Ok, update secara berjemaah pic dan cerita...
Cerita satu - Alesya
Alesya Insya-Allah 9/6 ni cukup 4 tahun. Alhamdulillah, anak yang doktor tak beri harapan sangat untuk hidup, membuktikan kuasa Allah Taala itu hebat, Kun Fa Yaa Kun. Kini membesar normal dan aktif seperti anak-anak lain. Mulutnya mak aiiii tak terlayan.. ayat favourite dia "eeellleeehhh ape cangattt" bila nak gadoh ngan abang dia, selain tu, "wah..wahhh..wahhh suke-suke ati je"
Hobi terkini mewarna.. saya tidak tahu tahap kesukaan anak-anak perempuan dengan aktiviti mewarna dan melukis sebegini, abang dia dulu nan hado.. beli coloring book tu 4 ketoi, seketoi belum tentu abeh dia kaler.. sukanya tengok kartun dan cd otromen. Allah beri peluang, dapat anak perempuan yang sangat berbeza, budak Alesya ni, nak suruh dia duduk diam berjam-jam, bagi kaler, bagi pencil, bagi drawing book, coloring book, dia boleh duduk kaler suka hati.. kalau angin elok, dia kaler cantik-cantik.. ikut garisan, kalau mood tak elok dia hentam conteng ikut dan dia... bak kata dia.. Suke atiii jeeeee... bila tanya kenapa conteng camtu "biarlah adik nak cepat ni" huhuhu...
Seee atas katil. atas kerusi, meja makan, semua dia belasah, so saya belikan meja rehal lipat ni senang dia nak usung ke mana-mana...
Buku coloring baru beli last week, masa week yang book fair tu saya dah belikan lebih 10 set buku coloring, tetapi tak samapi 2 minggu dia kaler abeh,... so last week, ajak babah dia belikan buku baru, knowing her babah, part anak dara dia ok jekkkkk..
Mama tengah masak, dia usung buku dia kaler kat dapur..
kitaorang tengok tv, dia kaleerrrrr.... babah dia tengah tido.. atas perut babah pun jadi... dan babah as usual.. anak dara kesayangan.. PAPADOM katakan... redha dan pasrah je...
Itulah anak dara saya, dengan aktiviti kesukaan dia...
Cerita Dua-Abang Najmi
Minggu lepas, hari Jumaat cenggini la.. abang Najmi kemalangan kecil. Babahnya nak dia berdikari kononnya.. suruh anak bujang dia umur 11 tahun pegi solat jumaat naik basikal. Mama tak berapa kasi, tapi babah kata sampai bila tak nak percaya pada anak?? sampai bila nak manjakan anak? huisshh bukan pasal manja, tetapi keselamatan budak tu.. Akhirnya yang mama khuatir berlaku jua.. Abang Najmi kena langgar motor. Mujurlah budak yang langgar tu tak laju, cuma cedera ringan, berjahit satu jarum di kepala. Dan budak tu pun baik, call babah dia maklumkan dan bagitau nak bawa pegi klinik. Parent budak tu pun baik, petang tu datang ke rumah berjumpa dan minta maaf. Walaupun salah abang Najmi, tengah naik basikal tetiba dia boleh pusing tak perasan motor. Ok, lepas ni memang saya tak bagi dah naik basikal pegi solat Jumaat, minta tumpang dengan jiran.
Cerita Tiga - Roti Benggali
Siapa suka makan roti Benggali?? susah nak dapat kat kl ni. Ni saya booked dengan maamk roti yang naik motor jual roti gantung-gantung tu... sesaja tanya dia, ada tak roti yang kerak hitam tu. Dia kata ada, kena order dulu, terus saya order dua ketoi.. eheh ingatkan kecil, rupanya besar gedabak... ehehe sebesar bantal budak seketoi.. hiks.. potong kasi jiran sikit, bawak ke opis separuh.. cuba tengok dengan mug tu, mug tu size standard, kelihatan kecik je mug tu kan?? ehehehe rupanya ramai peminat roti benggali ni ek... kat opis ni suka bebudak ni dapat, depa cicah teh o.. ni saya cicah kopi.. pergghh sorga...
Tengkiu mamak for the nostalgia roti .... walaupun bukan macam roti benggali masa saya kecik-kecik dulu, tapi boleh laaa...
Ni roti tak berapa benggali.. beli kat tesco.. pastu balik rumah potong-potong sendiri.. ok sebelum yang bertanya saya jawab terus, bekas pemotong roti tu saya beli kat bakeri shop harga rm16.90, buat masa ni takder stok.. ahahah terus jawab, sebab letak pic ni kat fb, ramai mengirim minta belikan,
Cerita Tiga - Selamat hari Guru.
Ini untuk cikgu-cikgu abang Najmi, saya buatkan cookies, stok badam masih ada, stok coklat bar masih ada, stok brown sugar ada, so tambah beli butter, tepung biskut... so siapkan cookies ni, pack-pack cecantik, letak kad kasi cikgu Najmi, cikgu-cikgu patut terharu ni.. dan saya nak cadangkan la.. pada cikgu-cikgu hargai juga pemberian anak murid dan effort emak bapak ni, why don't cikgu sendiri pun print sekeping ucapan terima kasih, untuk anak murid dan parent yang bersusah payah untuk cikgu.. bukan kita nak sangat dihargai macam tu, tetapi akan lebih menggembirakan anak murid, mesti anak murid bangga bawa balik secoet kertas bertulis terima kasih dari cikgu, untuk anak murid dan parent.
Cerita Empat - Kami nak pegi Kuching
Insya-Allah 9/6 ni sempena birthday saya, Alesya, dan anniversary kami, Insya-Allah kami akan ke Kuching.. untuk bercuti, tak lama pun, 3 hari je... sebab masa beli tiket tu last year lagi, belum keluar kalendar cuti sekolah.. jadi tak tau cuti bila, malas nak lama-lama, rupanya cuti sekolah time ni.. hehehehe
Jadi orang-orang Kuching.. nantikan kamek datang ke tempat kitak ya... laksa serawak, mee kolok... here i come...
Friday, May 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Komen:
Alesya sok2 ni tgn seni kak...
ni klu digarap dgn elok..
kalah lukisan monalisa ekekekeke...
*tp klu saya suka lukisan alam je ^_^
cd otromen?
huhhh...
skrg tgh alamai spt mana abg najmi..
ha ha ha..
pitam omak eh siang mlm otomen!!
selamat bercuti ^_^
comei jer colour atas peyut babah... hehehe..
abg najmi dh ok kak?
selamat bercuti2 di Kuching ya.. :)
Selamat bercuti pinut :-)
Pnut, kyati dah takdok FB maka tak lah kak mu ini mengingatkan kamu entri untuk 21 Mei. Ni peminat tegar ni. Mu dah lupe ke 21 Mei ke?
hok aloooo kak yati ai lupe.. okeh update la... ahahah tengkiuzzzzz apesal fb akak takdak dah?
Ada hal la. Malas and sakit hati.
Post a Comment