Thursday, April 21, 2011

Kelas Rollerblade ada anak-anak anda berminat tak?


Saya nak tanya, ada sesiapa ibu bapa di sini berminat untuk hantar anak belajar main rollerblade (dengan bimbingan profesional) eerkk kalau sapa mau, roger me plis.. Saya mau cari 4 org lagi yang berminat. Hahahah jangan gelak.. bukan untuk makcik pnut... Ni untuk anak-anak ye.. Saya kan selalu pegi beriada kat taman cabaran (SKYPARK) kat Putrajaya ni kan, so kat situ ramailah budak-budak dok main rollerblade, skateboard memang enjoy dan seronok tengok depa dok meluncur kat trek-trek khas tu. So saya offer Najmi untuk belajar. Saya dan pakcik gebu sedang mencari dan menggali potensi Najmi, sebab ini budak ada sikit pemalu (pemalu tak bertempat, benda patut malu dia tak malu, hat tak payah malu dia malu) ok malu ini adalah disebabkan dia rasa rendah diri (dia rasa dia gemuk-ehehe memang pun) dan dia rasa dia tak hebat.

Itu sebab saya suruh dia belajar main gitar dengan jiran sebelah, supaya dia akan rasa dia ada kelebihan disitu berbanding orang lain, agar dia dapat tingkatkan keyakinan diri dia. Saya tak suka dia ada 'infiority complex' dalam diri dia, iaitu sifat rendah diri, atau takut memulakan sesuatu, sebab tidak yakin dengan diri sendiri. Saya nampak dia suka tengok bebudak main rollerblade, dan offer dia belajar kat situ, itu pun kejap mahu, kejap tak nak, sebab malu kata dia. Ishhhkk budak ni.. Budak lain punya la teringin nak main, dia dapat peluang tak malu pulak, sepatutnya kelas bermula last week, tapi disebabkan dia tak berapa sihat, dia moody dan tak mau pegi. Insya-Allah next week kot, minggu ni trainer-trainer kat sana sebok dengan competition pulak.

So saya nak tanya, kalau ada sesapa berminat nak hantar anak-anak join kelas ni, bayarannya RM80, kalau personal, kalau in group RM250/5 org, kiranya sorang RM50 la.. so saya nak cari lagi 4 org kalau ada sesapa nak join. sambil anak-anak kita main roller blade, kita emak-emak boleh la bergossip tepi longkang berjogging, main badminton kat situ ke.. kalau tader org nak, terpaksa la acik bayo yang RM80. Kelas ni dia siap sediakan rollerblade siap-siap, tak yah beli dulu, guna depa punya dulu, dah terror esok baru beli. Kelas beginner ni sebanyak 4 kali. Lepas tu dah tahu, terpulang la nak continue lagi atau tak, kalau tak mau continue, boleh terus meluncur je sampai terrer kat sana.

Saper mau, roger me ek... Kita boleh create group. Budak-budak trainer kat sini, memang dah pro, diaorang dah mewakili Malaysia melalui kementerian belia dan sukan dalam sukan ni. sms me (no tipon tgk kat blog kek) or email ni ek. Zar, Ika tak mau kah?? Wana?? hero-hero awak tak mau kah?? jom..jom... leh kita kuruskan badan sambil tunggu anak skating..

ni gambar hiasan... kat sini ramai bebudak baya-baya budak ni meluncur sana sini..



tiap petang sabtu dan ahad, memang tempat ni dipenuhi skaters



dan ni saya bagi promosi percuma dari Perbadanan Putrajaya. Thanks pada robee dok rajin email saya semua event2 ni, Robee ko suruh boss ko lantik akak secara tetap buat promosi kat blog, upah koci sebungkus pun jadilah.


Ini competition yang saya cakap minggu ni diaorang akan buat kat sini, moh bawa anak-anak anda datang, pertandingan bermula jam 6 ptg, sampai malam, surau ada, jgn risau.. Insya-Allah kami memang ada sana petang tu, beriadah juga. Heheheh kalau dah terrer Najmi main, tahun depan boleh masuk..ahahahah



NI satu lagi, kot ada anak-anak yang minat melukis dan mewarna.. ermm ni bukan aktiviti Najmi, dia bukan ada seni.. memang takkan dia minat macam ni. Tunggu Alesya nanti kot.

Oh Ya, kalau tak der rollerblade, tapi saja suka-suka nak bagi anak-anak coba try test main, boleh sewa kat sini, kadar sewa RM10 utk 2 jam,

16 Komen:

1na on 12:23 PM said...

kak pinut,

terselit juga yer saya heheheheehe Kelas bila? menarik jugak tu.... asyik tgk sepupu sepapat dia pandai main... jeles hero saya tu...

hehehehehe

Pnut on 12:37 PM said...

Wana-kelas biasanya sabtu atau ahad pagi...

MUHSINA on 3:41 PM said...

pnut, najwa minat roller blade ni, in fact kitaorg dah belikan utk dia satu set dah last year...Nanti tanya dia, dia nak tak. murah tu RM50...ada satu kelas kat TTDI, mahal

Zareda Norman on 9:15 PM said...

pinut
ok jugak tu.. bila start kelas...kasut dia provide ke?

Pnut on 9:48 AM said...

Intan-jadi tak ni??
zar.. jadi tak??
kasut provided..

ymrk on 8:59 AM said...

kalau najmi belaja skateboard, guna laa yg kami punya dulu.. (time ***m dulu... kak zah ajar main, benda tu ada kat umah)nak guna ke.. kasi dia prektis dulu ke.. sebelum g kelas... senang.. roger je ok... sayang juga benda tu tak bermain...

Pnut on 7:56 PM said...

my jiran-tengkiu bebeh... nanti kita tanya dia mau tak.. sbb hari tu katanya dia nak belajar rollerblade, tp mesti dia suka tu..

kaberhero on 4:15 PM said...

Kat maner saya boleh dapatkan sepasang rollerblade

kaberhero on 4:16 PM said...

Kat maner saya boleh dapatkan sepasang rollerblade

kaberhero on 4:16 PM said...

Kat maner saya boleh dapatkan sepasang rollerblade

Anonymous said...

Kasut utk org besar provided ke?

Anonymous said...

kanak-kanak umor brpa minima?
boleh walk in je ke kelas tu?

Anonymous said...

Nak tanya pasal kelas roller blade di putrajaya..
Boleh tlg wsap saya.. 012 3242609

Unknown on 8:59 PM said...

Assalamualaikum kak... ada contact no utk kelas rooler blade tu tak? Kalau rm80 tu tasa berbaloi tu..

Esyam on 8:23 AM said...

Nak jugak contact no pliz

Anonymous said...

No contact x de pun

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino