Cube tengok betapa kecilnya dia saat ini, ibu jari tangan pakcik gebu pun lagi beso dari tapak kaki dia. Inilah pepatah kata "bela anak dari tapak kaki besar ibu jari tangan"
So fokus PA&MA ni fokus pada penyusuan ibu, tak payah lah saya cerita kebaikan susu ibu kan?? orang tua-tua dulu tak masuk universiti, tak baca majalah, tak der internet pun tau susu ibu paling terbaek.
Nak Cerita pengalaman breasfeeding baby prem, rasanya dah cerita, ada kat SINI SINI, dan SINI Cabaran menyusukan baby prem??? huh?? 3-4 kali ganda cabarannya ok. Mengikut teori, susu ibu terbentuk pada usia kandungan 7 bulan kan?? tapi baby ibu cam saya yang diberi peluang hamil takat 30 minggu je, iaitu 7 bulan 2 mggu je pon, so agak-agak banyak ke tak susu??? jawapan saya?? bergantung pada rezeki kurniaan Allah Taala, kalau hormon badan kita sendiri jenis yang boleh produce banyak susu, syukur pada Allah. MIRAH dan LYNA bertuah kerana pada masa Khadijah dan Fahry dilahirkan meraka ada 'backup' Aisyah dan Hafiy, mereka ada anak pertama yang masih boleh tolong rangsangkan susu ibu (tandem nursing) jadi production mereka yang menurut teori demand and supply dapat berjalan lancar, dan mereka dapat menyusu baby mereka sepenuhnya.. Tahniah, tumpang happy
Bagi ibu macam saya yang masa Alesya dilahirkan Najmid ah 7 tahun, takder back up ransangan (dulu masa lahirkan Najmi saya masih jahil, dan puting pulak tenggelam, nurse kata suruh bapak baby hisap dulu, tarik keluar cisss lucah nurse ni saya fikir, tapi rupanya memang perlu, sebab kalau puting tenggelam cemana nak pump susu dan nak alirkan susu agar dapat pump dan simpan??) masa ni jahil lagi. So masa si abang dulu, dia dapat full BF kejap je, masa kat ward je, balik rumah dah top up susu formula.
So masa Alesya, saya simpan hajat nak BF Alesya sebaik mungkin, hajat nak sampai setahun lebih kalau mampu, tapi apakan daya, pegeluaran susu pada usia 7-8 bulan tu makin menurun, dan selepas berbincang dengan doktor, doktor suruh bagi je la Formula milk (FM) sebab takut terganggu tumbesaran dia, sebab kurang susu nanti.
Cabarannya bukan sikit, sebab sebaik sahaja dilahirkan baby kita di NICU, dan dia sendiri tak reti menghisap susu, ikut teori doktor, baby pandai menghisap pada usia kandungan 32 minggu. dan sudah baby kritikal begitu, susu pun tak diberi. di'puasakan' kerana kalau diberi susu juga, takut badan dia reject. Kembung, muntah, dan kalau tersedak masa menyusu takut effect pada paru-paru. so biasanya masa-masa kritikal tu baby hanya dibekalkan dengan vitamin dan supplement melalui drip-drip di tangan, kaki.. mana yang boleh la.. kalau rasa urat di tangan dan lebam dan bengkak pindah tangan sini, dah tangan tak boleh, masuk kot kaki, gitulah nasib bebudak berjuang untuk hidup ni, siapa pernah masuk NICU tau le cemana keajaiban Allah itu mengatasi segalanya. Masa Alesya lahir, ada baby lahir 600 gram sahaja, dan duduk kat wad tu hampir 6 bulan, Alhamdulillah, dia sehat dan hidup.
So hari-hari berlalu semasa berpantang tanpa baby dipenuhi dengan mengepam susu di rumah, disiplin kena kuat dan kental. setiap 3-4 jam pump susu, label dan simpan. Sokongan suami amat penting. Saya bersyukur kerana pakcik gebu memang support abeh. Malah segala neka artikel dalam bilik penyusuan di NICU tu dia baca dan hafal, ahaha kiranya dia pun boleh jadi penasihat laktasi juga tau. dia tau tempoh hayat susu, cara penyimpan susu..
Ini stok susu Alesya di NICU, (ni kira separuh je tau, kat rumah masa ni ada banyak lagi dalam peti beku kat rumah, tak bawak semua, sebab gila koser ke haper, nak penuhkan peti sejuk hospital dengan susu saya je? orang lain pun nak boh juga)
As i told u la kan.. pakcik gebu kan dia over mengemas dan teliti kan, so biasanya kami akan bawa susu-susu satu tong putih tu (alaa macam orang pegi memancing bawa tu) so dia akan susun semua susu ini untuk mudahkan nurse ambil, yang paling baru dia susu paling belakang, yang lama dia bawa turun ke bawah tu, dan susu yang depan date lama, dan belakang-belakang date baru-baru, so nurse cuma ambil yang ikut susuna bawah tu la, nanti bawa stok baru dia akan pindahkan yang atas tu ke bawah dan susun yang baru bawa replace yang tingkat atas. Rajin kan laki meks, pandai meks pilih laki.. hahahah tetiba..
Sebenarnya ilmu tentang penyusuan susu ibu kena penuh dulu sebelum nekad nak menyusu baby prem ni, sebab macam saya, saya tekad dan azam nak menyusu, hubby sokong, dia tolong belikan pil supplement, milk maid tea untuk tambah susu badan, malah kalau time pump dapat sikit, dia tenang-tenangkan kita. Setiap 3-4 jam pump susu, biasanya selepas susu dikosongkan dari breast, saya akan makan oat selepas itu, minum soya, minum milk maid tea, agar 3-4 jam kemudian susu akan terhasil lagi. Banyak stok buat, dan bila banyak stok, cukup sebenarnya supply untuk 5-6 bulan baby prem, sebab baby prem tak minum banyak, masa di NICU, minggu-minggu pertama dia dibenarkan minum susu secara tiub tak banyak pun, takat 1cc mula-mula, kalau ok, sehari dua, naik 2cc, kemudian naik sikit demi sikit (kuantiti dia lebih kurang satu syringe 2-3ml kita bagi ubat kan anak kan?? kemudian naik 10ml, kitanya kalau dapat pump 3-4 oz susu sekali pump session tu, cukup untuk dia 2-3 kali minum.
So average masa dia minum kuantiti sikit tu, satu kali pump session dia boleh 3 kali minum (setiap 2@3 jam) so sehari kalau kita dapat pump 3-4 bekas, boleh bertahan untuk stok 2@3 hari dia minum. So berkat kesabaran dan kuat semangat buat stok, susu Alesya memang cukup sampai berbulan-bulan. Malah masa bulan puasa susu memang drop, tapi back up ada. So inilah tips paling berguna kalau nak menyusukan baby. Simpan stok, minta advice kumpulan sokongan susu ibu. Kalau hospital Putrajaya ni memang disediakan pump untuk mengepam.
Dan semua stok ni saya cuma pump guna pump Pureen (pakai bateri je, dibeli dengan harga RM80 tahun 2001, masa Najmi lahir) saya tak mampu beli pump yang beribu harganya. Mujurlah masa saya mengadu kat sini susu makin kurang, Laily yang baca blog ni sudi bagi saya pinjam pump Spectra dia, memang berbaloi usung berat ke opis setiap hari, sebab dapat tingkatkan susu dengan kuasa mengepam tu. (agaknya itu sebab Alesya pun masa cabut undi dapat kek teddy bear tu, tangan dia cabut kertas nama Laily, Allah gerakkan hati dia pilih kertas itu-What u give u get back) thanks Shuhaily.
Ok.ok.. berbalik pada entry 18SX, saya tertarik juga isu dalam PA&MA bulan ini yang bincangkan isu mengenai hubungan suami isteri semasa menyusu badan, veryyyy good tips tau. sebab bapa-bapa ni pun nak kena jaga juga kan... kang bapak pulak kempunan. Ingat dak saya pernah bincang isu BF vs FM kan? pastu ada KOMEN dari bapak untuk entry itu kan. (dua entry ni banyak komen, berpuluh-puluh, tapi sayangnya komen tu kat haloscan, yang kedekut tu, dah takder sekarang)
So untuk kes-kes begini, ada tips dan panduan dalam PA&MA bulan ini. Penting tau, kita ambil tau benda-benda macam ni, sebab suami tu sendiri kena faham niat kita, dan kita pun kena faham 'niat' dia. So kalau plan nak menyusukan anak, sile dapatkan PA&MA bulan ini. (Kak Sri, Dell, minta royalti dari Karangkraf ek..ehehehe)
So jangan ragu-ragu, menyusulah anak anak sekiranya berpeluang, berikan yang terbaik, bila kita dah cuba, tetapi hajat tidak sampai sepenuhnya, memang kita kecewa, tetapi setidak-tidaknya kita mencuba dan Allah beri setakat itu sahaja, maka kita kena redha. Itulah yang saya rasa, walaupun tak dapat menyusukan Alesya sepenuhnya sehingga 1 tahun, tetapi syukurlah lama juga dia dapat merasa susu ibu. dan saya??? tentulah saya bangga sebab bukan senang nak menyusukan baby prem ni.. dugaannnnnnn...
6 Komen:
suka baca entry akak kali ni...
izinkan zah berkongsi di FB ya...mungkin kawan-kawan zah yg lahirkan anak prem kena kuat camner akak kuat!
k.pnut,
baby saya pon prem..1.24kg. memang susah nak susukan baby prem. anak saya umo 3 bulan baru pandai isap tek. masa kat wad ada susu, bila balik rumah terus merudum dan tin la jawabnya..huhu sekarang sudah 8 bulan..
Izza-kongsilah kalau boleh bg manfaat pada orang lain, i don't mind sharing...
Afid-mmg dugaan, akak masa anak pertama kurang ilmu sikit, masa ke2 mmg ready...
salam kenal melalui pintu makdara terdiva.
baca balik entri bf tu kan, semangat nak fullbf baby. insya Allah~
kak, byk nya gambar alesya akak ambik kan. Kami dulu nak amik gambar pun tak kisah sgt sbb hari2 berdebar nak tgk progress baby. Gambar masa 2 minggu pertama mmg saya tak amik, ada terlintas nak ambil tp kead dia mmg sedih, saya ckp pada diri, kalau ditakdirkan umur adik tak pjg, biarlah kenangan ini terpahat dlm ingatan saya je. Bila dah stabil, barulah blh tarik nafas dan boleh nak amik gambar. Tu pun gambar curi kan. hihi..
saya belum sempat buat entry psl ni. saya rasa tetiba mcm failed time management pula. Busy sungguh kalahkan ptd lak. Klu dulu jd ptd, taktahulah bagaimana skrg ni agaknya. heheh tetiba lak terungkit ni.. kihkih anyway, pengalaman ada anak prem ni mmg sukar nak lupa lah.
Post a Comment