Pagi-pagi spoilt mood betul.. selak surat khabar ada story jantan yang bebas tuduhan bunuh. Apekahhhh?? hakim kata pendakwaan gagal kemukakan saksi utama iaitu pembantu rumah Indonesia yang nampak kejadian. minah tu di hantar balik sebab PATI. Ape hal ni?? gua rasa sudah terang lagi bersuluh memang dia bunuh la.. siap tape mulut org tu, sumbat dalam almari. Tak pe di dunia kau lepas, di akhirat?? ini hukuman hakim jatuhkan, hakim tu pun manusia. Ko tunggu hukuman dari 'hakim' sebenar.
Dah lupa? saya cerita pasal Kes ni, beromen tepi mayat yang pompuan beromen dengan jantan tu tepi mayat arwah tu katanya dah 'bekas kekasih' sekarang ni? satu Malaysia dah tengok muka dia dia keluar surat khabar, dan dah tau pendedahan kisah beromen dengan jantan tu, tetiba jadi bekas kekasih?? elok la.. huh emosi betul...
Kisah berita lagik....
Semalam pak menteri kata, telur tiruan takder, yang ada telur cacat?? telur sapa cacat tu pak??? ada ke telur cacat?? dan saya sendiri pun rupanya dah terkena telur tiruan katanya. memang betul, tak hanyir, bila dipecahkan akan bercampur yang kuning dan yang putih, kurang lendir, struktur kulit telur menggerutu, dan nipis berbanding telur biasa dan telur2 bersih nan ado taik hayam. Cacat le sangat kan?? ni propaganda, tanak bagi org panik, dan selamatkan telur-telur mereka. tak faham apa nak jadi la... mana satu betoi tah. Satu pihak kata tiruan, satu pihak kata telur cacat?? Kalau yang tiruan tu selamat di makan tak? kot la elok, takder kolestrol ke hapa... cer citer... cer citer....
Dannnn berita dalam surat khabar yang paling keji hari ini ialah,.. seorang lelaki dah tua, umur 70an, tak sedar diri.. pukul isteri dia, belasah dengan tongkat, dan kencing ke muka isteri dia.. sangat tak masuk akal, alasan dia meluat tengok muka isteri dia dah tua. Kejadahnya pakcik oi... pakcik muda sangat kah? bini yang dia meluat tengok tu la muda-muda dulu dipeluk cium.. Ermmm pompuan, kalau dapat laki macam tu, memang malah betul. tu le sebabnya produk kecantikan dan saloon, spa, dan segala jenis suntik dok bagi pegang mana dah kendur tu kemain laku.. sebab ada pompuan sebok jaga luar dalam tu, takut macam ni la.. Tapi kalau laki tu muda, bini pun muda, dan bini serabai, logik lagi laki dia meluat tengok, tapi kalau dah tahap rumah kata pergi, kubur kata mari... mariii mariiii (sebut ikut nada Bachooookk.... bachookkk) ada hati nak sepak terajang bini sebab meluat tengok sebab dia dah tua.
Emosi la.. dan lelaki tua tu sangat saiko.
NI petikan beritanya:
Kencing isteri minta tolong
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh. Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu. “Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.
“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh. “Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.
“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa. “Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Harap pakcik ni lari dok kat mesjid, dan bertaubat la...

dah tu je... babai...
8 Komen:
aye pon bukan main marah lagi pasai si jantan bunuh wife ni dibebaskan
kes telor ni pon satu hal...sabor je la!
saya ada baca dalam web pasal telur tiruan ni(y mmg bracun la kalau dimakan)tetiba dalam 2mggu dah ade dalam msia.tau msia tak import ekport telur untuk kegunaan makan2..tp tak mustahil kan dapat sampai msia???mentangkan bnda palsu lain leh senang2 masuk...bukan bnda mustahil la..cuma payah tu mgkin
dunia hari ini kpnut..penuh dengan mcm2 benda kan
biarlah jantan tu terlepas hukuman gantung pnut...biar dia sengsara lama sikit kat dunia ni...apa dia ingat Allah tak balas??
yg telur tu...cepat plk depa test DNA...sehari ja dah dapat keputusan..musykil...
tok wan tu...jangan Allah bagi dia takleh kencing udah ler...hehehe
Apa nak jadi dengan dunia sekarang...huhuhu
Apa nak jadi dengan dunia sekarang...huhuhu
hangen jugak napa laki bunuh bini, dan pastu beromen depan mayat, boleh terlepas????
hakim apokah gitu?
apalah perasaan mak fazlina tuh? tentu sedih yg amat sgt, kematian anak tak terbela..dan jantan keparat tu siap nk tuntut cucu yg sedang dijaga oleh mak arwah..jgn bagilah makcik..
geram!
sy baca paper tajuk ni kat kedai makan..terus tak lalu makan..dah sah2 ko tape kan mulut arwah dan balut ngan selimut sumbat pulak dalam lemari..tup2 kuar paper tak bersalah..pelik bin ajaib..
Post a Comment