Friday, July 31, 2009

BF vs FM lagik??


AWAS ENTRY LUCAH BEB!!!

Rentetan entry BF vs FM tu kan...
saya terima komen dari beberapa suami-suami atau bapak-bapak ni..

Melalui YM
Satu
ENCIK X : saya nak komen pasal BF dan FM kat sini je la.... takut kontroversi...maka dengan dabel meaningnyaaa...saya nak buat pengumuman...SAYA SANGAT LAH SUKANYA 'SUSU IBU' ..opsssss
senangingat: uhuhhu...
senangingat: kena copy paste letak kat blog ni

Dua
ENCIK Y:Oi Penat... entry susu menyusu tu membuatkan tiba-tiba aku teringat pada emaknya ****** uhuhu sedapnyaaaa....nyum..nyum...
senangingat : lucah nak mampos, kalau depan aku, aku sepak hang...
(mamat ni memang suka panggil saya 'PENAt'

Tiga
ENCIK Z : Pnut, aku nak tulis komen kat blog ko tapi aku segan,
senangingat : mengadalah ko, segan pulak
ENCIK Z: aku komen kat sini la,
senangingat : ye silakan aku tak kenakan bayaran kalau komen selain dari di blog
ENCIK Z :anak first aku tak berapa galakkan *** menyusu sangat, maklumlah mood pengantin baru,
senangingat : blah la ko
Encik Z : jadi aku rasa biarlah aku je menyusu dulu, tapi dia menyusu gak, aku pun pasrah je la kena mengalah ngan anak.
senangingat : hang memang _)(*&*^%$^#*^&
Encik Z: tapi yang kedua dan ketiga tu aku dah celik sikit, biarlah anak menyusu selama depa mau, aku pepandai le adjust
senangingat : cehhhh kejilah... benci aku...
senangingat: aku copy paste letak kat blog padan muka ko biar *** baca
ENCIK Z : oiii jangan la... mangkuk le ko kalau buat camtu..
senangingat: lalalalalallalala...naseb le...

dan ni dari komen haloscan acik pun tatau saper,
Pinatttttttt aku bukan tanak anak aku menyusu lama-lama dengan emak dia, tapi aku lak tak tahan nak menyusu gak..bila banyak susu, aku pulak tak berapa selera nak menyusu, anak puas bapak tak puas ape hal??? mampoih aku kena hamun dengan emak-emak yang mulia tu nanti
Bapak Baby Homepage 07.30.09 - 8:19 pm

Jadiiii

Lu Pikir le sendiri, tatau le kot komen ni memain atau bebetul...
Tapi mungkin juga ini antara alasan kenapa ada ibu-ibu tak BF anak, mungkin sensitif jadi tiada siapa mengaku..tapi ni bapak-bapak sendiri lak mengaku.. walaupun ampeh..tapi entah, gua tak terfikir, jadi luuu pikir la sendiri...

Weekend ni
Sabtu-ada jemputan kenduri dari Puan Cida dan suami, di jalan genting-klang Perkampungan Penganti, pernah lalu dan teringin nak pegi kenduri kat situ, tapi tak der peluang, macam best nampak tempat tu. so ada kesempatan

Hari tu pegi Melaka, ada beli kebaya nyonya kat Baby Q tu, wahh nak pakaikan dia le Sabtu malam ni.. Mahal ooo kebaya tu, sulaman hand made gitu..terketar tangan pak dia membayar. jadi mahal-mahal takkan nak duk dalam lemari je, harus pakaikan, tak sempat tunggu raya dah mak pnutnya...

Ahad
AD jemputan lagi kat Dewan Risda Jalan Ampang, dua-dua jemputan ni dari regular customer Pnutcakes, and dah jadi adik-adik yang rapat dengan saya..

okeh nak pegi miting, sat lagi kalau rajin acik sambung.. blog acik mane reti update pendek-pendek kannnn

Wednesday, July 29, 2009

BF vs FM


Semalam saya dah karang satu entry mengenai BF vs FM (Breasfeeding & Formula Milk), ini ekoran dari membaca entry Jiey (Mama Rayyan) dan entry Lyna (Mommy Fahry) Jiey meluahkan dia agak emo bila ada orang merendah-rendahkan dia tak BF Rayyan, and Lyna pulak menceritakan orang merendah-rendahkan pulak ibu-ibu yang BF, dua perkara yang berbeza.

Entry semalam agak panas kalau saya publish hari ini, saya tulis dalam dua emosi emosi geram pada orang kondem ibu yang tak BF anak, dan emosi orang yang kondem ibu yang BF anak. Saya hanya sempat BF Alesya lebih kurang 6 bulan sahaja. Full BF 4 bulan lebih, masuk bulan ke 5 dan ke 6 saya terpaksa bercampur-campur dengan FM sebab EBM tak mencukupi. Jadi saya lalui dua fasa itu. Apabila saya menulis dengan emosi, entah hapa-hapa je saya tulis, semua saya hamburkan. Itu sebab talak tu tak letak di tangan perempuan, emosi lebey. ehehehe.

Saya sedih juga membaca entry Jiey apabila ada yang kondem ibu yang tak BF anak, kadangkala kena kita faham situasi orang. ada dua benda berbeza, ibu yang mengandung full term, susu badan banyak, tetapi sengaja untuk memilih tidak mau BF itu satu perkara. Ibu jenis itu saya no komen. Itu hak dia, walaupun kita tau susu ibu yang paling baik, tapi kalau ibu itu sendiri yang tak mau itu hak dia. Ya ada dikalangan saudara mara saya sendiri yang jahil ilmu BF ni, suri rumah, tetapi memilih untuk tidak BF baby kerana katanya nanti susah nak berjalan, payah nak tinggal baby kat sesapa, nak berjalan kena usung baby, pastu katanya susah, nak masak, mengemas rumah nak buat kerja rumah kalau baby asyik nak nenen je.

Well.. kita tak duduk situasi dia kan mana kita tau apa masalah dia. Mungkin dia tak faham konsep, pump, simpan dan guna. Dia duduk rumah je, tader internet, jadi dia tak tau bahawa susu ibu tu boleh perah/pump dan simpan berbulan dalam peti ais beku dan boleh rendam air panas kalau nak guna semula. Lagi pulak, mungkin dia tak terfikir nak beli pump pun, mana dia kenal Madela, Spectra 3 etc.

Malah masa saya bersalinkan Alesya, dan Alesya masih di NICU kan abah saya meninggal dan saya balik kampung, dalam sibuk saya baca yassin kat hujung kepala abah, saya boleh berhenti masuk bilik pump susu, sedang keluarga sibuk uruskah tahlil arwah abah, saya break kejap pump susu untuk stok, mereka hairan dan ingat saya pump dan kemudian buang. Mereka ingat saya pump sebab breast dah bengkak dan sakit. Mereka tak tau susu yang berderet dalam peti ais beku kat umah mak tu adalah stok susu baby saya yang bertarung di NICU. Beberapa hari di kampung, satu tong putih besar saya angkut, berbelas bekas susu ke KL. Jadi mereka kurang ilmu jadi mereka anggap BF tu satu keputusan yang susah untuk diri sendiri je.

Ada juga ibu yang bekerja, tau tentang kaedah moden BF, tau mana nak cari info tetapi sengaja untuk memilih tidak mahu BF kerana renyah la nak kerja tak fokus, asyik nak keluar pegi pump, and leceh sekali nak kasi susu kena rendam la..itu la inilah, so itu hak dia memilih untuk tidak BF. Yang tu saya no komen, itu keputusan dia, sape lak kita nak busy body nak tarbiah dia pulak kan..ehehehe

Cumanya kita tak payah la nak kondem satu sama lain, kalau dah decide nak BF baby, BF la selagi anak itu mahu. Tak kisah la kalau dah lebih 2 tahun pun kala dia masih nak teruskan, teruskan je. Sedih juga bila ada ibu-ibu yang tak BF kata ibu-ibu BF ni kedekut, nak jimat tanak beli FM, anak-anak BF tak independent, lagi lama dok BF nanti jadi bodoh budak tu, kalau dah lepas 2 tahun susu ibu dah takder khasiat, wooo very the ajaran sesat occay... what la statement-statement bodoh gitu boleh terpacul ek. Kalau agak-agak ilmu BF ni kurang tak payah le meroyan gitu dok dendiam udah le..

And pulak ibu yang very-very-very proud BF ni agak-agak le juga kan, Jangan overdose bangga, kang naik menyampah pulak orang lain, macam dia sorang je ibu yang bekerja dalam dunia ni BF anak, Pastu mengutuk pulak orang tak BF anak, kecik le ati orang yang tak BF anak, remember my entry tahun lepas ? Ingat entry ni? Susah cabaran saya yang melahirkan anak pre term ni nak BF baby. Tapi akhirnya saya berjaya juga. Kalau ikut riak of course saya leh riak overdose kan, sebab bukan senang pre term mommies ni nak BF baby, kalau tak kuat semangat. Tapi saya tak mau le dok bangga lebih, ramai ibu baby prem lain tak berpeluang nak BF anak mereka. terutama anak sulung, kalau anak agak rapat cam Lyna dan Mirah, tak susah sangat, sebab ada 'baby' lain boleh tolong stimulate pengeluaran susu ibu itu. Jadi bersyukurlah apa kita ada.

Susu ibu yang banyak adalah satu kurniaan Allah. Tak semua badan kita ni mempunyai urat dan segala hormon yang mana, ada orang memang jenis susu melimpah ruah. One of my fren kurus keding je, tapi susu dia, jeles sungguh nengok. Tak terbuat stok kata dia, terpaksa pump dan buang separuh. setiap sejam or dua dia pegi pump, kalau tak meleleh-leleh sampai basah baju. Kalau hari ada meeting-meeting yang lama, dia terpaksa minta excuse kena keluar untuk pump keluarkan dulu susu sebab dah penuh sangat. Kat office pun siap bawa baju spare, sebab kekadang meleleh-leleh susu keluar. Padahal kalau nak tengok kapisiti ruang untuk simpan susu badan dia kecik je.. heheh pakai bra size 34 je kata dia, ahahhaah Tapi itulah Allah dah beri kurniaan begitu pada dia. Tapi dia baik, humble sangat. Tak der riak bangga sedikit pun.

Kalau nengok size saya macam banyak le kan stok leh simpan dalam badan tu tapi apa nak buat, sekali pump dapat 3-4oz je. Syukur la jugak, dalam pre term pun saya masih berpeluang ada susu juga. Agaknya kalau pregnant sampai 38 minggu or 40 minggu macam orang lain, pasti banyak gak susu kan?? entah, kalau saya punya peluang gitu, nak saya test, boleh tak saya BF sampai anak umur 2 tahun. Tapi tak mungkin la kan, doktor nak say noooo kalau saya pregnant juga pun sampai 30 minggu pun dah mujur la kan, So tak payah la ambik risk lagi,syukurlah dah ada sepasang.

Kalau ada satu permintaan satu peluang dalam hidup ni diberi kepada saya, saya nak wish sy pregnant lagi, tanpa ada sebarang masalah, sampai full term, and melahirkan anak secara normal and nak menyusukan baby selama dia mahu. Tapi itu hanya angan-angan la.. tak mungkin la kita buat wish macam dalam filem fantasi kan? Lagi kuat imiganiasi saya ni, kalau ada dukun yang boleh pindahkan sakit kebas, sengal badan saya time pregnant, (oh no menulis pun rasa seram dok bayangkan berbulan-bulan saya tanggung sakit urat sarat tangan, kaki time pregnant tu) kalau dukun tu boleh pindahkan tekanan darah tinggi time hamil tu pindahkan ke pokok ke, tiang lampu ke, tikus ke.. eheheh nak je saya suruh dia pindahkan, dan saya nak beranak lagi dua orang budak. Hahahaha alang-alang nak merapu kan..biar merapu betul.

p/s nota kaki:-Alesya tak BF pun dengan pak dia, tapi rapat jugak ngan pak dia, manja ke main. Tangkap leleh lentok gak ngan pak dia, mak dia yang BF dia dulu, tp ngan pak dia je dia nak, nak ngan mak dia bila nak nenen jek.

Tuesday, July 28, 2009

DL5 conference and public transport


Alaaa minggu lepas kan acik pegi konperen kan..
3 hari yang mencabar sangat, gue naik pengangkutan awam beb... sama seperti mat bangla, mat indon serta rakan pelbagai latar belakang. Sungguh konsep One Malaysia la kan, bukan One Malaysia sajork, international gituk..

Pagi acik berdiri noks...dari stesen UKM beb... kalau nasib baik pertengahan jalan dapat duduk, tapi nan ado..mrasa berdiri sampai KL. Aku kagum ko Kiza oii setiap hari gitu. Ishkkk kalau pagi tu bau harum le lagi, tapi belah petang tu, errmmm sangat tak boleh belah la kiranya, berbelah-belah-belah belah baunya.. kalau bau membeli belah acik suko le kan. Hari pertama tu selesai jer presenter terakhir present, saya blah balik, tanak berkejar dengan orang keluar opis after 5 karang, so naik komuter, lega dapatlah duduk. Wah best ni..

Ermm baru dua stesen saya duduk, di stesen ke 3 naik satu family, seorang wanita, dalam 30an kot, dengan emaknya dalam 60an, wanita tu dukung baby, manakala emaknya warga emas tu jaga anak dia yang besar sikit dlm 4 tahun gituk, mereka berdiri, saya berada agak jauh dari keluarga tu berdiri, beberapa ketika saya perhatikan anak-anak muda yang duduk, ada 2-3 awek cun, pakai tudung very muslimah, ada budak lelaki muda remaja, ada budak sekolah, semua gagah perkasa dan sihat sejahtera. Tetapi tidak seorang pun kesiankan wanita dukung baby yang berdiri itu, orang ramai, panas, dan baby menangis tak selesa.

Emaknya bukak baju baby dan mengibas-ngibas agak baby sejuk sikit. Dari jauh saya (ye saya yang keluar awal sebab tanak berdiri acik sakit lutut dan sakit tengkuk) saya juga yang akhirnya meminta awek cina yang berdiri sebelah wanita itu panggil perempuan itu supaya duduk ditempat saya. Wanita itu minta emaknya yang tua duduk dan pangku baby dia, wooo cannot imagine la, dukung baby sambil berdiri dalam komuter sesak. bebudak muda tu tader perasaan ke??? ke tuli? Esoknya saya cerita pada Akiza, dia cerita pengalaman dia masa pregnant, kena berdiri dalam komuter, ada ramai ni awek ayu jelita duduk, mat belia pun duduk, tapi sorang pun tak peduli pregnant lady tengah berdiri, akhir awek cina macam opera cina, dengan seksi dan kuku bercat hitam bangun bagi dia duduk. Sooo lu pikirlah sendiri-kata Nabil.

Oklah masuk semula kesah konperen. Ni nikmatilah keindahan dua emak orang dan sorang gadis ayu masih belum berpunya, sapo nak try masuk line boleh la adjust. Marlina nama kawanku ittew.. (yg duduk diapit emak budak tu) Kerja nun dia sebuah universiti di Terengganu, siapa bujang lagi area sana, sila kemukakan pencalonan anda, kalau boleh saya nak dia kawen tahun jugak, sebab ada la alasan saya nak ajak darling pegi makang anging, beli kepok losong. Ewahh suke ati je kan, nak suruh anak orang kawen. Jadi Marlina, ko tolong la jangan jual mahal sangat, memilih itu ini, lambat la cita-cita aku nak pegi Terengganung.

Photobucket
Pic ni kan, kitaorg punya la posing ala hape tah, konon nak amek pic sendiri, sekali kak Manong dok belakang kitaorg offer nak tolong amekkan gambo. time kasih le kak, kak manong ni dendiam je ek baca blog saya. Tetiba tau semua kesah saya, camner tu??

Pic ni pulak, letak atas gelas, dan pakai timer, jadi sengih konon kamilah paling jelita. ape nak buat, set-set acik semua specis gile glems kan..
Photobucket

Kan konperen ni jugak, saya dapat nengok Saiful Nang live.. wahh live gituk. Nengok dari jauh je la.. dia salah seorang presenter, bincang mengenai topik camner nak marketkan digital photography, tajuk penuh acik lupo la.. sangat acik tak sangkalah Sepol Nang (SN)ni terrer bercakap, terrer wat lawak tahap gampang langit ke tujuh. Intan cayolah daddy Orked ni. Topik yang menarik dan topik paling membuatkan orang ceria dan teruja, sampaikan presenter sessi petang, dari SKMM tak abeh-abeh respek kerepek dengan SN ni. Besar pengaruh mamat ni.

Saya dah lama kenal SN ni.. saya le kenal dia, dia bukan kenal saya pun, heheheh dari zaman dia belum apa-apa lagi.. dari dia suka-suka amek pic Arwah Nur Khairiah dan Mas kat UK dulu, pastu kesah chentan cintun dia ngan Intan, and even masa Candid Syndrome School Forum tu baru bukak, saya antara terawal register, dan follow. And last year, saya sama-sama hamil ngan Intan, and menarik due date kami sama-sama middle August, and Intan dapat bersalin pada 20.08.2008, saya pulak melahirkan Alesya awal dua bulan dari tarikh tu. Tu yang saya selalu follow kisah Orked ni, kira rakan sebayalah.

Lepas abeh sessi kami pegi lunch, gigihkan nunggu SN abeh makan nak bergambar kononnya, tapi entah apa dia makan entah tak berhenti-henti.. dia manfaatkan sungguh pengunaan mulut dia tu, mengunyah dan bercakap, Non Stop Talking Person (NSTP)sungguh aihhh, peminat kat luar kempunan nak bergambo.. atterrrr acik nak kena naik ke bilik Cik Marlina tu tumpang solat. Malam tu ada dinner, tapi saya tak pegi, tapi esoknya Intan ada sms saya bagitau diaorg pegi, alaaa tak dapat jumpa Orked dan Dr. Intan in person..uhuhu tader jodoh kita Intan..

Ni pic saya ambil dari jauh je la, ada official photog kat situ, tapi aiaahhh di saat-saat saya tunggu dia lalu lalang tepi meja kami dia tak lalu pulak, kalau tak nak suruh dia tolong pegi snap-snap kat depan. Tapi sessi petang tu elok pulak dia lalu lalang, ishkkk sangat le kannnn..
Photobucket

Gambo lain tader, maleh amek gambo. Bukan macam orang tu ala-ala siap posing dan amek gambo bilik hotel lagi..ishkkk sapa tatau...

Antara lain menarik di Conference ini selain bergossip dengan kengkawan, saya berjumpa dengan 3 orang pembaca blog saya di sini, kecik ajo donia ini, seorang dari company pembekal perisian yang ada booth di lobi hotel, and dua orang lagi rakan sejawatan, ehehehe, kak L, dan erkk saya tak sempat tanya nama sorang lagi tu, lupo la acik, ampun yoooo...

Apa pun konperen ini bagi saya menarik banyak input baru, cuma rata-rata kami kurang berpuas hati kerana masa setiap presenter tu present sekejap sangat, tak sempat nak 'hot' dah suam sebab pengerusi panel dan tekan-tekan loceng bagi amaran masa hampir tamat.

Yasmin Ahmad in Memori.
Oh ya, saya berasa sedih atas kehilangan saudara kita Yasmin Ahmad, ya saya antara peminat karya dia, tak kira filem atau iklan-iklan petronas yang mendapat sentuhan karya dia. Saya ada save semua iklan-iklan petronas yang menarik di youtube saya, and semalam berulang kali saya tonton semula. Saya kagum hasil iklan dia, dia antara pelopor yang menghasilkan konsep iklan drama yang kita tunggu-tunggu kemunculan iklan itu di TV, dan bukan time iklan tu keluar kita tukar channel lain. Yasmin berjaya menciptakan 'Konsep Satu Malaysia' dia sendiri tanpa perlu buat sidang akhbar besar-besar atau majlis menghebahkan konsep satu malaysia dia.

Arwah cipta konsep satu Malaysia melalui iklan-iklan yang bersahaja. Ingat iklan 3 budak lelaki India, Cina dan Melayu di kampung yang kena sengat tebuan? berlari terjun sungai? termasuk satu group pengantin yang sedang berarak ke rumah pengantin perempuan juga kena terjun sungai kerana tebuan menyerang? Sungguh muhibbah, bila ketiga-tiga mereka dijaga oleh nenek budak lelaki melayu itu semasa muka mereka bengkak-bengkak.

Ingat iklan yang zaman perang dulu, yang mana satu keluarga Melayu berjiran dengan keluarga Cina yang mana satu malam keluarga Cina itu hendak keluar dari rumah tengah malam kerana rasanya berlaku rusuhan kaum agaknya, tetapi keluarga Melayu ini mengajak keluarga Cina ini tinggal di rumah mereka. Simple dan mengesankan.

Walaupun tidak semua iklan itu adalah arahan beliau, tetapi beliau salah seorang yang menjadikan iklan itu lebih menarik. Gonna miss her.. Al-Fatihah again...

Monday, July 27, 2009

Adik and abang - in the jungle..


Hari minggu yang saya sangat suka.
Rileks sebab tiada tempahan cupcakes, sebelum Sabtu dan Ahad dan siapkan beberapa order, then sy freekan sikit Sabtu dan Ahad untuk rileks dan bersantai. Maaf kepada yang sms hendak order cupcakes masa weekend ni, saya bukan selalu free di hari minggu, jadi minggu ni rileksss sukanya... Biasanya tempahan saya terima awal, kekadang sampai 2-3 bulan awal. Specially yang regular, diaorang tau saya tak terima tempahan last minute, sebab saya dah full, jadi biasanya akak-akak, adik-adik dan kawan-kawan ni biasa akan booking awal, ada yang 2-3 bulan awal, or 1-2 minggu awal, jarang orang yang betul regular ni order last minute.

Kenapa yang regular ni selalu order awal, coz, diaorang dah tau kualiti and the taste of cupcakes, so this regular people really hope that saya boleh buatkan order mereka, jadi kebiasaan mereka akan book awal i can name it a few,erkkk saya nak sebut tapi kang ada pulak yang saya tak tersebut ada yang kecik ati pulak, senang kata i know who you are.. one of them is Robeeyah, kan robee kan... Coz from Robee je, ramai member office dia lain juga yang jadi regular saya. Thanks Robee. Eh ada antara yang regular ni, yang saya buatkan cupcakes tunang mereka, wedding, first anniversary, and sampai birthday first anak mereka pun tetap order ngan saya, terharu sangat... tima kasih...

Tu dia..intro saja dua perenggan kan?? punyalah melalut merapu meraban kan.. Allaaaa macam biasalah, mesti kita pergi melancong dulu baru masuk topik kan...

Ok hari minggu dua hari ni sangatlah bermakna, masak-masak untuk suami dan anak-anak, golek gelantang depan tv, angkut ngan toto, bantal duk lepak depan tv kat ruang tamu depan, sangatlah bahagia. Hari Sabtu tu kami layan segala neka movie, drama.. telemovie Siam kat Astro Mustika pun kami bohhh, sampai pukul 3 pagi, nah ambek... tp lawak giler la citer Siam tu. Lawak gampang sungguh.

Di hari minggu yang lapang ni juga saya layan youtube, cari nursery rythm untuk si Alesya.

ni video In the Jungle yang Alesya sangatlah suka.. ermmm tak leh nak boh video kat sini pulak, kasi link je la..tengok sini comei giler video clip ni, udah lama save dalam fav youtube saya tu, cuma dah ada baby ni baru teringatlah nak godek youtube cari nursery rythm, dalam banyak-banyak lagu saya dok save, yang ni paling dia suka..

pic kurang berkualiti sebab tukang ambik gambo si abang,
Photobucket

si abang tak ambik video pulak, kalo tak best giler tengok Alesya menggedik dan punya terjerit-jerit suka. tengok bila dah abeh video tu member nak panjat atas laptop nak panggil hippo tu muncul balik.eheheh cute je
Photobucket

And ni pic dua beradik layan buku, si abang baca majalah, pastu si adik pulak mengikut, dia baca buku baby le, seronok bila tengok dia cuba sebut apa abang dia sebut, bunyi-bunyi baby, tapi dia pandang je mulut abang pastu cuba sebut..
Photobucket
abang ke kiri, dia ke kiri, abang angkat kaki goyang-goyang dia pun goyang, bila abang leka sikit baca majalah, tak layan dia, dia marah, jerit-jerit tarik perhatian abang, bila abang layan dia, dia gelak suka.


Hari minggu ni sunyi pulak, dah berminggu-minggu anak-anak buah dan Mak su datang setiap weekend, minggu ni mak su bebudak ni balik kedah, anak bongsu la katakan, demam sikit balik duk celah ketiak mak sat. Pastu di Lukman kat GMI sibuk dengan assignment, Syazwan kat UniKL Gombak nun demam. Sunyi pulak dah biasa bebudak ni ada, meriah, melepak kat Anjong Kaseh sampai 1-2 pagi biasanya. Last week best, kitaorang lepak kat Anjong Kaseh layan movie kat laptop si Lukman.

Al-Fatihah buat arwah Yasmin Ahmad, ermmm tidak ada lagi filem-filem menarik dia lepas ni, and pulak adakah kita akan menikmati iklan petronas yang best-best lagi lepas ini?

Saturday, July 25, 2009

Mead Johnson Advertorial (Sticky Mode)


Ini entry iklan berbayar-sila ke bawah untuk entry terbaru...
Remember saya pernah cerita a bit about the event that invited by Nuffnang and Mead Johnson, here the details about the event..

Pada 24 Jun itu hari, saya telah dijemput untuk menyertai majlis “Launch of the Enfagrow A+ and Enfakid A+ with More than 4X DHA and New Triple Protection Guard”. Pelancaran diadakan di Boulevard Hotel, Midvalley,
Photobucket

First time saya ke sini, very nice hotel, good choice hotel, senang nak pegi, I just take komuter from UKM station, then terus turun kat Mid Valley, jalan kaki sikit dah sampai.

Actually saya dan hubby memang dah bercadang hendak tukar susu formula lain untuk si Alesya, ye la dia kan setahun 9 Jun hari tu, dan kebetulan pula saya dan hubby memang dah belek-belek kotak susu Enfagrow A+ dan berminat kerana extra DHA and ada extra protection tu, ye la Alesya kan baby prem, and extra DHA dan extra protection tu sangat perlu untuk dia. Apabila saya menerima jemputan dari Nuffnang and Mead Johnson untuk saya menyertai pelancaran ni amatlah saya gembira dan menyambut dengan hati yang girang.

Selepas, mendaftar, saya menerima satu kotak susu Enfagrow A+ untuk 1-3 tahun, thanks to Mead Johnson (MJN), tak sabar pulak nak bagi pada Alesya, ehehe. Kakitangan MJN ni pulak semua mesra-mesra je..

Photobucket

Photobucket


Majlis pelancaran bermula sekitar jam 10.45 pagi lebih kurang, sebelum pelancaran, kami dihiburkan dengan persembahan sangat menarik dari kanak-kanak dari yang comel, yang membuat persembahan dari swimming pool, menarik sangat,

Photobucket


Then tibalah masa yang semua nantikan, speech dari General Manager MJN Malaysia/Singapore/Brunei Mr. Roger J. Dallas, and seterusnya melancarkan Enfagrow A+ and Enfakid A+ with More than 4X DHA and New Triple Protection Guard.

Photobucket

Selepas pelancaran, kitaorang blogger dibawa ke tingkat atas, untuk session bersama Pn. Jennifer Hor, wow!! I’m so lucky can meet her, she is very nice, humble, dan sangat profesional, just a chit-chat session, tapi input yang saya dapat, bukan sikit tapi banyak. Banyak benda salah yang kita buat dalam pendidikan anak-anak ni, dan kita share dengan orang dan kejayaan orang kita dapat kutip. Saya berharap sangat dapat lagi join apa session bersama Pn. Jennifer selepas ini, coz, banyak benda baik kita boleh tanyakan pada dia.

Saya rasa seronok berada dijemput untuk Pelancaran ni, kerana banyak benda yang saya tak tahu, dan tak ambil tahu saya tahu, dan semuanya penting untuk perkembangan anak-anak, terutama tu kenapa anak-anak kecil yang sedang membesar ni kenapa dia perlukan DHA. Selama ni saya tak ambil port pun ada tu DHA, tetapi semasa pelancaran ni saya dapat tahu DHA tu ialah Docosahexaenoic Acid (tu diaa berbelit lidah nak menyebutnya, padanlah orang sebut DHA je)

Tau tak kenapa DHA tu penting? DHA ni terdapat dalam asic lemak, dan asid lemak ni penting dalam pembentukan dan perkembangan sel saraf otak dan mata. Asid-asid lemak perlu ini penting dalam merangsang kecerdasan minda, memandangkan ia memainkan peranan penting dalam transmisi isyarat antara saraf. So tuan-tuan dan puan-puan, kalau teringinkan anak cerdas dan cergas, sila cari susu yang ada DHA, and Enfagrow membekalkan sehingga 4 kali DHA untuk dibekalkan kepada anak anda. It is SUSU formula yang paling TINGGI nilai DHA yang ada dalam pasaran sekarang, no doubt about it ok. Jadi atas faktor ini, saya memang tak rahu-ragu akan bertukar kepada Enfagrow A+ ini.

Lagi yang membuatkan saya tertarik dengan Enfagrow A+ ni ialah, adanya Triple Protection Guard. As you know, baby kami, Nur Alesya Qhaisara, is a pre-mature baby kan, so yang menarik perhatian saya ialah susu ni membekalkan 3 kali ganda sistem pertahanan badan.
Untuk makluman semua, terdapat 3 aspek pertahanan tubuh, mungkin kita tidak mengambil tahun kan sebelum ini, let me tell you guys, 3 aspek utama sistem pertahanan badan tu termasuklah:-
1. Sistem pernafasannya
2. Sistem penghadamanya
3. Pertahanan terhadap jangkitan penyakit.

Jadi para ibu-ibu yang membaca blog ni, kalau-kalau bercadang nak bertukar susu, saya cadangkan memang Enfagrow A+ ni, kerana susu ni sudah diformulasi lengkap semuanya, dengan
• DHA (struktur penting untuk sel-sel imun badan, untuk bantu perkembangan otak)
• Zink (ni untuk bantu sel dan tisu badan, kanak-kanak mengambil zink yang cukup dapat mengelakkan cirit birit tau..)
• Zat Besi (komponen penting daripada hemoglobin di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan),
• Serat Diet (seperti Inulin, dan Frukto-oligasakarida-FOS), FOS ni dia boleh membantuk membentuk bakteria baik untuk tubuh badan anak-anak.
• Vitamin-vitamin penting seperti Vitamin A (untuk kulit) Vitamin C (antioksidan, pertahanan badan) Vitamin E (melindungi sel-sel dalam badan)

Untuk view semua yang terkandung dalam susu ni, boleh tengok SINI

So para ibu, marilah kita berikan yang terbaik untuk anak-anak kita, untuk maklumat lanjut boleh tengok SINI

Saya tertarik semasa Mr. Roger Dallas menyebut dalam ucapan masa dia merasmikan majlis tu, katanya DI MJN Malaysia, mereka sangat dedikasi buat kajian (R&D) lagi untuk menghasilkan susu yang hebat melalui kaedah sains, dan saya yakin, Enfagrow A+ ni terhasil dari usaha dedikasi kajian-kajian mereka, dan kita bertuah kerana mempunyai pilihan yang terbaik diberi kepada kita, Cuma tinggal kita berusaha mendapatkan sahaja.

And our happy baby, sangatlah teruja dengan kotak susu ni, bila diberi dibeleknya macam le dia faham dia kena ambil susu ni pulak..
Photobucket

Wow!! Apa ni, macam best je…
Photobucket

Wah!! Susu ni ada 4xDHA, ada FOS, Inulin, Protein, Zinc, Iron, segala neka vitamin, folic acid, wahh semua ada, ermmm mama is always the best, mama nak kasi yang terbaik buat adik..thanks mama…
Photobucket

Actually kan, saya ingat susu ni mahal la sangat sebelum ni, tetapi rupanya harga lebih kurang sama je dengan susu formula yang Alesya minum sekarang selepas dia stop breastfeeding, harganya just RM39.80 untuk 650gram, and RM74.20 untuk 1.3kg, and RM97.00 untuk 1.7kg, saya rasa dalam hal ni, kalau saya ambik terus yang 1.7kg tu, harganya lebih murah lagi dari susu Alesya minum sekarang. Wahh pilihan bijak ni.. itu harga runcit yang disyorkan, mungkin disesetengah tempat, harganya boleh dapat murah dari harga yang disyorkan.

Anyone nak share pengalaman with me, please do so…




Friday, July 24, 2009

entry buang masa tah hapa-hapa


Ini entry buang masa.

Semalam yang bermaksud malam semalam ye puan-puan dan tuan-tuan.. semalam itu Cik Daun yang bukan Cik datang ke rumah saya bersama hero-hero dia, Nuar dan hero kecik yang encem giler iaitu Iqbal Wafiq, Daun sudah kurus sekarang, (ni dia paksa tulis, saya malas tulis, tetapi demi menjaga hati seorang teman poyo saya tulis le jugak, saya ada bukti mengatakan dia suruh saya tulis di blog ni dia dah kurus, iaitu perbualan di YM, jadi dia tak boleh tuduh saya mengada-ngada)

Ok, Daun ialah partner in crime saya sekarang. Tunggu gabungan duo kami nanti. eheheh..

Alaa Daun, standard la lepas 6 bulan pertama bersalin musti berat turun dan kurus, pastu musti gumuk balik..ahahahah ayat orang dengki ok, perangai dengki begini tidak elok jadi ikutan.

Huwaaa acik Pnut nak pegi gym la lepas ni, saper dok area bangi jom la join acik weii..murah tau..gym tu kat area pkns tu, bangunan baru bukak tepi tasik cempaka, acik dah pegi nengok tempat tu, for ladies only..yuran pun murah, ada banyak pakej, paling rendah RM50/month, unlimited guna, and tambah RM10 kot kalau nak join kelas senamrobik atau poco-poco, and RM150/3 month, RM300/6month and 500++/1 year (tk igt berapa) and for pakej 3 bulan ke atas tu, free senamrobik dan poco-poco. Uhuhuh saya ingat nak join untuk monthly dulu, test market dulu, kang haku hangat-tangat taik kambeng je, rugi pulak, dari kena kutuk ngan laki sendiri baik gue try kecil-kecilan dulu.. huwaaaa 5 kilo sudah naik selepas menurunkan lebih 23kg tau.. kejilah, nak turun makan bertahun-tahun 23kg tu, tapi nak naik tak sampai 5 bulan..

Uhuhhu ni semua gara-gara tibai makan apa saja masa emak ada sini, gila ko..mak masak beb, semua sedap-sedap, ada je tangan emak nak masak itu-ini, acik lak kerja makan je..menciklah.. ermm lagi pulak, lepas bersalin ni, badan saya mudah masuk angin, kalau lambat makan or kurang makan badan masuk angin dan terus sakit kepala. Kalau dulu meks steady je pagi minum oat dan milo, sampai tengahari menten, kalau sekarang, kang tengahari mula sakit dada, pastu mula angin, mual dan sakit kepala, sudahnya tengahari cari nasi sikit, walaupun makan sikit je, tapi nasi tu jahatlah kasi orang gumuk. Walaupun saya cuma jamah 4-5 sudu je nasi, ermm entahlah, mungkin selera agak macam naga, balik kerja, ada pulak ku belikan jajan, goreng pisang la, karipap la.. dan malam pulak, tak boleh jadi, kena pegi gymmmmmm, jom la join, kak dy jom la..eerkk kak dy dah kurus. saper lagi ek kat bangi?? Kak Mazni jom la.., Zar camner nak ke??

Musti turunkan balik 5 kilo yang jahat tu..benci la..benciii benciiiiii...

Babah, tolong jangan paksa mama temankan babah makan ok... pastu nak suap-suap orang makan, kalau tak nak dan-dan pandai mengayat bini...

ermm moral of the story... kalau badan gemuk jangan salahkan diri sendiri salahkan orang sekeliling..kannnnnnnnnnnnnnnnn.. lariii 400 meter

Tuesday, July 21, 2009

Mak Cik Pnut tengah berkonperen


Ye mak pnut tak der kat opis, jadi entry tado gambo-gambo...
3 hari bersidang di Seri Pacific, nama baru dia punyalah panjang berjela, saya sebut Sri Pacific je la..nama lama dia Pan Pacific, tah le agaknya semua pemegang share mau letak nama memasing kot, sekalik berjela panjang, maleh nak tulis panjang beno.

Saya suka berkonperen ni sebab dapat jumpa kawan lama, senior, junior, rakan satu batch masa belajar dulu, sesuatu yang menarik di bidang kerjaya kami ni pi balik-pi balik jumpa junior senior je, semua keluar dari satu universiti, uniknya kan, mano ada universiti lain offer ijazah bidang kami, nan ado wei.. tatau kot skrng dah ada, tp diploma mungkin la, degree tak der lagi rasanya, master ada la dua tiga universiti ada. Itu yang best sebab bila time kursus seminar pakat jumpa senior junior yang sama-sama galas beg naik turun bas pegi kuliah, makan nasi dari kawah yang sama di kolej. Nostalgia. Bezanya tak kira le laki ke pompuan sekarang semua kembang semangkuk je la.

Dalam kursus gini, saya tetap dikenali nama PNut le, tader nama skema. Pernah dulu pegi kursus, kan bila kursus kita pakai name tag kan, pastu ada le sorang senior saya, siap gelak laki, la nama betul ko Nor S*a**n** ke?? skema giler nama, tak padan langsung nama ngan ko ni.. aku tatau pun nama betul ko, sejak aku kenal ko semua orang dok panggil pnut je, tak pulak aku tau ko ada nama sungguh ayu tu. Hiks.. ado ka gitu..

Eh tu belum lagi sorang junior saya Linda, budak duk depan bilik saya masa dikolej dulu, dia jumpa blog saya dan jumpa blog cupcakes, sekali dia nak order, berkali-kali dia nak confirmkan betul ke ni kak pnut dia kenal tu, tak percaya beb gue boleh bikin cupcakes. siap leh kutuk saya seround. katanya tak sangka pulak, sorang kakak yang brutal dan ganas ni boleh buat kerja feminin.. Halloo brutal-brutal kak ko ni dah keluar dua budak tau.. Confirm wanita tulen occayy..

Eh geng info, korang kalau jumpa kawan kita yang sorang yang very the ganas dan suke ati dia je kalau dia nak buat apa, kini sangat la ayu. Kalau dulu kalau dia kata dia nak buat apa, no one can stop her, time dia naik hangin arwah farah dan kak nun je leh layan dia, kalau set-set kita ni nak layan amukan dia tu, boleh jadi adegan tarik-tarik rambut. Zaman berubah kan, sedangkan gue yang separa ganas dulu boleh jadi feminin, inikan pulak dia kan, weii kawan kita tu isteri yang baik noks... very the patuh kalian.. Bertuah dia dapat suami very the penyayang, tak kasi bini pegi beronggeng sorang-sorang, sayang sepenuh jiwa gitu, tak lepaskan sang isteri pegi shopping sorang-sorang.

Tak kasi isterinya drive, hehehe bab ni gua gelak la sikit, sebab antara cita-cita kawan kita ni masa student dulu berangan le, dah keja esok nak pakai keter beso, pastu pakai cermin mata hitam, drive dengan bergayanya.. hiks, ape barang pakai cermin mata hitam duk sebelah je..ahaks..ya ampun En. Ra*** (bukan nama sebenar) bila lagi nak merasa drive itu Vios?? ni katanya nak beli keter baru, tapi lambat lagi nak dapat drive katanya, merasalah time ko dapat drive keter tu dah tak baru....hahahah eeeii jahat dan kejinya aku ni...

Biarlah acik Pnut bawa Mr. Grey yang murah dari Vios tu, tapi acik drive sendiri tau, malah hari pertama amik Mr. Grey ai yang drive keter dari Toyota tu bawak balik umah. Punya gabra dan suspen, semua lampu merah haku tibai hari tu. hahahah

Oklah geng info, sila teka siapakah awek berkenaan. Nak kutuk lebih-lebih, kang En. Ra*** bukan nama sebenar tu baca blog Mak Pnut pastu tak kasi bini dia kawan ngan saya pulak. tak pasal gue hilang kawan lak nanti. Amoun dan maaf le En. Ra*** saya gurau-gurau aje, tapi tak sangka nooooo isteri awak sangat feminin sekarang, weeeeiii geng info harap ambil maklum... pakai jubah beb pegi conference, diulangi pakai jubah labuh, eh sedap pulak, nak ulang lagi la... kawan kita tu pakai jubah labuh, kaler hitam lagi, ditambahi ayat penyata seterusnya, dah lah pakai jubah, naik lrt tu... ehh ape barang naik lrt, tak kelas la...bangla dan vietnam keja kontrak pun naik lrt... hahahahah bawak la Vios tu, baru kelas... bangla mana bawak Vios. Opsss tadi dah minta ampun maaf macam nak raya tapi terkutuk lagik... ter ek..ter... ter tu kan perbuatan tak sengaja...

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Friday, July 17, 2009

Alesya 13 bulan


Pejam celik-pejam celik anak dara i dah 13 bulan, atau bahasa kampung setahun sebulan la kan. Saja lah nak nampak macam intelek sikit sebut 13 bulan, macam omputih..omputih kan suke sebut bulan-bulan ni... erkk nyusahkan jer bagi ubat tak pandai mengira cam acik pnut kan. Bila dengar 19 bulan, mau ai dok kira..ishkkk setahun berapa bulan ni..keluar segala jari, sampai jari kaki pun kira. Tak pa.. peganglah prinsip, "Biar tak pandai mengira, asalkan pandai berkira" eheheh tak aaaiihhhh cheq bukan lagu tu noooo..

Oklah masa sebelum ada anak dara, selalu la saya berangan kan, teringin sangat nak anak pompuan. very the sangat-sangat kan.. dan lepas tu Allah beri anak perempuan, apa lagi, orang kedah kata CHEWI la.. Chewi ni taraf dan darjat dia lebih kurang istilah macam jakun la..(erkk kalau kaum jakun jumpa blog ni matilah meks) Maaf ye. Ya saya akui..seronok sangat ada anak perempuan, asal masuk kedai baby nak beli susu mesti saya terbeli baju (ter di sini membawa maksud tidak sengaja, perbuatan yang tidak disengajakan) tak sengaja la sangat kan. Kalau tader bajet sangat saya terbeli sepit, kalau tak sepit, terbeli stokin comel-comel. laa kan, sangat perbuatan tidak sengaja.

OK meh kita lihat sebahagian dari sepit dan cekak rambut Alesya, erkkk sebahagian je ek.. ada lagi dalam beg dalam bilik, saya malas masuk bilik pegi ambik. Apa ada depan ni je la saya amek dan tangkap gambo. Sebahagian lagi ada dah hilang, maklumlah kekanak kan.. ada je dia sabut tanpa emak dia sedar, dan ntah ke mana dia humban tah.
Photobucket
Murah-murah sajork, paling cekak rambut kat belakang sekali tu, hat tu cap lovely lace, RM18.90, tu after less. ALaa bagi meks mahai dah tu, bagi orang lain 18 ringgit celah gigi je. Yang sepit ala crown tu mak tok bagi, siap kirim dari kedah masa mak su balik kampung hari tu.

Dan ini anak dara cheq dah umur 13 bulan. Bulat la sikit, tapi menten selim gitu. Mak dia pulak makin tembun bencilah. Psstt kak pah, Alesya masih muat pakai baju-baju kak pah beli hari tu, mujur dia comel lote orangnya, baju new born pun masih muat, ehehehe mak dia je macam kuih pau terlebih yis sekarang.
Photobucket

Comei dak pakai sepit ala crown yg mak tok beli?
Photobucket

Sekarang ni dah peramah la sungguh, mulut pok-pok bercakap bahasa baby la, mengayuh daam walker punyala laju. Dan sangat prihatin sekarang, bila kita tanya, "Siapa nama ALesya angkat tangan!!!" dia akan angkat tangan dia, kalau pak dia tanya "siapa nak ikut babah jalan angkat tangan??" lagi over, dua belah tangan sekali dia angkat, pengampu pak dia sungguh.
Photobucket
tapi ikut mood dia la, mood dia nak angkat tangan dia angkat, mood dia wat derk dia bo layan. ni pun jenuh mintak tolong bibik tanya, berbelas kali tanya baru nak angkat tangan, agak dia pun bosan lagi aku tak angkat tangan lagi depa ni dok tanya. hahaha

Eh perasan tak kat tepi belah kanan blog ni ada menu search, sebenarnya acik pnut pun tatau apa bendanya tu, masa nak register user online tu, ada lak benda kena click, acik pun klik klak le, rupanya benda alah tu berguna juga ek..katakan korang nak cari resepi yang pernah gue tempek sini, korang taip je resepi cam contoh nak cari resepi pizza, taip je la kat situ, nanti keluarla entry berkaitan pizza, so carilah yang ada resepi. Jadi pepaham le, idak le sms or email or ym "kak pnut hari tu akak ada letak resepi bla..bla kan?? kan entry mana ek? leh tlg bagi lagi sekali tak?" kan..sapa taktau suka buat lagu tu.

Ok semua, selamat berhujung minggu.

Opss sikit lagi, nak minta tolong sat, semalam berborak kat YM dengan niza, one of my blog reader, katanya dia pegi renew passport bibik dia, pastu kat kerani kedutaan Indon tu kata gaji min pembantu ni kerajaan Indon dah tetapkan RM600, kena dibayar, kena tulis dalam borang nak renew passport tu, husband niza isi gaji RM530, tapi ditolak embassy katanya kena bagi gaji RM600, kalau tak tak leh renew passport. Dan the bibik also telah diberitahu oleh kerani kat Embassy tu, katanya kalau majikan tak bayar banyak tu, bibik boleh call embassy buat laporan. Dan bibik Niza meroyan dah mintak naik gaji, siap ugut, tak kesah kalau tak nak dia kerja, dia boleh balik indon dan masuk kerja semula. And she told me about that. Ermm salah orang le kan, gua kan kerja tempat-tempat yang melibatkan hubungan diplomatik ni adn ada each officer jaga a few country, gua refer la pada desk officer kat office ni, desk officer kata not official yet, and belum decide apa keputusan atas tuntutan itu, and he ask Niza to call him, and Niza call seek for the truth.

And perkara sudah dibawa ke tengah, and Niza akan buat laporan rasmi kepada Kementerian Sumber Manusia, and saya mohon bantuan, kalau ada majikan yang hadapi masalah ini, emailkan saya kerana Niza akan kumpulkan bukti untuk dilaporkan. Gue tak boleh komen lebih bab isu ini kerana kang tak pasal haku kena hantar ke Ulu banat mana pulak, pegi keja naik sampan ko... jangankan selekom berukband, entah-entah line telefon pun nan ado. Huiishh baik gue berdiam diri je. Just tolong apa patut la.

Kalo tanak email pun tinggalkan pesanan kat komen, dan tggl email, nanti sy mtk Niza hubungi korang.

Sekian terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara

Saya Yang Menurut Perintah

Thursday, July 16, 2009

Nugget Ayam


Tiba-tibanya kan rasa cam nyesal lak dok switch ke blog moden ni, baik blog zaman jahilyah itu hari... Hilang ooo, erkk tapi tak le hilang, engineer gue si Ajid sempat back up, cuma manyak keleja la nak buat lepas ni. Taper, sat-sat lagi kita cari background eh,

Oh ya sebelum apa-apa saya nak ucapkan tahniah buat "cikgu Mat Jan" yang bakal jadi cikgu BI, cikgu yang menggalas cabaran ke arah menaik taraf kualiti Bahasa Inggeris anak-anak kita nanti. Welcome to gomen!!! Laki bini keja cikgu aiiihhh. Selepas cikgu Bean, kini kita ada Cikgu Mat Jan.

Oklah sementara tunggu blog ni pulih, bosanlah skema giler blog camni, suci murni jek. Ajid sila segerakan proses mengindahkan blog ni, ape barang ada dua tiga ketul laptop, mobile berukband paling laju, tapi blog gua tak indah kan?? kan..kan..suke ati saya je kan nak suruh orang. OK, moh le akak kasi resepi sementara blog ni indah, korang salin dan pegi jamu ahli keluarga dengan nugget buatan sendiri, bersih, suci dan dijamin sedap.

NI mak pnut nak tunjuk hebat kat Akiza, maknya si Adam tu, sebok la telepon tanya menu nak kasi anak-anak sebab anaknya tak mau makan. Hahaha gue senang je, suruh dia bagi nugget, kata dia tak mau ajar anak makan nugget tu tak bagus. Jadi Mak Adam, sila buat nugget sendiri lepas ini ya.

Okeh puan-puan, marilah kita buat nugget ayam kita sendiri ye, encik-encik pun boleh buat sonang jo ni.. NI bahan-bahan yang kita perlukan, ada yang takder dalam gambar.

Nugget Ayam

Bahan-bahannya

Sebungkus daging ayam kisar ramly

sedikit garam lada sulah

sedikit kiub ayam (pakai suku je dari seketul)

Sesudu tepung gandum

Sesudu tepung jagung (kalau nak nugget lebih lembut, leh kurangkan sukatan tepung, nak lagi keras, leh tambah tepung sikit lagi)

2 biji telur ayam

Bread Crumb (hari kan korang dah beli buat roti gulugn sosej kan?? musti ada lagi kan..kan..malu nak ngaku nampak...eheheh)

Photobucket

Okeh caranya
1.Gaulkan garam, lada sulah, dan kiub ayam tadi, dah sebati, baru masukkan tepung sikit-sikit
*penggunaan ratio tepung gandum biar lebih sedikit dari tepung jagung adalah lebih memuaskan hasilnya, or kalau tader, tak yah boh pun tak pe, just tepung gandum je)
2. Pastu kepalkan jadi bulat-bulat (tgk pic)
3. Pastu leperkan (toksah le korang rajin beno nak gelek-gelek, leperkan guna jari je)
4. pastu kalau nak menarik teraple dengan apa-apa acuan pun, butterfly ke, bunga ke..
5. dah siap semuanya, celup daging ayam tadi dalam telur, dan kemudian gaul-gaul dengan breadcrumb.
Photobucket

Tadaaaa dah siap..
Photobucket
Buatlah weiii senang je tu, tak payah menggiling, menumis, blender, hiris menghiris, kalau maleh gak, tatau le kategori apa orang itu. Buat bebanyak, pastu frozenkan, pagi-pagi goreng buat bekal anak pegi sekolah. Kombang le lobang idung korang anak sebok cerita mak kami buat nugget sendiri, pastu kalau anak dah beso cam Najmi, suruh le dia buat sendiri bentuk apa dia nak, lagi enjoy.

Nak lagi jimat, pegi kedai jual barangan burger atau barangan kek, ada jual daging kisar yang besau gedabak, besau lengan saya adalah, (lengan saya ye, bukan lengan Cik Madu yang jari pakai cincin size kanak-kanak ye)

Rasanya?? ermm menurut ahli tukang rasa samo je cam nugget beli..

oh ya, kalau nak ala-ala tempura, lebihan telur tadi, gaul sikit ngan tepung gandum dan sedikit air kemudian celup dan goreng...

selamat mencoba..

Huwwaa bila blog gue nak indah ni.... terima kasih juga Cik Madu a.k.a Nida, dalam dok angau gila nak berlaki pun sempat menolong dan menunjuk ajar mak cik pnut yang tak berapa celik IT. (bab ni tak leh nak riak la, sebab tanpa mereka siapalah saya) Ermmm tapi rasa cam nak riak juga, sat fikir nak riak camner.................................

Erm ok, riak camni la... Oh, banner hitam putih tu saya buat sendiri tau, edit gambar semua sendiri, pastu link kat tepi semua buat sendiri, ajid tolong adjust je. Ermm ok jadilah asalkan dapat riak sikit... kannnnn

Wednesday, July 15, 2009

sabaq sat nooo


Saaaaatttt nooooo engineer blog cheq tengah pomen
acik dah pepandai tukar template, upgrade blog
maka hilang la semuanya
jadi tunggu engineer saya repair...

upgrade kepada hidup lebih mudah, mudahnya menjadi blogger sekarang semua sedia ada, acik dulu kena hapal html code, berpinau mata acik...salah masuk coding tak menjadi..
jadi untuk mudahkan hidup ini kita tukar ke arah kehidupan lebih mudah.

sabar tuan-tuan dan puan...

tu dah boleh follow-follow, sila la berbuat demikian...

ye la ada org komplen kak pnut ni blogger lama, tak der function follower, bila akak update pun kiter tak tau, kena masuk sehari byk kali..heheheh taper la dik, naik sikit rating blog akak dik... hiks...

Tuesday, July 14, 2009

Soon kelas cupcakes and DL5


Hari tu kan, saya cerita ada buat kelas cupcakes kan, maka ramai pulak yang sms, YM dan email tanya bila saya nak buat kelas lagi, mereka berminat nak ikuti. Erkkk bunyi cam ramai le sangat, padahal yang bertanya tu tak ler sampai berpuluh orang, berbelas pun idak, adalah dalam 7-8 orang je kot. eheheh tp saje la nak kasi nampak cam hebat sangat kan. Propa je lebih.

Insya-ALlah, nanti saya akan cari date sesuai untuk buat kelas ye, akan dibuat dirumah, mungkin bulan Ogos, sebelum raya, jadi masa hari raya nanti boleh la buat cupcakes untuk tetamu. Kelas hanya limit kepada 5 orang sahaja, very limited kan, senang nak ajar one to one, cikgu pegang tangan anak murid, kalau tangan keras cikgu ketuk-ketuk kasi tangan lembut sikit. ehehe Belajar dari mula bancuh kek, bakar kek, bancuh buttercream, dan menghias cupcakes, untuk promo ni, harga special sangat, khas buat pembaca setia blog ini. cewaahhh, ayat skema beb.. Jadi rajin-rajin ye tengok blog ni.

Persidangan..
Kengkawan librarian saya, siapa antara anda pegi ke Persidangan Digital Library 20-22hb ni kat hotel sebelah PWTC tu, (Pan Pac lama, nama baru dia panjang beno) sila tinggalkan jejak ye, kengkawan liberian gomen saya ramai tak pegi, opis depa takder duit, mahal yurannya RM900 ouls.. meks pun mulanya tanak pegi, sbb satu dah lewat, dah terlepas tarikh akhir permohonan, tapi opis saya bermurah hati, menyuruh saya pergi..uhuhu ada duit le tu, jadi saya nak pegi la.. Kenalah saya pegi dan bersidang dengan baik, kalau tak membazir duit gomen, tak baik dik.. (opsss tp agak-agak lps abeh persidangan tak salah kot naik lrt turun kat sogo sat nooo ehehe) abeh pun dah petang lagi ada hati nak pegi sogo.. kelepuk-ketuk kepala sendiri. Kalau ada rakan-rakan saya dari luat KL, duk kat hotel tu silalah pelawa saya menumpang bilik anda, kerana saya tak larat nak drive ke KL sinun, nak naik lrt ke, cairlah mekap meks kalo menapak naik turun lrt. Saya tak layak duk hotel, sebab kerja kat lembah kelang..

Kiza-ko leberi orang kaya tak pegi ke? Azhan pegi tak? lagi la kayo leberi dia, bukan takat boleh jadi peserta, Azhan dah boleh jadi presenter dah, leberi canggih manggih, kak Mazni? UKM ada hantar orang?? erkk saper lagi?? Liberian USM? UNIMAS? sila roger gua ok...

Iklan Mary Kay untuk Robee


Ini Entry Iklan
Sat lagi entry baru muncul, skrang sila tengok ikan dulu
Robee minta saya sebarkan ini...
Photobucket

Facial secara PERCUMA akan di berikan kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba produk Mary Kay. Anda akan mengalami sendiri keseronokan dan perubahan kulit muka anda. Temujanji boleh dilakukan secara individu ataupun berkumpulan. (3-4 orang). Tarikh, Masa dan Tempat adalah ditentukan oleh anda. Semasa temujanji anda akan ditawarkan:-

a) mengenalpasti jenis kulit anda dan anda akan pakai sendiri set MK yg sesuai dgn kulit anda. (set F1,F2,F3,Time Wise),

b) mempelajari teknik pencucian muka dengan betul semasa menggunakan cleanser, mask, freshener & moisturizer,

c) menikmati losyen satin hand ( kesemua 3 brg )-nikmati kulit selembut satin,

d) spa bibir dgn penggunaan lip mask & lip balm,

e) menggunakan foundation yang bersesuaian dengan ton kulit,

f) menggunakan set asas make up set dari Mary Kay.

Siapa berminat sila hubungi
Robeeyah Binti Mohamed
Tel : 017-6827 098

Mak Cik Pnut tembun, kalau saya kurus dan selim, mau saya paksa Robee mekapkan saya jadi lawa macam Era Pajira ke, Maya Karin ke, tapi kalau gue mekap pun skrang leh jadi taraf Adibah Noor je la... comei dan berkualiti gitu.. (tetiba teringat dialog dalam Sepet "Si Yam dengan lagu Siam)

Monday, July 13, 2009

Kelas cupcakes


Saya baca blog My very best Jiran ni pendapat mengenai PPSMI, Interesting kan.. Saya sangat setuju apa yang mereka katakan.

Sila baca sendiri, all my point is there, actually saya dah tulis dan simpan dalam draft blog ni, apa yang saya katakan Tun M mempunya pemikiran yang sangat jauh ke depan, yang mungkin belum sampai tahap kita terfikir. And saya juga tulis,kenapa Jepun, Jerman, Korea, Rusia berjaya mencipta teknologi mereka, walaupun mereka bukan reti baca atau bertutur Bahasa Inggeris. Sebabnya mereka ada ahli akademik yang kerja mereka buat kerja-kerja ilmiah, terbit dan hasilkan rujukan dalam bahasa mereka. Sampaikan orang negara lain yang belajar di negara mereka, mesti belajar Bahasa mereka, bukan mereka yang perlu belajar Bahasa Inggeris untuk mengajar kita.
So my point is sejibik sejibon la apa yang my jiran tu highlight in her blog.

Kita ada Institut Terjemahan Negara? berapa ramai rakyat tau kewujudan ITN ni? Ap fungsi ITN ni? Sekadar alih bahasakan novel popular Jepun? Korea? I dunno. Pernah singgah booth ITN di PWTC, sibuk petugas promote novel terbaru yang mereka terjemahkan. ermmm.. sila rujuk SINI dan lihat apa mereka buat.

Oklah cukup cerita pasal PPSMI.

Meh cerita lain pulak

Dihari Jumaat nan silam, saya telah dijemput oleh PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri untuk mengadakan bengkel menghias cupcakes, penyertaan sedang elok sahaja, saya menetapkan tidak lebih 15 orang yang boleh menyertai, dan Alhamdulillah, penyertaan sekitar 13@14 orang kalau tak silap saya. Senang saya tumpukan kepada individu, yang serius dan minat untuk belajar, one to one. Terutama untuk membentuk roses. Akak kekok sebab rata-rata mereka, pertama kali pegang piping beg, nozel dan menghias kek. Kena ajar dari basic, cara potong piping beg, cara masukkan nozel, cara masukkan krim ke dalam piping beg, cara memegang dan semua yang sangat basic. Saya gembira, saya suka mengajar mereka yang dari zero kerana mereka tidak merasa mereka hebat.

Saya bosan bila saya pergi ke kelas deco cake secara formal sebelum ini, ada 'makcik-makcik' yang sangat berlagak pandai, sampai satu tahap Chef yang mengajar rasa tak selesa, kalau humble kan bagus, kot ye pun dah terror bila kita pegi kelas, kita hormati guru yang mengajar, bukan kita pula nak tunjuk kita pun boleh mengajar. Saya pernah ikuti kelas 'steam buttercream' ada satu 'makcik' sangat kecoh, ala-ala tau semua perkara, dan tanya semua perkara, semua peserta sangat tak selesa. Saya diamkan aja, buat kerja apa Chef tunjuk dan ajar, step by step saya ikut, tak terus langkau walaupun ada step atau patern saya dah mahir.

End up Chef tengok hasil kerja saya dan minta pula saya tunjuk ajar kepada peserta lain macam mana nak bentuk kelopak roses, macam mana nak buat 'skirt' tepi kek. lagi bengkek la makcik ni. Saya pun tak kisah tunjuk ajar kepada orang lain, sebab saya tau untuk buat roses nampak senang tapi susah kena practice and practice, saya tidak belajar semua tu di kelas, saya beli buku dan belajar. (ya ada unsur riak disitu, saya seorang poyo, jadi riak adalah nikmat hidup saya, yang saya gantikan nikmat lain yang saya tak kecapi seperti makan durian, saya tak makan durian, jadi nikmat hidup saya ialah riak, sila keji tanpa ragu-ragu)opss saya sudah melancong. Sila masuk ke latitut asal, tulis mengenai kelas saya ajar.

Ok, saya ucapkan tahniah kepada semua peserta bengkel saya yang lepas, anda semua hebat, kerana belajar dengan baik. Setiap peserta dapat lebih kurang 10 biji cupcakes untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing. Saya pasti anak-anak mereka mesti suka bila melihat hasil kerja emak mereka. Saya ajar step by step, mereka kena practice atas cake board yang saya bekalkan dahulu, bila dah terrer baru transfer ke atas cupcakes. Hujung sessi saya ajar satu dua patern kartun yang mudah. Yang sangat mudah seperti Hello Kitty dan Pooh, ada juga Spongebob dan Garfield, tapi yang dua ni ramai give up dan serahkan pada saya je tolong buat nak kasi anak-anak.

Ya agak sukar untuk melukis di atas cupcakes, perkara utama yang perlu ada ialah bakat, kalau kurang bakat melukis, agak susah untuk buat kerana kekok. Tapi cara melukis yang mudah tetap saya tunjuk. Moga lepas ni kawan-kawan di sana boleh buat cupcakes sendiri untuk birthday anak-anak atau buat sendiri untuk hantaran kahwin/tunang anak-anak. (Ada yang nak terima menantu dah yang pegi kelas itu)

Anak murid saya..eheheh diaorg panggil saya cikgu, kelakar siot
Photobucket

Dan ini aktiviti semalam, selain menyiapkan tempahan cupcakes,saya buatkan sebiji kek ni untuk maksu bebudak ni, Birthday mak su ialah pada 3 julai, tapi 3 julai lepas Maksu balik Kedah, so takder buat kek, minggu ni baru buatkan mak su kek, mak su ni gilakan ladybird, apa perkara berkaitan lady bird menarik perhatian dia, jadi muncullah ladybird in the garden ni...
Photobucket



Thursday, July 09, 2009

PPSMI Hapus??


Saya lega bila kerajaan buat keputusan menghapuskan PPSMI. No saya bukan puak yang kononnya mau memartabatkan Bahasa Melayu, dan pejuang Bahasa Melayu. Tapi saya hormati pendirian mereka itu, kalau bukan mereka yang berjuang siapa lagi? setidak-tidaknya suara mereka didengari.

Saya setuju PPSMI tu dibuat semula dalam Bahasa Melayu sebab saya rasa, ramai budak-budak ni pandai matematik tapi markah mereka rendah sebab tidak faham bahasa Inggeris, salah seorang yang menjadi mangsa ialah anak saya. ehehehe. Bagi saya, Maths dan Sains boleh je diajar dalam Bahasa Malaysia, Tamil atau Bahasa Cina, cuma apa yang kerajaan patut buat ialah beri penekanan terhadap Bahasa Inggeris. Yang penting basic maths dan sains tu kena kasi budak minat, kalau sekolah rendah je dah tak suka Maths dan Sains camner nak teruskan sampai sekolah menengah, sampai universiti? kannnn..

So adalah menjadai tanggungjawab kerajaan untuk gerak gempur pastikan anak-anak yang ada sekarang mahir Bahasa Inggeris lagi 5-6 tahun akan datang, jangan le jadikan bebudak ni bahan ujikaji lagi, bila naik menteri ni, sistem gini, turun menteri ni dasar tukar balik. Sedih meks tau. Cadangan nak wajibkan lulus BI pun bagus, tapi itulah kenalah pastikan bebudak ni terutama anak dok kampung tuuuuu yang mak pak pi bendang, pi menoreh, pi ke laut boleh kuasai BI, idaklah menyusahkan meraka, dah la susah, pastu lulus semua subjek, BI lingkup, terus tak dpt sijil SPM. Kalau tak buat syarat gitu pun tak pe la, sebab rasanya semau Universiti Awam memang syarat mesti lulus BI kalau nak masuk u kan? pastu ada MUET lagi. tatau le univesiti lain, tapi zaman meks dulu, kena kredit BI baru layak masuk kursus di UiTM tu, ada gak kursus tak perlu kredit, tp wajib lulus. ehehe masa tu saya cari kursus yang tak perlu lulus Maths untuk masuk universiti, sebab Maths acik teruk anak-anak ye..

Masa tu BI makcik kredit, tp ala-ala je, sedih meks bila masuk u semua kena belajar dalam bahasa penjajah, walaupun lecturer ajar dalam BM, atau periksa leh jawab dalam BM, tapi rujukan semua nan ado buku Bahasa Melayu, nak tak nak meks kena paksa rela jadi kawan baik Encik Kamus. Jadi sangatlah perlu kerajaan buatlah camner pun asalkan budak-budak boleh kuasi BI dengan baik, dan cikgu-cikgu ajar BI pun jadilah cikgu BI yang kreatif, jasa kalian akan dikenang. Macam mana saya kenangkan cikgu Pamela, guru BI saya yang sangat suka paksa kami baca buku cerita BI, dan kena cerita semula dalam kelas buku apa dah baca. Dan cikgu Pam, beli sendiri tau buku cerita tu, tak guna duit kerajaan untuk belikan buku, sebab dulu saya sekolah rendah di ulu banat, di Changlun Changlun yang 27 tahun yang lepas ye. UUM pun tak wujud lagi kat Changlun tu, duk berek JKR letrik pun takder tau.

Kemudian masuk darjah 2 dan 3 saya pindah duk Kodiang, again Kodiang yang 25 tahun lepas ye, di sana ada cikgu Zaiton yang selalu beli surat khabar Bahasa Inggeris, potong keratan kasi sorang sikit, dan suruh kami baca dan dia akan translate apa yang kami baca tu. Pun cikgu Zaiton beli surat khabar dengan duit sendiri tau. Hujung minggu, Cikgu Zaiton duk kat sekolah tunggu anak-anak murid mai belajar Bahasa Inggeris. free, tak bayar apa-apa, kadang-kadang bila time kerat padi, anak-anak murid selalu ikut mak pak depa pi bendang tangkap ikan, Cikgu Zaiton lalu tepi bendang speaking dengan anak murid tepi bendang weiii. Kembang lobang idung anak murid speaking depan mak pak. Cikgu Zaiton tak gelak pun kalau salah. Anak murid kembang idung sebab berasa terrer leh speaking london depan mak pak, sebab mak pak bukan reti cakap omputih, kalau salah pun bukan depa tau.

Abeh darjah 3 saya kena pindah balik ke SP, duk sekolah Jalan Sekerat, nama betul sekolah tu occay. Kat sekolah Jalan Sekerat, murid campur-campur sekolah bandar, kalau disekolah kampung saya merasalah periksa dapat nombor 1-10 atau selalunya top 5 le, masuk sekolah pekan, tak merasa pun nombor 20, manjang je nombor 20 ke atas, hiks.. Mungkin depa tengok report card saya yang sekolah kampung dapat nombor bagus, depa letak saya duk kelas no.1, jadi bila saya masuk kelas no.1 bebudak pandai, anak cina dan India, speaking ouls, kawan-kawan melayu, ada anak doktor, anak cikgu, anak majistret, sya anak drebar lori je, rendah diri semua ada. masuk darjah 5 walau masih maintain kelas no.1, tapi time English saya kena pindah kelas, ala-ala kelas pemulihan gitu.

Eh sudah masuk cerita saya, tadi saya nak cerita pasal PPSMI, biasalah saya suka melancong. Jadi dengan ini saya tamatkan entry ini. Sekian terima kasih.

Tuesday, July 07, 2009

Alesya anak babah dan brooch dibeli darlingku..


Huh!!! Masih bengkek dengan celcom berukband ni.. slow cam siput sedut. Dan boleh connect bengkek ngan YM pulak, tak boleh sign in, ape hal memanjang kata wrong password la, tak der connection la.. anyone pakai windows vista ada masalah?? atau problem dengan celcom berukband?? dalam gue bebel ni, gue cube sign in bleh pulak, suke suki je YM ni ko ek.. ko nak kasi masuk ko kasik, tanak, ko tak leh org ber-YM. cit podah...

Saat saya sedang menaip ni, (taip malam esok auto publish jek) si Alesya tido, dan terjaga jap tadi. Saya sudah pergi menepuk pap-pap punggung dia kasi dia tido balik, tapi dia gagau dagu, takder janggut daaaaa, sekalik dia turn volume high, terpaksa kaco pak dia tengah layan sport kat tv. And pak dia punnnn cube kalo emak dia mintak tolong picit kapla ka time , kompem tak ikhlas je tenyeh kepala gue, tapi bila kita cakap, "babah, alesya nangis cari janggut" wah wah wahhhh dan-dan tu masuk bilik pok-pok anak dia dulu. Macam biasa, megik berlaku, hulur je dagu, si baby Q cari janggut, usap-usap, terus tido semula..wah kuat bonding dua beranak nih. Sekarang ni tengah malam dia terjaga pun nangis semacam je, sampai naik hangin gak mama dia, dah le ngantuk esok nak kerja, dia apa nak tah, kasi susu tanak, kasi air masak tanak, merengek je, tido sejam, jaga, nangis, tak laratlah, mama layan.

Kejutkan babah, minta babah layan anak dara dia, mana tak nya, mata pejam, mulut merengek, tangan tergawang-gawang cari janggut pak dia kot, last-last saya give up, terpaksa kejutkan pak dia mintak take over, and macam biasa, dapat janggut pak dia, gosok-gosok, dia pun lena. hishhh memacam peel anak-anak ni. So semalam dia tido dengan pak dia, emaknya udah 'turun kasta' kena pindah tido kat katil bujang sebelah katil queen tu.

Nah nengok camner dia lentok ngan pak dia
Photobucket
gitulah caranya tiap malam kalo nak tido, duk celah ketiak pak dia, gosok tapak tangan dia kat janggut pak dia, dok tenyeh-tenyeh t*t*k pak dia, ape best tah...

Eh Alesya ni kurang nak mamam le dua tiga hari ni, bubur nasi dan sayur-sayur dia pun tak berapa nak, pastu nestum pun tanak, try bagi pisang, pun tanak. biskut-biskut baby tu lagi tanak dia, kalau dulu dia tanak, masuk nestum dalam botol yang puting beso sikit dia minum gak, tapi sekarang tanak sungguh-sungguh, kalau dia ikut peel abang, mungkin nak merangkak sepenuhnya kot, sebab si Abang dulu kalau dia tak demam, dia mogok lapar supaya 'ringan badan' nak bulih buat sesuatu, meniarap ke, merangkak ke, berjalan ke.. Bibik pulak susah hati, siap suruh beli vitamin bagi selera makan, uhhh tanak le, sebab kang debab cam abang tu, si abang dulu kena bagi vitamin le sebab tanak makan sangat, sekarang kus semangat kalau nengok dia makan.

Alesya good girl la..macam abang dulu, mama happy sebab walau dia lasak ke hulu ke hilir berkayuh dengan walker dia, tapi dia tak usik barang perhiasan mama, i likeeee... mula-mula ada dia usik frame-frame gambar yang mama susun berderet kat sini, tapi dua tiga kali dia tarik kain alas, usik frame gambar tu, saya babab tangan dia, terus dia tak usik dah, kalau duk situ pun pandang-pandang je. bila dia nak usik je, saya sebut.. haaaapppppp, terus dia gelak-gelak pandang saya..ahhah ala-ala dia usik mama dia.
Photobucket

And kedudukan perhiasan yang saya susun ini masih maintain begitu, harap kalau dia boleh berjalan nanti pun jangan le ko usik adik, nanges mama kalo barang kesayangan mama ni pecah.
Photobucket

Eh u all tau kan, my laki is very the tak romentik kan, tetiba hari isnin lepas, member balik kerja, seluk-seluk poket, hulurkan saya benda ni
Photobucket
terkejut la akak kan, tah mimpi hape ni, gue siap gurau lagik, "eh ni ada apa-apa borang kebenaran nak kena sain ke?" hahahah member gelak, terus saya tanya dia, siapa jual ni kat opis? hiks, sebab saya tau, kalau ada member dia jual apa-apa kat opis kat dia, sure dia beli, pernah dulu dia beli biskut ape tah, sampai dua balang, padahal dia tau, bini dia tak suka biskut beli, sumer buat sendiri, dah le biskut tu tak sedap, angkut bawa balik kampung je, pun tak laku pun, tapi tu le, dia jenis tak sampai hati tak beli..hahahah

Rupanya dia beli brooch tu yang di jual oleh Wan, remember pernah tulis pasal Wan kat sini yang request nak resepi apa tah, dah lupa mak cik. Jadi Wan, ko tolong la jual brooch yang mahal sikit, koman-koman rega 30-40 ringgit, kalau ko boleh jual gelang emas ke, rantai leher emas 916 ke, bayar ansur-ansur ke, ko jualkan, dan suruh abg mior tu beli ek. kompem dia beli. Dulu pernah tau, masa saya student, baru-baru couple ngan dia, dia belikan saya rantai tangan Zhulian, kesahnya gitu, kawan office dia jual, dia hentam belikan saya, ala-ala makcik punya gelang. padahal saya remaja sunti masa tu. Laki saya ni, jumpa mamat-mamat jual keropok yang dari patani tu pun dia boleh angkut beli, sampai berlambak stok keropok kat umah, kalau orang datang, kitaorang siap leh kasi cenderahati lagi. hehehehe.

Nota tambahan : pasal berukband selekom tu, ghopanya cheq kena tukaq-tukaq connection dia...kalao kata 3G tak berapa kelia (clear) cheq leh tukar le edge, gps, ke gprs ke menda tah... mana cheq tau, kami buta it. Tapi semalam semalam geram betul, call selekom tu, kena tunggu selama 4 minit 56 saat (hampir 5 min) untuk bercakap dengan operator, selama hampir 5 minit tu saya kena dengar iklan selekom, iklan itu ini, boring la..pasang le lagu ke baru gue tak bengkek, tak pasal je budak operator tu kena sound. dia cakap sorry line busy, abeh tu, dah segala perbualan dirakamkan, tak reti-reti bos kat selekom tu nak tambah operator? berapa banyak anak buah korang kena marah satu malam? ape daaa... bil telefon dah le mahal, berukband pun bukan murah. untung jota-jota, bonus lebat... service ampeh.

Monday, July 06, 2009

Baby Day Out


Hari Jumaat malam yang lepas, kitaorg dah tengok Ice Age 3, kepada yang belum menonton sila jeles. Di hari Ahad pulak kami pegi tengok Transformers. Sila cemburu lagi, kalau tak cemburu pun sila pura-pura cemburu..cemburu la..cemburu..cemburu la.. sila jeles bebanyak ye. (hahah ayat eksen dengan bersopan santun)

Ermmm celcom berukband ni sangat la teruk, kejap-kejap hilang, tah hapa team celcom tu buat tah...masa ini lah teringatkan encik streamyx dulu. Nak upload 6 set pic size kecil ni pun berjam-jam, kean disconnect, pastu connect balik, huwaa tensionnnnnn je...

dah la, sekarang dah lebeh pukul 11 malam, meks kena tido, esok ada bengkel, hari kedua dah ni. Berbengkel kat HQ, pastu jumpa kak Noni, kak Noni pregnant lagi..kak, dah 3 hero kan...saya doakan kali ni girl, bolehlah akak beli gaun, sepit dan cekak rambut lepas ni.

Jadi kak Noni pun kata suka nengok pic Alesya kat blog ni..makaaaaa nah kak Noni, tatap le puas-puas, kot-kot kenan dapat baby girl pulak kali ni...

tadaaaa kitaorg bawa si Baby Q keluar jalan-jalan petang sabtu lepas. Angkut dengan walker sekali, saja nak dia explore di luar selain di rumah, kitaorg lepak kat tasik kat Presint 5 ke presint 6 tah, kat pusat rekreasi air, tempat Najmi selalu swimming tu, dan tempat kitaorg pegi amek pic family itu hari.

okeh meh kita tengok dia
Masa ni baru sampai, member blur-blur plus mengantuk, dia nak tido tapi emak dia bawak keluar.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sekali dia dah seronok, punya dia happy dan suka, tak kejor kitaorg dia dalam walker tu, punya laju dia kayuh
Photobucket

Macam biasaklah, kalau dia dah mula mood tak berapa elok, kita kasi sama pak dia... dan-dan tu dia elok...
Photobucket

Hai Auntie-auntie, jomlah bawa kawan-kawan Alesya datang sini, boleh kitaorg outing ramai-ramai, mama-mama pun bolehlah bergossip, jom la Auntie bawa kawan-kawan Alesya ke sini, Alesya nak jumpa Ian, Nabila, Sarah, Khadijah, Aishah, Adreil, Syafiah, Fahry, Ammar, Ali, Qaseh, Maisa, Hartih, Athirah, erkkk ramai lagilah, Alesya pun tak ingat nama kawan-kawan Alesya
Photobucket

ok tata Auntie semua, kita jumpa lagi nanti..muaaahssss

Friday, July 03, 2009

Update kek and cupcakes


Macam yang saya sebut-sebut dua tiga hari ni, minggu lepas saya cuti dua hari, Khamis dan Jumaat, sibuk menyiapkan tempahan cupcakes, buat tahun ni, ini order terbesar kami, si cantik manis, Farah, awek dari Melaka telah order cupcakes sebanyak 1,100 pcs, and lagi 50pcs untuk 3 tier wedding cuppies. Cupcakes harganya cuma RM1.50/pcs (ada 4-5 patern dibuat, and ada 4 flavour, vanilla, choc, blueberry and capucino)

Sejak Rabu petang saya dah membakar cupcakes, membawa ke Khamis, khamis pagi sampai ptg dalam pukul 2 saya bakar sudah almost 800pcs ++ rest kejap, kang meletop oven meks kang, cadangnya lps maghrib akan sambung bakar. Takdir Allah, time maghrib tu le, black out, huwaaaaaaaaaaaa, dengan ada 45pcs cupcakes calam oven (burn je, sbb belum sempat dibakar, dah black out) mujur buttercream dah siap bancuh satu periuk besar, kira enough untuk 800pcs tu la. Cuma nak complete baking tu je tertangguh. Jadi kami siapkan order ni dalam gelap, dengan cahaya lilin.

Remember lampu gaselin laki saya tu? ewaahh time nak melawa dia elok je menyala, tapi time diperlukan boleh pulak sumbu dia dah abeh. sudahnya dengan beberapa batang lilin tu le bancuh kaler, main agak je la, tak dpt nak pastikan cukup terang atau tak kalernya. Mula-mula buat dalam rumah, panas le beb, angkut kerusi meja buat kat porch keter, tak berapa panas, ehehe macam piknik pulak, mujur pintu pagar kami jenis kayu yang disusun rapat, jadi dari luar tak le jelas aktiviti kami. Si abang dah adik pun tido kat luar, bawah Anjong Kaseh. (eh ada wartawan majalah deco-deco tengok Anjong tu dan hntr email pada saya nak shot rumah saya, hahah lawak le, cik wartawan, nanti-nanti le, rumah saya bukan lawa pun, buat malu je la..tunggu sy hias cantik-cantik ye nanti saya email semula)

ok meh layan gambar pulak gambar black out dah tunjuk kat entry bawah kan, ni tunjuk pic order je la.. kotak dan riben tu harga asing ye, ribbon tu dibeli oleh Farah, kotak saya tolong belikan, harganya dalam 50 sen, ada kaler pink dan purple jugak, tapi terlupa la nak ambik pic, sebok sangat.
Photobucket

ni antara jenis-jenis patern yang disiapkan, pack masuk dalam kotak, kitaorg letak gam sikit kat bontoh cup tu supaya keknya tak terbalik. Tengok Mr. Grey sendat dan penuh, si Abang ikut, duduk sempit sebelum deliver ke tuan rumah, ehehe ada sekali tu darling belok, kotak jatuh hempap dia. Ehehee jalan lancar dari Putrajaya - Melaka, Alhamdulilah, nak cari rumah pun tak susah, map tak sempat print, pakai on laptop je tengok, bateri laptop pulak nyawa-nyawa ikan je, suspen sungguh.
Photobucket

Ni 3 tier wedding cuppies
Photobucket

dan ini pun Farah punya juga, amat suspen nak baut kek bertingkat ni, ni first time saya buat ni... siap minta darling tolong bacakan doa, agar dipermudahkan. Alhamdulillah, berkat doa suami dan redha dia, saya dapat siapkan kek ni, kek pun elok di bakar, di sapu cream pun mudah, licin dan mudah, cuma idea mendeco tu pastilah kena improve lagi kan.. buat kek beso dan cupcakes ni berbeza, kek beso silap bukan boleh tukar-tukar kek, atau korek cream dan sapu semula.
Photobucket

Photobucket

To Farah, thanks bebanyak beri peluang pada kami menjadi sebahagian dari yang melengkap majlis kahwin awak, oh ya untuk sebelah pihak lelaki pun diaorg order cupcakes, and kek 2 tingkat ni pun sebenarnya untuk majlis rumah pengantin lelaki esok..ehehe kira saya dah publish dulu sebelum tuan punya badan tengok sendiri.

Thursday, July 02, 2009

Unhappy result abang


Ada orang tu tengah pregnant, pastu dia cakap, "kak Pnut boh la pic Baby Q banyak-banyak kat blog, saya suka tengok Baby Q ni, putih gebu, comel, kot-kot kenan kat saya, dapat baby comel camtu," eheheh boleh camtu.. ada ka teori camtu, sabau je la..

ok nah untuk cik kak tengah pregnant tu, amek le pic anak dara saya, dan buat wallpaper banyak-banyak, kot-kot betul kenan, eheheh, mgkn menjadi, sebab dulu masa pregnant, saya suka nengok heliza af5 ke, mata bulat, putih comel, ehehe mgkn kebetulan, Baby Q pun putih gak dan mata bulat bersinar, dan bulu mata melentik, tak der pulak ngkiut emak pak dia kelabu asap je. Hahah one of my staff tanya, anak puan putih melepak, ada amalkan makan apa-apa masa pregnant ke? hahah jawapan saya, saya makan ubat darah tinggi je, dengan maksimum dos.
Photobucket
besalah suka muncung..

ahahah nengok le bulat mato dia tu, mak tok kata, Adik ni mata hitam banyak, orang tua-tua kata budak mata hitam beso, jarang sakit, kalau sakit pun cepat baik.. Alhamdulillah, mungkin ada benarnya, si kecik ni jarang la demam, batuk, selsema, kalau demam batuk pun, sekali dua bagi ubat, dah ok, harap-harap adik lebih kuat ye.. ye la, strong baby prem u are girl!!
Photobucket

Oh ya saya dah jumpa teori kenapa Alesya tidao nak dengan babah kalau babah dia ada kat umah, dia sebenar tengah lali-lali lalok nak tido tu, dia suka usap-usap janggut pak dia, pastu dia pegang-pegang dada pak dia, dan suka tepuk-tepuk t*t*k pak dia, hahahaha saya tader janggut, maka kalau dia tersedar kejap sebelum betul lena, dia akan meraba cari 'port' janggut, kalau dia rasa takder, dia akan merengek. Sekarang dia tanak tido atas baby cot, jadi malam-malam dia tido atas katil dengan saya, pak dia kena beralah, tido atas katil bujang sebelah katil queen kami. Jadi sebelum dia lena, pak dia kena tido dulu atas katil ngan, pok-pok dia, biar dia usap janggut dan dada pak dia, dah nyenyak baru pak dia tukar tempat tido. Amboiii kena beli janggut palsu nampaknya. hehehe dan biasanya dia tido bawah ketiak pak dia.. ishkkk koser la tido bawah ketiak pak..hahaha

Eh saya nak tanya ni, kot-kot ada cikgu-cikgu sekitar Putrajaya/Bangi ada baca blog saya, ada tak cikgu Bahasa Inggeris yang boleh buat tuition mengajar Bahasa Inggeris, budak ni lemah dalam BI la, dah drop result dia, selalu-selalu dapat gak A, tp skrang dah dapat B, and maths, dari straight dia score 92-100% dia drop teruk sangat, sampai saya nak sebut pun malu, puncanya ialah kerana BI, dia tak berapa jelas arahan dalam BI untuk soalan Maths.

Sebenarnya dia boleh buat semua soalan tu, sebab bila balik, suruh dia buat semula, dia betul semua soalan yang salah. And lagi kesalahan dia bagi soalan yang memerlukan dia menunjukkan step method untuk dptkan satu-satu jawapan, tu dia tak buat, dia terus tulis jawapan, walaupun betul, tapi tidak ditunjukkan stepnya maka dia dpt separuh markah, contohnya soalan dalam bentuk subjektif, and dia kena tulis semua, katakan soalannya lebih kurang gini le, Ali ada 10 biji guli, di beri 4 biji pada Abu, berapa biji guli yang tinggal pada ALi? si Najmi terus tulis jawapan 6, sedangkan dia patut tulis 10-4=6, iaitu step-step simple la.

So gerak gempur bermula, ketegasan kena diamalkan, and kami bersyukur dapat anak yang baik macam dia, dia menerima arahan dengan baik, memberikan kerjasama yang baik, dia patuh, balik sekolah agama jam 5.40 lebih kurang, rileks kejap pukul 6-7 tu masa dia bermain. Tapi semalam dia bertanya, takkan dia kena belajar je, boleh main kejap je? tak boleh tengok tv langsung. Ok kami masih boleh nego, saya katakan pada dia, dia kena pilih antara dua, antara tengok tv dan main. kata dia, saya bagi pilihan kat dia, katakan isnin pukul 6-7 dia keluar main, jadi hari selasa 6-7 dia boleh menonton apa juga rancangan tv dia suka, dan dia setuju dengan deal tu.

Hujung minggu ni nak bawa dia tengok wayang, sepatutnya kami nak tengok dua-dua movie kesukaan kami, Transformers dan Ice Age 3, tapi disebabkan result dia unhappy untuk sekolah kebangsaan, kitaorg hanya bagi dia satu pilihan, dan dia pilih Transformers, dan saya katakan pada dia, itu hadiah sebab dia dapat nombor yang bagus di sekolah Agama, kalau dia bagus di sekolah kebangsaan dia boleh tengok dua-dua movie. Tapi kami laki bini tetap akan tengok dua-dua movie. Babah sila tegas sikit, pak depa ni nampak garang, tapi cepat cair sikit bab-bab ni, tak gamak kata dia, kita tengok wayang tinggal anak kat rumah. Ermm kenalah babah, biar dia tau kenapa dia tak boleh pegi sama-sama, supaya dia tau kita serius.

Sebenarnya dia baik. Alhamdullilah si Abang sangat sayangkan adik dia, tak der pernah cemburu, malah selalu beralah, dan sangat melindungi adik dia, last week, Thursday malam, rumah kami black out saya sibuk giler dengan tempahan cupcakes yang beribu tu, tiba-tiba black out, tapi tak la panik sangat sebab banyak dah siap, tinggal sikit je belum siap, panas dalam rumah, kitaorang angkut meja buat kerja kat luar, dengan mak tok pun ikut tolong mama kat luar. and si abang yang baik, temankan adik dia di Anjong Kaseh. jaga dik sebaiknya, tima kasih abang. Tolong bagi susu, tolong kipaskan adik, tengok kot-kot ada semut, ada nyamuk kat adik, good boy..

Cuma kadang-kadang kenakalan dia tu, membuatkan kita hilang sabar, dan nak marah, bila marah tu lupa bab-bab kebaikan dia..uhuhu
Photobucket
*Farah, akak buat order cupcakes awak ni penuh cabaran, dalam gelap bancuh kaler, dalam gelap mendeco, dengan panas, gelap, dahaga, dengan nyamuk...

ni pulak dua beradik keletihan... satu patern je tido...
Photobucket

Mama sayang korang berdua, sangat-sangat, sepenuh jiwa raga ni...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino