Semalam baca cerita budak umur 7 tahun yang mati akibat komplikasi didera guru tu, adoiii kejamnya cikgu tu, anak yatim tu. Sedih betullah. Cikgu tu tak layak jadi cikgu la.. kita patut hantar dia pegi ke Palestin untuk berperang. Dia puak berani.. Ellllleh budak umor 7 tahun ko berani la... meh sini aku lastik tel*r nak? bacul betul, budak umur 7 tahun ko ikat-ikat, ko pukul, ko rotan ko hempas-hempas ke dinding. Tunjuk lagak dengan budak kecik, ape barang. Tak yah hantar pegi Palestin, kita lambak mamat ni kat mat rempit je udahla.. tak payah ramai, bagi 3 org mat rempit je, tercirit juga rasanya, kalau kena acah dengan mat rempit. Satu perkataan yang layak bagi kat lelaki yang pukul pompuan dan budak kecik ialah DAYUS. Dah la, kang tulis bebanyak acik emo. Not good...not good.. not good.
Rumah.
Semalam kat FB, ada kawan saya Huda dan Nazmi (suami isteri la) sedang hunting rumah untuk dibeli sekitar Bangi/Kajang. Maka saya pun menyibuk. Biasalah kerja part time, busy body. Saya pun masuk ke forum yang story mori pasal hartanah, terutamanya sekitar Bangi, dah lama tak jengah forum tu sebab dulu rajin jengah masa nak beli rumah dan nak renovate rumah. Sekalik wa tengok.. perggghhh terkejut bebeh, sebab tak terduga gila mahal rumah sekarang.. paling kokak pun rumah teres dua tingkat, build up area ciput je, pun dah cecah 350K, kalau bukak beso sikit, sikit pun takder beso mana, dah sampai 380K, itu pun bukak jualan, kejap je abeh. Yang developer buat sekarang banyak yang rega 400K ke atas. Mak aiiiii
Ishkkk cakap terus terang la,.. kalau sekarang ni saya baru nak beli rumah, mmg tak mampu la.. Nak bayar downpayment tu mungkin tak der masalah, boleh keluarkan epf, tapi kalo loan 90% dari rega rumah tu, mak aiii berapa riban nak bayo monthly tu. Serem la.. sekarang ni kat Lembah Kelang, takat gaji RM3000 layak beli apartment je kot. Kalau combine loan laki bini, boleh la beli rumah teres, tapi bulan-bulan, memang perit. Tapi kawan saya yang sorang, kami panggil Orang kaya Bangi boleh beli rumah teres beso-beso sampai dua ketoi, pakai honda CRV lagik... banyak betoi duit kawan aku ni.. meh sikit jariah kat aku..
So saya rasa, adik-adik yang mana sedang berusaha nak beli rumah tu, teruskan niat korang, kereta, biarlah ala kadar sekadar keperluan, yang penting beli rumah dulu. Kami dulu pun pakai keter iswara second hand je, pastu pakai wira jek, up sikit baru beli mr grey tu, tu pun kereta kasta paling murah dalam pasaran MPV. Masa tu Ixora belum keluar la.. Beli keter gempak-gempak pun tak guna, ini hari beli, esok dah jatuh harga. Rumah tak der yang turun rega, kecuali kat bukit beruntung tak tak berapa untung, dengar kata dulu memang drop harga rumah kat situ, sekarang dah naik balik tatau le. Memang perit beli rumah ni, tapi nak tak nak kita nak kena beli juga, selama mana kita nak menyewa kan? Uhuks, cam kami juga, memang perit sebulan bayo duit rumah je abeh separuh gaji. tinggal separuh gaji, yang separuh tu la nak bayo insuran anak beranak, sebulan dah berapa ratus untuk 4 beranak. Duit gaji bibik, kereta, hutang-hutang keliling pinggang lagik, hulur ke emak sikit. Tolak-tolak semua, baki gaji yang tinggal tu banyak lagi gaji bibik.. ahahahhaha
Kenangan membeli rumah pun kenangan manis untuk pasangan suami isteri, walaupun beli rumah kecik je pon, tapi tetaplah excited dan teruja. Masa beli tu tak berapa excited sangat, sebab tak plan nak duduk situ, nak sewakan, tetapi bila gomen kata dah beli rumah kena keluar kuarters, lepas tu fikir sayang pulak rumah baru nak bagi orang duduk, kami berubah fikiran, terus nak duduk, dan plan nak buat renovation. Masa proses renovation inilah keterujaan tu meluap-luap, tak sesabo nak duduk rumah sendiri.
Kenangan kami, masa ni baru lepas 3-4 bulan beli, Alhamdulillah, rumah siap lebih awal dari dijangkakan.
Sesekali pegi round tengok progress rumah.
Kejap diaorang buat, tak sampai setahun dah siap. Masa ni kami dah mula beli lampu, kipas, dapur, dan lain-lain, sikit-sikit beli.Bermula era kekeringan saving sedikit demi sedikit. Kecik je kan rumah asal? kalau tak silap 1,400 kaki persegi, lupa dah.
Dapat kunci, terus cari kontraktor untuk buat renovation, masa ni kos bahan binaan tak begitu terlalu tinggi macam sekarang, tapi kesian juga kontraktor, tengah renovation harga simen dan besi naik mendadak, ehehe tapi dia kata dia kira harga awal dia bagi juga la. Cuma dia tak untung banyak la, sebab kos meningkat, margin keuntungan dia menurun la.
November 2007, siap sepenuhnya.. Alhamdulillah, kos major renovation ni lebih kurang 80k sahaja, tu dah termasuk, grill, tembok, pagar, bumbung keliling rumah tu, tiles kat porch kereta. Berbanding baru ni jiran saya buat, renovationnya kurang dari apa yang kami buat, tetapi kosnya cecah 100K. tak termasuk bumbung keliling rumah, dan pagar. erkkkk terkejut kami. tak sangka, jauh beza betul harganya.
Masa ni dah siap, saving licin.. serdak pun tak der dah... betul-betul menunggu duit gaji je masa tu, gamble betul masa tu. |
Jadilah walau rumah tak beso mana, selesa la buat kami anak beranak...
16 Komen:
Sangat setuju kak..harga rumah sekarang ni memang mahal. Memag lega dah beli awal2 dulu. Tak la awal sangat pun haha..
Angah beli teres 2 tingkat lot tepi tu dulu RM244K (5000kps) besar kan..Alhamdulillah.
sekarang ni kak...fasa 2 dah naik RM 330K..amik ko..
Kereta janji boleh jalan dan selesa sudah la..angah pun pakai saga je.
tu la kak, sy dok tengok rega rumah, mahai nak mampuihh. dapat gaji kalu, tolak duit rumah, mmg takleh saving byk.
kot sp takpa la murah lg. kot lumut ni boleh tahan la mahal. hohohoh.
ermm..mmg kt bangi tu...
teres 3 tgkat keatas sikitt je..
xde la lebo mana...lebih sengah juta..
gileee!!!! tecirit tgk!!
*dok bangi tp flat je..sib umh sndri..
Angah-rumah angah memang best... berbaloi-baloi membeli...
GC-kat lumut pun mahal gak ek?? ishkkk semua tempat pon mahal ek..
TK-setengah jota?? pergghhh
*pitam
pabila sesuatu yang asalnya 'terancang'....menjadi tidak terancang....hanya kerana 'hak'....maka segalanya sudah seperti tiada lagi 'had'nya...sudah tiada lagi yang bisa untuk 'mengawal'nya...
namun...apakah benar begitu....?
sedangkan pabila berbicara tentang hak....akan ada juga hak yang lain...
biar dimana pun 'permulaan' nya...yang saling membezakan dalam membuat pilihan.....adalah pada matlamat...kekangan....kaedah....
pabila matlamat serta kaedahnya selari.....tiada lagi yang diharapkan....selain dipermudahkan urusan dunia akhirat....dalam menuju redha Ilahi...
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
mmg dh beli umah tp terbengkalai 8 tahun. apa crite. serius cakap bila tgok umah kpnut tadi dari 0 smpai dh cantik siap, bergenag air mata ni, anak dh darjah 2 tp dok nyewa lagi kat flat sewa 500/mth. siapa tahu tmn lestari permai blakang pasar brong seri kembangan? tu la umah idaman (konon). TALAM punya masalah pembeli kena tanggung...kementerian perumahan makangaji buta, kerajaan negeri YG DOLU2 membuta, padan muka kalah PRU12 so diingatkan jgn kacau krjn PR sgor buat keje...air mata meleleh ni...RM800 sebulan bayar kat bank yg moto perkhidmatan mereka "masalah anda bukan masalah kami"......rakyat didahulukan konon, taik kucing. Talam Corp dan BN go to hell! PLEASE ALLAH, TAKE THEM AWAY! FAR2 AWAY...KE LUBANG KUBUR. teraniaya sungguh rasanya...
IK-madah-madah awak ni puitis betul, kagum la.. tabiikkk
Jamie-alahai kesiannya akak dengar... ada juga kawan beli rumah kat situ, sama juga terbengkalai... mmg sedih sgt bila jadi macam tu... TALAM mmg problem, tp mujur hubby dulu beli aprtment kat puchong dulu, talam juga, tp sempat siap, lps siap projek tu dia ada masalah..
cik puan pnut, saya lah tu yg masih menyewa, kalau menyewa tuan rumah, tak suruh keluar, ok lagi (yea ke? bagi sayalah) tapi saya nih, ya Allah, asyik kena keluar je drp rumah sewa, samada tuan rumah nak duduk rumah tu, ataupun tuan rumah nak jual rumah :-( mmg kenalah entry ni dgn batang hidung saya.
cik puan pnut, saya lah tu yg masih menyewa, kalau menyewa tuan rumah, tak suruh keluar, ok lagi (yea ke? bagi sayalah) tapi saya nih, ya Allah, asyik kena keluar je drp rumah sewa, samada tuan rumah nak duduk rumah tu, ataupun tuan rumah nak jual rumah :-( mmg kenalah entry ni dgn batang hidung saya.
kak pnut,
apa forum yang akak tgk story mory psl hartanah tuh? kasik link bole x? mmg tgh survey nak reno rumah ni, Insyallah.. setakat yg saya tgk ni, mak aiii punyela mahal kos reno mcm bole beli sebijik lagik rumah hah!
saya pun beli rumah kt area seri kembangan dan nasib developer dia lebar daun bukan TALAM.. penah menyewa kat area puchong, rumah flat TALAM punye tp tgk hasilnya mmg x memuaskan langsung! kesian tuan rumah dulu, kasi sewa pun dgn harga yg sgt2 rendah sebab x de demand!!
thanks k.pnut :)
k.pnut,
rumah neighbour yg reno cecah almost 100K tu rumah CikD dgn kak raja ke? tu cost sekali ngn swimming pool kot! hikssss
Anon-takper la pelan-pelan kayuh, ada rezeki nanti akan dapat beli rumah sendiri.. Insya-Allah..
Yazeda-rumah jiran sebelah ni dah lama renovate, lebih kurang kami je, kalau silap selang sebulan dua gitu je, rumah diaorg lagiiii maheiiiii kitaorg cikai-cikai jek...
Lupa lak, yazeda-forum akak tgk ialah forum cari.com.my search kat topik hobi dan kehidupan.. rasanya aida pun tau kot...
saya pun saving abis licin siap terpaksa hutang lagi kak pasal nak beli umah. beli 2nd atas tangan org. sekarang ni tgh pelan-pelan isi barang. mujur la jugak jumpa rumah teres 2 tingkat murah sikit.
renovation nanti 10 tahun la. skrg ni pun rumah belum bercat lagi kat luarnya. tapi takpe la. asalkan bayo bulan bulan utk rumah sendiri.
Salam Pnut...samala kita..mokcik sekarang memang tengah bulan kekeringan gara2 membuat rumah. Tapi lega rumah dah siap w/pun kini nak membayar balik loan itu uhuk uhuk uhukkk...
glemer pulak ai terbit nama dalam blog kak pnut ni. kami decide beli rumah second je la stkt ni. esok mahu tengok bhgn dalam rumah dgn agen.. tadi pegi cari tengok luar cam ok.. tapi penyewa la ni budak bujang lelaki, tak tahu la camne rupe dalam tu. doakan kami ye kak, semoga dipermudahkan urusan kami untuk memiliki rumah ni. dah berkenan sgt sebab end lot, nak corner lot kirim salam la, nak cekou setengah juta kat mana.
Post a Comment