Biasa makan tauhu sumbat dengan kuah cili atau kalau kat utara, kuah kacang kan? Pernah makan tauhu sumbat yang didakwa namanya adalah tauhu sumbat palembang?? tak pasti le kat Palembang ada ke tak.. biasalah orang Malaysia memang suka bagi nama makanan pelik-pelik, padahal kat tempat tu sendiri nan ado pun nama makanan cenggitu, contohnya Almond London, kat london tak der pon, mee bandung, tak der pun kat bandung..
Tapi sile percaya, tauhu sumbat versi ini sangat sedap.. kuahnya manis, masin, masam, pedas.. woiii terbaekkkk ok... tengok gambo dulu...
Tapi sile percaya, tauhu sumbat versi ini sangat sedap.. kuahnya manis, masin, masam, pedas.. woiii terbaekkkk ok... tengok gambo dulu...
Ok sejarah tauhu sumbat ini ialah, DI SINI dulu kami geng penulis jurnal ni suka beno kumpul-kumpul dan makan ala port luck, biasanya markas ialah kat rumah saya kat presint 9 dulu.
Saya copy paste sejibik sejibun resepi dari Cik Daun ok.. perhatikan bahasa caca marba kami, ape nak buek, semua kengkawan pun satu specis kalau bg resepi, cemana tah pesennya.. tapi percayalah, tauhu sumbat dengan kuah ni hamat sedap ok... kami kalau buat, memang over, sampai berhari-hari leh makan menu tauhu sumbat, sedap skalsss kuahnya tau.. kalo tak suka beno rasa bawang putih tu sile kurangkan, saya kurangkan kepada 3 ulas je, pun masih kuat rasa bawang putih tu, kuahnya dapat banyak, simpan kat tempat beku pastu nak makan just cairkan balik je, cara cemana korang nak cairkan terpulangla.. rendam bekas kuah dalam mangkuk panas?? masuk microwave?? suke hati komeeerr ler..
Tauhu Sumbat Palembang
Tauhu (digoreng dan di belah melintang patah. Belah tengahnya supaya berpoket)
Sayur sumbat-sumbatan
Timun ( disagat )
Sengkuang ( disagat )
Cara-cara
1. Ambil tauhu yang dan sumbat laa. Takkan tu pon nak ajar kots.
Cuka Palembang versi Beliawanis Jawa Banting benci dadah dan rokok
200g gula merah
15 biji cili padi/cabai rawit ( tambah atau kurangkan ikut ketahanan lidah/perut anda)
4 biji bawang putih
asam jawa ( ikut sukatan mak aku sebesar ibu jari. Kalau ibu jari ko besar, kecikkan sket. Bancuh dengan air)
30g udang kering (di blender kering)
air
garam (ikut rasa)
Cara-cara
1. Masak gula merah dengan air.
2. Blender cili padi ngan bawang putih. Masukkan dalam air gula merah tu.
3. Masukkan asam jawa & garam
4. Last sekali masukkan udang kering
5. Rasa sampai sedap.
Tips:
1. Kuah ni boleh dimakan dengan 70 biji tauhu sumbat. Kalau buat lebih, boleh disimpan dalam peti sejuk utk next trip of Tauhu Sumbat.
2. Kalau nak goreng tauhu dengan lawanya. Tabur garam dalam minyak goreng tu supaya tauhu tak melekat sangat dalam kuali.
3. Kalau nak tauhu tu ada rasa, rendam tauhu dalam air garam sblm goreng.
4. Jangan tak sabar nak godek tauhu tu. Biarkan tauhu tu digoreng dalam 4-5 minit atas api yang panas sblm menggodeknya.
5. Tauge pon boleh digunakan sebagai bahan sumbat.
6. Timun dan sengkuang tu lebih baik di tapis dan di perah sket airnya supaya tauhu sumbat tak basi. Kalau tauhu sumbat anda sedap. Belom sempat basi dah habis dahh.. :P
7. Dengan kuah palembang ni. Anda boleh berlagak sket dengan memperkenalkan kuah tauhu sumbat anda yang lain daripada biasa. Say goodbye to cili cuka. Ahahahaha. Tak la. Aku tak berlagak pon masa berbuka puasa di rumah kak pinat. Aku tahu, tauhu sumbat aku sedap. Muahahaha.
Dannn ni tengah musim rajin... nak kasi resepi bihun goreng putih ni. patutnya orang kata bihun singapore kan??? tapi rasa rasa orang singapore pun tak masak bihun cam saya buat ni, jadi kita boh nama dia.....
Bihun Sungai Petani
Boleh???
Bahan dia
Sebungkus bihun (sedap jenama jasmine atau jati)
isi ayam, udang, sotong.
sebiji bawang beso dan 3 ulas bawang putih (blender)
Setengah biji bawang beso hiris-hiris dan 5-6 ulas bawang putih (diketuk) ni utk tumis.
1 kuib ayam Maggi (lain tak sedap, magggi je best)
1 sudu beso serbuk lada hitam
1 sudu beso serbuk lada sulah
2 sudu beso sos tiram
fish ball, fish cake..belasah je la.
3 biji telur (dibuat telrus hancur (scarmble egg) dan ketepikan kejap.
Sayur-sayuran la.. carrot di sagat, kobis, dan sawi, jadi bihun korang nanti adalah warna-warni ala-ala kaler tv3 gitu...
Caranya
1. Tumis bahan hirisan tadi.
2. Masukkan sedikit air, pastu masukkan bawang-bawang blender tadi.
3. biar kejap, pastu bila agak kering sikit, masukkan serbuk lada hitam, masak sampai naik minyak dan agak kekeringan.
4. pastu masukkan sikit je air, dalam 2-3 sudu, pastu masukkan sos tiram, kiub ayam, dan serbuk lada sulah masak lagi
5. then masukkan segala neka haiwan, iaitu ayam, udang dan sotong (haiwan la kan???)
6. pastu boh air sikit, masukkan fish ball bagai, then masukkan bihun, masaklah seenak rasa, then masukkan sayur-sayuran dan telur dah hancur tadi.
7. Erkkk garam dan gula sendiri mau ingat la.. (gula ciput je, dalam hujung-hujung sudu je)
ni bihun malas saya panggil, sebab tak payah rebus cili, blender cili bagai.. buat koboi gitu, tapi sedappp ouls...
12 Komen:
1st kah?
haha.konpem 1st.
suka betui kami dgn nama bihun singapore tu,haha. baik letak nama tmpt kita dari sebok2 nak fofularkan nama tempat lain kan. haha. tp kami suka la bihun sg petani tu. masa bulan tak posa,rajin jgk goreng utk brkfast. see, anak dara yg rajin kan. haha.
sp dh start jammed dah. mau kalau bwk keta manual, boleh lenguh gak la kaki tu nk tekan cluth. haha.
GC-kami selalu park kereta dekat masjid, pastu jalan kaki je pi ke bazaar dekat jam besaq tu... tahun lepas kami keluar pukul 2pg pun umat melauttt..
wencO..time kasih laksa semalam..sOodapp.... terasa semuanya! memang teringin nak makan laksa pOn..ari tu nak beli..tengOk cair je..harge plak tue rm3 sebungkus...mcm tak berbalOi je..nasib bek dapat semalam...besttt!! tq wencO :)
holaaa kak pinat!!!! baru dok rasa nk makan tauhu sumbat kuah palembang niii..dok teringat2 lagi riuh rendah bukak posa umh kak pnut. masa tu 1st time rasa tauhu sumbat palembang versi mak DAUN tu..harus ku usahakan jugak ni.
* tips goreng tauhu tu pon rasanya belajaq dr kak pnut ( ka daun?) hehehe
hana
memang macam gitulah orang singapore masak beehoon tu. over here, we call it mee birthday. sebab selalu orang buat birthday party masa mee ni.
*sebab selalu orang buat birthday party masak mee ni.
wei pnut....mmg gojes dan tampan tauhu sumbat tu.....kuah dia sungguh kacak......ni kalau brad pitt makan sure terpikat trus kat hampa.....hihihihi mihun sg petani tu mmg jelita lagi vogue........aku mesti try.......
saya x buat almond london..saya buat badam perak..aci x??? :P..
tp tauhu palembang tu mcm sedap jer..
Tasha-sesama, penahan makan laksa 2 hari berturut-turut, hari ni sakit perut, dari subuh tadi dah berapa kali ke toilet...
Hana-tips belajaq goreng tauhu adalah skill Daun, ehehehe, tp memang nostalgia la tauhu ni, buatnya pon sonang...
Singaporean-oh sama gak ek bihun singapore tu cam saya buat ek.. wahh kira terrer gak saya.. ehehehe, saya tak pernah rasa yang original from singapore, mesti sodap kan..
Dilla-weiii sonang je buat semua tu, tak yah nak blend-blend cili bagai..tp percayalah rasa dia memang sodap..
MDT-ye dah tengok badam perak, sungguh patriotik anda...eheheh
Akak..Rasanya tahu sumbat tu nama tahu sumbat palembang sebab kuah dia tu, resepi dia sapa macam resepi mpek2 palembang..cuko mpek2 nama dia..Cuba tanye bibik tu..tahu tak mpek2..hehhe
wahhh sedapnya tauhu sumbat palembang tu..teliuq tgk kuah dia...haiii dugaan btul...bihun aneka aksesori,rambang mata nk makan huhuhu...sya nak test buat kuah tauhu tu,,,
Post a Comment