Thursday, January 09, 2014

Tips sediakan masakan cepat untuk keluarga.


Hari ni tiba-tiba rasa nak update blog, entah wahyu dari mana turun entah.

tertarik sebenarnya melihat ibu-ibu bersemangat menyediakan 'BENTO' perkataan asal bahasa jepun, orang Malaysia sebuat BEKAL, iaitu bekal anak-anak sekolah. Tapi sebagai ibu muda-mudi, ape barang sebut bekal, sebut BENTO la, up sikit kan?

Apa pun trend BENTO ni sebenarnya amat bagus. Sebab kita sediakan sendiri makanan untuk anak-anak.
Bagi ibu-ibu yang sudah memulakan tahniah, kepada yang bagi alasan bagai, tak sempat la.. tak sempat la kalau ibu 'sayang bangun pagi' hehehe sorry it's fact.

Ingatlah, 'ikat' kasih sayang anak-anak dan suami dengan masakan, agar dalam jiwa mereka selalu ada kita. Okey malas nak tulis panjang-panjang, kepada yang ingin berazam sempena tahun baru untuk memasak sendiri, meh sini ahkak sapinat kasi tips sikit ek... tips khusus sediakan bento anak-anak, dan bonus tips mudah memasak bagi ibu-ibu bekerja.

1. AZAM
Azam mesti kuat, niat dalam hati, nak sediakan makanan halal, bersih untuk anak, agar hati depa pun bersih.  bila kemahuan tu ada, jalan pun ada.

2. BEKAL APA BOLEH BAWA?
Ishkkk mana ada masa bangun pagi-pagi nak masak mee, meehon, keow teow, makaroni, roti john, makaroni bakar?

Bolehhhhh sangat... ini tips berguna.
Sediakan satu hari minggu untuk duduk ceruk dapur sahaja. sabtu atau ahad, sediakan hari untuk menyediakan frozen paste, atau pre cook meal ni. Anak sekolah 5 hari kan? so listkan menu tiap hari dia.

Satu hari, sediakan bahan-bahan seperti tumisan untuk masakan mee, meehon dan apa-apalah.. Buat kuantiti banyak-banyak, anggaran cukup stok seminggu, sebulan, ikut suka kita la..
1. blendkan cili dengan bawang putih dan bawang merah,
2. kemudian tumiskan bawang-bawang, then tumiskan cili blend tadi, masak sampai garing, letka garam gula siap-siap
3. kemudian masukkan sos tiram sikit, sos cili, sos tomato, kicap. (kicap tak payah banyak, nanti boleh tambah kalau kurang) masakkan bahan-bahan ni pekat, dan naik minyak, sejukkan kejap.
4. dah sejuk, cedok dan masukkan dalam bekas container kecik-kecik, anggaran 2-3 sudu (untuk sekali masak)
5. frozen 'haiwan-haiwan' untuk di masak mee, meehon ni.. contoh, hirisan ayam, udang, sotong, hiris2 siap semua jadi satu protion, dan bekukan.
5. simpan dalam peti beku, tiap malam turunkan ke peti bahagian bawah. biar dia defrost, (haiwan-haiwan simpanan pun defrost siap-siap)
6. sebelum tidur siapkan sayur mayur untuk masuk dalam masakan esok. potong dan basuhkan bersih-bersih.
7.  bangun pagi, terus panaskan kuali, masukkan bahan blend dah siap tumis tu, masukkan sikit air, dan masukkan haiwan-haiwan masak kejap, then masukkan mee, meehoon (kena rendam dulu la) keow teow. dan masuk sayur.

tell you.. selembab mana pun korang, takkan 20 minit tak boleh siap? mudah kan? inilah bertahun-tahun nan silam saya buat. kalau saya bangun 5.40, dalam pukul, 6 setel semua dah.. boleh pi mandi, solat lak, 6.30 keluar rumah pi kerja. Itu saya keluar rumah 6.30 pi kerja, kalau emak-emak keluar rumah jam 7.30, 8.30 perghh lagi sempat kot.

Okey.. itu satu..
Sekarang mari kita lihat macam mana nak sediakan spesis 'bento' lain, seperti,

Roti John

Makaroni bakar

Roti Daging

Nak tahu macam mana sediakan semua ni dalam kurang dari 30 minit?
Caranya.. tadaaa... sediakan frozen paste daging kisar siap-siap...

Ini rupa frozen pre cook daging ni.. ni 3 bekas ni boleh buat dalam 6 kali roti john, 3-4 kali makaroni bakar, dan 2 kali roti daging.


Macam mana nak sediakan? mintalah korang skodeng kat http://pnut.blogspot.com semua resepi saya selalu buat saya letak kat situ, semua mudah disediakan.

Roti john.
So bila dah prepare frozen daging kisar macam ni, bila nak masak, defrost, pagi-pagi pukul telur masukkan, pastu tekup ke roti bun sosej tu, maka jadilah roti john.

Makaroni bakar
Kalau nak buat makaroni bakar, malam-malam rebus makaroni siap-siap, letak minyak sikit, then simpan dalam peti ais, pagi-pagi reheat kat microwave, pastu, pukul telur, masukkan daging kisar ni, then gaulkan dalam makaroni, biar telur lebih sikit, then tabur cheese, bakar la 15-20 minit (bakar dalam bekas aluminium tu, macam pic atas, mudah nak masukkan dalam bekal anak. mudah kan? untuk buat roti lapis daging pun mudah, guna je frozen ni.

Kuih cara
Buat adunan kuih cara, pastu boh je daging kisar ni, cuma leceh sikit kuih cara nak buat satu-satu.. (minum petang boleh la)

Karipap segera
Malam-malam, sebelum tidur, rebus kentang (macam karipap) pastu gaulkan dengan daging kisar ni,
Esok paginya letak inti kat tengah2 sekeping roti, di atas acuan karipap, ketip, tadaaa dapatlah jadi karipap segera. :-) kalau rasa anak tak kenyang, letak la biskut-biskut sikit, buah-buah.

Camni (gambar google)


Nampak tak mudah???

Lagi?? boleh sediakan roti resepi anak bujang saya
Potong-potong roti gardenia, pukul telur, masuk garam sikit, lada sulah sikit, pastu hiris sosej, crab meat, gaulkan semua, pastu bakar atas kuali kejap.. ni menu mudah, tetapi budak-budak sangat suka.

Hurmm apa lagi ek..

Okey pizza segera.

Beli beberapa keping roti pita, roti nan ke, letak sos thousand island, letak sos cili, prego ke, then letak sosej dan apa jua bahan pizza, then masukkan dalam oven 15 minit. sempoi ek?

Rasa rasa tu antara perkara mudah-mudah disediakan, selain nasi goreng bagai tu...

okeh bonus, saya beri tips, menyediakan frozen-frozen pre cook paste, masam asam pedas, kari ayam, kari ikan, kurma, sambal tumis, rendang, dll... kat rumah saya semua ni ada stok frozen, saya akan spenda satu hari biasa untuk prepare semua ni.

Contoh :

Frozen kari ayam/ikan ni sangat membantu, kalau petang sampai rumah pukul 6.30 pun masih sempat masak untuk dinner, pagi sebelum pegi kerja, defrost dia kata peti bawah,  ikan ayam pun sama, frozenkan ikut setiap portion nak dimasak, by the time balik kerja, semua dah nyah beku, cuma panaskan balik frozen paste ni, then masukkan santan. then haiwan-haiwan berkenaan, kentang, bendi, terung, etc la..
20 minit siap derrr...


Ni paste asam pedas saya bikin kuali besar ni, dapat 10 bekas, stok utk 2-3 bulan.


Erkkk apesal tadi cam banyak je benda nak tulis, tetiba rasa cam dah tak tau nak tulis apa dah. Erkkkkk... tanda penuaan kah?

Okey disebabkan dah tak tau nak tulis apa, kita berhentilah di sini, suka hati lah nak ending camni. hahah takde idea lak nak tulis apa...

sekian, semoga bermafaat. apa-apa soalan boleh ajukan kat FB ye.

Skodengla blog resepi saya tu, atau godek resepi kat sini, ada resepi nugget ayam mudah untuk emak-emak sediakan. boleh cuba. saya malas nak link-link

Friday, January 11, 2013

Mahu Upgrade Iman


 
Lama tak update... sekarang update kat FB je la... pastu copy paste ke blog.. aci la ek..

Sejujuranya 2012 sudah meninggalkan kita, 2013 sudah 10 hari menjelma. Azam saya tahun ini mahu IMAN dalam diri upgrade, anak-anak semakin membesar, mereka melihat kami babah dan mama mereka. Kami mahu mereka jadi anak yang baik, anak yang soleh dan solehah, anak yang taatkan agama, taat Rasul, maka kami sendiri mesti upgrade diri menjadi begitu agar menjadi contoh. 


Tak guna mulut ‘berdendang’ mahu anak soleh, anak solehah, tapi apa effort kami mahu mereka jadi anak-anak yang baik? Jadi kami juga mesti upgrade. 

Semalam saya dan roommate bercerita sebelum tidur apa yang dia dengar kat kuliah maghrib majid tadi. Kemudian masuk bab IMAN, katanya makin lama makin tua, makin MALU pada ALLAH. Malu sebab Allah dah beri macam-macam nikmat, Allah dah beri banyak urusan kami dipermudahkan. 

Allah bagi segalanya, tidak berkurang tidak berlebih, cukup apa kami perlukan. Kita belum beri balik pada ALLAH apa yang dia beri. Malu rasanya pada DIA. 

Setelah bersalaman dan bermaafan (amalan biasa sebelum tidur), dia tidur dan saya masih terbedik-bedik tidak boleh lelapkan mata, kata-kata suami terakam berulang-ulang dalam fikiran, saya teringat balik ala-ala flashback apa yang sudah saya lalui berpuluh tahun ini. 

Allah sebenarnya banyak sangat bantu saya, walaupun saya bukan pelajar cemerlang, SPM pun hancor sebab BM tak kredit, namun saya berjaya dalam STPM. Saya dapat masuk ITM, belum sempat saya konvo, berbekal slip keputusan peperiksaan akhir, saya mendapat kerja sedangkan kawan-kawan lain sibuk menyediakan resume. Ya Allah insaf, mudahnya saya dapat kerja..

Jodoh? Hurmm di tahun akhir saya bertemu roommate saya ni, tak lama pun kawan, terus member masuk meminang, dan beberapa bulan lepas saya habis belajar, beberapa hari lepas konvo kami bernikah. Sekali lagi mudahnya urusan jodoh saya. Usia 24 tahun sedang kawan-kawan baru nak mencari pasangan, saya sudah menjadi isteri orang. Tak sampai 9 bulan selepas bernikah Mior Adha Najmi selamat dilahirkan, (kerana dia lahir 7 bulan usia kehamilan) – ada jiran kira tarikh kawen dan tarikh beranak Najmi.. haha mujur budak tu lahir 1kg je, jadi tiadalah fitnah. Sekali lagi mudahnya urusan Allah beri zuriat pada kami. 

Beberapa bulan selepas Najmi lahir, saya mendapat kerja dengan kerajaan. Again, mudahnya Allah beri rezeki kepada saya, sedangkan saya sudah ada kerja tetap, gaji yang baik pada masa itu, sekali lagi Allah susun atur cantiknya pada saya. 

Beberapa bulan selepas saya melapor diri bekerja di Putrajaya saya dapat kuarters, rumah besar ada 6 bilik, dengan keluarga kami cuma 3 orang, rumah itu terlalu besar, maka kami berpindah dari rumah kos rendah di Cheras ke rumah kerajaan sediakan. Tuhan sahaja tau perasaan ketika itu, seoarang anak kampung anak pemandu lori melangkah pindah ke rumah teres dua tingkat yang besar, terus terang saya mungkin lebih jakun dari kaum jakun. Tidak pernah saya mimpi akan menghuni rumah besar walaupun ia kuarter kerajaan. 

Cukup 3 tahun service dengan kerajaan, saya sudah boleh keluarkan EPF saya semuanya kerana saya memilih skim pencen, jadi kami mulakan misi mencari rumah untuk dibeli, sekali lagi Allah permudahkan kami bertemu rumah idaman, dengan harga mampu, dan kami berjaya beli sebelum usia saya 30 tahun, kerana memikirkan bayaran bulanan masih rendah jika beli sebelum usia 30 tahun. 

Dalam menantikan rumah itu siap, saya dua kali hamil, namun tiada rezeki, saya keguguran. Namun sekali lagi Allah bantu, 7 bulan selepas saya keguguran, saya hamil lagi, dan Alhamdulillah kandungan ini selamat, walau cuma bertahan kehamilan 30 minggu sahaja, sama seperti abangnya dia juga dilahirkan 1kg, 7 bulan kehamilan. 

Kerjaya dan kerjaya sambilan (penulisan skrip) juga dipermudahkan, saya bertemu rakan-rakan senior penulis yang baik budinya, dan banyak membantu. 

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Saya mesti upgrade…
 
 


Tuesday, September 25, 2012

Untuk Tiga Hari




Hari Jumaat malam yang silam, saya dah pegi tengok filem ni, sebab kuat membawa saya nak tengok filem ni ialah sebab arahan afdlin shauki dan dia heronya, biasalah afdlin macam p ramlee, dia arahkan dia kena hero. tamak.. hahaha jangan marah chip kodok.. so sebagai anak-anak kodok, saya beri sokongan kepada chip kodok

ok mula-mula nak cerita tak bestnya dan best filem ni secara tidak ada kena mengena dengan filem.

1. Awek sebelah gua bajet hot sangat, deting ngan pakwe memalam (anak sapa la tu..) pastu pakai perfume apa tah.. giler tengik baunya... sampai laki gua bilang, sanggup bau minyak cap kapak dari bau perfume macam tu. tekanan okey, dua jam pekup hidung dengan shawl. tak jaga hati orang langsung pompuan ni

2. Ibu bapa yang bawa anak-anak kecik tengok wayang. Hurmm serius, sangat menganggu dengan tangisan dan dia borak layan anak dia.. kalau tidak waras nak je halau, tapi kita kasi chance la..

ok yg best

1. karipap ala ikea gsc sangat sedap. saya makan dua ketoi.. pop corn sedap, tak lemau cam selalu.

ok kita masuk bab komen filem ni pulak..

Secara peribadi, saya rasa cerita ni tidaklah begitu BOBBBB atau WOWWWWW... cuma ianya menghiburkan, ia cerita cinta, cerita cliche.. biasa... cuma cara dipersembahkan. Cuma saya setuju juga dengan pendapat 'netters' lain di internet yang mengatakan filem ini mempersendakan perkahwinan. Budaya kita, agama kita sepatutnya tidak begitu, kalau ini filem barat mungkin kita boleh terima. But again... ini adaptasi dari novel beb, jalan ceritanya begitu noks... hahaha TAPIIIII dalam banyak2 novel, apesal novel ni yang nak difilemkan. Alamak... itu cerita lain la..

aci dak nak tulis tu je?? tetiba mood nak update blog terpadam...


Thursday, August 09, 2012

Ramadhan hari ke 20


Alhamdulillah, dah 20 Ramadhan.. tanda-tanda hujung ramadhan, bila pi terawih saf dah makin pendek, :-)

Ok, update blog ni, sebab ada orang-orang tu bising dan marah suruh update blog.. Eh suke ati je diaorg nak bising ai tak update blog... hiks.. demi menjaga hati peminat yang berkoyan-koyan ni, i pon update la. hahaha pada yang rasa-rasa nak muntah, tahan la nooo sat gi batai posa..

Tapi serius, lama-lama tak update blog, memang terasa kekok nak menulis, entah serba tak kena.. satu saya kena akui, antara sebab lain malas menulis ialah tak privacy nak menulis macam dulu-dulu, dan faktor umur kot.. rasa macam tak tau nak tulis apa, sedangkan dulu berjela-jela sapinat membebel...


Anak dara kecil saya..
Tiap hari ni, minta di ukur, dah besar ke belum... sebabnya tiap hari merengek nak ikut saya, pakcik gebu dan abang dia pegi terawih kat masjid. Tiap hari juga, cakap adik belum besar lagi, nanti dah besar baru boleh pegi.. So di tanya besar cemana.. saya cakap, bila dah tinggi melepasti wall border kat dinding tu.. kiranya itu penanda aras dia dia.. jadi tiap hari akan berdiri kat situ tanya dah besar ke belum...

ahahahah pastu makan banyak sebab nak besar.. itu hari belikan dia donut coklat kesukaan dia, pastu dia cakap, "mama, nanti cakap kat acik donut ni, suruh dia buat besar-besar ye.. saya tanya kenapa, katanya nanti makan donut besar, adik cepatlah besar... hehehehe, adik mama kalau boleh nak adik lambat besar, nanti takder budak kecik kat rumah, mama rindu nak ada budak kecik cemana??? siapa sudi nak kasi saya anak angkat.. rindu nak ada budak kecik la...


dengan kasut raya.
Itu hari belikan dia kasut raya, dah balik ke hulu ke hilir usung kasut tu.. tak sabor nak pakai le ttuuu... macam babah dia kecik-kecik dulu la.. asyik test kasut dan baju raya... opsss, yang peel gitu, kita aci kata ikut babah dia. Actually bukan nak belikan dia pun, nak belikan utk abang dia je, sekalik member dah nampak kasut barbie pink-pink, berdiri kat rak tu tak gerak-gerak.. manja je merengek nak... Meraung tak, tapi merengek-rengek manja je la...

Budak-budak ni puji satu la.. kalau nak apa-apa takder la meraung dan meragam... paling-paling merengek pelan-pelan je..Allah pun tahu, emak bapak deme ni jin jahat mudah meraasuk, jadi anak-anak light2 je mengada-ngada nak apa-apa.. Ada juga tengok emak bapak cool giler, anak-anak mengamuk dalam supermarket nakkan apa-apa.. siap pukul tampar emak bapak, siap berguling2.. wohoooooo i cannot imagine kalau itu terjadi pada kami, mahu kat situ juga kena penampor.. ckaap terus terang, kami dua-dua laki bini bukan boleh percaya dengan tahap kesabaran kami.


Kisah Anak bujang pulak...
Hero ni dah cukup umoq dah.. ishk betoi la orang kata budak-budak premature ni cepat matang.. sungguh la haiii.. Mak dia lak tak ready ada anak bujang cukup umoq. Had-had pergaulan gomoi-gomoi dia dengan adik dia kena diawasi. to soon la.... adoiii

Sejak dah cukup umoq, sikit-sikit komplot ngan babah dia.. kejap-kejap bisik itu.. kejap-kejap bisik ni... ni tengah bodek babah belikan dia hp baru... tapi disebabkan babah tak mau dok manjakan nak apa dapat.. babah suruh guna duit dia sendiri, duit hasil berlakon telemovie cucu wan lebor tu.. so belikan hp baru.. pastu dia explore... sms sana sini amekkk koo bil telefon dia bulan ni rm127.... kena marah la.... dia ingat free main  sms sana situ tu.. tak koser mama bayar... babah kata guna duit dia juga. pastu baru dia menyesal.. baru dia tau susah cari duit... kerja berlakon dari awal pagi sampai ke malam... baru dapat duit sebanyak tu je... pastu baru nyesal penat cari duit, abeh bayar bil telefon.. kitaorang ambil plan 1+ 5 tu... saya 'ibunya' pakcik gebu dan dia bawah saya, bil babah dia pun 20 ringgit je... dia punya banyak tu, sebelum ni takat 20 ringgit, paling tinggi pernah 30 ringgit je. ini kemain....



ni komplot bodek babah ape tah... selepas membodek mamanya belanja pizza.... eh kitaorang ambil kad dominos pizza, yang buy one free one tu.. kebetulan masa shooting telemovie itu hari, saya plan nak belanaj semua krew makan pizza, jadi nak beli dalam kuantiti yang banyak, so kira dan congak, apply kad tu rm50, pastu beli 5 pizza, free 5 pizza.. perghhh mewahhhhh.... so kad tu valid la setahun... jadi sekarang ni sikit-sikit nak dominos.. buy one free one katakan....

ok.. selamat berpuasa semua, jadilah dah update juga sikit pun, moga terubat peminat di damansara, di muazam shah, dan di putrajaya.. cheeewaahhh u know who u are... kemain siap mesej kat fb soh update blog... pastu dah update tak best lak... boring je.. wakakakakakaka kan i cakap, blog dah tak feel...

Thursday, July 19, 2012

Telemovie saya-cucu wan lebor


Banyak yang nak diceritakan, tetapi saya malas berblog sekarang, nafsu berblog memang dah down.. serius saya cakap, tak tau kenapa.. hurm ok.. mari kita salahlah pesbook yang menyebabkan blog terabai.. ada juga yg msg saya kat fb dan email kenapa lama sangat tak update.

Kalau betul le.. ada yang follower tegar blog ni.. wahh macam ada lah sangat kan...kalau-kalau berminat follow cerita ceriti saya, boleh add je la kat fb, tiap hari saya berlonggok kat FB. pada yang dah tengok dekat FB memang akan ikuti perihal kami anak beranak.. 


ok pada yang belum tahu, Alhamdulillah, telemovie skrip tulisan saya dah pun selesai penggambaran.. Telemovie ni tajuknya CUCU WAN LEBOR.Shooting kat Perak, directornya Mior Hashim Manap. Slotnya untuk cuti sekolah nanti.

 dan paling surprise.. si Najmi pun turut berlakon...

ok tu je la nak cerita, kan saya cakap, betul-betul takder mood nak berblog...

kalau nak tengok Najmi bawa bawa watak apa... jenguk je la.. kat fb...

tu je la..

Wednesday, June 06, 2012

Filem Horee Horee


Perghhh mujur pegi tengok filem ni semalam.. ada modal nak update blog. gigih sangat, tengok show pukul 11 malam, abeh dekat pukul 1.00 pagi, tido dekat pukul 2, pagi ni mai opis cam biasak.. ahahahah biasalah.. kata nak jadi penulis skrip kannn tido awal-awal mana rock kan..

Sile pegi tengok..  Tak rugi pegi tengok.. Enjoy.. saya suka tagline filem ini "Orang Besar-besar ni kiut pe" jadi kita yang berbadan besar, jangan rendah diri sangat..

Pertama-tama sekalik kena ucap tahniah kepada penulis skrip iaitu Shahriman Wahap dan pengarah sendiri Saw Teong Hin. bagi saya cerita ini ditulis dengan cantik dan menarik. Kalau mengikut dari apa saya belajar menulis skrip ni, cerita ini ditulis 'cantik' permulaan yang baik, pertengahan yang baik, dan penutup yang sempurna. Ok, Shahriman juga menulis 7 Petala Cinta, maaf saya lebih suka Horee Horee berbanding filem keluaran produksi yang aktif menerbitkan filem itu. 

20 minit pertama filem ini dibuat dengan sangat kemas.Saya bisikkan kepada pakcik gebus, ok 20 minit pertama sempurna. Kita akan memberi fokus kepada minit-minit berikutnya. Inilah satu cabaran kepada penulis skrip sebenarnya untuk ikat penonton pada 10-20 minit pertama. Dan perkara yang menjadi titik tolak yang menggerakkan cerita keseluruhannya ialah apabila Nurul Aiman (Iman) lakonan Nurfarah Nazirah  (pertama kali berlakon?? wowww superb!!) ok apabila Iman nak masuk pertandingan Ratu Idola. Simple kan citernya, kisah pasal budak tembam yang rendah diri, kemudian didorong neneknya bekas ratu kebaya 3 tahun berturut-turut untuk masuk pertandingan Ratu Idola, semata mahu melihat cucunya ada keyakinan diri. Dan macam permasalahan remaja lain, cemburu, persaingan semua digerakkan dengan baik. 

Bukan senang senang hendak buat filem muzikal melayu ni.. sebab bukan jiwa orang kita nak tengok filem muzikal ni, sebab bila dibuat selalu jadi kelakar dan kita gelak sebab melihat pelakon memperbodohkan diri sendiri di set. Tetapi jangan risau, itu tidak berlaku dalam filem ini. Saw Teong Hin buat dengan meyakinkan dan kesinambungan lagu dan skrip cantik untuk dilihat. 20 minit pertama diberi nafas yang segar untuk kita terus kekal momentum kita. Pemilihan lagu dan scena yang catchy untuk sajian mata dan halwa telinga kita. Oh ya, bak kata saudara AJAMI, filem musikal dan filem yang banyak lagu dan muzik tidak sama ya.

Satu lagi harus dipuji ialah, kesemua pelakon menggunakan suara sendiri untuk nyanyian dalam setiap lagu dalam filem ini. Perghhh terbaek la... pemilihan pelakon yang baik, walau ramai dari mereka baru pertama kali berlakon. Akim juga improve!! 

Untuk sinopsis dan jalan cerita, rasanya banyak dah blog cerita, boleh google dan baca.. saya pemalas. Hahaha, tetapi cuma satu saya boleh kata, bawa la anak-anak pegi tengok, sebab filem ni selain menghiburkan, ada mesej yang kuat, yang patut semua anak-anak dan ibu bapa tengok sama-sama, selami jiwa anak kita, dan sebagai anak mereka juga kena selami jiwa kita. Ada babak-babaknya sedih tanpa memaksa kita menangis, kita akan menangis. Ada ketikanya kita ketawa tanpa dipaksa-paksa oleh pelakon untuk kita ketawa, ia lahir sendiri dari mimik muka, aksi dan ucapan bersahaja dari mereka. Apa lagi saya boleh katakan kalau pelakonnya sudah menzahirkan apa yang sepatutnya seorang pelakon kerjakan? iaitu berlakon dengan BAIK. Maka itulah yang diberi oleh para pelakonnya, mereka bekerja dengan baik.

Dan seperti Ajami, saya juga berpuluh kali ganda setuju, props untuk pentas pertandingan Ratu Idola tu dibuat ala kadar, tak grand langsung... kamonnnn astro shaw punya kan pilem kan?? banyak set pentas show-show ada, roger je la pinjam, adjust sikit, dan jemput je fan club akim, fan club adibah noor, fan club boboi, dan budak-budak sekolah ramai-ramai havockan keadaan. dan penari-penari latar ramai-ramai tu patut ramai lagi, baru meriah.. erkkk kalau kurang penari cakap le, boleh gak makcik-makcik tak sedar diri perempuan jelita macam saya offer diri. kata filem org debab.. layak le tu ai join.. hahahahaha...

Tengok trailer ni.. menarik bukan? Nahhh sila pegi tengok sekarang, elok la cuti sekolah ni, bawa budak-budak pegi.












Thursday, May 24, 2012

Happy Birthday Blog


Saya sudah lupa, mujur kak Yati ingatkan.. 10 markah untuk kak yati.. muahssss... i lebiu...
saya lupa blog ni sudah berusia 11 tahun. perghhh seusia dengan Najmi blog ni...
Happy Birthday to my blog..
11 tahun kalau budak sekolah dah darjah 5 macam abang Najmi. Banyak suka duka menulis blog ni..
eh banyak suka, duka takder, kalau ada pun takat komen-komen negatif, biasanya.
blogger tegar megar dah lali dengan komen negatif. Umpama getah sekerap. tak lut ponnnnnn

Ok sempena hari jadi blog saya, saya nak bagi hadiah...
hadiahnya ialah cenderahati dari Kuching miau..miauuu untuk korang nanti.. tunggukan pengumumannya nanti ek... saya akan umumkan soon.. kat blog dan FB..
wah tetiba feeling diva la sangat.

Kenangan berblog ni manyyyaakkkkk.. dapat ramai kawannnnn.. ramai sangat, suka la.. saya dulu pegi outstation mana-mana kalau announce kat blog, mesti ada reader/blogger lain akan email nak ajak jumpa-jumpa.. suka sangat, sebab dapat jumpa kawan-kawan baru, bagi saya la.. bagi yang pemfollow  blog ni diaorg leh citer-citer atau borak ngan saya macam saya kenal lama ngan diaorang, tak aci tau.. sebab depa bac ablog ni so kenal apa cerita watak-watak utama dalam ni, so boleh sembang membang selamba je.. kita lak terasa baru nak berkenalan dengan orang first time kita jumpa.

Saya pernah ingat, kak Su (rasanubari) pernah sms saya, bagitau nampak husband saya kat pertonas, kak su juga mengikut husband saya dari ground floor warta bangi, sampai husband saya naik atas, sebab dia kata nak jumpa saya, agak dia kalau husband saya ada, mesti saya ada. Oh kak su, saya terharu dan ingat sampai hari ini, kenangan first time jumpa kak su, kak su pun saya minat dia, sebab seorang ibu yang hebat, anak-anak dia hebat belaka..

Kenangan lain, banyak la.. tak tercatat, sepanjang 11 tahun menulis blog. Tak pernah pun dahulu 11 tahun lepas semasa mula menulis blog akan menjana income dengan blog, walaupun tak lebat masyuk income macam blogger lain, tapi merasa income dari blog, siapa nak bagi kan?? dapatlah buat modal belanja anak-anak pegi jalan-jalan... tapi bab menjana income ni yang menjadikan blog sekarang tak best macam dulu, sumpah.. itu saya rasa.

Itu sebab blog saya jarang update, walaupun sejak saya daftar nuffnang, tahun 2009 ke 2010 sampai last year, kira statistik tu macam best gak la.. (gila jakun takat readers secoet) mendapat income dari iklan bagai boleh tahan... tetapi saya memutuskan untuk tidak aktif berblog.. entah kenapa, saya rasa itu bukan tujuan saya berblog.. saya jadi rimas bila konon nak jaga trafik, kena update blog tiap hari. bukan diri saya. Jadi blog ni jadilah macam ni... kejap update kejap tidak.. so tidak lah boleh saya berharap income 4 angka lagik... dengan keaadan blog hidup segan matik tak mau.. ahahahaha, cuma rasanya 2-3 bulan sekali boleh la kot claim rm50. ahhahaha entah-entah setahun baru dapat rm50.

ok tu je.. tata



Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino