Aduh merana sakit pewot weiiii..
Semalam bukak posa minum ayaq oren.. pastu buat bihun singapore, taruk lada hitam, makan lak ngan cili padi potong taruk kicap. Pastu buat masak lemak cili padi ketam dengan nenas. Nah hambek.. segala aneka benda masuk perut, terus makanan dalam perut ni berpesta sakan, buat parti buih gamaknya ketam dengan udang dan sotongdalam bihun kat dalam perut ni, maklumlah space beso.. banyak ruang depa nak berparti. Sakit pewoott... dah hadap segala neka makanan tu, nah hambek, pagi tadi, merasalah berulang alik jumpa Dr. Tandas dia punya tahap merana dalam perut tu, macam ada satu blender besar yang menggerudi perut. Kekadang rasa nak beri, kekadang memulas tahap naik-baik bulu roma tegak-tegak.. sengsara ok.
Agak-agak leh MC dak ni?? ehehehe tak mo la takot, boss baru garang, takotttt. Tapi tengok la kalo makin berpesta perut ni, mau juga MC, balik duk rumah pakai kain batik je. eheheheh
Boss baru kata tiap pagi semua pegawai kena jumpa dia miting. Uhuhhu mau kurus gak saya, tiap mari menapak ke bangunan sebelah, naik tangga turu tangga.. Jauh gak le jarak bangunan ni dengan bangunan sebelah, berbukit lak tu, ni tak kuruih gak tatau le.. morning walk dah ni... Dulu masa keja kilang pun tiap pagi jumpa boss jumpa, update lebih kurang status keja kita, dan problem, tapi orang Jepun mana main buang-buang masa, paling lama pun briefing 20 minit ja. Kalau tader problem dia hait..haitt...hait.. saja, kalau ada problem, nanti jumpa dia bincang, time is money, time is business. Tetiba teringat kenangan keja kilang Jepun, seronok sebab Jepun ni ada yang tak kedekut, cam kilang saya keja tu, tiap hari Sabtu, patut kami kerja sampai pukul 1 tgh. tapi pukul 11.30-12.30 , ada kelas Bahasa Inggeris, untuk staff biasa dan new-new Japanese officer yang tak pandai BI. 12.30-1.30 ada kelas Bahasa Jepun pulak untuk semua office staff, supervisor, line leader untuk belajar bahasa Jepun.
Masa ni saya lepas STPM, keja sementara nak dapat sambung belajar. Keja kerani je, tapi enjoy sebab Japanese-japanese semua baik-baik, kelakar dan suka buat lawak, walaupun kekadang cakap BI ngan kita taraf-taraf budak-budak sekolah rendah kita jepadanlah ngan saya yang bukan terrer pon..ehehe biasa akan ada orang kita, tak kira chinese ka, malay ke yang pandai bahasa jepun dok satu unit ngan kita, depa ni la biasanya akan jadi translater. Mereka ni biasa pegawai yang belajar kat unversiti-universiti di Jepun. Tu sebab saya sampai hari ni kagum dengan orang Jepun ni depa tak agungkan Bahasa Inggeris tetapi mereka maju. Mereka study teknologi orang dan mereka bangunkan teknologi mereka, dan selagi mereka rasa sesuatu benda tu akan bagi benefit pada kilang, mereka akan sokong.
Contohnya depa akan kupon makan time bulan posa, untuk motivate orang kerja. Mereka akan bagi latihan kepada staff, biasanya mereka jarang hantar staff kursus keluar, tapi mereka akan panggil konsultan datang bagi kursus in house. Pernah juga saya wakil Kilang masa pertandingan ape tah, tapi something macam inovasi la.. (kalau keja gomen macam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) la) kami kena fikir satu resolusi bagaimana untuk tingkatkan produktivi dengan cepat, dengan kos yang rendah. Masih ingat, kumpulan kami diberi nama Hiteclocos (High Technology Low Cost) wahh kenangan. Gamaknya kalau saya tak dapat sambung belajar kat UiTM dulu, mau aku dah manager kat kilang tu. Weeii betul tau.. keja kilang Jepun kalau kau setia, rajin dan pretasi bagus, kompem cepat naik pangkat, prinsip depa, katakan ko jadi kerani dah 5 tahun, kemudian ada penolong exec. ko berhenti, daripada dia buat ambilan pegawai baru yang dia kena latih, dia akan naikkan ko ganti pegawai tu, dan gaji ko naik sikit je, daripada dia offer pegawai baru masuk.
Masa saya kerja dulu, ada sat Production Manager ni, dia masuk dulu keja operator, pastu naik jadi line leader, pastu jadi supervisor, pastu jadi zone leader, pastu jadi Assistant Manager, dan masa saya masuk dia dah jadi Manager, dia keja situ hampir 20 tahun. ok la kan..
Eh ok..dalam sakit perut leh cerita panjang lak.. Sebenarnya nak citer pasal lain, tetiba citer lain. Jap lagi la kalau rajin buat cerita yang nak diceritakan.
Semalam bukak posa minum ayaq oren.. pastu buat bihun singapore, taruk lada hitam, makan lak ngan cili padi potong taruk kicap. Pastu buat masak lemak cili padi ketam dengan nenas. Nah hambek.. segala aneka benda masuk perut, terus makanan dalam perut ni berpesta sakan, buat parti buih gamaknya ketam dengan udang dan sotong
Agak-agak leh MC dak ni?? ehehehe tak mo la takot, boss baru garang, takotttt. Tapi tengok la kalo makin berpesta perut ni, mau juga MC, balik duk rumah pakai kain batik je. eheheheh
Boss baru kata tiap pagi semua pegawai kena jumpa dia miting. Uhuhhu mau kurus gak saya, tiap mari menapak ke bangunan sebelah, naik tangga turu tangga.. Jauh gak le jarak bangunan ni dengan bangunan sebelah, berbukit lak tu, ni tak kuruih gak tatau le.. morning walk dah ni... Dulu masa keja kilang pun tiap pagi jumpa boss jumpa, update lebih kurang status keja kita, dan problem, tapi orang Jepun mana main buang-buang masa, paling lama pun briefing 20 minit ja. Kalau tader problem dia hait..haitt...hait.. saja, kalau ada problem, nanti jumpa dia bincang, time is money, time is business. Tetiba teringat kenangan keja kilang Jepun, seronok sebab Jepun ni ada yang tak kedekut, cam kilang saya keja tu, tiap hari Sabtu, patut kami kerja sampai pukul 1 tgh. tapi pukul 11.30-12.30 , ada kelas Bahasa Inggeris, untuk staff biasa dan new-new Japanese officer yang tak pandai BI. 12.30-1.30 ada kelas Bahasa Jepun pulak untuk semua office staff, supervisor, line leader untuk belajar bahasa Jepun.
Masa ni saya lepas STPM, keja sementara nak dapat sambung belajar. Keja kerani je, tapi enjoy sebab Japanese-japanese semua baik-baik, kelakar dan suka buat lawak, walaupun kekadang cakap BI ngan kita taraf-taraf budak-budak sekolah rendah kita je
Contohnya depa akan kupon makan time bulan posa, untuk motivate orang kerja. Mereka akan bagi latihan kepada staff, biasanya mereka jarang hantar staff kursus keluar, tapi mereka akan panggil konsultan datang bagi kursus in house. Pernah juga saya wakil Kilang masa pertandingan ape tah, tapi something macam inovasi la.. (kalau keja gomen macam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) la) kami kena fikir satu resolusi bagaimana untuk tingkatkan produktivi dengan cepat, dengan kos yang rendah. Masih ingat, kumpulan kami diberi nama Hiteclocos (High Technology Low Cost) wahh kenangan. Gamaknya kalau saya tak dapat sambung belajar kat UiTM dulu, mau aku dah manager kat kilang tu. Weeii betul tau.. keja kilang Jepun kalau kau setia, rajin dan pretasi bagus, kompem cepat naik pangkat, prinsip depa, katakan ko jadi kerani dah 5 tahun, kemudian ada penolong exec. ko berhenti, daripada dia buat ambilan pegawai baru yang dia kena latih, dia akan naikkan ko ganti pegawai tu, dan gaji ko naik sikit je, daripada dia offer pegawai baru masuk.
Masa saya kerja dulu, ada sat Production Manager ni, dia masuk dulu keja operator, pastu naik jadi line leader, pastu jadi supervisor, pastu jadi zone leader, pastu jadi Assistant Manager, dan masa saya masuk dia dah jadi Manager, dia keja situ hampir 20 tahun. ok la kan..
Eh ok..dalam sakit perut leh cerita panjang lak.. Sebenarnya nak citer pasal lain, tetiba citer lain. Jap lagi la kalau rajin buat cerita yang nak diceritakan.
11 Komen:
kadang2 best jugak keja dgn geng tak sebangsa, hapa depa kesah kalo mai keja tudung penyet sana, penyet sini. baju tak matching dgn tudung pun depa tarak kesah, tp kot kita yg malu. kat tmpt sy keja ni yg majoriti chinese, buleh lah. depa tak kedekut ilmu sgt. cumanya, rugi sebab tak belajaq bahasa cina, dok guna bahasa homputih ja.takpun ckp penang.
saya mengajar subjek quality engineering sekarang ni..selalunya contoh2 yang saya bagi dekat anak murid mesti company2 dari jepun terutamanya toyota production system..sebab cara kerja diaorang memang lain dari orang US atau Europe..dari pembacaan saya lah, org2 jepun ni depa suka belajaq cara orang US dan UK buat kerja, tapi last2 org jepun ni akan buat improvement dah hasilkan sesuatu yang lebih baik lg dari semua org..syokla kak pnut ada pengalaman bekerja dengan diaorang :D
orn jepun mmg menghargai waktu.. memang dorang bes kan, tolak BI tapi still maju dan kehedapan dengan teknologi baru..
Salam pnut,
bila pnut cerita pasal kerja ngan orang jepun ni , teringat akak dulu pernah gak kerja ngan sebuah rangkaian supermarket yang besar kat m'sia yang dipunyai oleh syarikat jepun. dia org ni memang displin dari segala segi, terutamanya waktu. waktu mesyuarat pun takde meleret2, semuanya straight to the point. cuma present fact n figure je, lebih2 they all tak nak dengar. memang banyak ilmu yang akak dapat.
kat rumah saya ni ada kilang korea..depa ni pun kerja lebih kurang jepun jg kot...sgt pentingkan kualiti.bab gaji pun ok..
pnut..hari ni nak buat pesta apa plk dlm perut tu??hihihi
same le kita, mase tunggu STPM keje kat kilang mabuchi,di ipoh. tapi aye bertahan sebulan setengah je..
nak tau pasai apa? huhu.. mana tahan beb yg jadi line leader tu budak sebaya yg tak lulus SRP, sebab depa dah keje lama depa jadi macam bos kita lak...ca alip but le..
Masa tunggu SPM dulu kerja kat kilang sankyo pelabuhan Klang. memang betul kak, dapat kupon singgit untuk makan, pastu ada in house courses. Siap ada masa bersenam 2 kali masa kerja dalam 5 minit..
memang respek ngan bos2 jepun tuh. Ada yang baru lantik kan, kena kerja kat line dulu untuk tau proses sebenar.
salam kak...
lama betul tak makan ketam nih. sbbnya. encik suami tak suka. dia kata. kalau makan ketam, lidah dia rasa macam kena gigit gitu.
dasar lidah cap ayam, kan....?
ha ha.
.
fuhh!best sungguh keja dgn jepun ni kan...anis dulu keja dgn cina pun dah cukup heaven.anis lg prefer keja dgn bangsa asing,sbb dengki mendengki tu agak kurang skit laa..masing2 usaha keras nk naik.tp yg best,bab bonus.walaweh...!!best!!
GC-betoi keja ngan bangsa lain ni ada kalanya sempoi.. dulu pernah gak keja kolej, akak sorang je melayu, tp ada kalanya bosan juga, ehehe boleh baca entry bosan kat blog lama.. tahun 2001-2002, hiks, tu sebab buat blog.
Kauthar-yes Jepun ni bab inovasi teknologi memang bagus, cam German juga kan??? tu sebab Tun. M, buat dasar pandang ke Timur.
Zar-betul tu, malah orang luar nak belajar teknologi depa yang kena belajar bahasa mereka.
Kak Aidah-memang bangsa depa ni kuat disiplin tu sebab depa berjaya..
Ieda-Kilang korea tang mana?? tak perasan lak..kilang apa ek??
Angah-haha kalo keja kilang tu tak tahan line leader yang berlagak.. macam dia master bebeno..ehehe
Angah lagi?? ehehe banyak beno angah.. kupon makan tu memang selalu dapat, kekadang kalau kena ot, atau kena keja malam time cuti umum, memang dapat kupon makan, best.
TasikM-huwaaa ketam kami beli kena tipu maaaa, kat sepi-sepit tu isi dia tadak?? misteri betui mana pegi???
Anis-tu le, kekadang bangsa asing tu memang dengki kurang, kita pun tau pulak ngadap keja kita jeee..eheheh sebab rakan gossip kurang..
ramai org kita yg kerja kat aeon/jaya jusco klu berpotensi boleh naik smpi manager...sbb saya pernah jumpa ada sorang kakak tuh dia kerja dr bwh smpi 18 thn dpt jadik manager...beza org cina ngan jepun buat bisnes ialah cina ptgkan family member tp jepun tgk pada kualiti...anybody boleh naik asalkan berkebolehan...
Post a Comment