Tuesday, March 22, 2011

Sibuk, dan sebok dan menyibuk


Kesibukan la....
Tak sempat update, byk pic nak boh, pelan-pelan...
ada pic nak saya kongsikan, tetapi tak dapat rasanya, ada benda yang kena keep it as personal, so kalau mana ada FB saya, mungkin boleh jengah pic-pic kat sana. Lebih privacy.

Blog tak updateseminggu, takder banyak masa semasa bercuti untuk hapdet, malas pun ye, geram pun ye, Nuffnang sekarang pun slooooww je masyuk... dulu 2-3 bulan leh gak dapat 3-4 ketoi... ni dah berbulan-bulan dapat seketoi jek??? ermmm taperlah seketoi pun rezeki le jugak.

Pembaca blog pun bertambah dan bertambah, bagi orang lain, mungkin sesuatu yang menyeronokkan, tapi lain pulak bagi saya, saya mulai rimas. Saya anggarkan masuk opis baru privacy sikit, tak der kawan opis baca blog cam dulu, rupanya salah, saya ditegur sehari sebelum bercuti panjang itu hari di cafe opis ni, kata akak ni, dia baca blog saya, cuma segan nak tego kat blog, kebetulan terserempak, dia tegolah. Ermm kak at least, ada gak kawan bergossip saya.. eheheh.

Balik kampung, ermmm ada jugak mak sedara, pak sedara selain sepupu sepapat yang memang baca blog ni, baik belah saya mahukan belah pakcik gebu. tau je mereka cerita kami anak beranak, uhuhuhu, kenalah guna penapis untuk menapis entry blog. Pegi kenduri kendara, atau jamuan rumah kawan-kawan, seringkali saya diperkenalkan "hah, ni la pnut kawan akak yang korang dok baca blog dia tu" saya cam "whaaaatt??? budak opis baca blog aku??? ishkk terpaksa makan sopan santun, menjaga imej katanya.. dan terpaksa cakap sopan-sopan.. hahaha. heheh bukan takat bebudak opis kawan-kawan rapat, geng-geng opis jiran sebelah rumah saya pon baca blog ni secara berjemaah. *Lambai tangan pada staff kementerian P*******n Haiiii!!!!


Terfikir pulak nak privatekan blog, tapi kalau private, berapa orang boleh invite untuk masuk baca, dan kalau ada yang request, then kita tak respon, timbul pulak bab kecik ati, tersinggung, payooohhh!!!!!

Ok akhiri entry, kita paparkan, sekitar majlis pertunangan adik saya, yang mana, pakcik gebu telah menjadi jurucakap atau wakil dari pihak kami, hiks, orang pihak lelaki siap berpantun-pantun gitu, pakcik gebu taram buat lawak, kata dia "saya jawab yang hujung ja, kami terima... kalau saya berpantun kang sampai maghrib tak abeh, jenuh nunggu" hiks.. tak senonoh ling ai ni... Apa pun tengkiu la, kerana bertindak menjadi 'ketua keluarga' yang baik, selaku menantu sulung, dia lah saja pun harapan kami, nak harap adik lelaki saya?? huh??? diri sendiri pun tak lepas nak harap...


Gambar petunang-petunang tidak diletakkan, atas sebab-sebab privacy. sapo FB teman, leh la usha ke sana.

4 Komen:

ieda on 11:10 AM said...

femes macam artis..hehe

ros on 5:05 PM said...

Pnut, dah otai blogger..biasalah tu..

Nurraz on 9:13 AM said...

kak pnut, saya pun baca blog akak. w/pun idok ler kita kenal antara satu sama lain...tp rasa mcm dah kenal akak sekuarga bertahun2 dah sbb selalu sgt baca blog akak ni... hehehe...
sebelum2 ni saya silent reader aje, ntah nape tiba2 hari ni rasa nk komen laks...

sitinaminah02 on 12:37 PM said...

sy pun tak selesa kalo org yg sy kenal bc blog sy.. tp ada je, member ckp ofismate dia dok baca blog sy.. hooohoho

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino