Sabtu dan Ahad
Jangan kata budak sekolah, kita yang menyara budak sekolah pun terover gedik nak cuti. kalau boleh bak kata garfeild, I wish that everyday is a Sunday.
Ok kaitan cuti dan entry ini ialah, cube korang bayangkan cuti 2 hari kan?? emak bapak budak bernama Mior Adha Najmi itu, berulang kali bertanya "Abang, kamu ada homework?" katanya takder.. ok fine.. takder kan... so lepas buat latihan KUMON, dan paksa belajar lebih kurang dia dibenarkan tengok tv, dan bermain.
Dalam pada tu babah dia yang bela jin api tu pun tanya lagi "betul kamu takder homework?" dia pun sepuluh kali ganda confident, "takder babah,"
Pagi tadi.
Pukul 6.30, kejut dia bangun, pegi manadi, solat subuh..ok tak der kes dia tido balik ke hapa kan?? ceria sikit mood saya, saya masuk bilik bersiap bagai, pukul 7.10 lebey kurang, saya keluar dan nampak dia tekun menulis dia meja tulis ambek kooo dia tengah buat homework Maths...
cube korang bagi wahyu sikit, cemana emak dia nak bersopan santun, ceria dan senyum manis di hari Isnin.. Isnin ok..Isnin.. Isnin the lazy Monday. Aduhai..mujur la masa ni jin-jin belaan semua baru lepas Qiamulail gamaknya, dan prepare nak solat Dhuha. (Jin Islam ni) jadi mood nak marah tu hilang terus sebab i knowww if i marah-marah, not good ok..it is bad... jadi gua bebel lebih kurang, geleng-geleng kepala, dan seranah lain dalam hati je.. kalau ikutkan hati mau bertukar jadi serigala jadian kejap. tapi sebab pepagi Jin Islam bertugas, jadi mood pun islamik sikit.
Pakcik Gebu pun menahan marahhhh je sebenarnya.. aduhai anak tak tau le cemana lagi nak kabooooo gitu le peelnya anak lanangku
Kagum gile kalau ada emak bapak yang cool dan penyabar suci murni usap-usap kepala anak yang tak buat homework dan tinggal lagi 20 minit nak masuk sekolah baru terkial-kial buat homework, kagum seh kalau ada parent yang dalam situasi begitu pegi usap-usap kepala anak, dan nasihat yang mulia-mulia.. "jangan buat camni lagi ye nak, kan mama dah tanya, ada homework ke tak, naper sayang tak buat, kan dah kelam kabut pagi ni," kagum sesangat skill parenting gitu. Bagi kami yang out off parenting skill ni, rasa cam nak telan-telan budak...nampak haluihhhh ja...
Tapi saya rasa ada ooo orang cool camtu, itu hari saya borak ngan Auntie Yan kitaorang borak-borak pasai anak-anak le, kak Yan dah berpuluh tahun jadi emak, anak teruna dah beso, dan boleh bermenantu, kata dia anak-anak dia bukan nak puji behave, dan tak payah jaga, tu sebab pening kepala kalo ada anak-anak jiran/sedara datang bertandang yang emak pak jenis melangut bersembang atau baca paper tak reti nak tego anak terkinja-kinja dalam rumah orang, jamu makan, dengan makanan bersepah, jamu air, tumpahkan air. emak pak leh cooollll seolah tiada apa berlaku. hahah ye dak kak Yan?? kita lak berbulu nengok..eheheh
Itu hari saya ngan pakcik gebu, dengan bawa Alesya pegi jalan-jalan breakfast pagi, kitaorang makan kat kedai ni kan, dok la kat dalam airocnd area (senang sikit, nak kawal anak dara yang lasak tu tu) so ada la satu family ni, aduhai, menyebabkan saya betul kagum seh.. emak bapak depa cool je.. ada 4 anak kecil-kecil, saya bagi singkat ikut anggaran umur anak-anak ni le senang, krianya paling sulung 4 mewakili 4 tahun gamaknya, then adik-adiknya no. 3, 2, dan 1 kira umur la tu. kira tahap produce setahun sorang ni. udahlah satu room tu bising dengan jeritan anak-anak dia, (bilik beraircond kecik je, cam beso bilik tido je) pastu si 4 makan, luah, letak balik dalam pinggan, tapi pinggan si 3, kemudian 2 pulak turun kerusi, pegang selipar dengan tangan, pastu pegang makanan, emak sebok ngan adik paling kecik si 1. Kemudian 4 dan 3 bergaduh pulak, baling-baling makanan.. manakala si 2 pulak tumpahkan air. Bapak dia cool gile.. tak der pun nak cubit sikit anak ke, nak cakap, eh jangan, malu orang tengok. atau emak dia nak pisahkan 4 & 3 sorang dok sana, sorang dok sini ke.. yang si kecik 1 pulak pegang sudu dan ketuk-ketuk meja ketung ketang.ketung ketangggg
Pastu si 2 jerit lagi, sebab nak main dengan HP emak dia, emak dia bagi, kemudian si 3 pun sama berebut nak HP tu juga, pak dia yang cool, keluarkan HP dia bagi kan 3. Pastu si 3 boring main HP, sambung main makanan, dia cedok mee dari pinggan bapak dia, kemudian amek bubur nasi si 1, tuang dalam pinggan bapak dia.. OMG. Betapa Tuhan itu Tahu Segalanya, baru saya tau kenapa isterinya murah rezeki beranak tiap tahun, ALlah tau depa boleh lalui semua ini dengan ketenangan dan rileks, dah porak peranda gitu, si bapak boleh lagi baca paper dan menyuap makanan, malah bubur nasi yang dah cara marba campur bihun, campur nasi goreng pun dia abehkan selamba. Gila punya cool.
Hahah saya dok imagine, cemana kehidupan mereka di rumah, sure rileks dan bersahaja... On the other side bagi saya la, kekadang sikap cool sangat pun tak berapa bagus, anak-anak membesar kena ditegur dan dimarah, bila terlalu bersahaja, dia selamba je pegi rumah orang pun dia terkinja-kinja macam dia biasa buat kat rumah sendiri, main-main makanan, tumpahkan minuman. sebab dia rasa dia tak buat benda yang salah.
Sekecil Alesya pun dia hanya boleh makan kat meja makan je, no jalan-jalan..
Budak suka makan kismis dan kurma. Seminggu sekali beli stok kurma dan kismis nih.. sian ko dik, makan kismis pun kena duduk kat dapur.. ape nak buat... emak ko over...
Muka riang ria dapat kunyah kismis dan kurma
Alamak, ada orang rekues suruh saya rajin-rajin letak resepi-resepi sempoi-sempoi dan koboi tapi sedap untuk emak-emak berkerjaya, dan masak dengan masa yang sangat limited. Ok pelan-pelan saya akan letak sikit-sikit.. Tapi harus ingat, resepi semua koboi je ek..takder remeh temeh, cuma sedikit tokok tambah dari resepi normal manusia lain.
Ok sekali lagi saya persembahkan... mudah, simple dan sesuai untuk anak-anak dan bapak-bapak.. ada orang suka ayam masak kicap cair-cair dan sempoi, semata tumis bawang dan kemudian letak kicap je kan?? ok fine.. tu koboi tahap koboi bunga... ni saya bagi koboi profesional sikit..eheheh
ayam masak kicap mak Pnut, masak kicap bukan kacip..
7-8 ketui ayam (di goreng dulu, gaul dengan garam dan rempah kari daging)
*2 biji bawang beso yang beso
*5-7 ulas bawang putih
*sedikit halia
3 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
2-3 sudu sos tiram
1 sudu beso rempah kurma (kalau tak suka leh kurangkan sikit, tp acik suke jee..)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Kacang peas dalam tin (kalau ada, kalau tak der taper)
sikit gula bg balance rasa masin tu
kicap la of kos kannnn ,
yg tanda *(bahagi 2, satu untuk hirisan, dan satu utk blend)
Caranya
1. Blend sebiji bawang beso, 3-4 ulas bawang putih dan halia dan rempah kurma
2. Tumis 3 beradik, dan bahan-bahan dihiris tadi (bawang beso sikit, halia, bawang putih)
3. masukkan bahan blend, lada hitam dan lada sulah (masuk air sikit, dalam suku cawan)
- masak sampai naik minyak, betul-betul naik minyak, bukan sikit je naik minyak korang dah kira ok nehii sile pastikan naik minyak dengan elok sempurna.
*tips, kenapa masukkan air sedikit, supaya bahan blend tu dimasak lama sikit sebelum naik minyak, so that bahan tumisan kita lebih terasa sedap.
4. masukkan sos tiram, masukkan kicap, masak sikit., (agak kekeringan la, tak basah-basah sangat)
5, then baru masukkan air, ikut la nak pekat ke, nak berkuah sikit ke.tambah gula sikit ek..ikut sesedap rasa
6, Masukkan ayam, kacang peas, masak sikit lagi, then tutup api
*leh tambah cili padi kalau nak pedas, boh sebijik2 je kalau blend kang bebudak tak leh makan, kalau nak tambah bawang beso potong bulat-bulat pun boleh.
Ok sekian resepi of today.. simple dan sempoi...
tak caya cubelah, ada kelainan..ehehehe
tak la susah sangat kan, basic-basic benda ni pun memang ada kat dalam rumah kan...
9 Komen:
Kita serupalah kak tang makan kat dapur tu...Kalau ikutkan anak anak, mmg nak makan depan tv sokmo...sambil baring baring atas carpet...ewah ewah !!! Ingat omaknya ni banyak masa and kederat nak bersih karpet? Dahler omaknya ni buat segala benda, tukang cuci, tukang sapu, tukang basuh, tukang lap, tukang mop, tukang pencacai bagai...no no no...sila makan di dapur atau di meja makan sahaja...Bekas tofufa tu dah standby siap siap sorang satu, buat letak coklat, biskut, kacang dan dok elok elok kat meja...Bawak makan kat depan kalu, siaaapppp !!!!
pinut
yelah zar pun serabut kalau mak pak jenis cool tak tegur anak.. zar pulak yg over rasa nak ggggrrrr.. makan mesti di meja makan, letak barang mesti ditempatnya. kesian anak anak dapat mak pak over cam kite rni kan.. ehheh
tang masak kicap tu, zar memang pantang masak kicap guna kicap manis.. huhuu potong terussss..
Pnut - pagi tadi masa bfast dengan Adik (dia MC sebab demam), I terjumpa kawan I yang anak dia pun sebaya dgn Adik. Lepas bersalaman, kawan I ckp kat Adik - besok trial UPSR kan?
I terkejut - and tanya Adik, betul ke? Ngapa tak cakap dengan Mama? Dia boleh tersengih and cakap "lupa".
Nak swing ke tanak swing nih?
Sah lah UPSR lebur...
KLmari-ahahah ayat awak yang last tu macam sama je ayat-ayat akak sokmo..ehehehe
Zar-haah, pnut pun tak suka pakai kicap manis, ehh dlm resepi ni lupa kabo taruk gula sikit kan?? ehehehe
MA-ayooo lagi nak urut dada kalau macam tu..saboooo je la... eheheh
Baguih la pinut jin islam bela ko ari ni...
bak kata ustaz aye, tgh umoq bebudak ni kalo baik sangat, pendiam sangat, sopan sangat..pelik la pulak...macam anak nko ni..kira normal la. kurang-kurangnya dia bagi keja kat jin jin mu tu.... ahaks
kak pnut,
anak2 tara nak besaq,lagu tu lah.. comelnya bahasa kedah ni.haha. idgham nk baca ayat ni kena betui. ;p
pak hat dok baca surat khabaq, ank dok berkelahi tu mmg cool tahap nak kena tuang bubuq nasik atas pala, tengok cool ka dak. tak mau lah dpt laki hat cool mcm tu. tak mau!!! haha.
resepi tu nnti kena salin siap2, nnti kena teraiiii... hihi..
pnut..
bapa budak 4 org tu cerdik ka dak???
saya cukup tak suka budak2 yg sempera semacam bila p tempat orang.sakit hati tengok..anak2 saya pun kadang2 buat rumah org macam rumah depa..walaupun rumah kawan rapat kita rasa tak seronok..takut kawan kecik hati.so tiap2 kali p rumah member dekat2 nak sampai siap warning esp along..."duduk kat ruang tamu ja..jgn nak jelajah..jgn nak p main game..rumah org.bukan rumah sendiri.."
tapi dgn nabila...hehehe..mati akai..takleh buat apa..
Angah-ahahah kira normal la ek peel anak-anak tengah membesaq noooo tinggai laki mak pak dia tak berapa nak normal dah..ehehehe
GC-haah, laki kalau cool sangat pun tak bagus, kang orang tengok cam, eh laki dia awat lagu tu?? tak reti mengawal situasi kah..eheheh
Ieda-bebudak memang la nakal, cuma saya hairan, kenapa ada parent yang jenis amat tak kesah, jenis selamba je anak dia tumpah air kat rumah orang, anak dia kecahkan mainan kat rumah orang, betul-betul dia cool.. kalau jenis anak dia nakal, tapi dia pun rimas, dan asyik nak menegur, jeling-jeling anak tu saya rasa ok, pernah kan jumpa parent yang cool giler camni?? yang jenis ayaq tumpah melimpah kat rumah orang dia cuma "laa air tumpah pulak,"
hahah kalau saya, tertumpah air kat rumah orang, dan-dan tu saya bersyarah tak tunggu balik rumah dah..hahahah pastu kelam kabut minta maaf kat tuan rumah, dan cari kain buruk, mop, nak bersihkan balik...
Rasanya parent2 yan terover cool ni sure rumah derang macam tongkang pecah kan..
Angah pun ajar bebudak tu slow2 dari kecik,makan minum kat dapur, main kemas balik, tengok tv jgn menyulam makan ke hapa..bukan ada bibik huhu..
Part kerja sekolah tu kan kak, Mungkin boleh duduk sekali ngan Najmi malam sabtu tu, bukak beg sekolah dan tengok buku2 dia. Kot2 ada homework. Kalau tadika senang, ada buku komunikasi cikgu-mak bapak kan, segala nea pesanan n homework ditulis..agak2 sekolah rendah pun patut buat la ye tak..
tengkiu bg resepi. nak kena try sbb ada campur serbuk kurma tuh.
Post a Comment