul terus mengangguk dan terus memberi nombor telefonnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam tu Zatul mengadu hal itu kepada buah hati misteri itu. Lama mereka berbual dari satu topik ke satu topik.
"Ermmm awak... selama kita kenal ni kan? awak tak cakap pun siapa nama awak? boleh saya tahu siapa nama awak?" Zatul memberanikan dirinya bertanya.
"Abis tu awak tak pernah tanya nama saya, oklah boleh tak kalau awak panggil saja saya abang, kan ker lebih mesra," sekali lagi lelaki itu mengusik.
"Abang? ishh malulah... tak mau.. ala pleaselah bagitau nama awak siapa, manalah tahu kot-kot saya nak call awak bila-bila masa, senang sikit," memang itulah selama ni, dia hanya menantikan panggilan dari sidia, namun dia tidak berpeluang untuk menghubungi lelaki itu, walaupun dia boleh hubungi saja nombor yang tertera di skrin telefon tapi kalau dia hubungi pun, buatnya orang lain yang angkat, dia nak cakap dengan siapa? nama pun tak tahu.
"Ala... mulaler tu... . awak dah sayang saya yer ngaku jer lah sayang, pandaikan saya ngorat awak?", lelaki tu terus lagi menyakat Zatul betul-betul malu, dia malu pada diri sendiri.
"Kalau macam tu tak apalah, bye... ", terus dia mematikan perbualan, bukan marah tapi dia malu sendiri. Tidak sampai seminit, telefon berbunyi semula, dia malas melayan, dia menyuruh Fiza mengangkat dan berbohong yang dia sudah keluar, tetapi Fiza macam terpukau pula, dia tidak sampai hati, dan terus memberi telefon tu kembali pada Zatul, bila sidia mula merayu.
"Sayang... abang minta maaf sayang... sayang maafkan abang please... ", lembut lelaki itu memujuk, Zatul diam. "Ok, kalau sayang nak tahu jugak, esok tunggu abang depan restoran Murni kompleks PKNS pukul 2.30 petang ok?
Alamak... mana boleh. Esok dia sudah berjanji dengan lelaki yang dilanggar bumper keretanya tempohari. "Ala awak ni sengaja tau, kan tadi saya dah cakap saya kena pergi jumpa mamat yang saya langgar bumper kereta dia tu, sengaja jer awak ni tau nak sakitkan hati saya," marah Zatul.
"Sayang.. kan ker sayang dah janji nak jumpa mamat tu, pukul 2.00, takkan nak jumpa dia berjam-jam, ala setakat nak ambil nombor akaun saja, kalau tak nak tak apalah," lelaki itu seolah merajuk.
" Ok, tapi kat tempat lain tak mau kat situ, sebab dia pun janji nak jumpa saya kat situ, tak mauler nanti dia nampak saya dengan awak, " pinta Zatul.
"Apa salahnya, biarlah dia tahu awak dah ada pakwe mana tau kot-kot dia mengorat awak pula nanti," usik lelaki itu lagi.
"Eleh... awak jangan nak perasanlah, siapa nak jadi makwe awak, tak naklah saya, kenal pun belum," elak Zatul."Tapi macam mana saya nak kenal awak?" tanya Zatul lagi
"Ok, saya kenal awak, awak tak kenal saya, no problem, saya akan tegur awak dulu, untuk confirmkan saya adalah buah hati yang awak tunggu tu, saya akan bagi awak seekor anak patung garfield yang sungguh cute macam awak juga, senang kan? lelaki itu mencadangkan.
"Ok," Sukanya hati Zatul, macam tau-tau jer mamat ni aku suka garfield, errr, kalau boleh belilah yang kecil bolehlah digantung di kereta, kata hatinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aargghh baju apa nak pakai ni... . Zatul resah, ambil itu tak kena, ambil baju ni tak kena, ishh susah jugak nak dating yer rupanya, detik hati kecilnya, maklumlah pertama kali nak jumpa lelaki yang agak istemewa. Ermm bertuahlah mamat yang aku langgar bumper tu, dapatlah kau menumpang tengok aku lebih cun sikit hari ni. Akhirnya Zatul memilih baju kurung sutera warna biru, dan tudung warna biru lembut.
"Erm... dah sampai.. awalnya awak... amboi lawanya mesti nak jumpa pakwe ni lepas ni," tegur lelaki itu.
"Eh, tak der lah, saya awal atau awak yang lambat saya nak cepat ni, bagilah nombor akaun tu, saya nak jumpa kawan saya selepas ni, kami nak pergi kenduri" Zatul berbohong. Geram betul hatinya kerana lelaki tu lewat.
"Ooo patutlah cun melecun, ala.. kejaplah makan dulu,"dan., lelaki tu terus pergi membuat pesanan makanan. Zatul mengetap bibir, ishh geramnya aku.. getus hati kecilnya.
"Ermm makanlah, tunggu apa lagi," pelawa lelaki itu. Hilang selera, Zatul hanya menjamah sedikit saja, walaupun KFC merupakan makanan kesukaannya namun dia risau kalau-kalau 'sidia' sudah menanti terlalu lama.
"Oklah, saya nak pergi ni, cepatlah bagi nombor akaun," Zatul mula bosan.

"Oppsss, selagi awak tak habiskan makanan tu, saya tak akan bagi nombor akaun tu," ugut lelaki itu. Zatul terasa seperti dipermainkan. Mana dia mampu hendak menghabiskan makanan yang dirasakan cukup untuk dimakan oleh 4 orang itu. Habisler lisptik aku nanti, tak lawa pula, bisik hati Zatul.
"Terpulang, kalau awak nak bagi, silakan, kalau tak nak, jangan salahkan saya, saya terpaksa pergi sekarang, saya kalau berjanji tak suka lewat, nanti orang ternanti-nanti," kata Zatul sambil memerli lelaki tu.
"Ala rilekslah, entah-entah kawan awak tu tak datang lagi, tak pun tak datang terus, tak baik membazir makanan, berdosa tau," lelaki itu terus mengusik.
"Suka hati awaklah, maaf saya pergi dulu, bukan salah saya awak yang tak mau bagi, Assalamualaikum," Zatul bingkas bangun dan mencapai begnya dan mula hendak melangkah.
"ok.. ok... . tak mau habiskan makanan tu pun tak apa, tapi temankan saya makan sekejap, saya ni pemalu orangnya, seganlah nak makan sorang-sorang, pleaseler, nanti orang ingat saya jejaka tak laku pulak, awak ni garang betul, takut saya." lelaki itu terus mengusik.
Issshh menyampahnya aku dengan mamat ini. Sabar sajalah, kata hati Zatul. Dia tidak sanggup lagi.
"Oklah sedara, saya sebenarnya ada date dengan pak we saya ni, dia tu panas baran, garang, saya takut kalau dia nampak saya dengan awak, kang tak pasal-pasal... ," tak sempat Zatul menghabiskan ayatnya.
"Tak pasal-pasal saya kena belasah? Ala best man win, padanlah pak we awak dengan awak kan.. sama-sama garang, mesti anak esok pun ganas semacam yek.." selamba saja lelaki itu.
"Sorrylah, jangan salahkan saya, bukan saya tak mau, awak yang tak bagi nombor akaun awak tu," Zatul nekad akan pergi.
"Please sayang, duduk dulu... . Nah ambil ni", mamat tu mula berlembut.
"Awak!!! biar betul ni," Zatul amat terkejut ketika lelaki itu menghulurkan seekor patung garfield yang comel sekali. Sungguh dia tak sangka.
"Ya, sayang... . selamat berkenalan, saya Faizul Hisham," lelaki itu memperkenalkan diri.
"Sampai hati awak tipu saya... tapi suara awak lain dari... dari... dari... " Zatul terhenti.
"Lain dari 'abang' awak dalam telefon? Ala, suara awak pun lain dalam telefon, tak sama langsung, I Miss You Sayang," Faizul berkata ikhlas. "Sebenarnya syarikat saya sedang jalankan projek ubah suai bangunan pejabat bendahari kampus awak tu, dan saya selalu nampak awak ke kafetaria, dan teringin rasanya nak berkenalan, habis tu takkan saya nak pergi cakap dengan awak saya nak berkenalan, ishh jatuhler saham saya, dan saya berdoa semoga dapat berkenalan dengan awak, dan orang-orang baik macam saya ni selalu Allah tolong, rupanya ada hikmah awak langgar kereta saya, dapatlah saya nombor telefon cik adik pujaan hati ini," lelaki itu menjelaskan tanpa dipinta.
"Dan menyamar tak nak kenalkan diri, kemudian bila terserempak awak bohong kata nombor telefon saya hilang? eleh... tak gentleman langsung," Zatul masih mempertahankan egonya, dalam hatinya gembira bukan kepalang, rupanya jejaka tampan 'cik abang' dia selama ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


" Ok, sayang, papa dah sampai, jom kita balik," girang hati Zatul melihat kereta suaminya masuk ke perkarangan pejabat, menjemput dia pulang.
"Assalamualaikum, sayang" tegur Faizul sebaik saja Zatul melabuhkan punggung ke kerusi kereta. "Ni sayang papa kat dalam sihat?" tanya Faizul sambil mengusap perut Zatul yang makin membulat besar.

"Huh !, nakal anak papa, macam papa jugak, asyik menendang sana sini, sakit mamanya," adu Zatul.
"Mana ada, nakal macam mamanya lah, tapi jangan garang macam mama, AAUUW!!, serentak dengan itu satu cubitan singgah ke peha Faizul.
Dia cukup bahagia bersama Zatul dan hanya beberapa minggu sahaja algi, akan hadir 'orang ketiga' dalam hidup mereka. Hidupnya kini pasti lebih bermakna dan lebih ceria. Di mana-mana pun ada sahaja bunga cinta mereka.
Zatul jua cukup bahagia menanti saat itu, tidak disangka rupanya Faizul benar-benar ikhlas menyayanginya, selepas pertemuan pertama. Bagaikan terpukau, dia mengikut saja ketika faizul membawa dia ke rumah keluarganya untuk diperkenalkan sebagai calon isteri. Dia masih ingat, dia betul-betul tersipu malu bila Datin Kalsum, mertuanya mengusik, "Oooo inilah dia buah hati dia, yang selalu dok bergayut telefon sampai ke pagi tu," malunya Zatul saat itu.
Seminggu kemudian, satu kejutan apabila keluarga Faizul datang bertandang ke rumahnya untuk merisik. Sebaik saja dia selesai peperiksaan akhir, majlis perkahwinan terus berlangsung. Semuanya tidak pernah terduga. Semuanya kerana WEN 5994, kancil merah itu, yang sampai saat ini, sayang untuk dijual.

Rindunya Nura Pada Abang (Rindunya Abang Pada Nura)


Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....

Nura....abang juga rindukanmu sayang..bisik hati Hilmi.

Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini…..

Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan duka hati ini…

Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir, hempaskan sang ombak sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini….

Tapi, aku masih terus begini, tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong diriku…

Hilmi menutup kembali surah Yassin, dan melipat tikar kecil yang dijadikan alas duduknya. Longlai langkahnya menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas dia memecut ke pejabat. Tepat jam 8.50 pagi dia sudah selesai punch card.

“Kau kekubur lagi Mi?”, sapa Zakri.

“Ha’ah, selagi belum hilang rinduku pada Nura,” balas Hilmi.

“Kau ni, sudahlah tu, binalah hidup baru, aku tak suruh kau lupakan dia, tetapi, yang pergi biarkan pergi kita yang hidup mesti teruskan hidup, kau jangan ikutkan hati sangat Mi, buruk padahnya nanti, kau lupa ker, Nura berpesan supaya carikan pengganti untuk Syuhadah tu, sanggup ke kau lihat budak tak berdosa tu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, carilah seorang ibu untuk Adah Mi,” Zakri cuba menasihati.

“Entahlah Zack, hati hanya untuk Nura, seluruh kasih sayangku hanya untuk Nura, cuma aku tak sempat buktikan padanya, aku terkilan sungguh Zack, kenapa aku sia-sia kasih sayang Nura selama ni Zack? Kenapa aku tak sedar betapa luhur dan sucinya kasih Nura untuk aku? Kenapa Zack?, 8 tahun aku mengenalinya, hampir 6 tahun aku hidup sembumbung dengannya takkan aku boleh melupakannya dengan mudah dalam tempoh 10 bulan ini, sukar Zack, sukar..” Hilmi sebak bila mengenangkan semua itu.

“Mi, sudahlah, aku rasa fikirkan tentang Syuhadah, bukan fikir tentang perkara lepas, tentang kesilapan kau, tebuslah kesalahan itu dengan membahagiakan buah hati pertama dan terakhir kau dan Nura,” Zakri jugak agak sebak.

"Doakanlah Mi, doakan semoga aku tabah, dan doakan semoga aku bertemu insan yang mampu menjaga seorang anak yatim tidak berdosa seperti Adah dengan baik, doakanlah aku Zack,” pinta Hilmi. Arrghhh rindunya abang pada Nura.


“Insya-Allah, dah le buatler kerja kau tu,” Zakri kembali menyambung tugasannya.

Syuhadah merangkak menuju ke arah papanya. Hilmi tersenyum riang melihat telatah Syuhadah yang sungguh manja. Hatinya tersentuh bila mengenangkan anak sekecil itu, tidak merasa belaian kasih sayang seorang ibu, sebak hatinya mengenangkan, nasib anak kecil itu.

“Hah dah balik kau, tak dengar bunyi kereta pun?,” tanya Mak Zaharah.

“Saya tinggalkan di luar mak, nanti lepas maghrib saya nak keluar semula.

“Kau nak jumpa perempuan tu?,” maknya mula menyangka. Hilmi mengangguk.

“Hilmi, kalau dengan budak tu, kau nak jadikan mak Syuhadah menggantikan Nura, mati hidup balik mak tak kasi. Biarlah mak saja yang menjaganya. Mak tak sanggup, mak tak yakin langsung dia boleh menjaga Syuhadah dengan baik, hari tu datang sini, nak menyiang ikan pun tak mahu, takut kuku patah katanya, itu kau nak jadikan isteri, itu kau nak jadikan mak Syuhadah? Aku tak sanggup Mi,” maknya meluahkan.

“Entahlah mak, saya pun belum buat apa-apa keputusan,” Hilmi berlalu.

Hilmi melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 9.30 malam, lewat lagi Zati nampaknya getus hatinya. Dia bertekad, lagi lima belas minit kalau dia tak datang, Hilmi akan pulang. Lapan minit berlalu, tiba-tiba dia nampak kelibat Zati masuk ke dalam restoran itu.

“Sorry Hilmi, I baru balik dari site, kena pergi office dulu, buat report, sorry yek…,” Zati beralasan.

“Ermmm, lama I tunggu di sini, I dah nak balik pun, kalau iyer pun telefonlah beritahu,” Hilmi hampir bosan, setiap kali berjumpa Zati mesti lewat.

“Kan I cakap, alasan I kenapa pulak you nak marah I, telefon I habis baterilah, lecehlah you ni tunggu sekejap pun dah bising,” Zati menggomel.

“Sudahlah, you nak makan apa?,” Hilmi malas bertekak.

“Ermm, actually I dah makan tadi kat site, client belanja, kenyang lagi ni, lagipun takut gemuk, just mintak fresh orange jer lah,” pinta Zati.

“Huhhh, sejam orang tunggu dia, alih-alih kena makan sorang jugak, baik makan terus jer dari tadi,” hilmi mula terasa hati dengan sikap Zati.

“Rilekslah you ni loratler,” Zati megeluh.

Zati sibuk berceritakan soal projek dia, projek yang akan menentukan masa depannya, dia ghairah bercerita mengenai projek dia, Hilmi hanya mendengar sambil menyuap makanan ke mulut, makanan ditelan terasa seperti menelan pasir saja. Akhirnya Hilmi bersuara.

“Zati, I nak berbincang satu perkara dengan you, please listen,”

“What, ceritalah,” Zati berkata.

"You tahukan, wife I dah meninggal sepuluh bulan yang lepas, dan I punya anak, yang juga berusia sepuluh bulan, I ingin mulakan hidup baru Zati, sudikan you jadi mother untuk anak I Zati,” Hilmi bertanya.

“What!, Hilmi, apa ni? I belum bersedia hendak berumah tangga lah Hilmi, apa tah lagi nak punya anak, tambahan pulak bukan anak I, ishh apa ni, tak maulah I, kalau I nak kahwin dengan you pun bukan sekarang mungkin 2 tahun lagi, I baru kerja, I masih perlu baiki kerjaya I dulu, kalau I kahwin dengan you pun belum tentu I boleh terima anak you Hilmi, sorrylah,” Zati menerangkan.

Penerangan Zati cukup mengundang dan menambah luka di hati Hilmi. Mereka berpisah pada malam itu, namun, Hilmi bertekad, pertemuannya dengan Zati malam itu, adalah pertemuan yang terakhir. Betul kata ibunya, Zati tidak sesuai untuk menjadi ibu Syuhadah. Bukan Hilmi yang kemaruk hendak berbini, tapi dia memikirkan Syuhada yang perlukan seorang ibu.

Selepas pertemuan terakhir dengan Zati, Hilmi langsung tertutup hati untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan. Tumpuan sepenuhnya hanya untuk Syuhada dan kerjayanya sahaja. Betul kata ibunya dia mesti cari pengganti Nura, yang mempunyai hati seluhur Nura. Arrrghhh rindunya abang pada Nura, rindu belaian kasih Nura, rindu masakan Nura yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Rindu senyuman Nura, tapi dibayar berjuta ringgit takkan Nura hidup kembali.

“Hilmi, mak nak berbincang dengan kau ni Hilmi,” tegur mak Zaharah.

“Ada apa mak?,cakaplah,”

“Mak kesian sungguh tengok si Syuhadah ni Hilmi, kau ni pun mak tengok dah tak beria dengan budak pompuan tu dah kan? Mi mak cuma nak bahagiakan kau dan Syuhadah saja, boleh mak saja yang carikan pengganti Nura tu Hilmi? Mak kesian sangat dengan Syuhadah ni, kecil-kecil algi dah tidak beribu,” kata maknya.

“Kenapa mak dah bosan menjaga Syuhadah ker,?” Hilmi bertanya.

“Ya, Allah Hilmi, kesitu kau, mak tak kata begitu, tapi kasih aku ni kasih nenek, tidak sama dengan kasih ibu,”

“Begitu jugak kasih ibu tiri tak sama dengan kasih ibu sejati,” Hilmi membalas.

“Hilmi, kalau kau setuju, mak ada berkenan dengan seorang cikgu tadika ni, Ustazah Salwa, dia mengajar dekat tadika di surau kita ni, baik budaknya, mak yakin dia mampu menjaga Syuhadah dengan baik, denagn ilmu agama dan kelembutan yang ada dengannya, lembut orangnya, mungkin lebih lembut dari Nura,” maknya bercerita.

“Mak!! Tolong jangan bandingkan dengan Nura mak, Nura saya tiada tandingannya, kalau mak berkenan dengan dia, tolong jangan bandingkan dengan Nura, saya tidak suka, dan Nura adalah ibu terbaik buat Syuhadah, takkan ada yang akan lebih baik,” Hilmi kecewa.

“Maafkan Mi, mungkin mak berkenan sangat, kau kenallah dia dulu, sebelum buat keputusan, nanti mak bertanya ibunya,”

“Tak payahlah mak, elok kata mak, eloklah tu, saya ikutkan sahaja, saya malas nak fikir akan hal ini,” Hilmi berlalu, mengendong Syuhadah dan dibawa ke bilik. “Malam ni dia tidur dengan saya saja mak,” Hilmi menambah.

Didalam bilik, Hilmi bermain dengan Syuhadah, dia merasakan bahawa Nura juga berada bersama di tika itu, bermain bersama, Hilmi mencium Syuhadah seolah mencium Nura, Hilmi memebelai Syuhadah, akhirnya dia terlena didalam belaian papanya. Rindunya Abang pada Nura…

Majlis akad nikah selesai dijalankan, bagi pihak Hilmi, majlis jamuan makan kecil-kecilan diadakan. Namun bagi keluarga Salwa, ini majlis yang pertama, kenduri diadakan dengan meriah. Hilmi sungguh hiba terkenangkan Nura. Hilmi tiada rasa gembira, pilu di hati hanya tuhan saja yang tahu.

“Mi, mengapa kau ni, kau mesti gembira, ini hari pernikahan kau,” Zakri menasihatinya.

“Entahlah Zack, aku tak pandai berpura-pura, aku boleh bohong orang lain, tapi tidak untuk diri sendiri,” Hilmi meluahkan.

"Come on, sekurang-kurangnya kau jagalah hati keluarga mertua kau ni, selama ni pun kau tak pernah ada mak bapak mertua kan? Inilah pertama kali kau merasa,” Zakri tidak berputus asa.

Selesai segala majlis, Hilmi terasa amat letih, selepas solat Isya’, dia tertidur. Salwa masih lagi melayan Syuhadah, sebak dia mengenangkan nasib bayi secomel Syuhadah ditinggalkan ibu ketika berusia seminggu, apatah lagi dia masih menyusu badan. Sedih sungguh, dia berazam, meskipun dia bukan ibu kandung Syuhadah, namun itu akan dianggap seperti anak sendiri, apatah lagi jiwanya yang memang sukakan kanak-kanak.

“Assalamualaikum abang, bangunlah dah subuh,” Salwa mengejutkan Hilmi.

Hilmi berlalu tanpa sebarang suara. Dia terasa asing, terasa asing berkongsi bilik dengan perempuan lain, dia teringatkan Nura. Alangkah manisnya kalau yang menyambut pagi itu ialah Nura. Dia terlalu rindukan Nura.

Di meja makan Hilmi diam seribu bahasa, dia rasa terasing. Asing kerana ada perempuan lain diantara dia dan Syuhadah, dia masih belum dapat menerima kehadiran Salwa lagi. Mak Zaharah perasan akan hal itu.

“Mak harap kamu sabar banyak dengan perangai Hilmi yer, berikan dia masa, bukan senang dia nak lupakan Nura, lama-lama nanti oklah tu, kamu sabarlah yer, jangan kecil hati,” pesan Mak Zaharah semasa Salwa ke dapur menambah nasik lemak.

“Tak apa mak, saya faham, sedangkan seorang kekasih pun susah nak lupakan kekasihnya, ini tambahan pula, seorang suami, pernah hidup serumah mak, Insya-Allah doakan kami mak,” Salwa menjawab, mencerminkan kematangan pemikirannya.

“Bertuah Hilmi, bertemu jodoh dengan Salwa, Insya-Allah mak mana tak doakan anak Salwa,” ujar Mak Zaharah.

“Mak, mana raket badminton saya mak,” jerit Hilmi dari ruang tamu. Dia bercadang untuk keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.

“Pergi cepat ambilkan raket dia, di atas almari bilik belakang tu,” arah Mak Zaharah. Salwa patuh arahan itu, segera dia beredar mencari raket yang dipinta. Lalu bergegas dia ke depan menghulurkan buat suami yang baru sehari bersamanya.

“Abang, nah ambil ni,” hulur Salwa.

“Bukan yang inilah, tak apalah biar saya ambil sendiri,” kata Hilmi, dan berlalu pergi. “Saya pergi dulu mak,” kata Hilmi sebelum keluar rumah.

Salwa menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormatkan suami, namun, Hilmi berlalu dengan selamba. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Hilmi, namun cepat-cepat dia pujuk hati sendiri.

Mak Zaharah kecewa dengan sikap Hilmi, dia kesal, sepatutnya, Hilmi menghabiskan cuti kahwinnya kali ini untuk bersama-sama Salwa, tetapi dia tak mahu, dia berkeras hendak keluar bersukan. Sudahlah cadangan dia supaya Hilmi dan Salwa pergi makan angin ke luar daerah ditolak. Alasan Hilmi ialah, rutin setiap Jumaatnya akan terbatal, iaitu mengunjungi pusara Nura.

Kini sudah sebulan Salwa dan Hilmi bergelar suami isteri, Syuhadah juga sudah pandai bermanja dan merengek dengan Salwa. Dia sudah pandai tidur berpeluk dengan Salwa. Mak Zaharah sungguh gembira, tepatlah pilihan pengganti Nura Ain. Namun Mak Zaharah kesal, Hilmi masih belum dapat menerima Salwa sepenuh hati, apa yang mampu dibuat berdoa dan menasihati Hilmi.

“Abang dah balik,” sapa Salwa bila Hilmi sudah tercegat depan pintu rumah, tangan dihulur untuk menyambut tangan suami untuk dikucup, tetapi seperti biasa Hilmi hanya acuh tak acuh sahaja.

“Syuhadah….,” panggil Hilmi, Dengan tergesa-gesa anak comel itu merangkak menuju ke papanya. Hilmi mencium dan menggomol Syuhadah, seolah-olah sudah berbulan ditinggalkan Syuhadah, sedangkan dia hanya berpisah pagi tadi sahaja.

“Abang, jemput minum,” Salwa mengajak Hilmi minum petang.

“Minumlah dulu, saya nak solat,” jawapan pendek Hilmi sekali lagi mengundang duka Salwa.

Selesai solat Maghrib, Salwa mencapai Quran, dia membaca penuh kusyuk, tanpa tersedar, air matanya turut mengalir, dadanya sebak, perasaan rendah diri pada Yang Esa, dan ditambah luka dihati, mengalir

bersama juntaian air matanya, Hilmi yang menyedari keadaan itu, merasa sedikit bersalah. Namun dia hanya mendiamkan diri. Dia terus dengan kerja-kerjanya menyiapkan plan bangunan kedai yang baru hendak dimulakan lakarannya. Selesai mengaji, Salwa turun ke bawah, menyiapkan makan malam, sekali lagi Mak Zaharah memujuk Salwa.

“Kenapa kamu menangis, Hilmi marahkan kamu,” tanya Mak Zaharah.

“Ehh, tak lah mak, dia tak cakap apa-apa, saya memang begini, kalau mengaji, kadang-kadang kalau dah kusyuk dangat dengan ayat-ayat suci tu, saya sebak sendiri,” Salwa menajwab.

“Kalau dia ada marahkan kamu, jangan selindung, cerita dengan mak yer,”

Malam itu, Salwa tidur bersama Syuhadah seperti biasa, dan Hilmi masih meneruskan kerja-kerjanya. Dan seperti biasanya, Hilmi akan tidur di atas sofa di dalam biliknya. Salwa selalu merasa berdosa, tapi apakan daya bukan salahnya, Hilmi yang tidak mahu bersama, sebulan bernikah, Salwa masih lagi seorang dara.

Tak apalah, berilah dia masa, pujuk hatinya.

Syuhadah kini sudah pandai berjalan, lasaknya boleh tahan. Namun Salwa ligat melayan kerenah anak kecil itu, tidak pernah dia merungut. Mak Zaharah bersyukur, Syuhadah dapat ibu tiri yang cukup sempurna, lega hatinya keranan boleh menunaikan amanah Nura. Usia Syuhadah kini hampir mencecah Setahun tiga bulan, ini bermakna sudah hampir 6 bulan Salwa dan Hilmi menjadi suami isteri.

“Hai Salwa, Syuhadah ni dah pun boleh berjalan, mak ucapkan terima kasih kepada kamu kerana menjaga amanah arwah Nura dengan baik, bertuah Hilmi dan Syuhadah, mak terharu kamu menjaga anak yatim ni macam anak kamu sendiri,” sebak Mak Zaharah.

"Mak, saya tak pernah anggap dia anak tiri saya, mak, saya anggap dia anak sendiri, keluarga saya pun dah menganggap dia macam cucu mereka jugak, tambahan pula, rumah saya tu, tidak ada anak suadara lagi. Lega rasanya,” kata Salwa dan menambah, “Mak saya bercadang nak ajak abang Hilmi balik rumah saya malam ni, esok kan hari minggu, hari tu, mak saya ada telefon, dia rindu dengan Syuhadah ni hah, boleh ye mak,”

“Ishh, apa pulak tidak bolehnya, pergilah kamu siap-siap, nanti Hilmi balik, lepas makan malam kamu baliklah,”.

Selepas Hilmi selesai soalt maghrib malam itu, Salwa mengajak Hilmi balik ke rumah maknya. Sedih hatinya bila Hilmi enggan, dia izinkan Salwa balik, dia akan menghantar Salwa dan Syuhadah, tetapi dia tidak mahu bermalam di sana, alasan, dia perlu siapkan kerja. Luluh hati Salwa.

“Kalau macam tu, tak payahlah bang, lain kali sajalah,” kata Salwa.

“Eh, kenapa, awak baliklah, saya izinkan,” Hilmi terasa bersalah jugak.

“Buat apa saya balik sendiri, sedangkan saya sudah bersuami, tempat seroang isteri bukankah disisi seorang suami, takkan saya nak tinggalkan abang pulak,” Ujar Salwa perlahan.

Hilmi tersentak mendengar kata-kata Salwa, lembut hati perempuan ni, sama macam Nura, detik hatinya. Dia benar-benar rasa bersalah, tetapi ego mematikan segalanya.

“Terpulanglah kepada awak, jangan kata saya tak kasi,” Hilmi meneruskan kerja-kerjanya. Salwa mengambil kembali beg yang telah diisi dengan baju-baju dia dan Syuhadah, dan memasukkan kembali dalam almari.

Mak Zaharah sungguh terkejut dengan tindakan Hilmi, dia merasa Hilmi sudah melampau. Pagi itu selepas bersarapan, dia bertekad untuk meluahkan kepada Hilmi.

“Kenapa kau buat macam tu Hilmi, kenapa kau tak bawak isteri dan anak kau balik ke rumah mertua kau? Kau nak malukan mak? Apa orang kata nanti, aku mengawal anak menantu? Hilmi aku ada anak Hilmi, aku tahu bagaimana perasaan rindukan anak Hilmi, begitu jugak ibunya Salwa, kau juga ada mak Hilmi, kau tak pernah rindukan mak Hilmi? Begitulah halnya dengan Salwa, bawalah dia balik sehari pun jadilah, kesian dia, kesian maknya. Kau kena ingat dia jugak ada emak, bawalah dia balik, mak merayu pada kau, kalau kau tak kesiankan dia, kau kesiankan mak, mak tak mau orang kata mak dan anak bukan-bukan, kesiankan mak, bukan jauh rumah maknya itu, sejam saja perjalanannya, dan bukan orang lain maknya dengan kita,” mata Mak Zaharah mula bergenang.

Hilmi rasa bersalah, akhirnya atas permintaan emaknya, dia mengarahkan Salwa mengemas kain baju, dan mereka bertolak ke rumah mak Salwa. Gembira bukan kepalang kesemua ahli rumah Salwa menyambut kepulangan Salwa dan ‘cucu’ mereka Syuhadah, riuh rendah suara adik-adik Salwa berebutkan nak mendokong Syuhadah, maklumlah inilah ‘anak saudara’ pertama mereka.

“Dah boleh berjalan dah budak ni, makin comel mukanya, ikut muka arwahnya Nura,” kata mak mertua Hilmi. Serta merta air mukanya berubah, teringatkan Nura. Dia mintak izin ke bilik air, sekadar tidak mahu dilihat bersedih.

“Kak, bila lagi kami nak dapat anak saudara baru? Cepatlah kak, Adah ni dah boleh lari dah, nanti kalau ada adik bolehlah dia berkawan-kawan,” usik adik Salwa. Ditambah pula, oleh mak Salwa, “betul tu, betul, cepat-cepatlah Wa, nanti cepat aku dapat dua cucu,”

Salwa hanya tersenyum kelat, derita hatinya tuhan saja yang tahu, bagaimana hendak berzuriat mak, sedangkan saya ni masih lagi dara sunti mak, bentak hatinya. Hilmi juga mendengar, dia merasa bersalah teramat.

Dua hari dirumah Salwa dirasakan bagaikan dua tahun, lambat sungguh masa berlalu, Hilmi rimas dengan keadaan itu, dia terpaksa berpura-pura bermesra dan bersenda dengan Salwa demi menjaga nama baiknya, nama baik keluarganya, sedangkan hatinya tetap berduka. Segala kebahagiaannya hanya bersama Nura. Sebelum pulang sempat jugak mak mertuanya berpesan supaya, tegurlah Salwa kalau dia bersalah, marahkan dia kalau perlu. Namun Hilmi tersenyum dan menangguk, hati berdetik, apalah yang nak ditegur gadis sebaik Salwa, apalah yang hendak dimarahkan gadis semurni Salwa.

Di dalam kereta, Syuhadah sudah terlentuk di riba Salwa. Hilmi tekun memandu, masing-masing diam seribu bahasa, begitulah kehidupan sebenar mereka, bercakap sekiranya perlu. Salwa termenung mengingatkan alangkah bahagianya kalau Hilmi tidak berpura-pura seperti mana di rumah ibunya tadi, Hilmi melayan dia seperti tidak ada apa-apa berlaku. Hilmi pura teringatkan Nura, dia membayangkan alangkah bahagianya sekiranya wanita disebelahnya yang sedang meriba Syuhadah ialah Nura Ain.

“Abang, kenapa ni…..,” jerit Salwa tersentak kerana tiba-tiba kereta hilang kawalan.

“Tayar pancit ni, Salwa, buka pintu, terjun-terjun,” Keadaan cemas, tapi masih terkawal.

Hilmi sudah boleh pulang hari ini, lega rasa hati Salwa, kemalangan tempoh hari sungguh menakutkannya. Tiba-tiba kereta yang dipandu agak laju oleh Hilmi hilang kawalan kerana salah satu tayar pancit, segera dia memeluk Syuhadah dan melompat semasa Hilmi sedang cuba memperlahankan kelajuan kereta, mereka terselamat, dia hanya luka ringan, Hilmi pula luka-luka dimuka, luka-luka di badan. Itulah kebesaran Yang Maha Esa, kalau dilihatkan keadaan kereta teruk jugak, kerana terbabas ke belukar, tapi mujur mereka semua sempat terjun keluar. Namun luka-luka Hilmi memaksa dia tidak mampu menggenggam tangan dengan baik, mulut sakit, hendak bangun pun payah.

“Abang, doktor kata petang ni abang dah boleh keluar, nanti saya suruh ayah datang ambil, saya tak payah baliklah kalau macam tu, tunggu sampai ayah datang ambil yer,” kata Salwa

“Iyer, saya pun malas duduk lama-lama di sini, baguslah kalau dah boleh balik,” ujar Hilmi.

“Ada kurang sikit pagi ni?” Salwa bertanya.

“Bolehler, sikit, tapi jari-jari saya masih sakit lagi ni, terima kasih kerana sudi menjaga saya,” perlahan Hilmi bersuara.

“Ishh abang ni, kan Salwa ni isteri abang, itukan tanggung jawab saya, walaupun….,” terhenti katanya.

“Walaupun saya tak pernah layan awak seperti isteri saya, berilah saya masa Salwa, saya masih tertekan, saya masih mengenangkan arwah isteri saya, itu perasaan saya, saya tidak boleh menipu diri sendiri,” Hilmi berkata.

“Tak apalah bang, saya faham, Insya-Allah saya faham, saya kagum dengan kasih abang terhadap kak Nura, bertuah dia, rugi saya tidak pernah mengenalinya insan bertuah itu,” ada getaran nada suara Salwa.

“Tak, aku yang buta Salwa, dia malang punya suami seperti aku, tetapi aku yang cukup bertuah kerana punyai suri seperti itu, lupakanlah,” kata Hilmi.

Salwa rasa sejak mereka bernikah, inilah kali pertama mereka berbicara begitu, Salwa gembira Hilmi ada sedikit perubahan.

Sudah tiga minggu Hilmi tidak berkerja, cuti sakitnya pada awalnya diberi dua minggu, kemudian ditambah lagi 3 hari, selebihnya dia mengambil cuti tahunan. Sengaja dia ingin berehat dan menenangkan fikirannya. Hatinya semakin merindui Nura, andai Nura ada, pastilah dia menjadi insan paling bertuah kerana Nura pastinya sentiasa disisi. Tetapi apa kurangnya Salwa, dia jugak setia, istemewa, tabah dan selembut Nura. Hilmi rasa bersalah pada Salwa, tapi egonya masih utuh, hatinya pada Nura, sebab itulah sehingga kini hampir 7 bulan, Salwa masih seorang dara. Dia tahu berdosa, tapi dia tidak berdaya, dia tidak mampu untuk memenuhi tuntutan batin yang wajib itu.

“Ya, Allah berikanlah aku kekuatan menempuh ujianMu Ya, Allah,” doa Hilmi dalam hati.

“Assalamualaikum…,” sapa Salwa

“Waalaikumsalam, kenapa ni, cemas saja,”

“Ayah telefon mak jatuh semalam, kaki terseliuh, hari ni dia demam panas, abang izinkan tak kalau Salwa balik ke rumah sehari dua, kesian ayah dan adik-adik, tiada siapa uruskan makan minum mereka, tapi kalau abang tak izinkan tak apa Salwa faham,” Salwa meminta izin.

“Salwa nak balik dengan apa?,” tanya Hilmi

“Mungkin Salwa naik teksi, ataupun Salwa suruh ayah datang jemput, boleh Salwa bawa Syuhadah sekali?” Salwa bertanya.

“Terpulanglah, tapi kalau perlu nanti saya pinjam kereta kawan hantar awak,”

“Tak apa bang, mungkin ayah datang ambil kot, biar Salwa pergi telefon ayah dulu,” ujar Salwa.

Sudah dua hari Salwa berada di rumah ayahnya, Hilmi terasa sunyi, dia terasa kehilangan, tambahan pula, Syuhadah tiada bersama. Namun apa daya, kalau tak diizinkan Syuhadah mengikut ‘Ummi’nya pasti merengek saja dia nanti. Hilmi sudah bosan, hendak keluar kereta masih dibengkel. Selama dua hari Salwa di sana, sekali pun dia tidak menelefon Salwa, kalau ada pun Salwa sahaja yang menelefonnya. Hilmi menutup suis televisyen dan berlalu ke atas, dia ingin melelapkan mata di atas.

Sudah dekat sejam dia bergolek ke kiri, ke kanan, manum matanya tidak jugak mengantuk, akhirnya dia bangun ke almari, ingin mencari buku-buku cerita untuk dibaca sementara menunggu matanya mengantuk. Di bukanya pintu almari, dicapai sebuah buku, tidak menarik minat, disimpan semula, ditarik buku kedua, jugak tidak berkenan. Dia terpandang sebuah buku, seperti diari. Mungkin Nura punya, tapi bukankah semua barang-barang Nura aku dah masukkan ke dalam kotak tempohari, kata hatinya. Diselak buku biru itu, sahlah diari, tetapi bukan Nura punya tetapi Salwa punya. Tertera nama Salwa Hani. Hatinya meronta-ronta ingin melihat isi kandungan buku itu.

15 May 2001


Aku diijabkabulkan dengan Abang Hilmi, sesungguhnya, aku tak pernah mengenali siapa dia, namun dari mak aku tahu, dia baru kehilangan isteri, punya anak yang baru berusia beberapa bulan aku tak pasti. Kesian aku mendengar, tak dapat aku bayangkan kalau aku ditempat anak kecil itu, hanya merasa belaian ibu selama seminggu sahaja. Aku tak pasti samaada aku menerima Abang Hilmi samaada simpati atau kerana emak, entah yang pastinya aku yakin takkan emak akan membuat pilihan yang silap. Moga aku bahagia dengan pilihan aku ini.



Hilmi membuka lagi….



15 June 2001


Genap sebulan kami bernikah, tapi aku sedikit kecewa aku masih lagi seorang dara. Apalah yang diharapkan oleh seorang isteri dari sebuah perkahwinan? Semestinya aku mengharapa sebuah rumah tangga yang bahagia, dan diberi belaian oleh seorang suami. Tapi tidak bagi aku, aku tidak merasa semua kenikmatan berumah tangga. Aku kena faham, Abang Hilmi masih sayangkan arwah isterinya, tapi kini, dia punya aku, kenapa dia tak boleh terima hakikat ini. Tak apalah, baru sebulan, Insya-Allah aku akan terus berdoa, mudah-mudahan aku tabah….


Hilmi mula diserang perasaan bersalah…diselak lagi. Helaian demi helaian dibaca..

15 November 2001


Hati aku sedih yang teramat, aku sabar menanti Abang Hilmi pulang, aku dah siapkan baju untuk pulang ke rumah mak, aku rindu mak, aku rindu adik-adik, aku rindu ayah. Tetapi Abang Hilmi tak mau balik, tetapi dia izinkan aku balik. Apalah ertinya punya suami tetapi tidak bersama seroang isteri..apalah erti aku jadi isteri kalau meninggalkan suami. Tapi akhirnya bila mak Abang Hilmi marahkan dia suruh balik juga, aku rasa bersalah sangat, aku rasa aku tak patut ajak dia balik, tetapi Abang Hilmi ikut permintaan mak, dia bawak aku dan Adah balik, tuhan saja yang tahu, dua hari di rumah mak aku gembira atas ‘kebahagiaan’ kami walaupun hanya kepuraan sebenarnya.


17 November 2001


Sesuatu yang amat tidak terduga berlaku, kami kemalangan, tapi syukur kepada Ilahi, kami tidak parah, sekadar luka-luka kecil, cuma Abang Hilmi agak teruk sebab dia terjun semasa kereta hampir menjunam ke tepi belukar, tapi aku memeluk Adah dan terjun semasa dia cuba memeperlahankan kenderaan, kami terpelanting tepi jalan, nasib baik berumput tebal. Allah sering menguji aku, aku cuba menjaga abang Hilmi dengan baik dengan harapan dan doa semoga terbuka hatinya menerima aku sebagi isterinya, aku betul-betul terluka, aku sedih dan pilu hanya Tuhan saja yang tahu hati aku, tapi aku kena tabah. Kepada siapa aku hendak curahkan? Takkan dengan mak? Mana mungkin berdosa seorang isteri menceritakan hal rumah tangganya. Ya, Allah tabahkan hatiku, bukakanlah hati Abang Hilmi menerima kehadiranku.

Hilmi terpaku, rasa bersalah teramat menyerang hatinya. Dia ingat betapa setianya Salwa menunggunya saban hari di hospital. Balik rumah, dia hanya tidur di lantai beralaskan tilam kecil, dia senang lenang tidur di atas katil. Kejamkah aku? Kata hatinya. Tangannya sengal tak mampu menyuap makanan, tangan Salwa lah yang menyuapkan makanan ke mulutnya. Hendak ke bilik air, berpapah dia bersusah payah dengan kudrat wanita membawa Hilmi ke bilik air. Tengah malam Hilmi mengerang kesakitan, Salwa tetap setia berjaga, menenangkannya, menyapu ubat, membawakan air. Tetapi apa balasan Hilmi terhadap perempuan bergelar isteri itu. Dia rasa berdosa. Dia tidak patut memperlakukan Salwa sedemikian. Dia telah membuat keputusan. Dan dia tidak sabar menunggukan Salwa balik.

Salwa pulang dihantar oleh ayahnya, berlari-lari Syuhadah mendapatkan papanya. Hilmi meggomol anak kecil tu, gembira sekali. Dia memandang Salwa penuh erti.


“Pergilah simpan beg tu dulu Salwa, nanti boleh kita ninum sama-sama, mak dah buatkan minum petnag tadi,"”kata mak Hilmi.

Hilmi terus memandang Salwa tanpa bicara. Dia melihat perempuan yang sungguh murni hatinya dengan pandangan yang sayu dan rasa bersalah.

Selepas makan malam, Hilmi memanggil Salwa ke atas, dia ingin menyampaikan sesuatu kepada Salwa. Salwa berdebar-debar.
“Kenapa abang panggiil Wa?,” tanya Salwa.

“Salwa saya ingin berbincang sesuatu mengenai hubungan kita ni, saya bersalah selama ini kepada awak, saya pentingkan diri sendiri, saya tidak pernah hiraukan awak, saya tidak adil, saya mengambil awak sebagi isteri, tetapi saya mengabaikan awak. Saya tidak memperlakukan awak seperti seorang isteri, seperti mana isteri-isteri lain dapat dari seorang suami. Saya minta maaf, tapi awak kena faham, saya pernah kehilangan insan yang amat-amat saya sayang, sukar hati untuk menerima pengganti Nura, saya berharap awak faham,” ujar Hilmi.

Dia menarik nafas panjang, dan melepaskan sebuah keluhan kecil. Salwa yang dari tadi duduk dibirai katil hanya mula bersuara.

“Tak apa, bang saya faham, abang perlukan masa, saya faham, kalau saya pun mungkin lebih teruk dari apa yang abang alami, Insya-Allah saya tidak pernah menyesal atau tersinggung,” uajr Salwa denagn penuh kelembutan. Gadis ini sentiasa berhati-hati dalam tutur katanya, itulah yang dikagumi Hilmi.

“Tapi saya tidak patut buat begitu, saya kejam namanya, saya tidak boleh berterusan memperlakukan sedemikian, saya telah berfikir semasak-masaknya, mungkin jalan terbaik, biarlah saya melepaskan awak kerana saya tidak sanggup untuk mendera perasaan awak lagi, awak carilah insan lain yang boleh membahagiakan saya. Saya tidak mahu terus berlaku zalim dan diburu rasa berdosa berpanjangan,” Hilmi meluahkan.

Salwa tenang, matanya bergenang, Hilmi terus diburu rasa bersalah.

“Kalau itu kehendak abang, siapalah saya untuk menghalang, tapi percayalah, sejak hari pertama saya menjadi isteri abang, impian saya cuma satu, iaitu untuk mebjadi isteri abang sepanjang hayat saya, membahagiakan abang sepanjang hayat saya, menjadi isteri yang terbaik buat seorang suami, kerana sesungguhnya syurga isteri ada pada suami, itulah janji saya pada diri sendiri, tapi nampkanya saya gagal, saya tidak mampu membahagiakan abang, saya minta maaf. Saya tidak mampu jadi yang terbaik untuk abang, walau sedaya upaya saya cuba jadi yang terbaik untuk abang, Kalau itu keuputusan abang, saya rela bang, terserah,” Salwa menahan sendu.

“Salwa, jangan cakap begitu, awak isteri yang baik, cukup baik sehinggakan saya rasa bersalah, saya berdosa, sebab itu saya ambil keputusan ini saya tidak mahu lagi berpura-pura, saya tidak mahu lagi awak terseksa kerana tindakan dan perilaku saya selagi awak menjadi isteri saya, harap awak faham.

Salwa bangun dan mula mengemas kain bajunya, dia akan balik ke rumah mak ayah esok. Malam itu tidurnya bertemankan air mata.Hilmi merasa amat-amat bersalah. Dia malu pada mak ayahnya, pada mak ayah Salwa.


“Kau dah melampau Hilmi, kenapa kau buat begini? Apa salah Salwa? Kenapa hah cuba kau cakap?” ayahnya sudah berang.

“Ayah, mak tidak apa salahnya Salwa pada saya, cuma saya rasa demi kebahagiaan dia sendiri, biarlah kami berpisah, saya tidak sanggup berpura-pura lagi ayah, saya masih belum lupakan Nura, saya tidak boleh menerima dia,” ujar Hilmi.

“Setelah dah nak dekat setahun kau kahwin dengan dia, kau kata kau tidak boleh lupakan Nura, kenapa kau ni? Kenapa tidak dari dulu lagi, sebelum kau nikahi dia, kau menolak tuah Hilmi, kenapa, setelah hampir setahun kau kata kau tidak bahagia, kenapa tidak dari dulu?” ayah tidak puas hati.

"Untuk pengetahuan mak, ayah…….se.see..benarnyanya Salwa itu masih dara….,” Hilmi menerangkan.

“Astaghfirullah hal adzim…., Hilmi betul apa kau cakap ni?” maknya bertanya.

“Betul ayah, sebab itulah, dari saya membiarkan dia terseksa lebih baik saya lepaskannya,” Hilmi berkata.

“Ayah tidak setuju, baik..kalau begitu, aku nasihatkan, kau orang berpisah sementara, tenangkan fikiran masing-masing, kemudian baru buat keputusan,” tegas ayahnya.

“Mi, kau gila? Kau nak lepaskan perempuan sebaik Salwa? Sudahlah Mi, cukuplah sekali kau buat silap dahulu, jangan kau nak ulangi lagi, kau patut bersyukur kerana dikurniakan isteri yang..ya Allah, cukup sabar, kau ingat senang ker? Hampir setahun Mi, dia masih suci…mana kau nak cari perempuan sesabar itu Mi? Kau sakit, siapa jaga kau Mi? Kau tengok Syuhada, cukup manja dan sayang dengan Salwa tapi..kau nak lepaskan dia macam tu, kau betul-betul menolak tuah, kau fikir balik keputusan kau Mi, aku tak setuju sungguh, sungguh tak setuju. Kau balik fikir balik, aku rasa Nura pun kecewa dengan kau, ibu sebaik Salwa kau nak melepaskannya macam tu saja, kau lupa pesanan Nura, fikirkanlah Hilmi, Nura sudah pergi, kita yang hidup, mesti teruskan hidup kita selagi belum dijemputNya,” Zakri betul tidak puas hati dengan keputusan Hilmi.

“Entahlah Zek, aku belum bercerai lagi, cuma berpisah, aku tak taulah Zek, aku kesian dia,”

“Kalau begitu perlakukanlah dia seperti seorang isteri, bukan melepaskan dia, beginilah, kau pergilah bercuti, tenangkan fikiran kau, buat solat Istiqarah, minta petunjuk, okay,” cadang Zakri.

Hilmi buntu sekarang, tetapi cadangan Zakri diikuti, borang cuti sudah dihantar, dia akan pergi ke pantai timur untuk bercuti. Dia perlukan penyelesaian. Petangnya dia mendapat tahu cutinya sudah diluluskan, dia memandu ke tempat pertemuannya denagn Nura saban Jumaat.

“Nura, abang buntu Nura, abang rinduka Nura, abang tidak mampu hadapi semua ini, tolong abang Nura, apa perlu abang buat? Abang rindu sangat dengan Nura, Nura hadirlah walau dalam mimpi, abang perlukan Nura sayang,” air mata lelakinya tumpah jua.

Perjalanan ke Pulau Kapas, yang memakan masa yang panjang, cukup meletihkan Hilmi. Selesai check in di chalet, dia terus merebahkan badan ke tilam empuk itu, bayu laut sungguh menyegarkan. Hilmi sengaja memilih chalet yang betul-betul mengadap laut, dia mahu tenangkan fikirkannya yang kusut itu. Akhirnya dia terlelap.

“Astaghfirullah hal adzim…..,” Hilmi mengucap panjang, dia bermimpi, dalam mimpinya Nura datang, tanpa sebarang suara, tetapi riak mukanya cukup menggambarkan dia sedang berduka, dia kecewa, dia sedih, Hilmi terfikir apakah kerana tindakannya berpisah dengan Salwa mengecewakan Nura. Akhirnya dia bangun, dia menuju ke bilik air, jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, dia mengambil wudhuk, dan mula bersoalt istiqarah. Dia melakukan solat sunat itu dengan penuh kusyuk, mintak petunjuk Allah, itulah jalan terakhirnya.

Sudah dua hari dia bercuti di sini, hatinya tetap sepi, terlalu sepi. Rindunya pada Nura tidak terucap. Dia merenung ombak dilaut, hatinya berdetik, dia merenung pantai diremang senja itu, setianya kau pantai, walau dihempas ombak, kau tetap setia disitu.

Selesai solat maghrib malam itu, dia bersiap-siap hendak keluar, dia ingin keluar bersiar-siar dan mencuba ikan bakar digerai-gerai makan sekitar jeti. Dia menutup pintu bilik dan berpusing, tiba-tiba dia dilanggar seseorang.

“Errr..maafkan saya,” perempuan itu meminta maaf.

“Tak apa,”

Perempuan itu berlalu, Hilmi masih terpaku disitu, dia merenung perempuan itu. Akhirnya dia menuruti perempuan itu. Tiba di depan kaunter dia menunggu sehingga selesai semua urusan perempuan itu dikaunter. Dia bertekad dia mesti berkenalan dengan perempuan itu.

“Cik, maafkan saya, boleh kita bercakap sekejap,” pinta Hilmi.

“Yer, kenapa?,” perempuan itu bertanya.

“Boleh kita minum, kita duduk disana ok,” Hilmi mengajak.

Perempuan itu akur, mungkin nampak keikhlasan di hati Hilmi.

“Maafkan saya cik, nama saya Hilmi, cik?

“Panggil saja Lina, saya kerja disini bang”

“ok, Lina, mungkin saya ni kira pangkat abang saja kot dengan Lina, untuk pengetahuan Lina, muka Lina betul-betul sama seperti arwah isteri saya,” ujar Hilmi lembut.

“Iyer, kenapa isteri abang meninggal?,”

Hilmi terus bercerita dari mula, sehinggalah kisah dia dan Salwa. Hampi gugur air matanya, tidak tahu kenapa dia mampu menceritakan semua kepada gadis itu, mungkin bayangan Nura ada disitu. Dia merasa sungguh lega, gadis itu setia mendengar, dan memberikan pendapat, entah kenapa dia seakan terikut dengan apa yang gadis itu katakan, dia merasa bersalah kepada Salwa. Dia terpaku mendengar pandangan Lina, yang dirasakan seolah-olah Nura yang berbicara dengannya. Apakah ini petunjuk Allah, selepas solat Istiqarahnya. Akhirnya mereka berpisah. Hilmi berjanji pada Lina dia tidak akan mempersiakan Salwa. Hilmi balik ke bilik dengan hati yang lapang.

Malam itu dia bermimpi, dia bermimpi berada dikawasan yang sungguh lapang, disitu cuma ada mereka bertiga, dia, Syuhadah dan Salwa, mereka kelihatan sungguh gembira. Keesokkan harinya dia merasa sungguh gembira. Keputusan telah dibuat, dia tidak sabar untuk kembali. Sebelum bertolak pulang dia membeli sekeping kad ucapan terima kasih untuk Lina, dan dia menyerahkan kepada pekerja kaunter, supaya menyerahkan kepada Lina, alangkah terperanjatnya apabila diberitahu tiada pekerja bernama Lina di situ. Hilmi menunukkan gambar Nura yang didalam simpanannya, pekerja itu tetap menafikannya. Hilmi hairan, masakan Lina berbohong, dia bingung.

Hilmi memberhentikan kereta di depan rumah. Dia malu, tetapi demi Salwa dia perlu jugak ke sana. Dia memberi salam. Disambut bapa mertuanya, dia dijemput masuk. Dia sungguh kagum, sedikit pun tidak ada kemarahan dalam dirinya, meskipun apa yang telah berlaku antara dia dan Salwa. Bapa mertuanya memanggil Salwa, dan bapa mertua minta diri untuk ke rumah kenduri katanya, menyusul emaknya yang sudah pergi beberapa minit yang lepas.

Salwa turun dan segera menemui Hilmi. Masing-masing diam. Hilmi tersenyum.

“Hai..tak nak cium tangan abang macam selalu,” tanya Hilmi. Salwa terperanjat. Segera dia mendapatkan Hilmi, tangan dihulur, disambut Hilmi, lalu dikucup Salwa. Salwa ingin menarik kembali tangannya, tapi, tidak dilepaskan Hilmi, sebuah kucupan manja hinggap di kening Salwa. Salwa tergamam.

“Maafkan abang Salwa, abang tidak nampak permata didepan mata, maafkan abang, sudikah Salwa terus menerima abang sebagai suami,” Hilmi bertanya.

Salwa tersenyum penuh makna dan berlalu ke dapur menyediakan minuman untuk suami tersayang. Hilmi tersenyum. Adik-adik Salwa tiba-tiba muncul, riuh rendah rumah itu. Sementara menunggu mak ayah Salwa balik, Hilmi bersolat dahulu. Selepas makan malam, dia meminta izin untuk membawa pulang Salwa.

“Apa pula, minta izin, bukankah dia isteri kamu,” ujar ayahnya.

Didalam kereta Hilmi meluahkan dia kagum dengan mak ayah Salwa yang sunguh tenang seolah-olah tidak apa apa-apa berlaku antara mereka. Alangkah terkejutnya Hilmi bila Salwa menceritakan yang dia tidak cerita apa-apa tentang mereka pada keluarganya, dia memberi alasan bahawa Hilmi kerja luar daerah. Katanya hatinya yakin Hilmi akan kembali, terlalu banyak petunjuk Allah mengatakan Hilmi adalah jodohnya, bila setiap malam dia bersolat istiqarah, sejak sebelum mereka bernikah lagi. Hilmi tersenyum, memegang erat tangan Salwa.

Sampai dirumah, mak Hilmi merupakan orang yang paling gembira bila melihat Hilmi kembali ke rumah bersama Salwa, dan melihat Hilmi dan Salwa lebih mesra dari dulu. Dia menadah tangan mengucap syukur. Syuhadah berlari-lari memeluk Salwa. Sudah seminggu dia demam kata Mak Zaharah.

Selesai makan malam mereka sekeluarga menonton tv bersama. Syuhadah sudah lama terlelap. Akhirnya Hilmi menyuruh Salwa mengangkat Syuhadah ke atas.

Di dalam bilik, Syuhadah terjaga dan merengek kerana terjaga, Salwa menepuk-nepuk badan comel itu dan dia terlelap semula. Hilmi kemudiannya masuk ke bilik jua. Dia mengalihkan Syuhadah ke atas katil bayi. Dan dia menutup lampu dan berlabuh sebelah Salwa. Tangan Salwa dibelai lembut, lalu dikucup. Salwa pula berdebar kencang. Hilmi terus membaringkan Salwa. Malam terus berlalu dengan bahagia.

“Abang bangun bang, solat subuh, “ Salwa mengejutkan Hilmi yang masih lena.

“Salwa dah mandi? Tak sejuk ke mandi lama-lama pagi-pagi,” usik Hilmi. Satu cubitan manja singgan dilengan Hilmi. “Tunggu abang mandi, kita solat sama-sama, mulai hari ni, abang imam kepada Salwa ok?,”

Salwa terasa amat bahagia. Syukur kepada Ilahi kerana doanya dimakbulkan.

Selesai bersolat, mereka bersama-sama ke bawah bersarapan. Melihat mereka bersama begitu, hati ibu mana tidak gembira. Mereka makan bersama, sebelum Hilmi ke pejabat semula. Hilmi sudah pandai mengusik Salwa, dan Salwa sudah pandai mencubit manja lengan si suami.

Di pejabat Hilmi kelihatan sungguh ceria sekali, berkali-kali dia mengucapkan terima kasih kepada Zakri. Dia merasa bersyukur kerana membuka hatinya untuk Salwa. Dia juga menceritakan peristiwa misteri mengenai Lina. Dia betul-betul pelik hingga sekarang.

“Hai…tak lama lagi Syuhadah tu boleh adikler kot,” usik Zakri

“Huhh…Insya-Allah, silap-silap kembar lagi, ha..ha…,” Hilmi menambah.

Mereka menyambung kembali kerja mereka, Hilmi begitu ceria. Zakri merasakan Hilmi sudah mulai melupakan Nura sedikit demi sedikit. Dia kagum dengan kesabaran Salwa. Beruntung Hilmi, dapat isteri sesetia dan sesabar Nura, kemudian bertemu jodoh dengan Ustazah Salwa. Dia juga yang masih sendiri, dia masih mengharapkan semoga dia bertemu isteri sesetia dan sesabar Nura dan Salwa.

Plan bangunan baru itu sudah disiapkan. Hilmi sudah merasa lega, sudah lama tertangguh plan itu, cuma sekarang dia hanya perlu berbincang dengan bossnya mengenai bangunan itu, dan membuat beberapa perubahan mungkin. Telefon berdering, Hilmi menyambutnya.

“Assalamualaikum,” lembut suara di sana memberi salam.

“Waalaikumsalam, siapa ni?” tanya Hilmi.

“Abang, ni Wa ler,”

“Hah, Salwa kenapa? Rindu abang yer ?,” usik Hilmi.

“Ishh abang ni ke situ pulak, Syuhada bang, Syuhadah demam panas, risau Salwa, dia tak mau makan minum, susu pun sikit saja dia minum, asyik meragam saja, kalau abang boleh balik sekejap, kita bawak pergi klinik, ayah tak ada dia baru keluar ke Melaka, ikut Pak Haji Samad pergi ziarah saudaranya meninggal,” terang Salwa.

“Ya, Allah iya ker, ermm kalau macam tu, nanti masa lunch abang balik sekejap, Salwa siap-siapkan apa yang patut,” Hilmi mula cemas. Sementara menantikan jam 12.00 tengahari, dia gelisah. Tak tenteram perasaannya. Dia amat risaukan, kalau apa-apa berlaku, maklumlah, itulah zuriat satu-satunya dia bersama Nura, dia sungguh sayangkan Syuhadah.

Jam 12.20 Hilmi sudah sampai di depan rumah, Salwa dah siapkan segala kelengkapan, bekalan susu Syuhadah sudah siap dibancuh, kad klinik, tuala kecil sekiranya Syuhadah muntah. Semuanya disiapkan, Hilmi merasa bangga dengan Salwa, cekap menguruskan rumah tangga, meskipun dia masih muda.

“Encik, panas dia tinggi sangat, bahaya ni, dia perlu dirawat disini, kita takut, panasnya sampai ke kepala dan boleh menyebabkan sawan, kami akan berikan ubat ni, dimasukkan melalui punggungnya, Insya-Allah biasanya panas badan akan kurang, sekiranya esok panas dah turun, bolehlah dia balik,” doktot menerangkan.

Hilmi terdiam mendengar, dia risau sekali, dia takut apa-apa berlaku, Salwa menenangkannya. Dia perlu kembali semula ke rumah, mengambil beberapa keperluan untuk Salwa dan Syuhadah. Dia merasa terharu, sekali lagi Salwa akan menjaga anaknya yang sakit. Dahulu menjaganya semasa kemalangan, kini dia menjaga Syuhadah seperti anaknya sendiri. Hampir menitis dia mengenangkan budi Salwa. Baru disedar Salwa permata yang amat berharga. Tidak silap dia mengikut pilihan emaknya. Namun di saat-saat begitu ingatannya tetap kuat pada Nura, sekiranya Nura masih ada pastinya Nura akan menjaga Syuhadah dengan penuh kasih sayang. Lemah langkah kakinya mengenangkan nasib Syuhadah yang sudah tidak bermaya di pangkuan Salwa.

Sudah dua hari Syuhadah dirawat di hospital, panasnya tidak jugak kurang, hatinya semakin risau. Dia bimbang sekiranya apa-apa berlaku pada Syuhadah. Doktor yang merawat ada menerangkan, bahaya kalau demam panas berlarutan, boleh menyebabkan sawan, boleh menyebabkan pekak, boleh menyebabkan lumpuh dan mungkin boleh menyebabkan maut. Dia hanya mampu bersolat hajat dan berdoa. Salwa jugak sering dilihat bersolat hajat, membaca surah Yassin memohon semoga Syuhadah cepat sihat. Risau benar hatinya. Berat badan berkurangan, kerana selera makannya langsung hilang, Syuhadah tidak selincah dahulu.

Pagi tadi sekali lagi ubat dimasukkan kedalam badan Syuhadah, ayahnya juga ada mengambil air penawar dari Darul Syifa di Bangi. Dia berdoa semoga semua usaha mereka akan berhasil. Dia takut kehilangan sekali lagi. Malam itu dia pulang ke rumah denagn hati yang benar-benar kusut. Setiap panggilan telefon yang masuk, amat mendebarkan hatinya. Dia takut kiranya panggilan yang membawa perkhabaran duka. Dia mengambil wudhuk, bersolat hajat, dan membaca Yassin, tiba-tiba telefon berbunyi.

“Hello,”

“Abang, ni Salwa ni bang, abang tengah buat apa?,” tanya Salwa.

“Kenapa ni Wa,” Hilmi cemas, dia tidak menjawab pertanyaan Salwa.

“Saja Wa telefon, abang, Alhamdulillah Adah dah kurang panas, kali terakhir bacaan suhu badannya dah kurang banyak, syukur bang, Wa ada tanya doktor, doktor kata kalau esok petang bacaan terus turun, dia boleh keluar,” terang Salwa.

“Syukur, Alhamdulillah, lapang dada abang, syukur, Wa dah makan,” tanya Hilmi.

Mereka terus berbual, Hilmi terasa bahagia, menyesal kerana mengabaikan Salwa yang begitu luhur budinya.

Sejak Syuhadah keluar hospital dua minggu yang lepas, selera makannya bertambah, berat badan dia kembali naik, dia juga amat-amat manja dengan Salwa. Hilmi juga sudah betul-betul menjadi suami yang betul-betul bertanggung jawab. Salwa bahagia. Sudah sebulan lebih Salwa merasa nikmatnya menjadi seorang isteri yang disayangi suami.

“Kenapa ni Salwa, pucat saja,” tanya Mak Zaharah.

“Entalah mak, perut saya ni sakit sangat mak, sakit betul, sakit sampai ke pinggang rasanya,”

“Hai…agaknya kamu ni berisi tak? Kamu mengandung ker?,” tanya Mak Zaharah.

“Entahlah mak, nak kata mengandung, saya ada datang kotor,”

“Memangler, ada setengah orang, mengandung, tapi uzur tu ada juga, tidak sama Salwa,” terang Mak Zaharah.

“Nanti kalau Hilmi balik, kamu ajaklah dia pergi klinik, kalau betul kamu mengandung, Alhamdulillah, kalu tidak pergi buat check up, kenapa kamu selalu sakit perut,” nasihat Mak Zaharah, Salwa hanya mengangguk.

“Sudahlah kamu pergilah baring, jangan makan apa-apa ubat, takut kalau kamu mengandung, tidurlah, biar mak saja jaga Adah ni,” Salwa akur, dan naik ke bilik lalu berbaring, dia juga berdebar-bedar, kenapalah dia begitu, dia selalu saja kepenatan. Dia merasa risau dan takut tiba-tiba.

“Salwa, kenapa ni,?” Hilmi bertanya lembut.

“Eh abang dah balik, maaf Wa tak sedar, dah pukul berapa ni?,”

“Pukul 6.00, kenapa,?” Hilmi bertanya.

“Wa belum solat lagi bang,” bingkas dia bangun, tetapi akhirnya dia rebah semula, kepala terasa berat, perutnya semakin sakit, badannya juga sedikit panas.

“Ya, Allah kenapa ni Wa, jangan buat abang risau, Ya, Allah baru habis sakit Syuhadah, kini di uji pula dengan sakit Salwa,” dia merasa amat cemas.

“Biar abang bantu ke bilik air, kamu solat sambil duduk sajalah, nanti rebah pulak,”

Hilmi duduk dibirai katil menanti Salwa selesai solat, bimbang kalau-kalau Salwa rebah lagi. Selesai Salwa berdoa, segera dia mengarahkan Salwa bersiap-siap, dia akan membawa Salwa ke klinik, risau binat hatinya.

“Tahniah puan, positif, nampak dua jalur merah ni? Kalau ada satu jalur, makna negatif, tidak mengandung, tapi ini dua jalur, maknanya positif, tahniah!” ujar doktor. Salwa tersenyum, Hilmi disebelah sudah hilang malu, terus dikucup tangan lembut Salwa, gembira bukan kepalang.

“Jangan banyak buat kerja-kerja lasak masa peringkat awal kehamilan, dalam perubatan kita panggil semester pertama kehamilan, janin baru seketul daging, belum terbentuk menjadi janin yang sempurna, Insya-Allah usia janin baru 6 minggu, means baru nak masuk 2 bulan, biasanya dalam masa 3 minggu pertama bulan kedua, kesemua organ dan struktur badan terbentuk. Pada masa ini para ibu akan mula merasa mual. Gusi dan jari juga mula terbentuk. Organ-organ yang telah terbentuk ini akan terus membesar. Jantung bayi mula berdegup dengan stabil, dan tulang rangka semakin mengeras, sebab itulah puan kadang-kadang merasa sakit sekitar perut hingga ke pundi kencing, biasalah ini anak pertama, pertama kali mengandung, jadi rahim tu baru pertama kali hendak mengembang, memang sakit sikit,” doktor menerangkan panjang lebar.

“Oooo, begitu, patutlah saya selalu sangat sakit perut, dan terasa hendak buang air, biasanya berapa bulan janin terbentuk lengkap,?” tanya Salwa

“Ok, biasanya, pada bulan ke empat, Ibu akan mula merasakan pergerakan janin di dalam kandungan. Ultrasound boleh dijalankan bagi melihat janin di dalam kandungan. Ibu boleh melihat kepala, tangan dan jari bayi serta tulang belakang dan jantung janin. Dengan kemudahan ultrasound umur janin boleh ditentukan dengan mengukur saiz janin (dari kepala hingga punggung janin). Setiap pembentukan janin dapat dilihat melalui ultrasound. Masa ini roh telah ditiupkan ke dalam janin itu, puan boleh berkomunkasi dengan baby, jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan untuk puan dan suami. Untuk puan, saya akan lakukan ultrasound minggu depan, ini hanya untuk memastikan kedudukan janin, terletak di dalam rahim, baiklah nanti saya akan bekalkan awak dengan brosur tentang kehamilan, ok…saya akan bagi ubat tahan muntah, vitamin dan juga awak banyakkan minum susu, supaya anak dan ibu lebih sihat, kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat datang ke klinik, ok?,” kata doktor.

Mereka berdua beredar dengan perasaan yang sungguh-sungguh gembira. Hilmi gembira kerana dia orang pertama tahu Salwa mengandung, tidak seperti masa Nura mengandung, dia hanya tahu bila Nura jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Kini Hilmi menghitung hari untuk melihat zuriat keduanya, setiap malam dia mengusap perut Salwa, bahagia dirasakan. Salwa juga tidak sabar. Namum tidak seperti Nura, Salwa mengalah teruk. Mabuk mengandungnya menjadi-jadi. Badan sentiasa lemah, setiap pagi pasti muntah, makan sikit muntah, hidungnya menjadi sungguh sensitif, tercium bau tumisan bawang pun cukup membuatkan dia memuntahkan segala isi perutnya. Hilmi juga terpaksa bersabar, adakalanya di suruhnya Hilmi tidur bi bawah kerana katanya badan Hilmi berbau. Biasanya terpaksalah Hilmi mandi sebelum tidur, siap berbedak. Tetapi Hilmi tidak kisah memikirkan kerenah ibu mengandung.

Salwa membawa perut yang makin sarat, Syuhadah pun seolah mengerti yang Umminya tidak larat, jadi dia kurang meragam dan pandai membawa diri, bermain sendiri, langsung tidak menyusahkan Umminya. Salwa dapat merasakan Syuhadah memang seorang anak yang baik.

“Assalamualaikum…,” Hilmi menyapa.

“Waalaikumsalam,” jawab Salwa, menghulurkan tangan untuk mencium tangan Hilmi, diikuti dengan Syuhadah, mungkin biasa melihat Umminya sentiasa bersalam dengan papanya, dia pun turut bersalam.

“Macam mana hari ni? Sihat?,”

“Bolehlah bang, lenguh pinggang saja, maklumlah baby abang ni dah nakal bergerak, tak larat saya, abang jangan lupa esok check up saya, abang dah ambil cuti?,” tanya Salwa.

“Alllahhh, terlupa pulak, alamak macam mana ni? Salwa suruhlah ayah hantar ker, atau Salwa naik teksi?,”

“Sampai hati abang, siapalah saya kan bang,” kata Salwa dan berlalu pergi. Hilmi tersenyum, ermm ragam orang mengandung, sensitif sungguh.

Di dalam bilik, Salwa menangis teresak-esak, sedih bila Hilmi sengaja melupakan tarikh esok, berkali-kali diingatkan Hilmi, tapi lupa juga akhirnya dia. Dia merasa sungguh sedih.

“Hai menangis pulak sayang abang ni,” tegur Hilmi sebaik saja, menyelak pintu bilik. Salwa memalingkan muka. “ishh Wa ni, buat malu kat anak kat dalam perut tu saja, dah besar-besar menangis, baby tengok Ummi nangis,” usik Hilmi sambil memegang perut Salwa. “Abang dah ambil cuti dah, dah lulus pun, minggu lepas lagi abang dah apply, senyum sikit,” usik Hilmi.

“Betul ni? Abang ni saja tau,” satu cubitan manja hinggap di lengan Hilmi. Hilmi menangkap tangan itu dan dibawa ke mulut lalu dikucup manja. Bahagia dirasakan. Masakan dia akan membiarkan Salwa, cukuplah sekali silapnya dengan Nura dahulu, takkan diulangi.

Salwa menanti giliran dengan penuh sabar, tak ramai sangat orang di klinik, tetapi dia gelisah, rasa tidak selesa, pinggangnya makin lenguh, perut asyik terasa lapar sahaja. Hilmi disebelah leka membaca surat khabar. Dia merasa lega apabila namanya dipanggil.

“Apa khabar puan?,” tanya doktor.

“Baik, letihler doktor, lenguh pinggang, lenguh kaki, tak larat saya,” Salwa bercerita.

“Mestilah, dah dekat nak bersalin memang macam tu, sabar jerlah, bukan senang nak jadi ibu kan?” Ok hari ni saya akan scan ladi, mungkin scan yang terakhir kot, ok, boleh baring sana,” doktor memberi arahan.

Hilmi membantu Salwa naik ke atas katil yang agak tinggi itu, susah payah dia mengendong perut naik ke katil, Hilmi suka melihat ujian ultrasound dilakukan, dia gembira melihat kedudukan janin didalam rahim yang bergerak-gerak, dalam melihat denyutan jantung bayi, betapa besarnya kuasa Allah. Pertama kali dia melihat janin di dalam rahim ialah bila pertama kali dilakukan ujian ultrasound semasa usia kandungan Salwa hendak memasuki bulan ke 3, hampir menitis air matanya melihat kedudukan bayi yang bergerak-gerak di dalam perut, kini dia dapat melihat dengan jelas setiap pergerakan bayi yang di dalam perut Salwa.

Dia merasa sungguh bahagia, tidak sabar bertemu dengan orang baru, tambahan pula, kali terakhir di scan dia mendapat tahu bayi itu anak lelaki, kini dia akan punyai sepasang anak.

“Ok, puan, mengikut ukuran bayi, usia kandung sudah 38 minggu, bayi dalam keadaan sihat, jantung normal, tumberasan bayi juga baik, bagus, tidak ada masalah,” doktor menerangkan. “Insya-Allah bayi bersedia untuk dilahirkan bila-bila masa sahaja, puan boleh banyak bergerak pada masa ini untuk memudahkan proses kelahiran,” doktor menambah.

“Doktor kata bila-bila masa,?” tanya Salwa.

“Iya, saya menjangkakan minggu depan, tapi tidak mustahil sebelum itu, bersedia sahajalah,”

Mereka kembali semula ke rumah selesai semua urusan. Hilmi berjanji akan membawa Salwa dan Syuhadah keluar membeli belah petang nanti, masih ada yang eprlu dibeli bagi menanti kehadiran orang baru.

Salwa merasa sungguh tidak berdaya, dia dapat merasakan gerakan bayi semakin kuat, boleh dikatakan setiap lima belas dia merasa pundi kencing bagai ditekan-tekan, sesekali terasa seperti hendak membuang air besar. Dia tahu saat untuk dia melahirkan bayi ini makin hampir. Hilmi masih lagi di pejabat. Dia masih lagi berbaring di atas katil, lenguh berbaring dia bangun berjalan. Nanum, tekanan bayi makin kuat, terasa seperti hendak luruh segala isi perutnya. Akhirnya dia memanggil mak mertuanya, dan sepantas kilat Mak Zaharah menghubungi Hilmi.

Hilmi sampai 20 minit selepas itu, segera dia meluru ke atas, bersusah payah dia memapah Salwa turun ke bawah, menuju ke kereta. Mak Zaharah pula kelam kabut mencari tudung, dan mnghubungi keluarga besannya. Mereka semua bergegas ke hospital.

Salwa sudah tidak tertahan sakitnya, Mak Zaharah tidak berhenti-henti menyuruh Salwa berzikir, berselawat. Sampai dihospital, segera Hilmi mendaftar, menyerahkan rekod perubatan Salwa, dan dengan segera, jururawat menyorong Salwa ke bilik bersalin, diiringi Hilmi. Hilmi sungguh cemas, keadaan makin cemas bila melihat banyak darah yang keluar. Salwa mengalami tumpah darah. Hilmi cemas, dia terkenangkan begitulah nasib Nura dua tahun yang lepas. Dia berdoa janganlah sesuatu yang buruk berlaku, dia risau sekali. Dia sungguh takut keadaan yang sama akan berulang. Nura meninggal kerana kehilangan terlalu banyak darah. Kini Salwa menghadapi situasi yang sama. Dadanya berdegup kencang, ngeri dan cemas melihatkan darah yang turun sungguh laju.

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati uri yang ada didalam rahim itu berpusing ke bawah, keadaan amat merbahaya sekiranya uri di bawah. Kerana tumpah darah pasti akan berlaku. Doktor agak hairan, kerana pemeriksaan dua minggu lepas kedudukan uri masih di kedudukan sepatutnya. Tapi itu semua urusan Allah. Sedangkan Siti Mariam boleh mengandung Nabi Isa tanpa berlakunya persetubuhan, inikan kedudukan uri, fikir Hilmi, yang penting dia tak sanggup kehilangan buat kali kedua.

Demi menyelamatkan keadaan dan bagi mengelakkan Salwa kehilangan lebih banyak darah Salwa juga perlu dilakukan pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan dua nyawa. Hilmi makin gementar, dia tidak mampu berdiri, kakinya mengeletar, seluruh badannya terasa seram sejuk. Dia takut kehilangan sekali lagi.

Hilmi melipat kembali tikar kecil itu, di ambil bekas berisi air, disiramnya dipusara itu. Surah Yassin sudah di simpan kembali ke dalam poket. Dia melangkah longlai ke kereta. Hatinya amat sebak, hatinya terasa amat pilu. Namun dia sedar, kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia terima Qada dan Qadar seadanya. Hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci sahaja penghubung antara mereka sekarang. Dia meninggalkan perkarangan kubur dengan hati yang berat.

Sampai dirumah, dia tidak segera masuk ke rumah, dia berlegar-legar sekitar rumah, dia berjalan menuju ke taman mini mak dan ayahnya. Dia rasa aman di situ, melihat kehijauan pokok-pokok yang sederhana beasr itu. Melihat kesegaran bunga-bunga, agak lama dia disitu.

“Assalamualaikum.,” Hilmi memberi salam.

“Waalaikum salam, kau ke kubur lagi Hilmi?” tanya maknya.

“Ya mak, macam mana mak tahu?” tanya Hilmi.

“Habis tu, kau tak segera masuk ke rumah, mesti kau ke kubur, kau ingat pesanan mak, balik dari kubur, jangan lekas masuk ke rumah, nanti bayi meragam, kan,” kata Mak Zaharah.

“Adam tidur ker,” tanya Hilmi.

“Ada kat atas, baru lepas dimandikan ada kat ataslah tidurlah agaknya,” Maknya menjawab. Hilmi segera mengatur langkah ke atas.

“Ermmm lembut betul muka Adam, macam muka Salwa,” kata Hilmi.

“Ye ker, tapi ramai orang cakap macam muka Syuhadah masa kecil ye ker,” tanya Salwa.

“Ha’ah ada jugak sikit-sikit, dua beradik nak kemana rupa parasnya,” kata Hilmi.

“Hari ini dah masuk 44 hari, esok 45 hari, lepas tu merdeka, dah habis pantang, rimas jugak saya, berkurung saja,” kata Salwa.

“Iyer, sekejap yer, dah 45 hari, ermmm cepatlah besar anak papa, boleh kita pergi main badminton sekali,” usik Hilmi.

“Abang ke kubur kak Nura?,” tanya Salwa.

“Ha’ah, Salwa marah, kecil hati, cemburu?,”

“Ishh, abang ni cemburu pada yang dah tiada gila namanya, saja Salwa tanya, tak apalah bang, nanti anak-anak kita dah besar, kita bawak mereka menziarah bersama,” kata Salwa.

Hilmi rasa sungguh bertuah, dia mengenggam tangan Salwa erat lalu dikucup.

“Abang bahagia dengan Salwa,”

Oh, burung terbanglah kau, sampaikan kepada dunia, aku sungguh bahagia…Sampaikan salam Rindu Pada Nura...Rinduku Pada Nura tetap sampai bila-bila.
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino