Monday, August 30, 2010

Kerepek Yang Laris..


Ok, dah ada lagu raya kat sini.. Leh la layan..

Beskut raya dua ketoi dah siap. Ada orang paksa saya buat samprit. tah hapa je.. ok kepada yang memaksa aku buat samprit tu, dah ada dua balang kat hang, satu balang muat isi 70 biji, jadinya dua balang tu ada 140 biji, aku tak tau nak juai berapa sebab aku tak pernah juai beskut raya, lagipun samprit bahan dia tak mahai, buat pun senang, tapi samprit aku pakai coklat chip sebab aku maleh boh ceri, melekit-lekit tanganku nanti. Jadi kepada siapa yang terasa tu, sila ambil maklum nooo.

Ginilah ropa samprit hang kawan oiii ni gambaq tahun lepas, ini tahun lupa nak amek pic.. kira acilah hang tengok gambaq tahun lepas punya.


Beskut kedua buat ialah cornflakes madu. pun sonang jugak bueknya. tahun ni tak dak yang celup-celup coklat, kita pow maksu punya beskut raya sajork nanti, maklumlah makcik tu bisnes beskut raya, ape guna ada adik beradik bisnes kuih raya kan.

Okeh, lagi satu tahun ni saya sebok dengan kerepek raya. Insya-Allah tahun-tahun depan kami akan teruskan bisnes kerepek.. Kalau umur panjang la.. Eh jangan kata raya je, hari biasa pun ada kerepek-kerepek ni.. siapa nak order kerepek, packing as door gift, boleh la roger kami tau, kami pack dalam doorgift set, harga bermula dari RM1-3 per pack, bergantung pada bajet anda.

Ni sebahagian sahaja kerepek yang siap dipack untuk para pelanggan.. Time kasih semua, agen-agen saya aktif sungguh, berlambak depa submit order, saya sendiri pun tak jangka sambutan hangat ni. Ingatkan takat suka-suka je, sambil beli untuk sendiri, jual kat kawan-kawan, sekali ambek ko.. depa yang email nak beli harga borong, dah siap list order kemain panjang, hiks.. jenuh pulak tokei baru belajaq nak jadi tokei ni pikiaq bab modal. Hahahaha ingatkan leh je guna modal-modal dari duit gaji je, sekali banyak jugak order, kena korek modal lain. Rezeki ramadhan dan berkat doa emak mertua yang uzur, ALlah beri ganjaran pada kami.. Alhamdulillah.


Merata-rata ada kerepek, atas katil bibik penuh... atas katil bilik si abang, penuh, atas meja makan 8 seater tu penuh, kat lantai lagi.. dah macam gudang kerepek lak.

Ni dah siap pack, dah siap masuk plastik, tulis nama siap-siap, nanti agen-agen senang deliver kepada customer depa. Kami memudahkan anda.. ehehehe




Kat rumah pon tinggal sikit je lagi baki kerepek yang ada, boleh sms kalau ada yang masih berminat. tak banyak dah yang tinggal. Nanti saya check kerepek apa je yang tinggal..

Ok tu je nak kabo... dengan rasminya, tempahan kerepek dah tutup... tokei kerepek nak jual bunga api pulak la...ahhahah susan beno nak dapat bunga api kat Putrajaya weiii bosannnnn. Orang-orang kastam tak dak rampasan ka?? mai sikit bulih??? ehehehe

Ok, nak bagi resepi sebenaqnya.. tapi sat-sat gi la...

6 Komen:

nuni on 11:23 AM said...

kak saya punya jangan luper nooo..kak orang kastam kat sini pun beli bunga api kat orang Jabatan Perdana Menteri...tensen2 tu pun tak dapat lagi nih tak leh la nak berlagak main bunga api kat putrajaya ni

ieda on 11:28 AM said...

pnut...apasal takdak bunga api kat sana?sepupu saya yg dok KL selalu bawa balik bunga api, mercun bagai..ada sekali penuh satu beg baju yg besaq tu..depa pulun main masa malam raya sampai asap penuh kat jalan...nak lalu pun tak nampak.

btw..kerepek saya jgn lupa nooo...

Pnut on 11:47 AM said...

Nuni-kerepek awak dah ada... hari rabu akak hntr... atau nak mai ambik kat umah dialu-alukan...

Ieda-hiks... putrajaya tempat gomen, mana ada orang juai bunga api.. orang main bunga api ada, tapi depa beli luaq putrajaya la. Pasar Ramadhan ni depan opis kastam, KPDN, hahaha menteri pun rajin turun pasor ramadhan, pasar tani.. kalau depan berani jugal bunga api, tabikkkkkk... putrajaya bukan KL..eheheh

kerepak ada, Insya-Allah

Hayati on 4:10 PM said...

Orang kastam pun beli bunga api kat tempat lain.

saniyah said...

kakpnut tak post pun resepi samperit... nak la jugak.. cam best je. kelopaknya nampak elok je tu.

Pnut on 7:37 AM said...

Kak Yati-hiks.. kastam kat port klang tak der bunga api kot.. cube dok tang sempadan siam.. ehheeh mmg mewah..

Saniyah-resepi ada kt blog masak-masak.. sile cari.. hiks..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino