OK mood adalah untuk balik kampung. Dah dekat nak raya kan? seronok, tapi sedih juga, sebab ramadhan akan berakhir, kita tak pasti lagi tahun hadapan panjang ke usia kita nak bertemu Ramadhan lagi. Moga panjang usia kita semua..
Patutnya kami nak gerak balik malam ni, tapi bila fikir balik, pakcik gebu ajak balik Perak dulu, rumah kat kampung tu dah lama tak berpenghuni, sesekali je adik ipar saya yang duduk Grik akan balik bermalam kat rumah pusaka tu. Baru ni anak-anak buah balik pun, katanya dah jadi 'port' kucing pulak. dengan semut penuh. Ermm sedih kan, bila bapa mertua saya meninggal bulan 2 itu hari, emak mertua di bawa anak-anak bergilir menjaganya. Jadi rumah tu memang sunyi dan sepi. Saya pun faham juga perasaan pakcik gebu yang mestinya rumah tu penuh nostalgia buat mereka adik beradik, disitulah mereka lahir, membesar, di situlah mereka berkenduri, berpantang, dan segalanya disitu. So sentimental value ada disitu. So kenalah kita faham dia kan.
kenangan Raya tahun 2006, Najmi berusia 5 tahun masa ni. Saya tengah gemuk sesangat masa ni, benci tengok gambar sendiri. eheheh
Patutnya kami nak gerak balik malam ni, tapi bila fikir balik, pakcik gebu ajak balik Perak dulu, rumah kat kampung tu dah lama tak berpenghuni, sesekali je adik ipar saya yang duduk Grik akan balik bermalam kat rumah pusaka tu. Baru ni anak-anak buah balik pun, katanya dah jadi 'port' kucing pulak. dengan semut penuh. Ermm sedih kan, bila bapa mertua saya meninggal bulan 2 itu hari, emak mertua di bawa anak-anak bergilir menjaganya. Jadi rumah tu memang sunyi dan sepi. Saya pun faham juga perasaan pakcik gebu yang mestinya rumah tu penuh nostalgia buat mereka adik beradik, disitulah mereka lahir, membesar, di situlah mereka berkenduri, berpantang, dan segalanya disitu. So sentimental value ada disitu. So kenalah kita faham dia kan.
kenangan Raya tahun 2006, Najmi berusia 5 tahun masa ni. Saya tengah gemuk sesangat masa ni, benci tengok gambar sendiri. eheheh
Anak-anak sedara pun dok sekolah lagi kot masa ni.
Kenangan Raya lagi..
Bila dah dekat raya, saya ingatlah nostalgia buat kuih raya dengan arwah tok, terutama buat baulu, huisshh orang tua dulu-dulu buat baulu terbaekkkk guna telur itik lagi, tepung jemur dulu. pastu ayak, telur pukul pakai tangan, biasa kudrat pak-pak penakan la yang dok 'timbuk' teloq ni. pastu bakar cara tradisional, guna dapur kayu. bawah tu ada api, kemudian periuk isi dengan pasir, atas tu pulak bakar dengan sabut nyoq (kelapa) jadi sambil dok bakaq baulu, meleleh-leleh ayaq mata kena asap sabut. Pastu part paling best, ketuk, keluar baulu berasap panas. Masa tu mulalah buat-buat sakit perut la.. sakit kepala la..muntah la.. akai nak ponteng puasa, sebab nak makan baulu panas-panas tu.. indah betul.
lebih kurang camni rupanya bakar baulu dulu-dulu, tapi tok saya pakai periuk biasa je, alas dengan pasir, pastu letak acuan, then sabut kat atas.
Pastu seminggu nak raya, tok-tok ni pakat buat dodol juga, kacau bawah rumah, teduh kan. gilir-gilir kacau, ishkkk mana la nak dapat balik suasana macam ni dah, nostalgia betul. Pastu emak saya pandai buat kuih bakaq (kuih bangkit) memang lembut dan gebu, dan biasanya memang orang akan menempah. Pastu emak juga buat sendiri tempeyek, saya ingat lagi, acuannya sempoi, emak guna penutup tin milo je, tebuk lubang kat tepi, pastu ikat guna dawai, nak buatkan, sendukkan adunan tepung cair-cair tu, pastu tabur kacang dan ikan bilis, rendam dalam minyak panas, nanti tertanggalla. goreng guna dapur minya gas tu. Ishkk best...
rumah kami ada dua jenis dapur, yang camni
satu lagi camni, dulu-dulu cam malu emak pakai dapur ni, tapi sekarang bila ingat balik, syukur, itu pengalaman sebenarnya, sesuatu yang berharga untuk saya ceritakan pada anak cucu nanti.
Kacau dodol ni biasanya kat kampung emak kat Penaga, biasanya hujung minggu kami balik sana, pakat kacau dodol dengan sedara mara lain. Biasanya depa buat dari petang, bawa sampai ke malam, sampai berjam-jam kan.. so malam tu bila tok kata masak dahhh tu diaaa berambat dengan sepupu-sepupu lain, pi cari daun pisang, sat gi tok cedok sorang sikit, boh dalam daun pisang, pastu makan panas-panas.. gilaaaa rindunya semua ni. Biasa dari petang sebelum asar tu depa dah start kacau dodol, orang lelaki kacau dulu, emak-emak dan tok masak nak bukak posa. nanti ramai-ramai bawa lauk sorang sikit, nasi sorang seperiuk, pastu makan 'berkelah' dekat tempat kacau dodol. Biasa port kacau dodol ni bawah rumah tok Ngah, sebab rumah tok Ngah tiang dia tinggi. Jadi kalau hujan pun selamat la.. so bila time nak berbuka, berhimpun la ramai-ramai bawah rumah tok ngah, bentang tikar, ada yang duduk atas pangkin, dengan ayaq kopi, pastu petang petang ada cina mai juai ais ketul yang sebata tu, ais tu balut dengan guni padi yang jerami tu, pastu ada sekam padi dibalut ais tu, keadah tradisional, untuk mentenkan ais tu.
Air masa tu tak dak lain la..sirap sesaja.. sirap perah limau, sirap selasih, tu pun nikmat dia.. aduhaiii nikmat sungguh. Kalau masa tu kena pulak musim baru lepas ambik padi, ikan-ikan puyu, sepat, ikan haruan boleh pi sauk-sauk ja dalam bendang, mengail kat tali ayaq, perghhh ikan haruan bakaq cicah ayaq asam, ikan puyu buat gulai, ikan sepat buat pekasam, huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa saya rinduuuuu... ishkk gulai ikan puyu + sepat, masak dengan ubi kemili..ishkkk sedapnya. pastu kutip kangkung atau daun selom tepi bendang, buat ulam, kangkung kampung, yang batang liat tu, main tarik-tarik je dari tepi bendang, pastu rebus, makan cicah sambal belacan. Best..best.
tapi la ni mana ada dah semua tu.. tak berapa best kan?? orang la ni semua main tunjuk ja.. kekadang rasa sayang semua tu berlalu begitu saja. Ibu-ibu moden sekarang tak dak masa nak buat biskut raya dah. Sayang anak-anak tak merasai keindahan buat biskut raya menjelang nak dekat raya, rumah tak berbau harum dengan kuih-kuih sendiri. Sayangkan kita yang melupakan semua itu. Ermm itu sebab saya pasti akan buat juga biskut-biskut raya sendiri, tak banyak sikit pasti akan buat, saya mau keharuman bau biskut dalam rumah, dan harumam itulah yang anak-anak akan rindui bila mereka berjauhan dari kita nanti. Saya nak mereka teringat-ingat, bila nak dekat raya, mama depa akan sibuk cari buku resepi, beli barang kuih, dan buat biskut raya. dan mereka akan tolong susun-susun biskut dalam balang, walaupun dua tray pertama mungkin habuan mereka je.
Kalau dulu siap berlumba lagi, emak hang buat berapa jenis kuih dah? ermm emak masa tu buat reti pon buat kuih moden, asal buat kuih moden samaada keras, terlebih kembang, rupa dan rasa tah hapa, tapi keseronokkan tu indah. Buat biskut pun yang belanja murah-murah saja, saya suka biskut peanut butter dan samprit of course, tapi biskut peanut butter tu memang tak pernah buat sebab mahal. kena guna spray (macam shortening tu) benda tu mahal, pastu peanut butter pun mahal, jadi kami buat biskut yang murah-murah je, yang tak der badam, biasanya buat yang murah, macam biskut mazola, samprit, kuih bakaq. Oven guna oven butterfly tu.
ermmm tetiba saya rasa sebak. terima kasih emak, abah, tok dan arwah-arwah tok penakan.. kerana memberikan saya pengalaman indah untuk saya kenang sampai saat ini.
13 Komen:
Pinut
zar adalah ibu moden yang typical. tetap gigih buat biskut sendiri untuk kenang kenangan anak dara sorang, biar dia teringat air tangan biskut ibu dia walau kemana pun dia merantau..
Biskut sendiri thn ni takdak lagi. thn dpn maybe la..wah nostalgia sungguh zaman kecik2 dulu kan. zaman2 masa takde benda2 moden ni.
kita mungkin beza byk tahun, (cewahh.. perasan muda okeh) tapi suma yg kak pnut cakap tu, sy sempat rasa. teringat timbuk teloq pakai menatang besi tu sampai tangan lenguh.dodol, family sy tak pernah buat. yg tempeyek tu, smpai skrg sepupu sy buat juai pn pakai tudung tin milo tu lah.haha.
kadang2 rasa rindu pulak dgn zaman dulu. huhu. mana nak cari dah zaman yg best macam dulu tu.
Kak pinut, syahdu la baca entry kak pinut ni, mmg best pun raya dulu2, tk sama mcm la ni. Banyak benda2 best dulu2 yg terpaksa kita korbankan demi mencapai kemajuan sekarang. To kak pinut & family Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin
Kak pinut, syahdu la baca entry kak pinut ni, mmg best pun raya dulu2, tk sama mcm la ni. Banyak benda2 best dulu2 yg terpaksa kita korbankan demi mencapai kemajuan sekarang. To kak pinut & family Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin
pnut...dodol baru angkat drp kawah tu sedap kan?kat tempat saya dulu cedok bubuh dalam daun nenas.
pnut..akak juga terkenang..buat bahulu..dulu2 selagi akak tak balik kampung..selagi tu..bahulu tak dibuat..
rumah kat kampung juga dah sepi..memang sedih..
pnut, zaman kita mmg lain dgn sekarang, kalau dulu waktu raya, mlm raya memang paling best, yg pompuan2 akan sebok masak2 untuk esok, saya ingat lagi kami semua tido pukul 2-3 pagi, dengan gelak tawanya, dengan sembang2nya..kami anak2 kecil pakat buka telinga luas2 dengar org tua bercerita w/pun sepatah haram tak paham
Lepas tu sebok dengar pengumuman raya, bila esok raya terjerit budak2 ngan bapak budak sekali. Main mercun, main bunga api, tak hengat tapi takde pulak putus jari, mata, kepala...ok je...
aaa saya pun miss that moment
Aku ni jenis tgn keghaih x boleh wat biskut. Tp kalo setakat kek n lauk pauk th leh la serah kat aku... Selamat Balik Kampung Cik Pnut!
kak pnut, mak saya pun salu ungkit2 kisah biskut zaman dulu2- yang peanut butter tu. selalu dia suruh saya carikkan menatang 'Spry' tu. dia kata ada gambar ayam kat tin. maner la nak dapat.. tapi tiap2 kali bulan puasa buat biskut raya mesti dia akan cakap benda tu. hehee..
betui la kak pnut..dulu nak makan kangkung kutip2 ja tepi umah lani takdak dah kangkung gitu..
biskut peanut butter pun buat gak tp rasanya takdak pulak menantang spray tu,ke mak saya punya dulu versi lain..nak tergelak tau,sebab dulu kami salin resipi dengaq dr mulut org...dok panggil kuih tu 'finabata' punya la tak reti...dah besaq ni baru la tau..peanut butter rupanya...kekekeke
Mush pernah rasa wat dan bakar baulu mcm tu. pepagi lepas sahur nenek dah panggil suruh pukul telor pakai pemukul besar dalam tempayan. Nak bakarnya seksa aaaaa..sehari suntuk tak habis2... kalau kat batu pahat, ada tambahan...ada baulu gulung...mcm kek gulung tu tp ni baulu. dlmnya letak jem nenas...best best...
awai cik pinat balik kampung..
selamat hari raya drpd MDT sekeluarga :)
Post a Comment