Monday, March 28, 2011

FILEM SANG PEMIMPI


Terima kasih kepada RUDI yang tolong belikan dvd SANG PEMIMPI dari kota Jakarta,

Saudara Riri Riza pengarah Laskar Pelangi mempunyai satu bakat yang saya kira amat luar biasa. Kalau saya rasa Laskar Pelangi dulu sudah cukup indah dan menyentuh jiwa.. Maka Sang Pemimpi jauh melangkaui tahap itu. Sang Pemimpi kena tonton dengan hati dan jiwa, bukan dengan mata dan telinga semata-mata. Terpana, kami 3 beranak tengok filem ni. Dan tanpa ragu-ragu kami ishtiharkan kami dua laki bini, adalah peminat tegar saudara Riri Riza dan filem-filem beliau. Tahniah untuk beliau.

Di Malaysia, kita ada saudara Dean yang mengarah filem Crayon, filem yang bagus, tapi sayang rakyat Malaysia tidak berminat, dan filem Crayon gagal di pawagam, tetapi menang dihati mereka yang menontonnya. Kerana kurang budget mereka tidak mampu adakan promosi besar-besaran. Mereka tidak dibiaya company besar-besar dan gah, mereka cuma ada 'mereka'. Dan ramai anak-anak muda yang buat filem-filem Indie yang best, tetapi mereka bergerak sendiri, tidak kemana. Adakah menteri berkenaan patut bertukar memberi laluan kepada mereka berprofil lebih menarik untuk menerajui? Mungkin...

Balik pada Sang Pemimpi. Mengembang watak pada Ikal, Riri Riza cipta watak Arai, iaitu sepupu kepada Ikal, yang kematian bapa, yang kemudian diambil bapa Ikal dan dijaga, Ikan dan Arai anak kampung yang pintar, disebabkan di kampung mereka tidak ada sekolah menengah, mereka bersekolah di Manggar, satu pekan kecil di Kepulauan Belitung. Tinggallah mereka di bilik kecil dikongsi, di sekolah mereka berjumpa sorang lagi kawan baik, iaitu Jimbron, yang kurang pintar tetapi sarat dengan kasih sayang.

Cerita ini bukan cerita komedi, tetapi beberapa babak kita akan ketawa, dan seketika kemudian kita akan bersedih tanpa disuruh-suruh. (bersedih dengan dipaksa itu adalah kepakaran Rosyam Noor dan Rashid Sibir) Arai anak kampung yang kehilangan ibu bapa, menanam cita-cita untuk ke Paris suatu hari nanti, dan itulah yang menyebabkan semua ini terjadi, mereka berusaha dan berusaha untuk sampai ke Paris, itulah mimpi mereka, mimpi mustahil, tetapi juga tidak mustahil sekiranya nekad itu ada.

Selepas sekolah mereka akan kerja memunggah ikan, bekerja di ladang, di restoran, demi mengumpul duit utk ke Paris. Ini sinambungan dari filem Laksar Pelangi "Ah Ling" yang Ikal suka pernah bercerita tentang Paris. Mereka kumpul duit, tetapi satu hari ada sorang makcik miskin datang ke rumah Ikal untuk meminta sedikit beras, dan Arai walau nakal, tetapi amat matang, Arai sangat kuat pengaruhnya dalam filem ni, Arai minta Ikal sama-sama pecahkan tabung, Ikal sedih tidak mahu, tapi terus didesak Arai, akhirnya duit yang mereka kumpul selama ini, diserahkan kepada makcik itu, untuk dijadikan modal berniaga kuih, mereka siap belikan loyang kuih, tepung dll. tetapi pengarah ni superb, dipersembahkan babak itu dengan berkesan.

Kali kedua Arai sekali lagi membuat kita menangis, bila mana lombong bijoh timah tempat bapal Ikal kerja ditutup, dan ayahnya kehilangan pekerjaan, akhirnya sekali lagi, tabungan mereka dipecahkan dan diserahkan kepada ayahnya untuk belanja. babak ni dibuat dengan simple, tanpa sebarang dialog tetap kesan yang diterima menyentuh hati, dan kita bisa nangis dongggg.

Kali ketiga, Arai yang bila petang selepas kerja, tidak terus pulang ke rumah, tetapi bekerja lagi di ladang, dan upahnya dia cuma mahu pinjam kuda untuk sehari. Kenapa? sebab dia mahu gembirakan hati Jimbron yang amat minat cerita lone ranger, dan minat kuda. Maka dia bawa pulang kuda, dan Jimbron menunggang keliling kampung dan semua orang kampung berkumpul tengok kuda. Dalam masa yang sama Jimbron suka dengan satu gadis yang muram, bersedih, selepas peristiwa rumahnya roboh dan keluarga meninggal, gadis ini tidak pernah senyum, tapi pada hari Jimbron menunggang kuda, gadis ini tersenyum. Itulah kekuatan Arai.. Arai yang suka bermimpi tinggi, tetapi tetap menunaikan mimpi orang lain.

Banyak lagi kisah menyentuh hati

* Jimbron menabung bersama-sama, walaupun dia kurang pintar, dan tahu tidak mungkin dia dapat ke Paris, semasa Arai dan Ikal dapat masuk universitas di Jakarta, Jimbron berikan tabung kuda beliau untuk mereka. dan katanya, dia tak mampu ke Paris, dan dia harap mereka akan ke Paris "dengan kuda' beliau. dan dua kawan ni tetap simpan tabungan Jimbron, bertahun-tahun, sehinggalah pada saat mereka mendapat tawaran biasiswa mereka pecahkan tabung Jimbron dan cakap, mereka akan ke Paris dengan kudamu Jimborn, uhuks.. sebak...

* Sistem sekolah dimana, semasa amek report kad anak yang pintar diberi dulu, dan bapak Arai akan mengayuh basikal basikal berbatu-batu, memakai, satu-satu baju 'bush jaket' yang dia ada untuk majlis terims report kad anaknya, kerana hari itu dianggap hari istemewa. Ada ketika Arai hilang semangat, dan dia ponteng sekolah, dan gagal, kecewa ayahnya, dan Arai mengejar ayahnya dengan laluan pintas, dan menahan ayahnya di atas jambatan, dan berlaku sekali lagi, satu adegan tanpa kata-kata, tetapi menyentuh jiwa kita.

* Erkkkk banyak lagi la... erkk kena beli dvd la.. kat sini tatau nak beli kat mana, sebab saya tak war-war sapa nak beli dvd ni masam laskar pelangi dulu sebab kata Rudi, kat sana pun tak banyak yang ada, Rudi cuma dapat 2 je... dan satu tu dah ada orang pesan awal-awal lagi..

nak tulis byk lagi, tp masa tak izinkan.

mode tulis blog :- skema,

16 Komen:

Dee on 2:00 PM said...

alamak kak, sy mmg jatuh cinta dgn laskar pelangi..camana lak nak cari filem sang pemimpi ni..kalo ada..war2kan ye..thx..

Bawang Merah on 3:43 PM said...

Kak pnut, saya pun nak jgk....sang pemimpi ngan laskar pelangi

Pnut on 4:01 PM said...

Dee dan BM-erkkk akak tak sure la cemana nak dpt, kalo-kalo ada org tulung beli boleh la akak belikan..

rasanya dah boleh download kot... ada kat internet dah..

ieda on 5:17 PM said...

apasal depa takmo tayang kat wayang ka tv ka cerita2 best mcm ni....asyik dok tayang cerita tak masuk akai ja tiap2 hari.

pasal yuna tu..hehe...ngko jangan londeh teruih nooo...

bab SPM..
honestly...zaman ni saya dah tak respect sgt dgn bebudak yg kat IPT...nama ja ada pengetahuan akademik yg baik tapi moral hampeh.. (not all but a lot)

JHaZ KiTaRo on 6:23 PM said...

best eh?? nanti laa tgk.. anyway, salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog Aku Sebutir Pasir kalau berminat nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)

amrie said...

salam kak pnut.... wqlaupun sy dh lama dload citer sang pemimpi, sampai skrg lum sempat tgk... tp adik sy mmg suka... saya just tgk skip2 je sbb rasa laskar pelangi lg best... tp sy suka arai main gitar nyanyi fatwa pujangga tu... terus berangan nk blajar main gitar... hahaha... mb lepas ni leh tgk sang pemimpi lak...

kalau x silap... laskar pelangi ni ada beberapa sambungan lg... kira sang pemimpi ni yg kedua la... sbb ni base on novel... cuma x pasti kalo novel lain tu pun difilemkan gak ke x...

btw, ari tu ada dgr gak yg diorg dah pentaskn teater laskar pelangi kat indonesia... dgr kata diorg tgh cari kalau ada yg nk sponsor teater tu ke malaysia... nanti kalo ada further info, sy roger kak pnut

Pnut on 8:46 AM said...

Ieda-betul, byk citer best, tp dok tunjuk citer ngarut kat tv kita.. buang karang betoi...

Jhazkitaro- dah jengah, tgk sikit2 nanti baru nak terjah abeh, menarik..

Amrie-katanya muzikal laskar pelangi akan dipentaskan di IB antara bulan 9 atau bulan 10, ada informer gue bilang... harus menabung sehari singgit dari sekarang utk beli tiket

theorangelily on 2:29 PM said...

kak, kat internet pon ader jugak (utk sesape yg nak tp sebab kak pnut kate susah nak dpt...)

akak.. baca lah buku dia. lagi haru nangis2. tapi tapi tapi buku die agak susah nak dapat. ader 4. (lasykar pelangi, sang pemimpi, edensor dan maryamah karpov). sang pemimpi tu berbulan2 baru saya dapat. dari satu mph ke satu mph saya pergi... haih

dengar2 cerite, ader penerbit dari hollywood berminat ngan lasykar pelangi. sangat menunggu kalo projek tuh jadi. musti malatop macam slumdog millionnaire n andrea pon take it positive =)

Dona on 4:38 PM said...

Teringin nak tengok. Ni cerita yang Ariel Peterpan ada berlakon tu kan?

insan kerdil on 6:35 PM said...

tiap 'cerita'....sering 'bermula' dengan 'mimpi'....yang kemudiannya menjadi 'impian'....

biar pun 'persoalan' sering menjurus....kepada 'realistik' nya suatu impian itu untuk menjadi 'nyata'...namun 'persoalan' mengapa impian itu yang diimpikan.....akan membuka kembali lipatan 'sejarah' perjalanan kehidupan...yang menyingkap erti 'pengorbanan'...'perjuangan'.....sebelum suatu 'impian' itu bisa untuk 'direalisasikan'....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

najmi on 10:01 AM said...

serius film ni bagus. yg seronok lagu fatwa pujangga pun ada dlm filem ni. Kat mana lagi ek wenco nak cari dvd film ni? pelakon2 dlm film ni semua hidup wataknya.

rudy bluehikari on 4:04 PM said...

kannnn aku dah agakkk...musti ada org lelehhh punya tanpa disuruh2... susah gilos nak cari dvd neh. Tapi bila ada 2 tu terus sambaqqqqqqqq n bwk blk KL utk kakpnut tersayangg~

Dee on 4:58 PM said...

gigih saya cari entry sis balik..skrg tgh enjoy tengok sang pemimpi di Astro Box Office..smpi bengkak2 mata nanges..hahaha..

Angka Kode Alam on 12:57 PM said...

Very useful and useful information. I'm Always Looking For The Latest Articles From This Web.
Greetings from Angka Mimpi Burung Perkutut 2D 3D 4D

Angka Kelelawar on 12:50 PM said...

Mantap Surantap Bosku Ditunggu Lagi Artikel Menarik Lainnya.

Erek Erek Buku Mimpi on 11:48 PM said...

Konten Luar Biasa. Terima kasih telah berbagi. Saya senang mendapat kesempatan untuk membaca blog ini. Sekali lagi terima kasih telah berbagi.

Buku Mimpi 2D Abjad
Buku Mimpi 3D Abjad
Buku Mimpi 4D Abjad

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino