Alhamdulillah syukur, bernafas lagi pada hari ni. :-)
Tak ingatlah dah pernah kongsi hadis ke tak, rasa macam belum, dan satu side lagi rasa macam eh dah le.. tapi sebab hadis ni best, tak kira le walau dah letak, letak juga lagi sekali.. suke ati le kan??
Dalam suatu hadith:
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
(Shahih Muslim no. 2733)
Jelas terang dan nyata kan hadis kat atas tu.. Kadang-kadang sapa kata nak derma tu material je? duit ringgit dan barang keperluan?? Doa pun satu sedekah tau.. perkara mudah yang kita boleh buat bila-bila masa dimana juga, tanpa keluar modal sesen pun. dan sebagaimana tertulis dalam hadis di atas, Malaikat mengaminkan doa kita, dan dibalikkan kepada kita.. Masya-Allah.. mudahnya.. mudah.. Islam itu indah dan islam itu mudah.
Alhamdulillah, saya selalu buat ni, dan harap semua dari kita akan selalu buat. benda senang beb.. nak makan lagi susah dari nak benda benda ni, nak makan pun renyah, kena basuh tangan, kena hidangkan makanan, kena kunyah betul-betul, kalau mkn ikan kena hati-hati kang tercekik tulang ikan...paling tak boleh blah.. ko nak makan, tetapi takder makanan, kena masak, kena pegi beli.. nak masak renyah, nak pegi beli pun renyah, kalau dari rumah nak kena pakai baju lengkap, bertudung... bawa keter pegi cari makanan.. wakakakaka, ada hadis yang mengatakan benda mudah kita boleh buat, dan bukan koman-koman yang mengaminkan doa kita, malaikat beb..
Kadang-kadang kita tengah drive, dan nampak ada orang tolok motor, tayar pancit ke rosak ke.. atau orang yang rosak kereta tepi jalan, kita cuma perlu berdoa "Ya Allah, hambaMu itu dalam kesukaran, aku berdoa padaMu Ya Allah, kau permudahkan urusan dia Ya Allah, kau utuskan pertolongan pada dia Ya Allah, mudah-mudahan ada hambaMu yang lain akan membantu, aku bermohon kau lindungi juga hambaMu itu dari segala kecelakaan, aminnn" Insya-Allah satu hari nanti bila kita dalam kesusahan, Allah juga akan bantu dan utuskan hamba Allah lain membantu kita juga.
Dan kalau kita baca suratkhabar, kita tengok ada orang minta derma kor perubatan, bantuan dan sebagainya, dan kalau kita sukar untuk membantu, maka kita boleh sedekah doa.. "Ya Allah, bantulah hambaMu yang memerlukan bantuan ini, kau bukakan hati para dermawan, para jutawan, orang-orang yang mampu sekalian untuk terbuka hati mereka mengirimkan bantuan kepada si polan ini, kasihanilah dia, mudah-mudahan kau permudahkan segala urusan mereka,"
tu semua contoh kita berdoa pada orang tidak kita kenali, dan mereka tidak tahu kita berdoa kepada mereka. Nikmatnya hidup.
Hidup ni Simbiosis.. Simbiosis istilah sains yang kita belajar masa sekolah menengah kan?/ dulu la... budak sekarang darjah 5 dah belajar simbiosis ni.. kan.. yang saya faham dalam bahasa mudah.. simbiosis saling memerlukan. contoh kalau haiwan memerlukan satu sama lain, katak jadi makanan ular, lalat pulak mungkin jadi makanan katak, burung makan ulat.. pokok perlukan air, oksigen, tanah untuk terus hidup. semua saling kait mengait dan memerlukan satu sama lain. Itu fakta.
Dalam hidup kita pun macam tu, kita merungut dan mengeluh kereta kita rosak, dalam masa yang sama pekerja bengkel dan tokei bengkel bersyukur ada rezeki mereka dari rungutan kita, that's life... itu normal. Seorang penggali kubur, atau ustaz/ustazah yang membantu uruskan jenazah orang meninggal yang diberi upah oleh qariah masjid atau waris si mati, akan bersyukur atas rezekinya.. kalau minggu tu ada 3-4 kematian, maka dapatla dia rezeki lebih, dapat tampung belanja dapur dia. Tidaklah bermakna dia bergembira atas kematian orang lain, sebab kematian bererti rezeki pada dia. Tetapi tha's life, ada orang meninggal mereka yang akan menerima upah atas kerja yang mereka lakukan.
Kita merungut, ishkk panasnya.. melekit-lekit, minta turunlah hujan, panas sangat.. di situasi lain, penjual air tebu tepi jalan mungkin berkata, syukur padamu Ya Allah cuaca elok panas, dapat kami berniaga air tebu, dapat rezeki lebih, kau berilah cuaca panas yang elok sepanjang hari. So doa kita agar hujan mungkin Allah tak makbul sebab si satu pihak lain mereka berdoa agar panas sepanjang hari, dan doa mereka lebih dimakbulkan, mungkin kerana Allah tahu itu saja punca rezeki mereka, dan mereka lebih mengharapkan doa mereka dimakbulkan.
Si saat kita terasa nak makan goreng pisang, dan malas nak menggoreng, sebab kita sorang je suka makan goreng pisang, ahli rumah lain tak suka, masa inilah peranan makcik goreng pisang amat penting.. hulur 2 ringgit, dapat kita goreng pisang yang kita teringin, dan makcik tu pun memang mengharapkan orang beli jualan dia, agar dapat dia rezeki pada hari itu. see simbiosis kan?? so jangan anggap hidup kita hebat sangat, sampai pandang rendah pada orang lain. Makcik cleaner dan tukang angkat sampah kat opis kita pun peranan dia besar, kalau dia mai angkut sampah kita, busuk okey... boleh ke nak keja hidu bau busuk dalam office, kalau takat sampah kertas-kertas je tak pe, ni sisa makanan pun ada, ape kesss?? so hargai cleaner opis anda, meraka layak menerima hormat dari anda. Sesekali beli kepok lekor 2 ringgit bagi cleaner makan.. atau kat kantin ada jual karipap, beli 5-6 biji bagi kat depa.. dia punya respect kat dia, berganda-ganda, minta tolong lap meja je. sat lagi siap angkut vacuum cleaner nak vakuum.. wakakaka ni aci cleaner kat opis saya la.. kita baik satu tingkat, dia punya baik ngan kita bertingkat-tingkat... terharu aku ngan aci ni..ehehehehe
ok selamat berhujung minggu.. tata
Friday, February 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Komen:
hehe tang cleaner tu..
kite selalu senyum n tego..
aci juga kt sini..
klu dh nama aci tu mstlah tua kan..
anggap juga cam mak2 kita..huhu...
yelah nk sombong2 pn dia gak lap meja kita..angkt sampah kita..vacuum kapet kita..kan kan kan..
eh senyum pn sedekah aperrrr...^_^
baik dgn semua org, insyaallah org baik dgn kita. kita buat taik org, taik jugak yg kita dpt...
=)
Post a Comment