Dulu masa muda belia, remaja gitu, saya tak suka Tun M, biasalah darah muda, tetapi bila bekerja, kita kena belajar banyak benda, ada masanya kita kena kerahan untuk membantu pegawai lain dalam buat research, kajian, masa tu saya rasa, bukan senang nak mentadbir satu negara ni. Bukan calang orang kita kena angkat, masa depan negara anak bangsa kita bukan perjudian. So saya rasa, dalam hal ni antara tokoh yang kita kena kagumi ialah Tun M, tidak boleh tidak, dia adalah seorang yang sangat berpandangan jauh, dan dengan ketokohan yang ada pada beliau, beginilah kita sekarang.
Buku A doctor in the house ni, tebalnya lebih 800ms, tadi saya dah selak page 655, mengenai idea penubuhan Putrajaya, interesting dan kagum, macam mana Dr. M decide kat mana sepatutnya bangunkan Putrajaya, dan perancangan yang dia atur. Sukaaa, nak baca lagi nanti. Buku dalam BI, walaupun saya tak terror BI, tapi bahasa Tun M tulis, mudah faham, jangan risau ye... dan harga buku ialah RM100, kalau tak mampu beli, pi la pinjam kat library, library awam, atau kalau keja gomen, suruh pustakawan korang belikan. Kalau pustakawan lembab, naseb le.. eheheh tp buku ni baru dilancarkan 2-3 hari lepas, dan semalam kami buat pesanan, hari dah terima. Ok puji diri sendiri, cepat dan pantas.
Kami order dua buah, dan baru sampai jap tadi, sudah ada officer call tanya, dan siap turun dan tunggu kami proses buku, rekod, key in dalam komputer, nah pelanngan pertama kami sudah meminjam, jap lagi lagi satu copy akan dipinjam oleh seorang penyelidik yang sudah buat phone booking. wahhh hot selling, kata pembekal, memang hot demand buku ni, maka saya pun tak sempat belek sepenuhnya buku ni. So bacalah kalau suka.
Sebut pasal membaca, dulukannn saya kalau tengok ada lelaki yang rajin membaca, saya rasa tertarikkk ok.. walaupun muka tak hensem mana, tapi bila nampak dia jenis dok dalam komuter pegang buku dan baca, masuk book store belek buku itu belek buku ini, dan kat hentian bas, kat memana ada buku, kompemmm rasa nak ngorat je.. hahaha tapi idak le ngorat, sedar diri badan cam beruang panda.
Cuma my komen, buku-buku kat Malaysia ni harganya mahal-mahal belako, buku nipis-nipis pun berbelas ringgit sebuah, kalau tebal sikit dan buku best sikit mau puluh ringgit, malah ratus ringgit. dengan kos sara hidup makin tinggi, orang fikir 4-5 kali nak spend berpuluh ringgit atau beratus ringgit nak beli buku-buku, baik beli keperluan asas ye dak?? Patutnya macam mana kerajaan bagi bantuan untuk penggiat seni, penerbit filem, buat filem drama, begitu juga bantuan untuk penerbitan buku, berilah subsidi atau bantuan juga, barulah dapat rakyat beli buku macam kat UK, buku murah-murah.. kata kawan saya kaki buku kat opis ni, masa dia duduk UK dulu, boleh beli beli berbuah buku dengan cuma 10pound je.
ok, sekian entry berbaur ilmiah pada hari ni...
16 Komen:
Dah masuk bakul belian judul baru ni...hat dulu beli pun tak khatam lagi..takpa..apa nama..buku dekat di hati..
Kak Wan
org selalu kata, keja kat library, mesti byk baca buku..huhuhu..pdhal kita byk deal ngan hal ehwal admin..(pastu blogging merata sama..hahahaha..)
okies, ingat nak suh acquisition order sebijik..ada gak tgk pelancaran dia dlm berita 2-3 mlm lepas..
suatu perjuangan....biar pun tidak 'bersama'....pabila ianya diperjuangkan atas prinsip yang jelas dan nyata....serta konsisten....disusuli dengan kaedah yang selari....akan terbitlah rasa 'kefahaman'....
dan bertambahlah nilai suatu perjuangan.....yang perlu dipertahan dan diteruskan....pabila merasai sendiri....tiap satu hasil daripada suatu perjuangan....dengan syarat mereka mahu berlapang dada.....dalam menerima kebenaran.....
buat yang lain....:
jangan bicara tentang kebenaran.....jika yang hanya ada fanatik....taksub...angkuh....dan seangkatan dengannya....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah....
wallahu'alam....
Salam P-Nut,
Kak Yan pun dah berangan nak beli buku Tun M tu...tapiiiii....takut tengok rega dia...tapi, bila dipikir balik, la ni, takat RM100 apalah sangatkan???...bebudak dok beli h/p pun berganda mahalnya.
Kak Yan memang suka penulisan Tun ni...English dia memang baguih!...Kak Yan masih simpan buku dia "The Malay Dilemma" tu... :-)
buku dr M tu ada in malay tak?
Kak Wan-beli kak best buku ni.
oren-dulu akak keja kat jabatan kaput, mmg byk bual keja admin, tapi kat wisma putra dan parlimen ni, mmg buat keja library je..
Insan-hebat-hebat kata-kata awak ni, kagum seh..
Kak yan-sesuai beli..ehehe kang pencen boring-boring leh baca
Nett-takder versi BM,
pinut
diumumkan librarian saya memang lemau.. nak beli kamus bahasa jepun pun bertahun kena tunggu.
sabar ajelah aku..
tapi zar mengidam beli sendiri buku ni.. tak syok kalau pinjam buku yg hebat hebat ni...
I like...
Saya pun sudah dapat buku ini...semua kedai sudah tak ada stock sampai orang kampung I sudah roger2 minta cari celah mana sekali pun sebab dekat JB pun sudah yhelek. Saya beli 2 buah ...itu lah last kopek lepas tu dah tak ada dah kena tunggu bulan depan reprint.
Saya memang amat mengagumi Tun M. I suka cara pemikiran dia - I dont care about politics - tapi pada saya he is a great visionary leader yang tak akan ada di Malaysia walaupun untuk 100 tahun lagi.
Selama ini buku ttg dia ditulis oleh orang lain, so pemandangan itu tidak represent his (Tun M) thoughts, so I beli buku ini to pick his mind, nak tahu cara dia berfikir dan melihat akan sesuatu perkara itu secara critical dan strategic.
I bangga whenever I pergi hadiri global events di luar negeri, semua orang kenal dan kagum dgn apa yang Tun M buat.
So, I sarankan semua orang beli buku ini dan baca dari sudut critical mind dan bukan sudut political.
Edisi BM akan keluar later, tatau bila.
1st., nak like statement Insan Kerdil...
2nd., tang mana ilmiahnya tu amat2 kelako.. nak ketawa kjap hahahaa.. (okeh abih)...
3rd., smalam ptg ade borak2 ngan sorang doktor pakar kontrak dari India, dia memang minat giler ngan Tun M. dia citer gak dia nangis masa Tun M nak bersara dulu... teruja sat saya mendengar...
kak pnut.
anda telah membuatkan saya menjadi sorang yang marahhhhhhhhh..
saya nak beli buku tuuuuuu!. pergi MPH seremban, sold out!. bengang betul..besok nak gie tgk kat MPH alamanda..agak2 ada lagi tak kak?.
stresss betul!.
Saya pun kepingin buku itu dong! Kat MPH Alamanda memang takde sebab diorang tengah renovate. Kahkahkah.
Salam..
betul kata-kata kak pnut..
buku kat malaysia mahal nak dibandingkan dgn negara lain..
saya rasa elok juga kalau kerajaan bagi peruntukan untuk industri penerbitan buku2 ni...
barulah kempen membaca berjaya...
lagi pulak, ada sesetengah buku yang susah nak diperoleh mcm buku2 sasterawan negara kita...
biasanya buku2 ni diterbitkan oleh DBP dan tidak terdapat di kedai buku biasa...
dekat pesta buku antarabangsa, barulah dapat jumpa buku2 ni...
Zar-saperkah librarian itteewww.. teeettttt... org barukah atau orang lama??? eheheh
Kak Mazni-library UKM sure borong banyak ni...
MA-i teringin nak beli, tapi tunggu banyak duit dulu eheheh buat masa ni dah ada kat library baca library punya dulu
Aini-ye masa Tun M bersara, akak rasa sedih gak, sebab takut pengganti dia tak mampu jadi macam dia.. berpandangan jauh
Ayob-buku ni dah abeh stok, next month la.. MPH alamanda tutup for renovation
Dona-kat library opis awak mesti ada, cube tanya Puan Rohana.. eh awak kat AG kan???
Farea-ya buku sastera memang sudah dapat sebab tak ramai publisher nak terbitkan, sebab mereka bermotifkan keuntungan, DBP je yang pubish. nak tak nak ke beli kat DBP, tapi boleh rekues kedai buku tolong orderkan..
Pnut- takkan nko simpan kat Library je. Org lain nak baca jugak...
kak pnut,
hari tu saya beli buku ala ensiklopedia. harga dia £50. tapi dia jual £4.99. isk, gila sekejap dibuatnya. rasa nak borong semua
Post a Comment