Macam biasa, blog emak-emak di bulan puasa akan dipenuhi dengan menu dan resepi sajork..eheheh kali nk nak boh gambar je, resepi maleh taip boleh gitu?? eheheh kalau ada permintaan baru letak, lagi pun masak benda senang, kompem semua orang pun reti buat.
Ni menu jumaat lepas, Pengat pisang, permintaan ibu mertuaku. Pisang ni tak tau pisang apa, tapi dari pokok rumah Kak Sya, dah berbuah hasilnya, rasa pisang ni tak tau cemana, sebab saya tak suka makan pengat pisang, so no komen. Pueh hati sebab ini memang favourite mak mertua saya yang uzur tu, tapi kuat juga dia nak berpuasa.
Pastu, tengahari jumaat tu pegi carefour beli diapers untuk ibu mertuaku juga, so beli sekali kulit popia, ni peberet pakcik gebu dan anak gebu dia. Rangup krup-krup-kulit popia jenama KG pastries.
Hari Sabtu menu kelam kabut, sebab pukul 4 kami pegi port klang, ada dokumen perlu dihantar melalui feri ke Indonesia, (urusan pengambilan bibik untuk jaga ibu mertua saya ni, harap selesai segera, kesian dia nak balik ke kampung atau nak duduk rumah adik dan kakak ipar saya, tetapi masalah depa, tak dak orang jaga, so bibik ni akan bantu depa jaga mertua saya) Balik dari port Klang, jammed le pulak kat Shah Alam, sampai rumah pukul 6 lebih dah, kelam kabut, nak masak keow teow kungfu, bibik dah masak ikan patin masak lemak, dan suruh bibik goreng nugget sajork. Laki mak tak suka pegi PARAM nak, jadi mak kena juga bersilat kat dapo nak.. So dalam kelam kabut, takder gambar juadah Sabtu.
Ni juadah semalam, sedikit rajin, buat karipap sardin, dan cucoq badak, kemudian frozenkan, senang nanti-nanti tinggal nak goreng je, bila hari tak sempat prepare juadah.
Cucoq badak in making. tips buat kulit cok badak tu, biar lembut adunan keledek + tepung gandum, nanti nak bulatkan, kita sapu-sapu tangan denagn minyak, dan tekan-tekan dengan minyak, jadi adunan tu tak melekat-lekit.. buat comei-comei ja..besaq cekodok pisang je.
Ni goreng sikit untuk berbuka.
Dan hari sabtu tu kan pegi pasar borong, ada pulak orang jual jagung beso-beso, murah lak tu, setongkol 1.20sen je, so beli 5 tongkol, jagung2 ni masih berbaju, so leh tahan lama sikit. Ni favourite kami anak beranak, buboq jagung + kacang hijau, requirement pakcik gebu untuk bubur-bubur ni, kena sedang-sedang, tak pekat sangat, tak cair sangat. so kalau nak pekat, nak kena santan banyak kan? tak mo la..tak sehat dak, so saya guna santan sikit je, adalah dalam dua cawan, tu pun tak der pekat sangat, pastu tambah air sikit, pastu letak susu cair. so lemak-lemak gitu.. Masih ada belen sikit lagi dalam peti ais, malam ni 'berebut' la..ehehe
ok tu le juadah kami, simple-simple sajork.. Ini hari plan nak buat buah melaka, pastu ape lagi, cucoq jagung, so kepada yang tanya tatacara buat cucoq jagung versi chef koboi, esok kita up kan..
So far, masih belum jejak kaki ke Pasar Ramadhan lagi. Ingat esok baru nak pegi, nak beli air soya la, belum lulus buat air soya lagi, balik ni nak kena belajar dengan cik lela buat air soya. Wahh cik lela bisnes sekarang ouls.. buat air soya ok.. eheh kawan maksu ada berniaga air kat pasar ramadhan, jual jus buah-buahan. So depa suruh cik lela buat air soya. ermmm sabaqqq tunggu nanti kami balik ma ktok nooo anak cucu ni semua suka soya.
Pasai kerja.
Jarang saya citer pasal kerja kan?? huhu malas nak sentuh bab kerja, tapi saje nak kabo, saya dapat boss baru. Bahagian kami ni, agak panas actually, sebab antara Jabatan penting, so tadi Dato dah umumkan dia ada 25 'masalah' yang dia kena selesaikan, target dia dalam 3 bulan, huhuhu first meeting, dah ada yang kena sergah. so kena keja serius semua, sebab boss baru nampak serius beno, dan tegas. Tapi saya happy sebab unit saya tidak termasuk dalam 25 masalah itu. Alhamdulillah, dug dag juga la..mana tau ada komplen. Tapi of course kena hati-hati dan pastikan kerja semua siap on time dan alert, sebab tidak tersenarai dalam 25 masalah tu, tidak semestinya dah bagus, banyak benda kena buat lagi untuk improve. On top semua tu, saya kena ucap thanks pada staff dibawah saya, kerana mereka kerja bagus, so unit ini bergerak pun ok.
Dalam kerja ni sebenarnya kita berkait-kait. Dulu saya pernah argue dengan sorang junior officer. Junior la saya katakan, sebab memang baru kerja, confirm pun belum DPA pun belum setel. So this young officer cakap kata saya, dia tak peduli orang suka dia, sebab susah untuk dia puaskan hati semua orang. Pastu saya cakap "salah, dalam kerja kita kena peduli orang suka kita ke tak, sebab kerja kita akan melibatkan orang lain, kalau hubungan kita dengan rakan kerja bahagian lain tak bagus, susah kita nak minta tolong orang atau kita nak tanya apa-apa, dan memang kita tak boleh puaskan hati semua orang, tetapi tidak boleh 'mencuba' agar orang berpuas hati dengan kita.
Macam contoh, katakan cam tukang jaga buku cam saya, kalau sorang pegawai ni minta saya dapatkan buku sekian-sekian, sebab ada maklumat penting dalam buku penting untuk dia, mungkin saya tidak boleh membuat pembelian dalam masa sehari dua, malah dalam masa seminggu pun belum tentu saya dapat buat pembelian. So cara lain boleh buat ialah 'inter library loan' source out mana library terdekat yang ada buku yang sama, so ring the librarian nak minta pinjam dulu seminggu dua. Erkk ni le contoh, kita tak boleh puaskan hati semua orang, tapi kita boleh cuba. At least kalau ktia try source out juga tapi tak ada, kita boleh explain dekat pegawai yang memohon kita dah cuba, tetapi tiada yang available, kita boleh buat pembelian, tetapi bergantung kepada pembekal, berapa cepat mereka boleh dapatkan. Tapi cube kalo kita dah tidak dapat beli dapat waktu terdekat, kemudian kita lak tak der inisiatif nak bantu pegawai tu cemana nak tolong dia dapatkan maklumat tu dengan segera, dah tentu kita tak puaskan hati dia.
kalau saya la, kalau katakan saya tidak dapat pinjam buku yang sama, tetapi saya akan cuba search tajuk-tajuk atau topik paling hampir dengan buku yang dia nak, samaada di library sendiri atau library lain. (in this case, thanks to x boss, sekarang dah Ketua Pengarah dah boss saya ni) Zura, awak ingat tak?? saya selalu tertekan dengan Puan ni? eheheh Kak Nab kan..kan...kan.. Boss saya dulu pukul 12tghari dia cakap nak buku ni..buku tu, prinsip dia "no matter what, i nak buku tu ada kat meja i petang ni atau esok" nah hambek... terkangkang le ko cari mana nak dapat buku tu, kalau buku tu ada kat UIA gombak sinun, merasalah ko bodek kerani minta driver tolong bawa kita pegi ambil buku kat situ, kalau tak dapat, gigil la ko redah ke sana, ambil sendiri, yang dia tau esok buku tu mesti ada.
so dah terbawa-bawa cara boss ni demand, so kat sini pun saya tetap nak cuba dapatkan apa orang demand. Kira kalau orang yang request tu, dapat, dia happy-happy dan ucap-ucap terima kasih, pergghh itu kira satu kepuasan pada kita.
Hiks..ape melalut tah ni, ok dah..babaiiii...